Elias Hj Idris
Al-Fatihah buat Tok Su yang mana 'aku' tidak putus2 mendoakanmu pada setiap usai solat Jumaat sejak 2003 dlu. Bukan kerana mau 'memaksa' Tuhan agar menerima doaku itu, tidak sama sekali. Ia cuma sifatku sebagai hamba yg meraikan kasih dan sayang-Nya terhadapku n sekelian hamba-Nya yg lain.

Dia manusia hebat yang tidak pernah berkira utk dirinya. Matanya asyik terpejam. Berwirid, malah klu disapa pun lamaa... sekali bru dia menyahut sambil membuka matanya dgn perlahan.
Tidak diketahui asal keturunannya, siapa keluarganya - sebatang kara.
Tidak ada harta; cuma pakaian 3 persalinan - 1 yg dipakainya, 1 yg dibasuh n 1 lagi yg dilipat simpan.

Makan... spj dia di rumah kami, klu seminggu, seminggu la dia tidak makan.
Klu makan, nanti rumit utk ke tandas n batal pula wudhu'nya.
Minum? Klu dijamu kopi... mungkin sejerit saja yg di'sip'kannya. Terbiar sejuk berhari2.

Kadang2 terdetik juga - camne dia ble hidup dgn tidak makan?
Ya... wirid itulah 'makanan'nya.
Namun, kami tidak pernah menganggapnya terlalu istimewa langsung meletakkannya ke taraf keramat atau wali. Dia cuma seorang tua yg cukup baik hati - langkaunya tidak bersempadan.

-  Penulis

                        

                                              Tok Su - Julai, 1969



Ilmu jabat adalah warisan daripada seorang tua yang cuma mahu dirinya dipanggil 'Tok Su".

"Kenapa Tok Su takde nama sebenar, bagi la kamu tau," pujuk teman sekitar bulan Julai 1969 dlu.

"Toksah la," sahutnya lembut hampir tidak kedengaran. "Tok ni jahat, nanti malu anak-cucu..."

Teman tersandar ke dinding sambil mata memerhatikan anak-anak murid lain yang sedang galak mengamalkan jabat yang baru mereka terima.

    
                                  ... aku jabat kebal dalam...

"Abih semua tua-muda kena panggil Tok Su," teman masih mencuba.

"Ya la, tok ni jahat," jelasnya sambil menyandarkan tubuh lesunya ke dinding, di tepi pintu.
Ini mengingatkan teman akan perang di Selangor 1873, Raja Mahadi yang mulanya berjaya menawan Kuala Lumpur dan Selangor (Kecuali Kelang) tewas kepada angkatan Tengku Kudin, Kedah (menantu Sultan Abdul Samad) yang mendapat bantuan 1,000 tentera Bendahara Wan Ahmad, dari Pahang.

Menurut Tok Su dia bawa lari 'anak gahara', Raja Alang (Tengku Temenggong) ke Matang (Taiping) dan meninggal dunia di sana kemudiannya. Tengku Temenggong itu adalah raja bergelar yang berhak untuk menaiki takhta. Ini bermakna, Tok Su pun ikut terlibat dalam perang di Selangor.

Dari ceritanya yang dapat difahami, Tok Su selalunya bertindak sebagai utusan, 'messenger' kepada sekelian pejuang Melayu di Kelang, Ketari (Bentong, Pahang) membawa ke Gua Musang (diceritakannya ada Gua Cerita di sana di mana di dalamnya terdapat bermacam-macam ukiran batu berbentuk manusia dan binatang sehingga boleh menghasilkan cerita daripadanya, terutama cerita tentang Sang Kelambai - yang apabila dia menegur sesuatu terus saja menjadi batu).

Dari Gua Musang Tok Su melintasi Banjaran Titiwangsa terus ke Gerik di Perak turun ke Pondok Tanjung dan menghilir ikut Sungai Kerian ke Matang, dekat Kuala Sepetang (Port Weld). Dari sana dia ikut laut untuk sampai ke Kelang bertemu dengan pejuang-pejuang Melayu di sana.

Di Selangor, Sultan Abdul Samad bersekongkol dengan Inggeris. Raja Mahadi, anak Raja Sulaiman yang dilucutkan hak menguasai Kelang telah menuntut hak ayahnya semula lalu menimbulkan pertelingkahan. Dia dibantu oleh anak Bendahara Mutahir, Pahang Wan Da yang ayahnya dipecat oleh Bendahara Wan Ahmad pada 1866 dengan seramai 1,000 orang angkatan telah berjaya menguasai Kelang dengan mengalahkan Raja Abdullah yang melarikan diri ke Melaka.

