Elias Hj Idris
Keluarga di Raja Arab Saudi ibnu Saud sebenarnya keturunan YAHUDI ...

            Monumen di Jeddah, Arab Saudi - JEDDAH EYE
 
Neil Armsteen with Shamsudin Ali and 7 others.
 
ROTHSCHILD MENUBUHKAN NEGARA ARAB SAUDI (KELUARGA IBN SAUD)
~Keluarga Diraja Saudi adalah dari keturunan Yahudi dan dipilih sendiri oleh Rothschild.

Arab Saudi merupakan salah sebuah negara di dunia Islam yang sangat strategik, terutama sekali kerana di negara tersebut terdapat Baitullah di Makkah yang menjadi pusat ibadah haji kaum Muslimin di seluruh dunia. Malah sejarah dan perjalanan Islam itu sendiri sememangnya tidak boleh dipisahkan dari wilayah Hijjaz itu kerana di sanalah Rasulullah SAW dilahirkan dan di sanalah Islam bermula sehingga menjadi peradaban besar dunia. Arab Saudi juga sering menjadi rujukan dalam bidang pendidikan Islam kerana di negara tersebut terdapat beberapa pusat pendidikan ulung seperti Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah dan Ummul Qura di Makkah yang menjadi tempat belajar ramai pelajar Islam dari seluruh dunia. Dari negara ini jugalah, munculnya gerakan Wahhabi yang banyak membawa pengaruh dalam dunia Islam. Lebih jauh lagi, Saudi sering dianggap sebagai mewakili model negara Islam yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Itu dari satu sisi. 

Namun di sisi yang lain, Saudi juga merupakan negara yang paling banyak dikritik oleh dunia Islam. Sejak dari awal pembentukannya, negara ini dianggap sebagai pemberontak terhadap Khilafah Utsmaniyah. Sejarahnya penuh dengan pertumpahan darah terhadap lawan-lawan politiknya. Banyak pihak menjadi saksi terhadap tindakan keras yang dilakukan oleh rejim ini terhadap pihak-pihak yang menentang kekuasaan keluarga Saud. Bukan itu sahaja, Saudi juga dikecam kerana menyediakan negaranya untuk menjadi pangkalan tentera AS. Kehidupan keluarga kerajaan Saud yang penuh dengan kemewahan yang melampau juga banyak menjadi perbincangan. Secara ekonomi, Saudi juga menjadi dambaan negara-negara kuasa besar dunia disebabkan faktor kekayaan minyaknya yang luar biasa.


Salah satu kehebatan Arab Saudi selama ini adalah kejayaannya dalam menipu kaum muslimin, dengan menonjolkan seolah-olah negaranya merupakan cerminan negara Islam yang menerapkan al-Quran dan Sunnah. Keluarga kerajaan Saud sering menampilkan diri mereka sebagai pelayan umat hanya kerana di negara mereka terdapatnya dua kota suci, Makkah dan Madinah yang tidak putus-putus dikunjungi oleh umat Islam dari seluruh dunia. Saudi juga banyak memberikan bantuan kepada kumpulan-kumpulan Islam dan negeri-negeri umat Islam tertentu demi menonjolkan imej baik mereka sebagai ‘pelayan umat’ dan penjaga dua tanah haram (Khadim al-Haramain). Akan tetapi, dia lupa bahawa imej baik itu sesungguhnya semakin pudar hasil persahabatannya dengan AS sehingga sanggup mengorbankan dan mengkhianati kaum muslimin. Seluruh dunia tahu bahawa Arab Saudi adalah pendukung penuh AS baik secara politik mahupun ekonomi dalam Perang Teluk II. Saudi juga menyokong serangan AS ke atas Afghanistan dan berada di sisi AS untuk memerangi umat Islam. Sudah terlalu nyata bahawa Saudi sentiasa berganding tangan dengan AS dalam kempen AS memerangi Islam.

