Yusof Haslam dan dua lagi
menang rayuan saman
hakcipta 'Aku Bohsia'
PUTRAJAYA:
Penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, dan dua yang lain menang dalam
rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan pelanggaran hak
cipta novel berjudul ‘Aku Bohsia’ yang difailkan terhadap mereka oleh
seorang novelis.
“Kami berpendapat Mahkamah
Rayuan tersilap apabila menolak keputusan Mahkamah Tinggi (yang memihak
kepada perayu),” kata Wong yang bersidang bersama Hakim Mahkamah
Persekutuan, Tan Sri Ramly Ali, Datuk Mohd Zawawi Salleh, Tan Sri Idrus
Harun dan Datuk Nallini Pathmanathan.
Panel hakim berkenaan memerintahkan novelis, Elias Idris supaya membayar kos RM60,000 kepada perayu.
Yusof dan Syamsul yang hadir di mahkamah, hari ini, kelihatan gembira dengan keputusan mahkamah itu.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili ketiga-tiga perayu, manakala peguam, K Periasamy dan Abd Razak Ismail mewakili novelis terbabit.
Perayu merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 21 Mac 2017 yang membenarkan saman hak cipta Elias terhadap Yusof, Syamsul dan Skop Production.
Mereka memperoleh kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan daripada Mahkamah Persekutuan pada 24 Julai 2018.
Novelis berkenaan (Elias) yang menggunakan nama pena, Anne Natasha Nita, mendakwa ada banyak persamaan antara novel beliau, ‘Aku Bohsia’, dengan filem terbitan pemohon, ‘Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam’, dari segi plot, watak dan mesej.
Mahkamah Rayuan membenar rayuan Elias untuk perintah mengisytiharkan bahawa pemohon sudah melanggar hak cipta novel karangannya dan satu perintah lagi agar mereka membayar kepadanya ganti rugi, yang jumlahnya akan ditentukan Mahkamah Tinggi dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.
Elias memfailkan saman terhadap Yusof yang nama sebenarnya Md Yusof Md Aslam, Syamsul dan Skop Production, pada 24 November 2014.
Yusof, Syamsul dan Skop Production memfailkan saman balas terhadap Elias berkaitan dua artikelnya yang didakwa bersifat memfitnah yang tersiar secara dalam talian pada 7 November dan 16 November 2014.
Dalam kenyataan bela diri mereka difailkan pada 5 Januari 2015, Yusof, Syamsul, dan Skop Production berkata, mereka tidak pernah membaca atau malah mendengar nama novel itu serta menafikan menjadikannya sebagai asas bagi filem terbitan mereka.
Skop Production menerbitkan filem itu pada 2009. – BERNAMA
Novel "AKU BOHSIA" diterbitkan pada Mac, 1995.
Pihak Defendan dalam kes ini TIDAK akan dapat menipu diri mereka bahawa peniruan dan pencurian hak tetap berlaku dalam penghasilan filem tersebut. Ada lebih 25 persamaan yang saya kemukakan kepada mahkamah - melebihi 75% daripada plot cerita filem. Tuan punya diri yang mengaku 'aku bohsia' itu adalah Anne Natasha Nita, di mana Tasha atau Natasha merupakan satu nama asing di kalangan orang2 Melayu pada zaman itu (1995). Namun nama pada satu watak penting dalam filem turut gunakan nama Tasya. Pastinya, ia bukan kebetulan.
Namun ya la... mereka berjaya dalam penghakiman mahkamah dunia dari segi teknikal saja.
Kita akan ada penghakiman di Mahkamah Rabbul Jalil - di dunia kedua nanti; di dunia selepas kita semua mati. Bersedia la kamu dengan jawapan yang saksama di depan-Nya nanti yang mana mulut kamu akan terkunci, Hanif Katri pun sudah takde untuk membela, tetapi anggota kamu yang akan berkata2 memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.
Saya gembira untuk menanti saat itu, wahai Syamsul dan Yusof.
Sepanjang tempoh perbicaraan sejak 2014, saya banyak menyimpan aib orang - untuk tidak keterlaluan menuduh; tidak menggunakan media untuk mencemuh, mencerca atau menghina seperti yang terpancar di Melodi dan kenyataan media kamu selepas setiap perbicaraan.
Saya menjaga akhlak saya sebagai orang mukmin yang tau pantang-larang agama.
Cuma ini saja himbauan untuk kamu mengingat kembali tentang rentetan peristiwa yang berkisar di sebalik peniruan cerita ini. Pada 2006, saya ada melelong novel "AKU BOHSIA" ini pada harga RM2 di kedai borong Jejak Dagang Sdn Bhd di Puchong, di mana team Skop Production ada menyewa apartmen berhampiran.