Dari sini baru timbul satu watak di mana dalam angkatan ini turut bersama ialah Abdul Rahman dari Semantan (yang kemudiannya dikenali Dato' Bahaman) - atas kehebatannya berjuang di Selangor.



                                  Kedudukan Raja Mahadi


Sultan Abdul Samad terdiam apabila Raja Mahadi bersedia membayarnya saguhati $500 sebulan. Namun tidak lama apabila dia menghentikan bayaran tersebut membuatkan Sultan Abdul Samad memutuskan pertunangan puterinya dengan Raja Mahadi. Puteri itu kemudian dinikahkan dengan Tengku Kudin (Dhiauddin, Kedah) lalu memberinya daerah Langat serta melantiknya sebagai wakil baginda memerintah seluruh Selangor.

Di Kelang, Raja Ismail - putera Raja Abdullah yang dibantu seorang tauke Cina Melaka serta Tengku Kudin berjaya merampas Kelang dan Raja Mahadi terpaksa berundur ke Kuala Selangor. Raja Mahadi mengadu kepada Raja Siam tentang perihal kerabat Kedah, iaitu Tengku Kudin yang membuat kacau di Kelang.

Pada 1871, lanun-lanun Cina di Kuala Selangor tempat Raja Mahadi, telah menyamun sebuah tongkang sehingga menyebabkan tiga puluh empat orang terbunuh. Gabenor Negeri-negeri Selat telah menghantar dua buah kapal ke sana - menuntut Raja Muda yang berkuasa di situ agar menangkap lanun-lanun berkenaan. Permintaan itu tidak diendahkan.


                                             Daerah-daerah di Selangor


Rombongan itu mendarat lalu disambut oleh Raja Mahadi apabila Raja Muda tiada di situ, namun beliau enggan naik ke kapal HMS Rinaldo lalu berlaku pertengkaran. Dalam pergaduhan itu sembilan anggota rombongan kapal cedera dan seorang terbunuh. Ini membuatkan keesokan harinya kapal HMS Rinaldo dan HMS Pluto membedil kubu-kubu Raja Mahadi membuatkannya berundur ke Bernam. Kemudian beliau ke Sumatera dan pergi ke Johor.

Adalah dipercayai dalam tempoh inilah Tok Su membawa Tengku Temenggong ke Matang disebabkan keadaan huru-hara dan tidak menentu di Selangor serta ada cubaan membunuhnya. Baginda meninggal dunia di sana.

Angkatan Wan Da bersama saudaranya Wan Aman dan Wan Abdullah kembali menyerang Bendahara Wan Ahmad di Pahang dalam peperangan selama tujuh bulan, tetapi mereka tidak berjaya.

Pada tahun 1891, kekacauan pula berlaku di Semantan, Pahang yang melibatkan Orang Besar Berempat Negeri Pahang, Abdul Rahman atau Bahaman. Sebagai orang istana dia mendapat pangkat atas peranannya yang cukup besar dalam membantu pemberontakan di Selangor. Keadaan semakin menjadi2 apabila Tok Su terlibat sama dalam pemberotakan di Pahang ini. Dia mula kenal baik dengan angkatan ini dan Dato' Bahaman (Abdul Rahman) sejak di perang Selangor lagi.

Puncanya, timbul aduan ke istana dan pihak Inggeris apabila Dato' Bahaman terus mengutip cukai di Sungai Semantan, yang sepatutnya dikendalikan oleh pihak Inggeris. Apabila sebuah balai polis dibina di Lubuk Terua, dia telah mengugut pengadil/majestrit yang ada di Temerloh. Dia menulis surat kepada Residen Selangor, W.E. Maxwell agar memasukkan daerah Semantannya itu ke dalam Selangor. (Nota: Perangai melawan camni memang sebiji perangai Tuk Su - yang bila di mana-mana jua asyik melawan arus!).

Apabila sultan mendapat tahu, baginda mengutuskan Dato' Maharaja Perba Jelai pergi ke Semantan untuk memujuk Dato' Bahaman datang ke Pulau Tawar. Namun dia menghilangkan diri ke dalam hutan terus hilang hingga ke Kelantan.

Menurut penulis buku "Tawarikh Tanah Melayu 1400-1959", Joginder Singh Jessy terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1964 ada merongkaikan kisah tentang hal yang berkait dengan kelicikan Dato Bahaman yang seiras dengan apa yang dilalui oleh Tok Su.