Selain keakrabannya dengan syaitan besar AS, Saudi juga amat terkenal kejamnya terhadap gerakan-gerakan Islam yang mengkritik kekuasaannya. Ramai ulama yang berani dan soleh yang dipenjarakan hanya kerana mengkritik keluarga kerajaan dan pengurusannya terhadap umat. Selain itu, sikap joli keluarga Saud dengan gaya hidup kapitalisme sangat menyakitkan hati umat Islam. Mereka berjoli dengan segala kemewahan yang melimpah-ruah, manakala pada saat yang sama mereka membiarkan rakyat mereka, rakyat Iraq, rakyat Palestin dan lain-lain hidup menderita akibat tekanan ekonomi, penindasan dari penguasa sendiri dan juga tekanan dari AS. Kerajaan Saudi tidak akan berkompromi dengan mana-mana rakyat yang mengkritiknya, malah kewujudan parti politik juga diharamkan sama sekali sejak dari mula ia memerintah lagi. Dalam masa yang sama, atas alasan menjaga keamanan keluarga dan kerajaan, mereka menghabiskan jutaan dolar dalam melakukan kerjasama ketenteraan dengan AS dan menempatkan (ketika ini) lebih daripada 5,000 anggota tentera AS di Arab Saudi.


SEJARAH PENUBUHAN ARAB SAUDI

Ad-Diriyah berdekatan dengan Riyadh bernama Muhammad bin Saud (Ibn Saud) bermazhab Hambali, dan pada tahun 1740, Ibn Saud atas cadangan agen British telah menjemput pengasas fahaman Wahhabi, Muhammad bin Abd Wahhab (Ibn Wahhab) untuk tinggal di Ad-Diriyah.
Dengan pertemuan mereka berdua, rancangan pemberontakan oleh agen British telah berjaya dan membebaskan Ad-Diriyah bebas daripada pemerintahan Uthmaniyah, Turki. Ad-Diriyah menjadi negara pertama bagi pemerintahan Ibn Saud dan Ibn Wahhab diberi autoriti untuk meyebarkan fahaman Wahhabi.

Selepas kematian Ibn Saud, Abd Aziz telah mengambil-alih tampuk pemerintahan dan menjadikan fahaman Wahhabi sebagai sandaran utama pemerintahan dan memusnahkan makam Saidina Ali bin Abi Talib serta Saidina Hussain atas alasan mengelakkan perbuatan syirik pengikut Syiah.

Keluarga Saud terus melancarkan perang terhadap pemerintahan Uthmaniyah selama 80 tahun lebih. Akhirnya pada tahun 1902 Ad-Diriyah berjaya dilepaskan malah berjaya menawan bandar Riyadh.
Bagi melindungi kawasan jajahannya agar tidak dirampas, Abd Aziz menjalinkan hubungan dengan British dan menjadikan Semenanjung Arab sebagai negeri di bawah naungan British.

Dengan kerjasama British dan Amerika pada tahun 1953, Rothschild menubuhkan bank negara untuk Arab, Saudi Arabian Monetary Agency.
http://en.wikipedia.org/wiki/Saudi_Arabian_Monetary_Agency

Syarikat-syarikat minyak Rothschild sepeti BP dan Royal Dutch Shell telah diberi hak untuk melombong minyak di serata negara Arab Saudi.


WILAYAH ARAB, ROTHSCHILD DAN PBB
 
Kembali kita kepada penubuhan Liga Bangsa-bangsa yang diumum di Paris pada tahun 1919. Antara tokoh yang berada dalam persidangan perdamaian 1919 itu adalah Emir Faisal yang mengetuai delegasi Arab ke Versailles, Paris.

Siapa Emir Faisal? Beliau adalah anak kepada Hussein bin Ali , Sharif Mekah. Ayahnya menjadi Sharif Mekah sejak zaman Turki Uthmaniyyah dan menjadi Raja Hijjaz setelah Pemberontakan Arab 1917-1918 menentang khilafah atas niat beliau ingin menjadi khalifah Islam, bersekutu dengan British demi cita-citanya membina empayar Dinasti Bani Hashim di semenanjung Arab.

