|
Oleh: musrights |
|
|
Muzakaroh bukan bermakna, mahu menunjuk siapa yg baik @ siapa yg kurang baik... muzakaroh membawa diri yang sentiasa tenggelam dalam lautan Zikrullah, kefahaman yang lebih jelas nyata..
bukan sebab penerangan2 dan hujah2 dari sesiapa. Asbabnya muzakaroh, hati yang sentiasa tenang... lalu hati yang
tenteram itu sentiasa berserah diri kepada Tuhan-nya dengan rasa yang
sepuas-puasnya; akan ditumpahkan limpahan minyak zaitun, yang berbau harum
semerbak wanginya tidak dari atas tidak dari bawah... tidak dari
depan dan tidak dari belakang.
Minyak itu sahaja berkilauan cahayanya, memancar-mancar, apatah lagi bila disentuh dengan api... seperti juga dengan membaca al-Qur'an. Bacalah perlahan-lahan - satu nafas dan pada setiap nafas itu siap dengan zikrullah - satu nafas
satu ayat, iaitu jangan dengan tergesa-gesa. Bacalah maksud setiap ayat-ayat yang dibaca kerana dengan asbab itu, sebenarnya "Roh" lah yang mengumpulkan al-Qur'an itu dalam
diri-mu.. "Roh" lah sebenarnya yang membaca, yang menyempurnakan bacaan dan "Roh" lah yang akan memberi penjelasan maksud yang terkandung dalam ayat-ayat
itu..
Kata ALLAH; "Roh itu Rahsia-Ku"
Kata ALLAH lagi; "Insan itu Rahsia-Ku, dan Akulah Rahsia-Nya"
Maksud "Rahsia" di sini.. bukanlah 'rahsia' yang ada dalam fahaman manusia. Sedangkan pada fahaman manusia Rahsia itu adalah sesuatu yang tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Apabila diceritakan sesuatu Rahsia maka ia akan menjadi satu kesalahan, iaitu
dipersalahkan..
Namun Rahsia dalam bahasa ALLAH.
Rahsia adalah sesuatu yang belum dizahir di alam Syahadah @ Dunia..
Zahirnya ia di alam Ghoib. Ia sudah muktamad pada sifatnya, sudah
muktamad pada namanya, sudah muktamad pada perbuatannya namun masih
lagi menjadi Rahsia; yang boleh dilihat oleh mata ghoib, tetapi belum boleh
dilihat oleh mata Zahir - boleh dipegang dengan tangan ghoib, tetapi
belum boleh dipegang oleh tangan zohir kerana Rahsia itu Ia-Nya dalam
bentuk ghoib..
Jadi untuk menzahirkan Rahsia itu maka Zahirnya insan adalah zahir
Rahsia yang terpendam itulah maka ghoib yang menjadi Rahsia itu zohirlah adanya.
Zohirlah Ia dengan sifat yang telah muktamad itu
Zohirlah Ia dengan Nama yang telah muktamad itu
Zohirlah Ia dengan Perbuatan yang telah muktamad itu
Maka apakala yang zohir telah mengenal yang ghoib, yang menjadi Rahsia
dirinya maka kenallah diri Zohir akan maksud zohirnya yang Rahsia itu; itulah hakikat Diri-Nya.
Maka sudah tidak menjadi Rahsia lagi akan segala Rahsia bagi mereka yang mengenal Diri-Nya
Contoh yang menepati maksud.. dlm al-Qur'an:
Kata ALLAH; "Maka
janganlah engkau menggerakkan lidah engkau kerana hendak bersegera
dengannya. Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu
(dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu,
apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya, maka bacalah menurut
bacaannya itu..Kemudian sesungguhnya atas Kami penjelasannya" Surah Al-Qiyamah, 16-19
Kata-kata daripada mereka yang kamil-mukammil, yang hidupnya abadi - ghoib jasad beserta Roh, katanya; "Roh itu Allah dah tu.."
*****************************************************************
Kata-kata Hikmah:
|
|
| Ibnu Baththah berkata :
“Sungguh
demi Allah, alangkah mengagumkannya kecerdasan kaum itu, betapa
jernihnya pikiran mereka, dan alangkah tingginya semangat mereka dalam
mengikuti sunnah nabi mereka dan kecintaan mereka telah mencapai
puncaknya hingga mereka sanggup untuk mengikutinya dengan cara seperti
itu. Oleh sebab itu ikutilah tuntunan orang-orang berakal seperti mereka
ini --wahai saudara- saudaraku-- dan telusurilah jejak-jejak mereka
niscaya kalian akan berhasil menang dan jaya.” (Al Ibanah 1/245)
-------------------------------------------------------
Al Auza’i berkata :
“Berpeganglah
dengan atsar Salafus Shalih meskipun seluruh manusia menolakmu dan
jauhilah pendapatnya orang-orang (selain mereka) meskipun mereka
menghiasi perkataannya terhadapmu.” (Asy syari’ah 63)
--------------------------------------------------------
SEsungguhnya Allah S.W.T diri kita pada Martabat Ahdah menyatakan
diriNya dengan SifatNya Sendiri dan memuji SifatNya Sendiri dengan
AsmaNya Sendiri serta menguji SifatNya dengan afa’alNya Sendiri.
Sesungguhnya tiada sesuatu sebenarnya pada diri kita kecuali diri Sifat
Allah,Tuhan semesta semata - mata.
---------------------------------------------------------
“Manusia
itu adalah rahsiaKu dan aku adalah rahsia manusia itu sendiri &
barang siapa yang mengenal dirinya maka kenallah tuhannya"
.
---------------------------------------------------------
(Ingatlah
peristiwa) tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku
hendak menciptakankan manusia – Adam -dari tanah; Kemudian apabila Aku
sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh (ciptaan)-Ku,
maka hendaklah kamu sujud kepadanya”. ( Ayat 71 – 72 : Surah Saad )
Bukanlah sujud itu kepada Adam, tetapi Roh yang menzahir diri menjadi Adam kerana Roh itu Rahsia-Ku
----------------------------------------------------------
KITAB RAHSIA TO’ KU PALOH
Adapun syariat itu kenyataan Af’al Allah.
Adapun Thariqah itu kenyataan Asma’ Allah.
Adapun Hakikat itu kenyataan Sifat Allah.
Adapun Makrifat itu kenyataan Zat Allah.
----------------------------------------------------------
Hendaklah diketahui 4 perkara yakni :-
Pertama Allah sabelum bernama Allah apa NamaNya ?
Kedua Muhammad sebelum bernama Muhammad apa namanya ?
Ketiga sebelum hari yang tujuh itu apa namanya ?
Keempat sebelum Waktu Yang Lima itu apa namanya waktu itu ?
“ Allah
adalah cahaya seluruh langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah
seperti sebuah tempat pelita yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita
itu berada dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang
bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon
yang penuh berkah, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah
timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya
(saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api (lantaran
minyak itu sangat bening berkilau). Cahaya di atas cahaya
(berlapis-lapis). Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia
kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”.
(An Nur: 35)
Moga diri bercahaya-cahaya dgn cahaya ALLAH.. |
|
| |
|
|
|
|
| | |
|