Baru-baru ini, The Telegraph melaporkan data terbaru tentang perkembangan umat muslim di Britain. Untuk pertama kalinya pada tahun ini, jumlah pemeluk Islam di negara Ratu Elizabeth itu mencapai tiga juta orang. Perkembangannya amat pesat dalam satu dekad terakhir, jika dihimbau kembali pada tahun 1991, penduduk beragama Islam di Britain cuma 950,000 orang.
Pertumbuhan pemeluk Islam di sana berpunca daripada beberapa faktor. Dua aspek utama adalah tingginya jumlah kelahiran keluarga muslim, serta arus kebanjiran pendatang beragama Islam ke Britain.
Selain daripada alasan spesifik di setiap negara, keadaan demografi Britain dikira selari dengan trend yang dicatat oleh lembaga bancian Pew Research Center dari Amerika Syarikat. Pew menyatakan bahawa umat Islam akan mencapai 34.9% daripada jumlah penduduk dunia selepas tahun 2070. Ia dibantu oleh pertambahan penduduk muslim sebesar 2.2% saban tahun.
Jelasnya, untuk
pertama kali sepanjang sejarah, jumlah umat muslim diyakini akan
melampaui jumlah penganut agama Kristian yang selama beberapa abad begitu dominan sekali.
"Pada tahun 2050 jumlah penganut Kristian dunia (2.9 juta orang) yang hampir diimbangi oleh penganut Islam (2.8 juta orang). Fenomena seperti ini belum pernah terjadi sepanjang sejarah," tulis laporan Pew tahun lalu.
Oleh itu, mari kita lihat di negara manakah agama Islam berkembang dengan cukup pesat? Berikut ini adalah perincian data oleh Pew Researh:
1. INDIA

Inilah calon negara yang mempunyai jumlah penduduk beragama Islam terbesar di dunia, melepasi
Indonesia. Pew Research menyatakan apabila tidak ada perubahan bererti dari sisi
demografi, adalah dianggarkan pada tahun 2050 India secara rasmi bakal menjadi negara dengan penduduk
muslim paling banyak di dunia.
Keadaan di India banyak dipengaruhi oleh jumlah penduduk yang padat baik dari kalangan penganut Hindu mahupun Muslim. Usia pemeluk dua agama itu di Negeri Sungai Gangga tersebt sangat muda, lebih dari 30% di bawah 30 tahun. Prospek peningkatan jumlah penduduk muslim mencapai 18.4% (kira-kira 311 juta orang) hingga ke tahun 2050 nanti, jauh lebih tinggi berbanding dengan pemeluk agama lain.
Pada masa ini, umat Islam di India baru berjumlah 177 juta orang. Hanya kurang satu juta orang daripada negara majoriti muslim terbesar yang kedua di dunia, iaitu Pakistan.
"Majoriti penduduk India tetaplah warga penganut Hindu. Namun jumlah pemeluk Islamnya juga ikut meningkat secara drastik melampaui Indonesia," tulis laporan Pew Research tersebut.
2. Britain

Britain merupakan salah sebuah
negara Barat dengan pertumbuhan pemeluk Islam paling cepat di dunia.
Seperti sudah disebutkan pada awal artikel ini, penduduk muslim di Britain kini sudah mencapai tiga juta orang.
Selain daripada didorong oleh kelahiran dan arus kemasukan imigran, komuniti Islam di Britain juga berkembang kerana perpindahan agama. Berdasarkan Badan Bancian Britain, sekurang-kurangnya 6,000 rakyat Britain memeluk Islam saban tahun. Kebanyakan perpindahan agama ini dilakukan oleh warga Britain dari jenis kelamin perempuan.
Peratusan warga Muslim terbanyak berada di Ibu Kota London. Komuniti muslim terbesar tinggal di London Timur, mencapai 45.6%.
Sedangkan untuk populasi Muslim terbesar di luar ibukota, letaknya terdapat di Blackburn, Lancashire, dengan 29.1% daripada jumlah penduduk seluruh Britain.
3. Rusia

Islam di Rusia adalah
agama kedua terbesar setelah Kristain Ortodoks, mencakup 21-28 juta orang.
Jumlah itu setara dengan 20% daripada jumlah populasi bekas Kesatuan Soviet. Pertambahan jumlah pemeluk Islam di bekas Uni Soviet ini
dianggarkan mencapai 14.4% hingga ke tahun 2030.
Pew Research meramalkan Rusia akan menjadi salah sebuah negara berpenduduk kaum Muslim terbesar di dunia. Petunjuk ini sudah dapat dilihat sejak lima tahun terakhir ini, dengan pesatnya pembinaan mesjid di ibu kota Moskow.
"Moskow secara perlahan-lahan berubah menjadi kota berpenduduk Muslim terbesar di Eropah," kata peneliti sosial Alexei Malashenko.
Komuniti Islam di Rusia masyarakat sejauh ini terbahagi dalam dua kelompok besar. Kelompok pertama berada di sekitar Volga-Ural, Siberia Barat, dan Moskow. Sedangkan, kelompok kedua berada di Kaukasus Utara. Etnik Muslim terbesar di Rusia berasal daripada suku kaum Tartar (7 juta), Bashkirs (1.5 juta), dan Chechen (1 juta).
4. Kanada

Negara yang berjiran dengan Amerika Syarikat ini menjadi wilayah keempat yang mencatat tingginya pertambahan penduduk umat muslim di dunia. Untuk Kanada, lonjakan itu dipicu terutamanya oleh arus imigran selama dua dekad terakhir ini.
Padahal, mesjid pertama di Kanada baru sahaja dibangunkan pada tahun 1932. Namun pada tahun 2015, di Kota Toronto sahaja, terdapat lebih daripada 20 buah mesjid dengan 20,000 umat muslim.
Berdasarkan bancian oleh Badan Statistik Kanada pada 2013, populasi umat Muslim melampaui agama-agama lain. Sedangkan survei Rumah Tangga Nasional dua tahun lalu, Islam disebut tumbuh melebihi jumlah warga Kanada yang atheis, tidak percaya tuhan itu.
Jumlah umat Islam di Kanada telah mencapai 1,053,945 jiwa atau 3.2% daripada jumlah keseluruhan penduduk. Dalam satu dekad, pertumbuhannya mencapai 2%.
5. China
Pertumbuhan jumlah pemeluk Islam adalah tersangat pesat di Republik Rakyat China (RRC). Islam merupakan agama majoriti yang dianuti oleh etnik Uighur, Hui, mahupun Kazakh. Melalui bancian lima tahun lalu, jumlah mereka sudah melepasi 50 juta orang. Tiga kali ganda jika hendak dibandingkan dengan bancian pada tahun 2000.
Namun, harus diakui pertumbuhan jumlah ini tidak setimpal dengan kebebasan hak beragama yang diamalkan China. etnik kaum Uighur di Wilayah Xinjiang mengalami penindasan secara terang-terangan oleh pemerintah yang berpusat di Beijing.
Warga Uighur dituding dan dituduh punya kecenderungan 'memberontak'. Penguasaan ekonomi China yang mengutamakan etnik puak Han, sebagai pendatang telah memperburukkan situasi di Xinjiang.
sumber: Merdeka.com