Turki Uthmaniyyah yang bersekutu dengan Jerman dalam Kuasa Pusat telah cuba menghalang pemberontakan Sharif Hussein ini, walau bagaimanapun Sharif Hussein berjaya menguasai kawasan Hijjaz termasuk mengekalkan pemerintahan Mekah-Madinah dari tahun 1916 hingga tahun 1924 dengan bantuan British dan Perancis serta menggelar dirinya khalifah bagi umat Islam.

Ketika pemberontakan 1916-1917 itu Emir Faisal membantu ayahnya untuk menentang Turki Uthmaniyyah bekerjasama dengan agen British di Mesir, T.E Lawrence. Sesuai dengan Perang Dunia Pertama yang berlangsung ketika itu, pihak Sharif Hussein bersama pihak bersekutu, dan Turki Uthmaniyyah bersama kuasa pusat.

Setelah kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama, Emir Faisal tidak kurang mendapat untung bersama ayahnya. Banyak wilayah takluk Turki Uthmaniyyah diserah kepada mandat-mandat British. Beliau menjadi wakil Arab membuat perjanjian dengan Presiden Israel pertama dan juga ketua organisasi zionis sedunia Chaim Weizmann yang dikenali sebagai Perjanjian Faisal-Weizmann 1919 yang diadakan di Paris bersekali dengan Perjanjian Perdamaian Paris 1919.

Apa yang menarik adalah kisah setelah itu ketika ketumbukan Wahabi-Ibn Saud berlangsung pada 1924. British tidak lagi menyokong atau membantu Sharif Hussein dan membiarkan pihak Ibn Saud yang menentang Sharif Hussein untuk mendapatkan wilayah Hijjaz dan Mekah-Madinah. Anaknya, Emir Faisal masih menjadi raja di Syria dan kemudiannya Iraq sehingga beliau meninggal dunia pada 1933.

Sebelum pergi lebih jauh, mari kita ketahui perihal Ibn Saud dan usaha penaklukan beliau. Ketumbukan tentera Ibn Saud dianggap kuat setelah bekerjasama dengan Sheikh Muhammad Ibn Abd Wahhab sehingga dapat memerintah wilayah Diriyyah di Riyadh dari tahun 1744-1818 yang juga dikenali Arab Saudi pertama.

Empayar Turki Uthmaniyyah walau bagaimanapun cuba mengambil kembali wilayah itu untuk bernaung di bawah Turki Uthmaniyyah dengan menghantar Muhammad Ali Pasha. Pada 1818, Ibn Saud telah kalah kepada Muhammad Ali Pasha. Walau bagaimanapun Ibn Saud cuba membina kembali kekuatannya dan cuba mendapatkan wilayah Riyadh tersebut pada 1824 apabila berperang dengan Bani Ar Rashid yang merupakan sekutu Empayar Turki Uthmaniyyah.

Dari tahun 1824 itu iaitu zaman Arab Saudi kedua, Ibn Saud terus merangka perancangan untuk berkuasa di wilayah arab dengan tema tajdid ke arah pemurnian Islam bersama kelompok Wahhabi. Kemuncaknya adalah peperangan dengan Bani Hashim pimpinan Sharif Hussein yang dikisahkan tadi pada tahun 1924. Walaupun banyak kelompok kabilah yang ingin menguasai wilayah Arab, ternyata setelah kejayaan Bani Hashim bersama pihak bersekutu pada era Perang Dunia Pertama mengalahkan Khilafah Turki Uthmaniyyah, keturunan Saudi dianggap lebih berjaya pasca Perang Dunia Pertama itu.

Ketumbukan tentera Ibn Saud yang digelar "Ikhwan" itu telah berjaya melebar penguasaan wilayah mereka sehingga pada tahun 1932 tertubuhlah dengan rasminya Kerajaan Arab Saudi Ketiga yang diiktiraf oleh British (ertinya British tidak akan mengganggu kedaulatan wilayah Ibn Saud), sementara banyak tanah Arab lain masih di bawah mandat British.

Apa yang lebih menarik, 6 tahun selepas itu pada tahun 1938, simpanan minyak dijumpai di Arab Saudi oleh penasihat kepada Ibn Saud iaitu Jack Philby (nama Islamnya Sheikh Abdullah). Beliaulah yang membawa syarikat Rockefeller, Standard Oil for California (SOCAL) dan Texaco menguasai pasaran minyak Arab Saudi seterusnya membentuk Arabian-American Oil Company (ARAMCO).

