Elias Hj Idris
Dato’ Lokman Noor bin Adam
Pengerusi
Sekretariat Suara Rakyat

LAPORAN POLIS TERHADAP IGP DAN PEGAWAI PENYIASAT KES PEMBUNUHAN ALLAHYARHAM SYED MUHAMMAD DANIEL SYED SYAKIR

Saya Lokman Noor bin Adam ingin membuat laporan polis keatas Datuk Hamid Bador, Ketua Polis Negara dan Pegawai Penyiasat Kes Bunuh Syed Muhammad Daniel, ASP Siti Sarah Aisyah Saad berhubung penularan satu keping gambar “still image” yang diambil daripada rakaman video kejar mengejar dan pergaduhan diantara Yew Wei Liang dengan Syed Muhammad Daniel yang disyaki bertujuan untuk menyelamatkan seorang pembunuh dan memburukkan seorang mangsa pembunuhan.

Laporan ini dibuat memandangkan gambar “still image” tersebut telah diambil daripada video yang dirakam oleh isteri Yew Wei Liang. Laporan ini dibuat keatas ASP Siti Sarah Aisyah kerana beliau adalah Pegawai Penyiasat Kes ini dan Yew Wei Liang serta Isterinya kini ditahan untuk membantu siasatan dibawah seksyen 302 Kanun Kesiksaan atas tuduhan membunuh. Isteri Yew Wei Liang ditahan kerana beliau merakam perbuatan jenayah yang dilakukan suaminya. Ini bermakna, handphone isteri pembunuh tersebut kini berada didalam simpanan pihak polis sebagai bahan bukti.

Memandangkan kes ini, “kes berkepentingan umum”, adalah sangat mustahil ASP Siti Sarah Aisyah mengeluarkan sebahagian daripada bukti yang beliau perolehi daripada rakaman isteri Yew Wei Liang “secara terpilih”, iaitu dengan mengeluarkan gambar “Arwah Syed Daniel meluru kearah bahagian tengah bonet depan kereta Yew Wei Liang dengan kayu softball, tanpa arahan Ketua Polis Negara.

Memandangkan gambar “still foto” itu jelas membuktikan bahawa pihak polis mempunyai rakaman penuh kejadian yang berlaku diantara Yew Wei Liang dengan Syed Muhammad Daniel, hasil rakaman isteri Yew Wei Liang, maka laporan polis ini dibuat bagi meminta pihak polis menyiasat IGP dan IO terbabit atas sebab berikut :

1. Mereka berdua disyaki mahu membantu Yew Wei Liang dari hukuman maksimum dan dikecam oleh Nitezen kerana memukul dan melanggar mati Arwah Syed Daniel dengan mengeluarkan hanya gambar terpilih yang hanya menunjukkan Syed Daniel yang menyerang bonet depan kereta Yew Wei Liang.
2. Jika gambar Syed Daniel boleh ditularkan, tidak ada sebab pihak IGP tidak boleh menularkan video penuh insiden terbabit bagi menghentikan spekulasi dimedia sosial yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.
3. Laporan ini juga dibuat bagi memaklumkan pihak IGP bahawa kini rakyat tahu akan kewujudan video yang dirakam isteri Yew Wei Liang dan mengesa agar pihak polis memastikan bukti rakaman isteri Yew Wei Liang ini tidak hilang seperti rakaman CCTV Hotel Four Point Sandakan (Sepertimana dimaklumkan Sdr Farhash dalam kenyataan media beliau), yang boleh membuktikan bahawa Azmin Ali dan Haziq Aziz telah memasuki bilik yang sama lebih 45 minit.

Saya berharap, Pihak polis dapat menyiasat dan memastikan mereka yang cuba melindungi pembunuh Syed Daniel ini dan sekaligus melanggar Seksyen 203A (1) dan (2) Kanun Kesiksaan, kerana membocorkan maklumat yang mereka perolehi semasa menjalankan tugas dapat dihadapkan kemuka pengadilan bersama Yew Wei Liang. Sekian laporan saya, terima kasih.

JIKA ANDA MASIH SAYANGKAN PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR, JOM SERTAI SEKRETARIAT SUARA RAKYAT. BANTU KAMI MENGIKUT KEPAKARAN DAN KEMAMPUAN ANDA

Untuk makluman lanjut :
Telefon No Peribadi : 0123320000
Whatapp Group : 0138387038
Facebook Pages : Lokman Noor Adam
Facebook Baru : Lokman Adam SSR
Instagram : Lokman Adam_SSR
Twitter : lokmanadam
Youtube : https://www.youtube.com/user/pidatopemudabn

Mohon bantuan teman-teman untuk meminta penyokong kita yang lain untuk download Telegram dan tekan join di link dibawah untuk mendapat maklumat terkini. Saya sukar penyebaran maklumat melalui whatapps group kerana whatapps hanya menghadkan 5 groups sekali penghantaran :
https://telegram.me/lokmanadam

Image may contain: car and outdoor
0 Responses