Elias Hj Idris

55 Ciri-ciri Ajaran Sesat Salafi Wahhabi 

Yang Harus Dihindari Ummat Islam

55 Ciri-ciri Ajaran Sesat Salafi Wahabi Yang Harus Dihindari Ummat Islam
Aljazera-News.Com —

Sebagai ummat Islam yang berjuang menegakkan Islam Rahmat lil alamiin dan memperjuangkan Islam sebagai cahaya penerang hati kita wajib mengetahui ciri-ciri aliran yang menyimpang dari ajaran Islam yang disampaikan oleh Baginda RasuluLlah. Kyai Tobhary Syadzly mejelaskan ada 55 ciri ajaran sesat yang wajib dihindari atau dijauhi oleh umat Islam.

Oleh: KH Thobary Syadzily

Inilah kejahatan dan kesesatan aliran Salafi Wahhabi yakni ajaran yang dibawakan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab at-Tamimi an-Najdi:

1. Allah bersemayam di atas ‘arsy seperti akidahnya kaum Yahudi.
2. Golongan yang beriman kepada setengah ayat Al-Qur’an dan kafir dengan setengah ayat Al-Quran yang lain.
3. Golongan yang menolak takwil pada setengah ayat, dan membolehkan takwil pada setengah ayat yang lain berdasarkan mengikuti hawa nafsu mereka.
4. Golongan yang menafikan kenabian Nabi Adam A.S.
5. Golongan yang menyatakan bahawa Alam ini Qidam/Maha Dahulu (Rujuk pandangan Ibn Taimiyyah).
6. Golongan yang mengkafirkan Imam Abu al-Hasan Al-Asy’ari dan para pengikutnya.
7. Golongan yang mengkafirkan Sultan Sholahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh.
8. Golongan yang mengkafirkan Imam An-Nawazwi dan seluruh ulama Islam yang menjadi para pengikutnya (Asy’ariyah dan Maturidiyah).
9. Golongan yang mengdhoifkan hadits-hadits sohih dan mengsohihkan hadis-hadis dhoif (lihat penulisan Albani).
10. Golongan yang tidak mempelajari ilmu dari guru atau syeikh, hanya copy paste dan membaca dari buku-buku dsb.
11. Golongan yang mengharamkan bermusafir ke Madinah dengan niat menziarah Nabi Muhammad SAW.
12. Golongan yang membunuh ummat Islam beramai-ramai di Mekah, Madinah, dan beberapa kawasan di tanah Hijaz (lihat tarikh an-Najdi).
13. Golongan yang meminta bantuan askar dan senjata daripada pihak Britain (yang bertapak di tempat Kuwait pada ketika ini) ketika kalah dalam perang ketika mereka ingin menjajah Mekah dan Madinah.
14. Golongan yang menghancurkan turath (sejarah peninggalan) ummat Islam di Mekkah dan Madinah.(lihat kawasan perkuburan Jannatul Baqi, Bukit Uhud dsb)
15. Golongan yang membenci kaum ahlul bait.
16. Golongan yang bertentangan dengan ijma para shohabah, tabiin, salaf, khalaf dan seluruh ulama ASWAJA.
17. Golongan yang mendakwa akal tidak boleh digunakan dalam dalil syara’, dengan menolak fungsi akal (ayat-ayat Al-Quran menyarankan menggunakan akal)
18. Golongan yang mengejar syuhrah (pangkat, nama, promosi,kemasyhuran) dengan menggunakan pemahaman mereka yang salah terhadap Al-Qura’n dan As-Sunnah.
19. Golongan yang mengdhoifkan hadis solat tarawih 20 rakaat.(Albani)
20. Golongan yang mengharamkan menggunakan tasbih.(Albani)
21. Golongan yang mengharamkan berpuasa pada hari Sbtu walaupun hari Arafah jatuh pada hari tersebut.(Albani)
22. Golongan yang melecehkan Imam Abu Hanifah R.A.(Albani)
23. Golongan yang mendakwa Allah memenuhi alam ini dan menghina Allah dengan meletakkan anggota pada Allah SWT.
24. Golongan yang mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak hayyan (hidup) di kuburan beliau .(Albani)
25. Golongan yang melarang membaca 'sayyidina' dan menganggap perbuatan itu bidah dholalah / sesat.
26. Golongan yang mengingkari membaca Al-Quran dan membaca talqin pada orang yang meninggal.
27. Golongan yang melarang membaca salawat selepas azan.(Albani)
28. Golongan yang mengatakan syurga dan neraka ini fana (tidak akan kekal - Ibn Taimiyyah)
29. Golongan yang mengatakan lafaz talaq tiga tidak jatuh, jika aku talaq kamu dengan talaq tiga . (Ibn Taimiyyah).
30. Golongan yang mengisbatkan (menyatakan/menetapkan) tempat bagi Allah. (Ibn Taimiyyah)
31. Golongan yang menggunakan wang ringgit untuk menggerakkan ajaran sesat mereka, membuat tadlis (penipuan dan pengubahan) di dalam kitab-kitab ulama yang tidak sependapat dengan mereka.
32. Golongan yang mengkafirkan orang Islam yang menetap di Palestin sekarang ini. (Albani)
33. Golongan yang membid'ahkan seluruh umat Islam.
34. Golongan yang menghukumi syirik terhadap amalan umat Islam yang tidak sepaham dengan mereka.
35. Golongan yang membawa ajaran tauhid dan tidak pernah belajar ilmu tauhid.(Ibn Taimiyyah)
36. Golongan yang mengatakan bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempunyai tauhid, tidak pernah Nabi Muhammad SAW mengajar begini ataupun para sohabat R.A. (Muhammad Abdul Wahhab)
37. Golongan yang membolehkan memakai lambang salib hanya semata-mata untuk mujamalah/ urusan rasmi kerajaan, dan hukumnya tidak kufur. (Bin Baz)
38. Golongan yang membiayai keuangan askar kaum kuffar untuk membunuh umat Islam dan melindungi negara mereka. (kerajaan Wahhabi Saudi)
39. Golongan yang memberi syarikat-syarikat Yahudi memasuki Tanah Haram.(Kerajaan Wahhabi Saudi)
40. Golongan yang memecah-belah umat Islam dan institusi kekeluargaan.
41. Golongan yang mengharamkan maulid dan bacaan-bacaan barzanji, marhaban.
41. Golongan yang menghalalkan bom bunuh diri atas nama jihad walaupun orang awam kafir yang tidak bersenjata mati. (selain di Palestin)
43. Golongan yang menghalalkan darah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Asy’ariyah dan Maturidiyah. Lihat di Lubnan, Chechnya, Algeria, dan beberapa negara yang lain.
44. Golongan yang menimbulkan fitnah terhadap umat Islam dan menjelek-jelekkan nama baik Islam.
45. Golongan yang membuat kekacauan di Patani, Thailand.
46. Golongan yang sesat menyesatkan rakyat Malaysia.
47. Golongan yang meninggalkan ajaran dan ilmu-ilmu ulama ASWAJA yang muktabar.
48. Golongan yang meninggalkan methodologi ilmu ASWAJA.
49. Golongan yang minoriti dalam dunia, malah baru berumur setahun jagung.
50. Golongan yang menuduh orang lain dengan tujuan melarikan diri atau menyembunyikan kesesatan mereka.
51. Golongan yang jahil, tidak habis mempelajari ilmu-ilmu agama, tetapi ingin membuat fatwa sesuka hati.
52. Golongan yang melarang bertaqlid, tetapi mereka lebih bertaqlid kepada mazhab sesat mereka.
53. Golongan yang secara zahirnya berjubah, berkopiah, singkat jubah, janggut panjang, tetapi berlewat, tidak menghormati ulama, mengutuk para alim ulama dan tidak amanah dengan ilmu dan agama Islam.
54. Golongan yang tidak ada hujjah dalam ajaran mereka.
55. Golongan yang membawa ajaran sesat Ibn Taimiyyah/Muhamad Ibn Abd Wahhab, kedua-dua individu ini telah dicemuh, ditentang, dijawab dan dikafirkan oleh jumhur ulama ASWAJA atas dasar akidah mereka yang sesat.
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    PERTAMA : Awal2 Mazhab Tertua itulah yg dibawakan oleh Tok Imam Ali.
    Maka dinamakan ia Mazhab Pencinta Ahlulbait Nabi itulah Puak Syiah Ali.

