Dr UsWah
Isu hudud telah menyerlahkan dengan jelas 5 kelompok manusia;
1. Orang yang beriman menerima hudud tanpa banyak soal;
2. Orang yang hati mereka ada sifat-sifat munafiq, tetapi mengaku berjuang untuk Islam;
3. Orang yang jahil tidak kisah dengan isu hudud kerana lebih pentingkan duit... makan... minum... program di tv dan menonton video;
4. Orang bukan-Islam yang nampak kebaikan pada hukum hudud dan menyokong;
5. Orang bukan-Islam yang selama ini sembunyikan kebencian mereka terhadap Islam, tetapi akhirnya menunjukkan kebencian itu secara terus terang.
Jadi, di mana kita dalam kelompok ini?
📌Catatan tadabbur Qur'ani Juz 16;
📜 (فَإِنَّمَا يَسَّرْنَاهُ بِلِسَانِكَ لِتُبَشِّرَ بِهِ الْمُتَّقِينَ وَتُنْذِرَ بِهِ قَوْمًا لُدًّا)
- surah Maryam 97 📚
"Maka sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran itu dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi khabar gembira dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang bertaqwa, dan agar kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang degil dan suka membangkang".
🆘Al-Qur'an diturunkan kepada Rasulullah saw dengan bahasa pertuturan baginda sendiri agar dapat difahami dan disampaikan dengan mudah.
🆘Orang bertaqwa akan menerima ajaran yang dibawa dengan lapang hati.
🆘Orang yang degil akan menolak dengan pelbagai alasan dan bangkangan.
TGHH bidas DAP yang menuduh PAS khianat

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
menempelak tindakan "keterlaluan" DAP yang mendakwa parti itu "khianat"
dalam Pakatan Rakyat kerana berkeras mahu melaksanakan hukum hudud di
Kelantan.
Katanya, perkara itu tidak berbangkit kerana tokoh DAP Lim Kit Siang menandatangani kenyataan bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam pelaksanaan hukum Islam itu, pada 2011, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Dalam laporan itu, MP Marang itu juga berkata ketiga-tiga parti bersetuju bahawa pelaksanaan hudud adalah hak kerajaan Kelatan dan PAS memberi ruang kepada DAP untuk tidak bersetuju dalam parkara itu.
"Kami tidak halang mereka untuk tidak setuju. Kami bukan orang Melayu yang mudah lupa. Kami orang Islam yang tidak lupa," katanya dipetik.
"Macam dalam isu pilihan raya PBT (pihak berkuasa tempatan), kami (PAS) tidak setuju, tapi DAP tetap kemukakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Kami diam, tapi mereka tidak diam (dalam isu hudud). Itu bezanya,” katanya lagi.
Beliau mengulas dakwaan DAP bahawa PAS khianat dan sengaja memprovokasi untuk memecahbelahkan Pakatan kerana terus berkeras mahu melaksanakan hudud di sebalik bantahan parti sekutu dalam gabungan pembangkang itu.