Elias Hj Idris
                                    Gambar ni sekadar contoh; dajjal sebenar jauh lebih hodoh

Asal-usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "MinalMunzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahankayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim", bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau danditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah". Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. andaboleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utkkeluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selamaempat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:


Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang sepertisetahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."


Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnyahingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akanmematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:"Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?"Nabi menjawab:"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan." H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam"… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang." H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
 

Ihsan: Amirulhaq Martin Umar
4 Responses
  1. Anonymous Says:

    Hanya Dajjal bongok zaman silam yg tak boleh masuk Holy City Mekah dan Madinah.
    Tetapi Dajjal zaman modern bukan aja boleh masuk malah menguasai Mekah dan Madinah..


  2. Anonymous Says:

    cntohnya elias..cer tgk bawah spek mata dia..mata anggur kering je tu..check lah...


  3. Anonymous Says:

    MENGENAL SANG DAJJAL AL-MASIKH & MAKHLUK PEROSAK SANG YAKJOD MAKJOD...

    Kalo ngak silap dlm Al-Quran perkataan Sang Dajjal ngak ada, namun ciri2 dan watak2 Dajjal amat banyak. Yg ada dlm Quran bala tentera Sang Dajjal dari Makluk Perosak itulah Sang Yakjod Makjod. Dajjal adalah lambang kejahatan, kezaliman, kekufuran, kesesatan dsbnya. Maka dikiaskan orang yg telah Allah butakan matahatinya, hanya matazahir itu jua yg celek. Lalu Dajjal dilambangkan makluk yg memiliki sebijik mata. Kalo sebijik mata ditengah2 diantara dua kening itu dianggap Mid-Eyebrow yg ada kaitan dgn 6th chakra dialam spiritual. Kalo anda mahu tafsirkan angka 6 itu dgn filem "6 Jahanam" itu jua bisa membawa perangai Dajjal, antaranya nama Jagindas dllnya...

    Dajjal yg terhijab membawa Nama "Menyesatkan, Menghinakan", adalah lambang cahaya kegelapan dsbnya yg amat berlawanan dan bertentangan dgn Nama Al-Mahdi "Orang Yg DiBeri Petunjuk", yg melambangkan Nama Muhammad SAW, pembawa jalan cahaya terang Kebenaran Al-Haqq. Jika Sang Dajjal Al-Masikh dgn bala tenteranya Sang Yakjod Makjod, maka Al-Mahdi pula dgn bala tenteranya Ruhul Quddus yg dilambangkan dgn Nabi Isa AS. Al-Hadis ada mengatakan : "Apabila munculnya Al-Mahdi akan turunnya Nabi Isa AS dari langit"... Maka terpulanglah pada keariffan masing2 dlm mentafsirkan maksod tersirat akan Hadis tersebut. Perlu diketahui Alam Kenabian Kerasolan telah tamad. Maknanya semua Para Nabi telah wafat berkubur, termasuk Nabi Isa AS itu sudah tamad tugas. Namun Alam Kewalian tetap berterusan hingga keAkhir Zaman....

    Watak2 dan ciri2 Dajjal telah ada bermula dari anak cucu Nabi Adam AS itu lagi. Dimana ada tamaddun dan peradaban Manusia, maka disitu adalah itu Dajjal dan Yakjod Makjod, termasuk detik waktu diambang Akhir Zaman ini. Hinggakan dlm Dunia Islam ada itu Yahudi Dajjal bersembunyi dlm kelambu Islam. Itulah Sang Wahabbi Sang Yahudi Dajjal aka Sang Musang Berbulu Ayam, kerjaannya meracuni Islam dari dalam. Makanya Dajjal itu mulanya dilambangkan bermata satu. Akhir Zaman ini zahirnya Dajjal itu udah bermata dua dan ada yg bermata empat. Hinggalah kejahatan kesesatan silam Sang Dajjal itu terhimpun berpadu kuat menjadi hidup utk menjahanamkan Dunia Islam diAkhir Zaman ini...

    Apabila kesesatan, kekufuran kezaliman Sang Dajjal Al-Masikh serta bala tenteranya Sang Yakjod Makjod sudah bermaharaja-lela hingga keperingkat paling kritikal dan maksima, maka dikala itu Allah Rabbul Jalil akan bangkitkan Sang Juru Penyelamat yg dinanti2kan. Itulah Imam Mahdi AS serta bala tenteranya dari Pemuda Bani Tamim yg akan menghapuskan mereka itu. Hinggalah bumi dipenuhi semula dgn keadilan dan kemakmuran, hingga selama tempoh jangka waktu yg ngak ketahuan, melaenkan hanya Allah jua Yg Maha Tahu lagi Maha Menetapkan. Apakah selepas itu sejarah Bumi dan Alam Semesta Raya kita ini akan tamad ditutup berakhir buat selama2nya...???

    Allahu'alam Bissawabbb....


  4. Black Ops Says:

    KAUM YAHUDI MERAIKAN PERAYAAN - FOUR BLOOD MOONS....

    GERHANA TAHUN 2014....
    (1) Pada 15/04/2014 telah berlaku Gerhana Bulan Berdarah (Hari Passover Yahudi).
    (2) Pada 08/10/2014 akan berlaku Gerhana Bulan Berdarah (Hari Sukkot Yahudi).

    GERHANA TAHUN 2015.....
    (1) Pada 20/03/2015 akan berlaku Gerhana Bulan Berdarah (Hari Adar Yahudi).
    (2) Pada 04/04/2015 akan berlaku Gerhana Matahari (Hari Passover Yahudi).
    (3) Pada 28/09/2015 akan berlaku Gerhana Bulan Berdarah (Hari Sukkot Yahudi).

    Sukkot - Hari Raya Yahudi.
    Adar - Hari Raya Merayakan Penghidupan Baru..

    Apakah perayaan prophecy Yahudi itu mereka sedang membina kekuatan..??
    Apakah kemunculan gerhana2 itu petanda bahawa Kiamat sudah dekat..??
    Apakah ketandaan2 dilangit itu kemunculan Imam Mahdi sudah diambang pintu..??

    Wallahu'alam....