Elias Hj Idris
Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (Pekida) atau lebih dikenali sebagai Tiga Line antara NGO Melayu yang sangat terkenal dan mempunyai anggotanya di seluruh pelosok Malaysia.
Tetapi siapakah mereka, daripada mereka datang dan apa peranan mereka dalam masyarakat?

Persoalan itu dirakam oleh pengkaji Perancis Sophie Lemiere ( kiri ) yang cuba memahami daripada dalam jaringan Pekida di Malaysia dalam buku terbaru suntingannya Misplaced Democracy: Malaysian Politics and People. 

Malaysiakini menyimpulkan dapatannya daripada bab berjudul “Gangsta & Politics in Malaysia” (Samseng dan Politik di Malaysia) kepada 13 soalan lazim.

1. Bagaimana Pekida bermula?
Menurut artikel dalam jurnal Asian Almanac pada 1978, ia bermula sebagai Tentera Sabilullah, yang disifatkan sebagai “organisasi jenayah” berasaskan agama yang dibubarkan pada tahun tulisan itu diterbitkan.
Ia kemudian digerakkan kembali oleh anggotanya sebagai Pekida dan Angkatan Sabilullah.
Angkatan Sabilullah dibubarkan oleh kerajaan selepas dituduh menjadi kumpulan pengganas yang dikaitkan dengan PAS.
Untuk pengkaderan, anggotanya diberitahu ia ditubuhkan selepas rusuhan kaum Melayu-Cina pada 13 Mei 1969.
Lemiere bagaimanapun percaya perkara itu cuma mitos.

2. Kenapa Pekida digelar juga Tiga Line?
Nama Tiga Line merujuk kepada tiga jalur bendera Pekida iaitu merah (bermaksud darah atau kesetiaan), kuning (raja) dan hijau (Islam).

3. Siapa ahli Pekida?
Anggotanya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat daripada peringkat bawahan kepada golongan elit atasan, termasuk ahli politik, ahli perniagaan, pegawai kerajaan, pegawai tentera malah artis.
Ia terbuka untuk 17 tahun ke atas. Tidak ramai perempuan menyertai kumpulan
itu atau mengambil bahagian dalam tindakan politik yang dibuatnya.

4. Siapa pimpin Pekida?
Sejak kematian PLB (“yang namanya tidak boleh disebut kepada umum”) pada 2006, pengikutnya yang digelar “paduka” mendakwa menjadi pewarisnya.
Ia menyebabkan wujud krisis kepimpinan dan wujud kumpulan serpihan seperti geng 77 (sebut: double seven) dan 36, yang mempunyai subkumpulan menggunakan nama lain serta logo seperti harimau dan naga.

5. Bagaimana hierarki Pekida?
Ia bermula daripada ahli biasa kepada pangkat “abang” dan kemudiannya “ayah”.
Terdapat empat peringkat abang, iaitu abang kawasan, abang cik, abang ngah dan abang long.
Peringkat lebih atas ialah kekanda, kemudian ayah atau ayahanda dan seterusnya paduka.

6. Adakan Pekida sebuah kumpulan samseng?
Pekida mempunyai dua bentuk iaitu entiti sah dirujuk sebagai “putih” dan kumpulan samseng bawah tanah digelar “merah”.

Menurut Bernama , Kementerian Dalam Negeri dalam kempen pembasmian kongsi gelap tahun lalu mendedahkan, terdapat dua kumpulan aktif Melayu, yang merupakan pecahan daripada Pekida.
Jawapan rasmi Pekida, bagaimanapun, menafikan mempunyai kaitan dengan aktiviti haram.
“Tidak semua anggota putih aktif dengan merah, seseorang itu boleh menjadi aktivis NGO itu tetapi tidak terlibat dengan samseng.
“Dengan kata lain, tidak semua anggota Pekida terlibat dalam aktiviti jenayah tetapi ramai juga yang melihat kepada peluang perniagaan daripada jaringan besarnya.”

Read more at https://m.malaysiakini.com/news/286660#E45uB0dUF2fwJAez.99

Nota:
Pekida tetap dihormati oleh sekelian gangster Cina sebagai 'abang', konon ia berantaian hingga ke Shaolin Temple di zaman silam. Gangster Cina yang ada majoriti berasal daripada puak Ghee Hin n Hai San (dari selatan China) yang mula bertapak di Pulau Pinang serta mengawal kepentingan pelombong bijih timah Cina di Larut dan Kuala Lumpur - di kawasan bijih yang diteroka oleh Sultan Puasa (BUKAN Yap Ah Loy!). Namun dapatan ini masih kabur - Elias
1 Response
  1. AMISHA Says:




    Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

    Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

    saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

    Pembayaran yang fleksibel,
    Suku bunga rendah,
    Layanan berkualitas,
    Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

    Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

    Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)