Baik, siapa Jack Philby ini? Inilah manusia yang menjadi antara manusia yang berpengaruh membentuk peta semenanjung tanah Arab hari ini. Pada awal kariernya menjadi agen British di tanah Arab beliau memimpin beberapa institusi negara-negara mandat British pasca Perang Dunia Pertama.

Sebelum itu, beliau adalah di antara mereka yang merancang untuk menjayakan Kerajaan Persekutuan Arab di bawah misi Pemberontakan Arab bagi menentang Khilafah Turki Uthmaniyyah yang mahu mengangkat Sharif Hussein sebagai ketua negara-negara Arab bersatu - meliputi kawasan dari Syria hingga ke Yaman. Di dalam misi itu, beliau bekerjasama dengan T.E Lawrence sebagai perancang perang membantu Sharif Hussein dan anaknya, Emir Faisal.

Pada 1917, Philby dihantar kepada Ibn Saud sebagai wakil British untuk perundingan. Dalam masa yang sama, Philby lebih cenderung pada Ibn Saud untuk memerintah semenanjung Tanah Arab setelah wilayah-wilayah Turki Uthmaniyyah dilepaskan selepas Perang Dunia Pertama itu.

Pada 1918, apabila berlakunya Perjanjian British-Perancis yang membahagi-bahagikan tanah Arab untuk dijadikan wilayah mereka dan pembentukan Deklarasi Balfour mewujudkan negara Israel, Philby merasakan misi membentuk semenanjung arab bersatu telah dicurangi.1920, Philby menjadi menteri keselamatan dalam negeri di Iraq pasca revolusi Iraq waktu itu. Setahun setelah itu 1921, Philby dilantik menjadi ketua unit rahsia British di Mandat Palestin.1922, Philby ke London dan bertemu semua pemimpin penting barat yang sedang mengoperasi wilayah Arab termasuk Winston Churchill, King George, Prince of Wales, Baron Rothschild, Wickham Steed, dan Chaim Weizmann, ketua pergerakan zionis sedunia.

Atas sebab berbeza dengan polisi British yang pro-Bani Hashim sedangkan Philby pro-Ibn Saud, Philby diarahkan berhenti dari semua jawatannya oleh British pada 1924. Namun kemudian, Ibn Saud memanggil Philby menjadi penasihat beliau untuk membantunya menguasai semenanjung Arab yang masih sebahagian besarnya berada di bawah mandat British. 1925, Philby berunding dengan pihak British sebagai wakil Ibn Saud, yang kemudiannya membawa kepada pengiktirafan British kepada kedaulatan wilayah Ibn Saud dan sokongan British mula beralih dari pro-Bani Hashim kepada pro-Ibn Saud. Pada tahun1930, Philby memeluk Islam dan menggunakan nama Sheikh Abdullah.

Pada tahun 1931, Philby menjemput Charles R Crane warga Amerika untuk meneroka simpanan minyak di Arab Saudi yang bakal ditubuhkan setahun selepas itu 1932 secara rasmi. Pada tahun 1933, setahun setelah Arab Saudi ditubuhkan, syarikat Rothshchild berurusan dengan Philby untuk menguasai minyak di sana melalui SOCAL dan Texaco lalu terbentuklah ARAMCO 1936. Sehingga tahun 1973, kerajaan Arab Saudi hanya memegang 25% saham ARAMCO membuatkan syarikat itu menjadi aset Amerika paling bernilai dan penjana keuntungan Rothschild yang terbesar di dunia.
Hanya pada tahun 1980, barulah ARAMCO dikuasai sepenuhnya oleh Arab Saudi dan menukar namanya menjadi Saudi Aramco.

