Elias Hj Idris

17 alasan ulama' Islam mengkafirkan kaum Syi’ah.

Sebanyak tujuh belas doktrin Syi'ah yang selalu mereka sembunyikan daripada kaum muslimin sebagai sebahagian daripada amalan doktrin taqiyyah (menyembunyikan Syi'ahnya). Kesemua  doktrin tersebut terdapat dalam kitab suci Syiah:

1). Dunia dengan seluruh isi kandungannya adalah milik para imam Syiah. Mereka akan memberikan dunia ini kepada sesiapa yang dikehendaki dan mencabutnya daripada sesiapa yang dikehendaki (Ushulul Kaafi, hal.259, Al-Kulaini, cet. India).

Jelas Doktrin seperti ini bertentangan dengan firman Allah swt dalam surah Al-A'raf 7: 128, "Sesungguhnya bumi adalah milik Allah, Dia dikurniakan kepada siapa yang Dia kehendaki". Kepercayaan Syi'ah itu menunjukkan penyetaraan kuasa para imam Syi'ah dengan Allah swt dan doktrin ini merupakan aqidah syirik.

2). Ali bin Abi Talib yang didakwa sebagai imam Syi'ah yang pertama dinyatakan sebagai zat yang pertama dan terakhir, yang zahir dan yang batin sebagaimana termaktub dalam surah Al-Hadid, 57: 3 (Rijalul Kashi hal. 138).

Doktrin seperti ini jelas merupakan kekafiran Syi'ah yang berdusta atas nama Khalifah Ali bin Abi Talib. Dengan doktrin seperti ini Syi'ah menempatkan Ali sebagai Tuhan. Dan hal ini sudah pasti merupakan tipu daya Syiah terhadap kaum muslimin dan kesucian aqidahnya.

3). Para imam Syi'ah merupakan wajah Allah swt, mata Allah swt dan tangan-tangan Allah swt yang membawa rahmat bagi para hamba Allah swt (Ushulul Kaafi, hal. 83).

4). Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib oleh Syi'ah dikatakan menjadi wakil Allah swt dalam menentukan syurga dan neraka, memperoleh sesuatu yang tidak diperolehi oleh manusia sebelumnya, mengetahui yang baik dan yang buruk, mengetahui segala sesuatu secara terperinci yang pernah terjadi dahulu mahupun yang ghaib (Ushulul Kaafi, hal. 84).

5). Keinginan para imam Syiah adalah keinginan Allah swt juga (Ushulul Kaafi, hal. 278).

6). Para imam Syi'ah mengetahui bila datang ajalnya dan mereka sendiri yang menentukan saat kematiannya kerana apabila imam tidak mengetahui hal-hal seperti itu maka dia tidak berhak menjadi imam (Ushulul Kaafi, hal. 158).

7). Para imam Syi'ah mengetahui apa-apa yang tersembunyi dan dapat mengetahui dan menjawab apa saja apabila kita bertanya kerana mereka mengetahui hal yang ghaib sebagaimana yang Allah swt ketahui (Ushulul Kaafi, hal. 193).

8). Allah itu bersifat bada', iaitu baru mengetahui sesuatu apabila sudah terjadi. Akan tetapi para imam Syi'ah telah mengetahui lebih dahulu hal yang belum terjadi itu (Ushulul Kaafi, hal. 40).

Menurut Al-Kulaini (ulama besar ahli hadis Syi'ah), bahawa Allah swt tidak mengetahui bahawa Husein bin Ali akan mati dibunuh. Menurut mereka Tuhan pada mulanya tidak tahu kerana itu Tuhan membuat ketetapan baru sesuai dengan keadaan yang ada. Akan tetapi imam Syi'ah telah mengetahui apa yang akan terjadi. Oleh sebab itu menurut doktrin Syi'ah Allah swt bersifat bada' (Ushulul Kaafi, hal. 232).

9). Para imam Syi'ah merupakan gudang ilmu Allah swt dan juga penterjemah ilmu Allah swt. Para imam Syiah pula bersifat ma'sum (bersih dari kesalahan dan tidak pernah lupa apa lagi berbuat dosa). Allah swt menyuruh manusia mentaati imam Syi'ah; tidak boleh mengingkarinya dan mereka menjadi hujjah (hujah kebenaran) Allah swt atas langit dan di bumi (Ushulul Kaafi, hal. 165).

