Elias Hj Idris






matt007 wrote:
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?". Mereka menjawab: " Betul Engkau Tuhan Kami, kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ke-Esa-an Tuhan".
(Al- a'raaf, 172).


benar tuan... x de masalah...
bagi tn musrights mungkin roh dia jawab lain sikit kot bila Tuhan tanya gitu...
yg teman maksudkan betapa kalau dirujuk pada ketika sebelum penciptaan ruh/sebelum era alam ruh...maka lagi laa pasti manusia tiada disebut2 ketika itu...malaikat/iblis/jin pun x tau apa lagi...
sebab bagi teman dinamakan manusia adalah ruh dan jasad...
itu aje...mace2...
ybtb.
Wink
hehehe.. bagus2.. inilah yg dinamakan sebagai muzakaroh.. sesiapa yg bermuzakaroh semata2 ALLAH.. maka Rahmat ALLAH lah atas-nya..

okey.. jom kita tilik satu2 ayat.. boleh yeke..??

1.

Quote:
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka”
..
~ apakah “kita” diwaktu ini.?. kita adalah “nutfah”.. apakah nutfah itu.?. ia ialah air yg terpancar.. apakah air yg terpancar itu? Ialah sperma dlm kelompok air mani..
~ diwaktu kita sebagai seorang/seekor sperma, telah ada Roh yg meliputi sperma.. kita adalah Roh telah berjasad sperma.. itu lah diri kita..



2.

Quote:
“dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?". Mereka menjawab: " Betul Engkau Tuhan Kami, kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ke-Esa-an Tuhan".

~ waktu kita sebagai sperma inilah kesaksian kita atas hakikat diri kita.. sepertimana kesaksian aQal awwal atas dirinya & Tuhan-nya..

~ kesaksian itu bukanlah atas Roh.. tetapi diri kita yg sperma itu lah yg menyaksi dirinya adalah Roh.. bahawa Roh itu meliputi dirinya.. diri sperma itu kenal dgn dirinya.. kenal dgn Tuhannya dan ke-Esa-an-Nya

~ kita yg sperma itu telah tahu, yg kita akan menjadi bangsa manusia.. bersifat manusia.. nama manusia & perbuatan manusia..

mengapa pula Roh mahu bersaksi.. sedangkan kata ALLAH; "Roh itu Rahsia-Ku (Zat, Sifat, Asma' & Af'al)"...??

yg perlu menyaksi itu adalah zahir akan diri Roh itu, iaitu si Jasad..


kisah:

Quote:
Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut

~maksud ayat al-Insan ayat 1.. adalah, sebelum kita sebagai sperma lagi.. iaitu semasa kita sebagai Roh semata2, kata ALLAH: Roh itu Rahsia-ku”.


Quote:
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

~ maksud ayat ke-2 surah yg sama (al-Insan).. adalah penceritaan semasa kita menjadi sperma (nutfah).. menjadi pula sebagai alaQah.. seterusnya pula kelangsungan menjadi manusia
~ waktu ini, keadaan Roh.. telah mempunyai sifat.. telah mempunyai nama.. telah mempunyai Af’al.. namun belum nyata lagi ianya dlm bentuk Jasad
~ telah ada kepala, telah ada tangan, telah ada kaki dan seluruh anggota jasad yg bernama manusia.. ianya dlm bentuk Sifat, Asma’ & Af’al.. namun belum lagi zahir jasadnya dgn Sifat, Asma’ dan Af’al itu..



Hehehe.. ada pertanyaan selanjutnya??
Apa hubungannya dgn ayat dibawah???

Quote:
Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya, roh (ciptaan) Nya. (As-Sajdah: 9)


Mari kita tilik pula ayat ini.. adakah setelah sempurna kejadian kita yg sperma tadi.. seterusnya menjadi tubuh lengkap manusia baby (dlm kandungan ibu @ dalam Alam Rahim), baharulah Roh itu ditiupkan???

Inilah Roh yg telah berkembang.. sebagai Af’al kpd tujuan penzahiran Roh atas Sifat & Asma’ yg belum dizahirkan.. utk sempurna ciptaan zahir manusia.. seiring Sifat, Asma’ & Af’al diri kita semasa kita sebagai sperma diawal tadi..

Roh itu berubah.. sesuai dgn penciptaan-Nya.. Jasad pun berubah, sesuai dgn apa yg telah ditetapkan oleh ALLAH akan Roh itu (Akan Rahsia-Ku itu)

Dlm penciptaan Roh.. juga punya step2 tersendiri.. asalnya Roh itu tiada.. asalnya Rahsia itu belum di adakan.. yg ada hanya ALLAH..

Apabila ALLAH (Zat, Sifat, Asma’ & Af’al), mahu menzahirkan segala Sifat.. mahu menzahirkan segala Asma’.. mahu menzahirkan segala Af’al.. maka diciptakan oleh ALLAH akan Rahsia-Rahsia-Nya..

Selari dgn penciptaan Roh, penciptaan Jasad menzahirkan ciri2 Roh..

Apabila Roh itu baru dilengkapi dgn Sifat, Jasad menjadi bentuk yg asas..

Apabila Roh yg telah dilengkapi dgn Sifat itu dilengkapi pula oleh Asma’.. maka bentuk Jasad yg asas itu berubah menzahirkan Sifat & Asma’..

Apabila Roh yg telah dilengkapi dgn Sifat dan Asma’ itu, dilengkapi pula oleh Af’al.. maka Jasad itu telah sempurna dlm penciptaan ALLAH..

Segala penciptaan adalah penciptaan yg sempurna, tetapi penciptaan manusia adalah yg paling sempurna sekali..

Jasad sperma manusia (berupa bangsa air).. adalah zahir bagi Roh (Rahsia-Ku) bangsa manusia, telah nyata di alam Roh, dgn sifat manusia, nama manusia & perbuatan manusia

Jasad sperma Jin (berupa bangsa angin).. adalah zahir bagi Roh (Rahsia-Ku) bangsa Jin, telah nyata di alam Roh, dgn sifat Jin.. nama Jin & Af’al Jin..

Jasad biji durian (berupa bangsa biji).. adalah zahir bagi Roh (Rahsia-Ku) bangsa tumbuh2an species Durian, telah nyata di alam Roh, dgn sifat durian.. nama durian & perbuatan Durian..


Bukan Roh yg mengikut bentuk Jasad.. tetapi Jasad menzahirkan bentuk Roh setiap bangsa2 Roh..
0 Responses