Dari kisah penaklukan negara-negara Arab yang beralih kuasa dari Uthmaniyyah-British-Bani Hashim-Saudi ini, kita dapat lihat akhirnya kemuncak perolehan keuntungan minyak yang diidam-idamkan Rothschild dan Rockefeller untuk menguasai minyak di tanah Arab tercapai walaupun sukar untuk kita buktikan Rockefeller berada di sebalik segala konflik dan permainan politik perang di sana. Namun jelas tanpa mampu disangkal tahun 1914-1933 (19 tahun), daripada mula minyak di Arab dan Perang Dunia tercetus hingga perundingan bersama Philby yang menjadi penasihat Ibn Saud, membawa kepada kejayaan Standard Oil memegang saham terbesar pemprosesan minyak di tanah Arab selama lebih 40 tahun.


KESIMPULAN

Dengan pengaruh Rothschild dalam PBB yang asas penubuhannya yang tidak dapat lari daripada Rothschild, dan pengaruh kuat Rothschild dalam industri minyak dan kewangan dunia, seolah-olah politik dunia dalam kerangka perang dunia pertama, kedua dan mungkin menjurus kepada ketiga ini tidak dapat melarikan sosok keluarga Rothschild yang sudah berkembang biak dalam segenap institusi dan industri dunia, baik politik, ekonomi mahupun pendidikan dan sosial. Ada banyak lagi fakta mengenai kaitan pembangunan Israel, permainan ekonomi Dollar (kapitalis), dasar perang Amerika zaman milennium, demokrasi, globalisme dan idea "New World Order" yang tidak disentuh lagi tetap punya kaitan dengan Rothschild.

Dan kita juga tidak wajar melupakan tahun 1919 ketika Liga Bangsa-bangsa ditubuh di Paris dan terbitnya buku "The New World Order" oleh Batten itu, Rothschild telah menubuhkan Interchurch World Movement (IMW) yang beliau anggap lebih penting daripada Liga Bangsa-bangsa. Malah setelah itu membawa kepada penubuhan The Federal Council of Churches dan The World Council of Churches yang akhirnya bersekutu peranannya dengan PBB.


Khatimah

Wahai kaum muslimin, sesungguhnya senarai pengkhianatan keluarga Saud tehadap umat Islam ini amatlah panjang yang tidak akan habis untuk diungkapkan. Begitulah kerajaan Saud...semasa mereka merampas kekuasaan dari khilafah yang sah dahulu melalui rampasan kuasa secara kekerasan, mereka tidak pernah bertanya sama ada hal itu bertentangan dengan syariat Islam ataupun tidak (walhal hal itu jelas-jelas bertentangan dengan Islam). Lalu kini, mereka mengatakan bahawa sesiapa yang cuba untuk melakukan demonstrasi kerana ingin menggulingkan kerajaan, ia adalah tidak sah menurut syarak!

Justeru, sedarlah wahai kaum muslimin terhadap pengkhianatan dan putar belit penguasa Saudi dan juga penguasa-penguasa umat Islam yang lain. Mereka telah memerintah umat Islam dengan menggulingkan pemerintahan khilafah yang sah dahulu, lalu mereka mengatakan bahawa rampasan kuasa, pemerintahan serta sistem kufur yang mereka terapkan selepas itu sebagai ‘sah’

Sedarlah wahai kaum muslimin bahawa kita semua kini perlu dan wajib kembali kepada sistem pemerintahan yang sebenar, dan satu-satunya sistem pemerintahan Islam yang sah menurut syarak adalah sistem khilafah. Buanglah kesemua rejim yang menindas kamu selama ini dan InsyaAllah penggantian rejim dan sistem ini (dari sistem kufur kepada sistem Islam) akan berlaku apabila kamu  semua menginginkannya. Keputusan adalah di tangan kamu. Walau sehebat dan sekuat mana sekalipun rejim yang memerintah, sesungguhnya kamu berkuasa untuk merobohkannya jika kamu ingin berbuat demikian. Maka marilah kita sama-sama meruntuhkan sistem kufur ini melalui thariqah (jalan) sebagaimana Rasulullah SAW telah meruntuhkannya di Makkah dahulu, sehinggalah Daulah Islam tertegak secara sah di muka bumi ini.
1 Response
  1. Anonymous Says:

    This video contradicts your claim.
    https://www.youtube.com/watch?v=oIV7vLota3E