10). Para imam Syi'ah sama taraf dengan Rasulullah saw (Ibid).

11). Apa yang dimaksudkan para imam Syiah adalah Ali bin Abi Talib, Husein bin Ali, Ali bin Husein, Hassan bin Ali dan Muhammad bin Ali (Ushulul Kaafi, hal. 109)

12). Al-Qur'an yang ada sekarang telah berubah, dikurangkan dan ditambah (Ushulul Kaafi, hal. 670). Salah satu contoh ayat Al-Qur'an yang dikurangkan daripada teks asalnya, iaitu ayat Al-Qur'an dalam surah An-Nisa ': 47, menurut versi Syi'ah berbunyi: "Ya ayyuhalladziina uutul kitaaba aaminuu bimaa nazzalnaa fie' Aliyyin nuuran mubiinan". (Fashlul Khitab, hal. 180).

13). Menurut Syiah, Al-Qur'an yang dibawa Jibril kepada Nabi Muhammad saw ada 17 ribu ayat, namun yang tinggal sekarang hanya 6,660 ayat (Ushulul Kaafi, hal. 671).

14). Menyatakan bahawa Abu Bakar, Umar, Utsman bin Affan, Muawiyah, Aisyah, Hafsah, Hindun, dan Ummul Hakam adalah makhluk yang paling jelik di muka bumi. Mereka ini adalah musuh-musuh Allah. Sesiapa yang tidak memusuhi mereka, maka tidaklah sempurna imannya kepada Allah swt, Rasul-Nya dan imam-imam Syi'ah (Haqqul Yaqin, hal. 519 oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi).

15). Menghalalkan nikah mut'ah, bahkan menurut doktrin Syi'ah orang yang melakukan kahwin mut'ah 4 kali darjatnya lebih tinggi daripada Nabi Muhammad saw. (tafsir Minhajus-Shadiqin, hal. 356, oleh Mullah Fathullah Kassani).

16). Menghalalkan perbuatan saling tukar-menukar budak perempuan untuk disetubuhi kepada sesama temannya. Kata mereka, imam Ja'far berkata kepada temannya: "Wahai Muhammad, kumpulilah budakku ini sesuka hatimu. Jika engkau sudah tidak suka kembalikan lagi kepadaku." (Al-Istibshar III, hal. 136, oleh Abu Ja'far Muhammad Hasan At-Thusi).

17). Rasulullah saw dan para sahabat akan dibangkitkan sebelum hari kiamat. Imam Mahdi sebelum hari kiamat akan datang dan dia membongkar kuburan Abu Bakar dan Umar yang ada berhampiran kubur Rasulullah saw. Setelah dihidupkan maka kedua orang ini akan disalib (Haqqul Yaqin, hal. 360, oleh Mullah Muhammad Baqir al-Majlisi).

Ketujuh-tujuh belas doktrin Syi'ah tidak boleh dianggap sebagai aqidah Islam sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah saw dan dipegang teguh oleh para sahabat serta kaum muslimin yang hidup sejak zaman Tabi'in hingga sekarang. Adakah orang masih percaya bahawa Syi'ah itu sebahagian daripada umat Islam? Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad, sesiapa yang tidak 'mengkafirkan' aqidah Syi'ah ini, maka dia termasuk daripada kalangan kafir.

Semua kitab di atas adalah kitab induk atau rujukan pokok kaum Syi'ah yang kedudukannya sama seperti kitab-kitab hadis Imam Bukhari, Muslim, Ahmad bin Hanbal, Nasa'i, Tirmizi, Abu Daud, dan Ibnu Majah bagi sekelian kaum muslimin. Oleh kerana itu, usaha-usaha Syi'ah untuk menanamkan kesan bahawa Syiah adalah sebahagian daripada kaum muslimin, hanya berbeza dalam beberapa hal yang tidak prinsip, adalah dusta dan harus ditolak tegas.


