Elias Hj Idris





















Edisi Sejarah Al-Arqam: Jumlah Harta Darul Arqam Di Malaysia Sebelum Dibeku Sungguh Menakjubkan.

Al-Arqam diharamkan atas tuduhan taksub, sesat, pengasasnya berkahwin lebih daripada 4 orang dalam satu masa dan seumpamanya.
Adakah kesemua tuduhan itu benar?


Jawapan:


Semua tuduhan yang dilemparkan adalah tuduhan yang berniat jahat. Ia fitnah dan cerita rekaan sahaja bagi melenyapkan Al-Arqam.

Al-Arqam telah diharamkan oleh Kerajaan UMNO/BN di era Tun Mahathir atas tuduhan palsu (fitnah).
Kenapakah Al-Arqam ingin dilenyapkan?
Kenapa Al-Arqam tidak disukai UMNO/BN dan Mahathir?

1) Al-Arqam merupakan pertubuhan berteraskan Islam yang berjihad dalam lapangan ekonomi dengan mengikut nilai Islam sebenar. Al-Arqam amat ditakuti oleh ahli politik UMNO dan amat ditakuti oleh ahli-ahli perniagaan atau tycoon-tycoon Cina kerana ia menjadi pesaing hebat mereka dalam ekonomi dan perniagaan! (Kita tidak bertujuan untuk melahirkan kebencian terhadap kaum Cina. Ia fakta dan itulah hakikat apa yang sebenarnya telah berlaku).

Sebut sahaja apa jenis barang keperluan, hampir kesemuanya dihasilkan sendiri oleh Al-Arqam. Daripada barang keperluan makanan, barang rumah, cermin kereta, perladangan, khidmat teksi dan bas, sekolah dan universiti, klinik, akhbar dan majalah, bengkel kenderaan, restoran, kilang perusahaan, hartanah dll. Jadi, MCA menjadi jarum menghasut UMNO/BN bagi tycoon-tycoon sebangsa mereka. Mereka juga bukan semua pandai bersaing secara sihat, perasaan merasa terancam dan hasad dengki telah menguasai diri mereka.

2) Selain daripada jarum-jarum pemimpin MCA kepada UMNO/BN, Al-Arqam juga sememangnya amat tidak disenangi oleh Dr Mahathir pada ketika itu. Ini adalah kerana beliau seorang yang amat fobia dan benci kepada gerakan Islam. Dr Mahathir merupakan seorang yang amat tidak suka kepada idea-idea Islamisasi. Malah semua sedia maklum bahawa PAS telah menjadi lawan dan musuh kepada UMNO/BN sejak sebelum merdeka lagi. Apatah lagi PAS sejak sekian lama membawa ideologi Islam manakala UMNO membawa ideologi sekular kebangsaan.

Dr Mahathir amat tidak senang jika ada mana-mana pertubuhan Islam yang dilihat amat berjaya menguasai minda dan jiwa masyarakat Malaysia umumnya. Pada masa yang sama Al-Arqam amat berjaya dalam mengeluarkan barangan serta perkhidmatan yang berkualiti serta menguasai pasaran Malaysia secara meluas. Al-Arqam adalah pertubuhan Islam yang amat berjaya dalam dunia korporat!

3) Pada masa yang sama, pemimpin Al-Arqam dikatakan rapat dengan pimpinan PAS. Jadi, Dr Mahathir amat khuatir jika hubungan pemimpin Al-Arqam dengan pimpinan PAS itu yang memungkinkan membawa kepada kerjasama dari segi bantuan kewangan kepada PAS.

PAS tetap berjuang sekalipun agak daif dengan semangat mengangkat martabat agama Allah di bumi Malaysia. Al-Arqam juga sama, mereka mempunyai semangat jihad ekonomi dan nilai Islam yang tinggi dalam mengangkat Islam melalui ekonomi dan perniagaan. Ini adalah sesuatu yang amat bahaya kepada gerakan sekular kebangsaan UMNO/BN.

PAS dan Al-Arqam ideologinya sama, iaitu Islam (Quran dan Sunnah). Jika PAS berjuang di pentas politik manakala Al-Arqam pula di pentas ekonomi/perniagaan dan sedia bergabung, bagaimana dengan survival UMNO/BN? Bagaimana jika PAS mendapat bantuan kewangan yang besar?

Dr Mahathir seorang genius politik, yang mampu membaca segala kemungkinan dengan tepat. Tambahan pula UMNO/BN adalah parti kapitalis yang suka menjarah kekayaan negara dengan pelahap dan sewenang-wenangnya. Jika tidak secara terus, mereka gunakan kroni - suku-sakat dan piat-pakat. Jika dibandingkan dengan cara Al-Arqam yang mengambil keuntungan sedikit, sudah pasti cara Islam berekonomi berbeza dengan cara kapitalis UMNO/BN. Dr Mahathir juga amat khuatir jika masyarakat Malaysia dapat merasai bahawa cara Islam adalah cara paling baik.

