Elias Hj Idris

Mohd H Roslan
is with Nabil Nadri and Afzan Yusuf.


Invasi (serangan) Ilmu dan Chola


Ini sekadar pandangan peribadi yang tidak melibatkan mana-mana institusi.
Semalam alam Melayu digegarkan dengan pembatan forum anjuran ATMA atas sebab desakan beberapa orang "pelajar UKM" sendiri dari kalangan kaum India. Isu yang mahu diketengahkan oleh mereka ialah kenapa forum tersebut tidak menjemput forumer dari kaum mereka sendiri?


Bagi aku masalah ini bermula sejak 4 tahun lepas apabila gagasan "Melayu Pendatang" digunakan oleh mereka untuk meraih perhatian semua pihak. Tidak lama dari lanjutan itu secara tiba-tiba beberapa ekstrimis India cuba membawa modal Chola dan mendakwa merekalah (kaum Tamil) yang membuka Kedah Tua dan sejak itu perang saraf berlaku di antara Melayu dan India serta ditambah pula insiden-insiden kecil pergaduhan antara kedua kaum sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Menariknya pula setakat ini para pemimpin Melayu tidak menyentuh langsung hal ini dan membiarkan rakyat bertaraf 'kuli' mempertahankan semua institusi Melayu yang ada.

Bagi kita sikap acuh tak acuh bila setiap kali program so called ilmiah oleh kaum lain diadakan telah benar-benar merugikan kita. Kita terlalu perlahan dalam membuat sebarang tindakan. Kita asyik beralah dan biarkan saja - kesudahannya kita sendiri yang dikalahkan dalam keadaan tidak sedar.

Namun apa yang menariknya pula, pabila akhirnya rakyat Melayu sedar betapa sejarah ini penting. Tapi sejauh manakah kesedaran itu mampu digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat? Seterusnya, masih ramai yang menolak buku-buku ilmiah dan memberi pelbagai alasan untuk tidak memahami sejarah. Adakah sejarah hanya akan terpakai apabila hak-hak Melayu diusik?

Kita perlu ingat,
Perbuatan kita pada hari ini akan menentukan nasib generasi masa depan, bukan setakat bangsa tapi juga agama."

Jadi sejauh mana kita yang sedang menghadapi tsunami pembunuhan jati diri Melayu ini bersedia menghadapi dan menyediakan platform untuk generasi anak-anak kita?

Sejarah bukan sesuatu yang boleh dienakkan jalan penceritaannya. Kajian dan penulisan sejarah ini bersifat dingin, saintifik, tidak berbelas kasihan dan ia pula bertentangan dengan sifat Melayu yang ceria, suka kepada penglipur lara dan cepat berbelas kasihan!


Jadi setiap kita walau dalam keadaan apa pun, dalam mempertahankan hak dan melindungi apa yang ada dalam persaingan hidup ini perlu bersifat kejam. Adakah dalam persaingan ini bukan Melayu bisa atau pernah berbelas kasihan kepada kita? Bukan semua mereka,tetapi semua mereka tidak pernah beralah dan berbelas kasihan kepada kita.

Membaca penulisan ilmiah yang bersifat kaku itu sebenarnya lebih membawa kepada kematangan daripada membaca buku yang membawa kita kepada alam awang-awangan yang terawang-awangan dan syok sendiri.


Oleh itu sejauh manakah persediaan kita dalam menghadapi ombak invasi/serangan ilmu yang sekarang semakin mekar setiap hari. Ramai di antara kita yang tidak sedar malah selalu berkata, "...mereka sudah menonjol". Sebenarnya usaha mereka sudah lama malah sejak British keluar dari Malaya lagi.

British sudah sekian lama mewariskan segala institusi ilmu kepada bukan Melayu.

Kita bukan baru sahaja hendak bermula, tetapi langkah kita seperti anak kecil yang mahu dibelai dan didodoikan dengan kisah-kisah yang membuai perasaan dan kita masih terperangkap dalam legasi-legasi silam yang tidak boleh diambil semula.

Sedarlah dan penuhkan ilmu sejarah yang berhati kejam itu. Bacalah buku bukan mengharap seperti orang dungu dengan 1001 alasan.
Ini zaman kita dan kitalah yang harus membina semula sejarah kita dari puing-puing kenangan yang sudah dirobohkan.


Hang Tuah menjadi megah bukan kerana dia seorang daeng atau anak raja, tetapi dia sendiri yang mencari dan mencipta kemegahan untuk dirinya.

Jadilah orang megah, jangan jadi pengalah!


MHR.
0 Responses