"Dia mempunyai pengetahuan istimewa mengenai hal-hal hutan yang diperolehi dalam pengembaraannya ke seluruh Pahang dan Selangor serta dia juga faham benar akan bahasa, adat-istiadat dan cerita-cerita hutan orang asli dalam daerahnya."

Tidak lama kemudian, dia kembali ke Semantan sambil terus mengutip cukai seperti selalu. Dia turut menuntut ganti rugi setiap tahun $6,000. Jika tidak, dia akan menentang segala perintah sultan dan pihak Inggeris.

Apabila dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Negeri, Sultan (Bendahara Wan Ahmad yang diiktiraf oleh Inggeris sebagai sultan pada 1887 apabila menerima seorang wakil Konsol Inggeris - bukan Residen, serta tidak akan berhubung dengan mana-mana kuasa luar selain daripada Inggeris!) telah bertindak memecatnya sebagai Orang Besar lalu ditarik balik gelaran Orang Kaya Semantan. Sebagai tindak-balas, dia mengugut polis di Balai Lubuk Terua. Maka keputusan diambil untuk menambah kekuatan anggota di balai berkenaan kepada 25 orang dan diberi kuasa untuk menangkap Dato' Bahaman.

Mereka ke situ diiringi Pemangku Pemungut Hasil Semantan dan Merinyu Lombong. Dalam perjalanan mereka telah menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman kerana mengeluarkan hasil hutan tanpa kebenaran. Pemungut Hasil itu bertindak membicarakan mereka di Lubuk Terua, sedangkan sepatutnya dibuat di Temerloh sebagai ibu pejabat daerah.


                               Peta kawasan pemberontakan Pahang

Dato' Bahaman bertindak-balas dengan mencederakan tiga orang yang memaksa gerombolan itu  berundur ke Temerloh. Balai Polis Lubuk Terua serta gudang syarikat lombong Bentong dan di Raub ditawannya.

Dengan tidak semena-mena, Tok Gajah, seorang anggota penasihat sultan sebagai Orang Kaya Pulau Tawar telah mengadakan hubungan sulit dengan Dato' Bahaman dan Maharaja Perba Jelai (To' Raja). Bersama dengan anak Tok Gajah, Mat Kilau dari Budu mereka telah menyerang pasukan Clifford di Kuala Lipis sebaik dua orang Inggeris telah dibunuh oleh Panglima Muda Jempol.

Pada pertengahan September, 1892 sekelian pemberontak itu lari ke Kelantan. Gabenor Inggeris dan Maharaja Johor telah bertemu dengan sultan di Pekan. Mereka memutuskan untuk memberikan pengampunan kepada sekelian pemberontak, kecuali Dato' Bahaman dan Tok Gajah. Mereka ini mesti menyerah diri dan dijanjikan tidak akan dibunuh. To' Raja Perba Jelai dilantik menjadi utusan.

Sedang perundingan berjalan, pengaruh Engku Sayyid Paloh dari Terengganu cukup kuat hingga mengubah pendirian mereka. Menurut pengarang buku sejarah ini, Engku Sayyid Paloh ini adalah seorang alim dan kuat ilmu sihirnya. Ramai orang dari segenap pelosok negara pergi menemuinya.
Mei 1894, Engku Sayyid menemui pemberontak dengan tujuan memberikan mereka ilmu kebal dan memastikan kejayaan dalam perjuangan.

Pada 12 Jun, mereka menyeberang sempadan dan dua hari kemudian menyerang balai polis di Kuala Tembeling. Dua puluh satu anggota polis telah dibunuh meninggalkan Ram Singh yang cedera 30 liang tikaman berjaya menyelamatkan diri dengan sebuah sampan pergi menyampaikan berita ke Pulau Tawar. Apabila Hugh Clifford dan Lt Kolonel Walker tiba untuk menghadapi pemerontakan tersebut, sekelian pemberontak tersebut telah berjaya melepaskan diri.

Pendek saja kesimpulan yang pihak Inggeris buatkan bagi menutup malu; Pada November 1895 dengan bantuan pemerintah Siam, Dato' Bahaman dan enam orang pengikutnya (termasuk Tuk Su?) telah dipindahkan ke Bangkok. Sementara Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal dunia di Terengganu!




Bersambung... Tok Su tu Dato' Bahaman ke?   -  2


"Err... Mat Kilau tu camne pula, tok?" teman masih mencungkil sambil memerhatikan riak di wajahnya yang pada bila-bila masa jua mesti terpejam mata. Itupun lambat dia menjawab.








0 Responses