Seorang wanita muda ada membelinya waktu singgah di kedai sebelah untuk bersarapan pagi. Sebab beberapa hari kemudian dia meleser di tempat lelong berkenaan sambil saya mempelawa - bermanis mulut, "Beli la novel ni - bagus untuk buat filem," tanpa saya sedari dia adalah di antara krew berkenaan.
Dia senyum, "Ermm... dah beli," jawabnya ringkas.
Pada satu masa lain, saya mendapat maklumat Yusof ada mencabar Syamsul untuk menerbitkan filem tentang kisah novel itu - sekiranya boxoffice, baru boleh buat filem KL Gangster (kalau tidak silap). Ya... apa pun setiap yang sudah berlalu itu biarkan la ia berlalu - takde apa pun yang nak direbutkan di atas dunia ini, Syamsul.
Walaupun pada waktu itu (sebaik memulakan saman) saya teruk dihentam dalam laman ROTIKAYA sehingga ratusan cemuhan - konon, saya sengaja nak cari duit melalui jalan mudah - tengok orang kaya saja, saman untuk dapatkan duit; baru bangun tidur la, baru keluar dari gua la, orang tua tak sedar diri, celaka dsb. Saya terima cemuhan itu dengan redha.
Saya lambat mengambil tindakan berkenaan memandangkan Syamsul masih muda dan mampu pergi jauh dalam bidangnya. Namun bila tape 'KL Gangster' yang dihantar ke LPF bocor di pasaran gelap saya menonton di Buletin Utama TV3 camne Yusof begitu menyinga marah kat pencetak rompak - "Saya akan cari mereka sampai ke lubang cacing!"
Kemudian keluar lagi kisahnya di Melodi. Menyinga lagi.
Aiks... hati saya terdetik, kau curi idea aku ok la plak. Kena tang kau... aduii!
Dari Taiping, 2012 saya tulis surat dua kali - takde respons pun. Kemudian 2013, saya, isteri n anak sedara pergi ke pejabat Skop Production - PA je yang melayan. Apabila berkeras baru kami dapat jumpa Yusof. Itupun dia dalam keadaan tergesa2, konon sibuk. Satu je ayatnya, kalau nak saman - silakan! Sedangkan saya pergi menemuinya bukan berkisah tentang hal nak saman pun. Cukup la kalau dia cakap - kalau ada kebetulan2nya, kami minta maaf! Bukan susah sangat.
Namun sekarang, kamu sudah berjaya terhadap apa yang kamu dambakan. Tahniah.
Perlu diingat, novel "AKU BOHSIA" cuma karya picisan yang dihasilkan dalam tempoh 2 minggu: kisah benar seorang anak gadis yang amat malang nasibnya. Sebuah karya yang takde standard pun (yang sibuk dipertikaikan jumlah jualannya dalam mahkamah).
Karya saya yang sebenar ada 5 buah 'masterpiece' - KEHILANGAN 514 m.s, PILIHAN KEDUA 684 m.s, BUNGA BUKAN SEMUSIM, 761 m.s, ANAK PEREMPUAN KABARET 651 m.s dan KEMBANG TAK JADI... 716 m.s di mana ada yang memenangi anugerah 'Novel Terbaik', 'Editing Terbaik', 'Novelis Perak' dan mengalami ulang cetak sehingga 12 kali.
Ada kisah 'gigolo' yang amat mendambakan dan cukup meninggalkan kesan.
Meletup panggung jika dibuat filem!
Cuma ingatlah, bahawa kita semua hanya 'pelakon' di dunia maya pada ini, Syamsul dan Yusof - walaupun kamu berjaya melahirkan ramai pelakon untuk sekian banyak filem. Kamu lupa bahawa lakonan kamu di atas dunia milik Allah swt ini nampak tempang dan tersasar.
p/s Maaf la sebab saya gunakan nama kamu dalam coretan ini tanpa gelaran 'Datuk' memandangkan sikap/akhlak kamu sepanjang perbicaraan sejak di Mahkamah Tinggi, di Mahkamah Rayuan dan kelmarin di Mahkamah Persekutuan amat tidak layak buat seseorang yang memiliki gelaran tersebut.
Jauh berbeza dengan Datuk Seri Najib semalam - di mahkamah yang sama pada sebelah pagi - ke tengah hari. Auranya menyerlah sekali.
Namun, saya mohon maaf di atas tingkah yang mungkin tidak menyenangkan sesiapa di sepanjang perbicaraan ini sejak 2014 hingga ke petang semalam. Hanya para Nabi dan Allah swt saja yang paling sempurna. Selawat dan salam buat Baginda saw.

Sekilas Pandang: Apa yang Tersirat?

terbaik tuan!!
moga kesabaran dibalasi dengan kebaikan drpd NYA....
Terima kasih atas sokongan, tuan.
Sedih bila saya baca blog encik. Saya harap mereka dapat balasan yang setimpal. encik bertabah yaa. setiap yang berlaku pasti ada hikmah. :-)