Elias Hj Idris
Azhar Hashim

Polis Mempertikaikan Laporan Bedah Siasat Arwah Adib

https://pakdin.my/polis-mempertikaikan-laporan-bedah-siasa…/

Persoalan yang ditanya oleh pihak bomba adalah, siapa yang menjadi dalang untuk menutup kes pembunuhan Adib dan mengapa pihak yang bersalah diberikan masa untuk mereka melarikan diri dari negara dan bersembunyi? Dan juga, mengapa laporan bedah siasat mengabaikan kenyataan daripada saksi yang membuat laporan polis mengenai “punca kematian”?

Raja Petra Kamarudin

“Cover up” akan dibuat. Kerajaan Pakatan Harapan mahu mengurangkan ketegangan antara kaum dengan mengatakan bahawa punca kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim adalah disebabkan oleh “kecerderaan dada”.

Laporan berita dari NST (https://www.nst.com.my/…/exclusive-additional-fractures-adi…) berkata, “A report that will be prepared details the type of injuries he suffered, including internal ones, and what could have caused them; including if they were inflicted by a third party, as well as expert opinions on how they could have happened.”

Pihak polis sudah pun mengetahui bagaimana ia berlaku kerana mereka menerima laporan dari pada anggota bomba lain, yang berada di tempat kejadian. Kesemua mereka mengesahkan bahawa Adib diseret keluar dari jentera bomba dan dipukul oleh sekumpulan India. Para saksi telah pun mengenal pasti penyerang-penyerang yang terlibat.

Empat orang India yang masih bebas dengan jaminan di mana mereka masih tidak ditangkap semula dan didakwa atas kes membunuh.

Kes itu pada asalnya diklasifikasikan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, atau cubaan membunuh. Oleh kerana Adib telah meninggal dunia, kes ini patut ditukarkan ke Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bermaksud membunuh. Ia disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Selangor.

Keempat-empat suspek itu harus ditangkap semula dan tuduhan terhadap mereka perlu dipinda daripada cubaan membunuh (S.307) kepada membunuh (S.302) dan jaminan mereka juga perlu  dibatalkan kerana memang tidak ada jaminan untuk sesiapa saja yang didakwa dibawah “capital offence”.
Sehingga ke hari ini, Peguam Negara, Tommy Thomas, tidak memberi “green light” kepada pihak polis untuk menahan semula suspek dan mendakwa mereka dengan pertuduhan yang dipinda.

Maklumat yang diterima oleh pihak polis adalah dengan kelengahan ini, ia membolehkan suspek untuk meyelinap keluar dari negara ini ke tempat yang mereka boleh berlindung. Ini yang  membuatkan IGP tersangat kecewa.

Sementara itu, anggota bomba yang melihat insiden yang menyebabkan kematian rakan sekerja mereka sangat tidak berpuas hati dengan “cover up” yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Apa yang kerajaan mahukan berkaitan punca kematian Adib menjadi kabur dan puncanya adalah disebabkan oleh “kecerderaan dada”. Akan tetapi, ramai anggota bomba menyaksikan sendiri bagaimana Adib sebenarnya dipukul sehingga mati!

Puak India daripada Pakatan mahukan kematian Adib ini menjadi satu situasi yang tidak serius untuk mengelak terjadinya tindak-balas yang buruk terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Persoalan yang ditanya oleh pihak bomba adalah, siapakah yang menjadi dalang untuk menutup kes pembunuhan Adib dan mengapa pihak yang bersalah diberikan masa untuk mereka melarikan diri dari negara dan pergi bersembunyi?

Dan juga, mengapa laporan bedah siasat terus saja mengabaikan kenyataan daripada saksi yang membuat laporan polis mengenai “punca kematian” tersebut?

“Cover up” ini dan konspirasi yang membolehkan pembunuh melarikan diri daripada hukuman bakal menjadi lebih sensasi daripada kes pembunuhan itu sendiri dan jika ia tidak ditangani dan juga dijelaskan dengan baik pasti bakal memecah-belahkan Malaysia.

Rujukan:
Additional fractures - Adib's death due to 'chest injuries'
https://www.nst.com.my/…/exclusive-additional-fractures-adi…
Sumber: Malaysia-Today.net
0 Responses