Sumber: Risalah Mujahidin, edisi 9, th 1 Jumadil Ula 1428 / Jun 2007
9 Responses
  1. Anonymous Says:

    Jika ulamak Sunni ada 17 alasan mengkafirkan kaum Syi’ah, sebaliknya ulamak Syiah pula ada 28 alasan mengkafirkan kaum Sunni. Bermakna kaum Sunni menang lagi dari segi markah kekafirannya. Dari sejarah silam Kaum Sunni lebih banyak membunuh kaum Syiah, sebab kaum Syiah bilangan yang sedikit. Kaum Syiah hanya sedikit membunuh kaum Sunni. Bermakna kaum Sunni dengan kaum Syiah sama-sama tumpah darah pembunuh serta perosak Islam. Sebab Islam melarang penganutnya berbunuhan sesama saudara Islamnya. Sudah lebih 1,400 tahun Islam berkembang, namun kaum Sunni dengan kaum Syiah tidak pernah reda dari dendam kesumat silam. Bermakna kaum Sunni dengan kaum Syiah keduanya cuma Islam disisi mata masyarakat. Sebaliknya kaum Sunni dengan kaum Syiah kafir disisi Allah.

    Dari 73 Puak Islam, kaum Sunni dengan kaum Syiah termasuk dalam golongan Puak 72 yg masuk Neraka. Hanya 1 Puak yang dijamin masuk Syurga. Siapakah 1 Puak yang dijamin masuk Syurga itu? Jawapannya sudah pasti masing-masing jadi hakim mendakwa pegangannya dipihak yang benar. Itu kata manusia berdasarkan lojik akalnya, sebaliknya keputusannya hanya Allah jua Yang Maha Tahu. Tidak mustahil sejarah silam bakal berulang semula, seperti ketika sebelum diciptakan Nabi Adam AS sebagai Manusia Pertama. Sebelum itu telah ada Makhluk-Makhluk Allah yang menghuni bumi. Oleh kerana mereka sering berbunuh-bunuhan berlaku tumpah darah, lantas Allah hapuskan mereka. Oleh itu janganlah heran, tidak mustahil jika Allah ranapkan pula kaum Sunni dengan kaum Syiah, untuk digantikan dengan 1 kaum yang baru. Dikala itu baru sedar kaum Sunni dengan kaum Syiah yang keras kepala, padan muka.


  2. Di mana2 saja bila ada ramai kaum syiah maka pergolakan akan berlaku - hingga berbunuh2an.
    Iraq adalah natijahnya sikap jahat syiah. Di Syria pun sama... lihat saja tindakan Basyar. Di Iran sndri, setiap pengikut sunni ditangkap n dibunuh lalu digantung di tiang2 elektrik buat tontotan (menakut2an rakyat!).
    Kafir laknat saja yg punya jiwa/hati kering gitu.


  3. Anonymous Says:

    ...IRAQ DICEROBOHI & DIJAJAHI OLEH USA & HIS GANGS
    BERAKHIR KEKEJAMAN SUNNI TERHADAP SYIAH DIRAQ...

    Dari luaran semuanya bermula berpunca dari Peristiwa 9/11. Kononnya memburu terrorists yg bersembunyi diIraqi. Kononnya Saddam Hussin banyak menyimpan senjata2 pemusnah yg bisa mengancam Israel. Akhirnya sebaliknya yg jadi mangsa Saddam Hussin & His Gangs dari Puak Sunni. DiIraqi majoriti warganya berfahaman Sunni ASWJ. Jangan dilopa semasa Saddam Hussin berkuasa dibumi Iraq, Puak Sunni paling kejam membunuh Puak Sunni termasuk Puak Kurdis. Puak Syiah dan Puak Kurdis yg menjadi mangsa kekejaman pembunuhan tentera2 Saddam Hussin dari Puak Sunni. Hanya sedikit minoriti Puak Syiah bermukim diBandar Suci diKarbala Iraqi yg terselamat. Dari sengketa dalaman dan dari sejarah silam ngak bisa padem. Semuanya gara2 dendem kesumat Puak Sunni ASWJ Iraqi dgn Puak Syiah Irani.

    Yg amat memalukan Dunia Islam, ngak ada satu pun negara Islam kuat yg bisa membantu. Comaan bantahan semata2 ngak bisa beri apa2 kesan, ibarat anjing menyalak bukit. Saddam Hussin diktator paling digeruni berkuasa diIraq diburu hingga kelobang tikos. Akhirnya dijatohi hukuman mati tercerot ditali gantong. Dgn matinya Saddam Hussin, berakhir sudah era kegemilangan Puak Sunni diIraqi. Bermula Puak Syiah berasa lega berada dibumi Iraqi. Yg dicari kononnya senjata pemusnah diIraq langsong ngak ditemui, begitulah kelentongan USA & His Gangs. Khazanah2 Islam yg ngak ternilai harganya dari sudut sejarah telah dimusnahkan, ato hilang. Ramei suspek ditangkap dipenjara diseksa. Ramei wanita bebas diperkosa, tanpa dibela dilindongi. Dlm suasana perang, siapa kuat dialah raja dsbnya. Dlm kelam kelibot serangan USA & His Gangs, tanpa disedari "Stok Emas" negara Iraqi sebanyak "49 Tan" telah hilang dirampok diangkut keluar oleh USA & His Gangs.

