Elias Hj Idris


Image may contain: 2 people, people smiling, text
Puak-puak tertentu cuba memperwirakan MPAJA dan komunis sebagai pejuang negara.

Hakikatnya, semasa pendudukan Jepun, berapa banyak tentera Jepun yang telah dibunuh oleh MPAJA dan komunis berbanding orang Melayu, orang Cina, India dan Orang Asli? Di Sarawak dan Sabah, lebih ramai pribumi dan bumiputera dibunuh oleh komunis Kalimantan berbanding pembunuhan ke atas Jepun dan Inggeris sepanjang PKK aktif.

Itu sebablah ramai yang kata, PKM berjanji dengan British untuk melawan Jepun agar British memberikan senjata, bantuan kewangan, latihan dan perubatan kepada mereka. Tapi apabila menerima kesemua itu, apa yang komunis buat ialah tembak langit, tembak pokok, bukannya tembak Jepun. Yang benar-benar melawan Jepun adalah Force 136 dan Wataniah. Bila British kembali, Komunis guna semua bantuan itu untuk lawan British supaya British serah negara ini kepada komunis.
Bila Jepun kena bom atom dan mengaku kalah, MPAJA kembali bersatu dengan Parti Komunis Malaya dan mula menzalimi orang Melayu dan bumiputera khususnya. Malahan orang Cina pun terpaksa ditempatkan di kampung-kampung baru atas tanah yang dipajak daripada sultan-sultan Melayu bagi menghalang dan membendung kegiatan ganas komunis.











0 Responses