Jadi, jalan yang terbuka luas ialah dengan Al-Arqam mesti dihapus dan dilenyapkan.


Bagaimana Dr Mahathir dan kerajaan berjaya menghapuskan Al-Arqam pada ketika itu?
Jawapannya cukup mudah.
Pada ketika itu tiada media alternatif seperti internet, blog, e-news dll. Jadi dengan mudah Dr Mahathir seperti biasa menggunakan gaya politik Niccolò Machiavelli-nya tanpa mengira hakikat dosa atau pahala dalam membuat fitnah, mencipta persepsi jahat, atau propaganda dengan menggunakan jabatan-jabatan kerajaan seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Dalam Negeri dll sehingga rakyat percaya dan termakan dengan tipu daya, fitnah dan propaganda politik beliau.

Seterusnya beliau menangkap peimimpin utama Al-Arqam, iaitu Ustaz Ashaari Mohammad dan beberapa orang lagi. Maka, lemahlah Al-Arqam lalu diharamkan dan seterusnya terbubar dengan sendiri.

Apa salah Al-Arqam?

Al-Arqam dan Ustaz Ashaari Mohammad dikira sebagai gerakan Islam yang mengancam kedudukan politik seorang manusia yang tidak mahu melihat Islam diangkat dan dijulang. Bagi Dr Mahathir, Al-Arqam bersalah besar kerana berbaik-baik dan cuba membantu PAS. Maka benarkah seperti kata Pak Natsir, "Islam beribadah akan dibiarkan, Islam berekonomi akan diawasi, Islam berpolitik akan dicabut seakar-akarnya."
 
Harta Darul Arqam sebelum diharamkan:

Sebelum Darul Arqam diharamkan mereka mempunyai asset/harta tetap bernilai lebih RM200 juta dalam bidang hartanah, kenderaan, kilang dan sebagainya.

Mereka memiliki 48 buah perkampungan di seluruh Malaysia dengan keluasan tanah 294 ekar yang nilainya berpuluh juta ringgit. Di setiap perkampungan diwujudkan kawasan pertanian. Antara pertanian yang mereka usahakan ialah tanaman padi, tanaman kontan, tanaman belimbing, kolam ikan, ternakan ayam itik dan nuseri bunga.

Al-Arqam juga mempunyai sebuah pusat latihan pertanian di Batu Hampar, Perak seluas 20 hektar. Mereka memiliki sawah padi seluas 20 ekar di Pulau Pinang, 30 ekar di Keningau dan 100 ekar di Ranau. Al-Arqam juga mempunyai 92 buah kenderaan pelbagai jenis termasuk sebuah bas eksekutif dua tingkat dan 10 buah Mitsubisi Pajero pacuan 4 roda.

Mereka juga memiliki 33 buah bas ekspres dan 20 buah teksi di bandaraya Kuala Lumpur.
Darul Arqam mempunyai 417 projek ekonomi di seluruh Malaysia yang dfi antaranya 56 buah kilang perusahaan, 20 buah pasar mini, 52 kedai runcit, 36 kedai buku dan alat ibadah, 21 kedai jahitan, 12 buah bengkel motor dan18 buah restoran.

Dalam bidang penerbitan Al-Arqam sudah punya 13 akhbar dan majalah serta 61 buah buku tulisan Abuya Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi. Ketika itu kesemua penerbitan Al-Arqam menjadi rebutan. Majalah al-Mukminah contohnya punya jualan mencecah 120,000 naskhah sebulan.
Kesemua akhbar dan majalah Arqam dijual lebih 500,000 naskhah setiap bulan sebelum lesen penerbitan mereka dibatalkan.

Mereka juga mempunyai 10 buah poliklinik tidak termasuk klinik-klinik kecil di setiap perkampungan, 257 buah sekolah di seluruh Malaysia dan11 buah di luar negara, iaitu 4 di Indonesia, 2 di Thailand, 2 di Singapura, 2 di Pakistan dan 1 di Australia.
Bilangan pelajar seramai 9,541 orang dan guru 696 orang. Arqam juga menghantar 320 orang pelajar ke luar negara. Ketika itu Arqam juga sedang mengusahakan pembinaan universitinya sendiri di Pekan Baru, Indonesia.


Sumber: PanjiKhaliefah
#AlArqamDiharamkanAtasFaktorAncamanPolitik
#MogaAllahMerahmatiUsahaMereka
#MogaAllahMembalasKebaikanJihadEkonomiMereka
0 Responses