    KEDUA : Muncul Mazhab Sahabat Nabi dasarnya kononnya dari Sunnah Nabi.
    Maka dinamakan Mazhab2 Pencinta Sahabat Nabi itulah mereka Puak Sunni.

    KETIGA : Ribuan tahun Syiah dan Sunni terajui timbul Mazhab baru Wahabbi.
    Mazhab ciptaan Dajjal Yahudi dgn Yakjod Makjod musuh Nabi jangan diikuti.

    KEEMPAT : Mazhab Akhirul Zaman bakal muncul setelah bertahta Imam Mahdi.
    Mazhab2 Syiah dan Sunni terbatal dgn sendiri Islam AlMahdi wajib dibaiahi....


  2. Anonymous Says:

    @@@@....

    KEEMPAT : Mazhab Akhirul Zamani bakal muncul setelah bertahta Imam Mahdi.
    Mazhab2 Syiah dan Sunni terbatal dgn sendiri Islam AlMahdi wajib dibaiahi....


    ****
    ALHADIS : "Jika sekiranya kamu ketahui dimana beradanya itu Imam AlMahdi...
    maka bersegeralah kamu berbaiah kepadanya, walau pun utk ketemunya kamu
    terpaksa merangkak diatas salji...."

    Kalau yg banyak salji itu, apakah kawasan negara Kurasan kah itu..?? Ngak
    tahuk.. Kalau kalian terpaksa merangkak diatas salji, tapak tangan, siku,
    kepala lutut, kah3... kepala bawah sejuk kecut, hingga ujung jari jemari
    kaki kalian bisa beku keras kematu.... Tetapi alamat dari Alam Wali ada
    dibayangkan carilah dulu rumah AlMahdi diwilayah Tasikmalaya dipertemuan
    2 sungei bertemu..

    Bermakna berbaiah beriman kepada Sang Juru Penyelamat aka Ratu Adil Sejati
    aka Imam AlMahdi itu, adalah menjadi wajib kepada setiap Ummat Muhammad...