    ....PUAK SYIAH SYRIA WALAU MINORITI TETAPI PALING BERKUASA
    PUAK SUNNI SYRIA WALAU MAJORITI TETAPI TEWAS JADI MANGSA....

    Kini Dunia Islam bergolak lagi tetapi dibumi Syria pula. Bumi Syam diperintah oleh Basyar Assad & His Gangs dari salah satu suku-sakat pecahan Puak Syiah yg hanya minoriti tetapi paling berkuasa. Karena masalah2 politik dalaman dan luaran, ato ekoran dari dendem kesumat sejarah silam, permusuhan ngak bisa dgn mudah akan padam. Hingga berlaku berterusan menzalimi membunuh terhadap warganya sendiri dari Puak Sunni yg majoriti. Akibatnya muncol pakatan Puak Sunni dgn bantuan luaran memerangi kezaliman Puak Syiah. Dlm kelam kelibot perang saudara rupanya ada pihak laen menanggok ikan diair keroh. Dunia Islam telah dikejotkan dgn kehadiran Puak IS yg lebeh kejam dari Syiah dan Sunni. Target mereka bukan mahu memerangi Israel, tetapi membunuh kejam ngak kira Syiah ato Sunni. Kepada Imam Ali mereka itu ibarat Puak Khawarij. Megah dahi lebem kuat sujud, tetapi akalnya letak dikepala lutut, mereka dilateh suka bermaen dgn darah. Imam Ali bilang Puak Khawarij itu ibarat anak panah yg terlepas dari busarnya. Apakah itu salah satu petanda sudah dekat kebangkitan Puak Sufyani yg akan menentang tentera Imam Mahdi? Namun apa yg jelas Dunia Islam paling malu paling rugi, hahaha... diketawakan lagi, padan muka Syiah dan Sunni. Sehingga Allah bangkitkan Sang Juru Penyelamat, dialah Sang Ratu Adil Sejati...

    Wallahu'alem.....


  4. IS adalah tajaan US yg berfahaman Wahhabi (yg anti syiah n ASWJ sekali).Nasib la Islam yg menghadapi 'dajjal' sepanjang zaman.

    http://ikanlepu.blogspot.com/2014/12/isis-adalah-bayangan-daripada-fahaman.html


  5. This comment has been removed by the author.

  6. IBU RISKA Says:
    This comment has been removed by a blog administrator.

  7. Anonymous Says:

    Apakah hikmah disebalik semua kejadian ini?
    1.Berlakunya penghijrahan besar-besaran ke negara Eropah oleh orang-orang islam syria.hakikatnya ugama islam Allah pindahkan ke Eropah untuk berkembang di sana
    2.Berlakunya negara Eropah akan dikuasai oleh orang-orang islam yang sudah meresap kedalam sistem politik,sosial dan ekonomi
    3.Berlakunya demografi.dimana dijangka dalam masa 50 tahun lagi penduduk eropah akan kalah dari segi jumlah dibandingkan dengan penduduk islam yang tinggi nisbah kelahiran mereka.


  8. Anonymous Says:

    Negara yg hidup dalam menyokong amerika dan arab saudi (zionis) pasti tiada masalah untuk keamanan.. saudara pasti tersilap.. cuba kaji semula.. dan jgn terlalu mudah untuk mengkafirkan..


  9. Anonymous Says:

    zaman nabi saw, syiah tidak dicela.
    malah bagi berita gembira pulak...
    Ibnu Abbas (RA) meriwayatkan: Ketika ayat “Orang-orang yang beriman dan
    beramal soleh adalah yang sebaik2 makhluk (Al-Quran 98:7) “diturunkan, Rasulullah (saw) berkata kepada Ali: “Mereka adalah kamu dan Syiahmu“.
    tak tahu pulak, apa beza syiah arini dengan syiah zaman nabi saw :-(