Elias Hj Idris
Ghuraba Media
·
Mari kita cuba bandingkan beberapa sunnah tradisi dalam masyarakat kita dengan fatwa Imam asy-Syafi'e di bawah ini.
  
Pertama : Berzikir terpekik-pekik di masjid hingga mengganggu orang lain.


Imam asy-Syafi’e menjelaskan di dalam kitabnya al-Umm 1/127
وَاخْتِيَارٌ لِلإِمَامِ وَالْمَأْمُوْمِأَنْ يَذْكُرَا اللهَ بَعْدَ الْاِنْصِرَافْ مِنَ الصَّلَاةِ وَيُخْفِيَانِ الذِّكْرَ إِلَّا أَنْ يَكُوْنَ إِمَامًا يَجِبُ أَنْ يُتَعَلَّمَ مِنْهُ، فَيَجْهَرُ حَتَّى يَرَى أَنَّهُ قَدْ تُعَلِّمَ مِنْهُ ثُمَّ يُسِرُّ،
"Dan aku memilih bagi para imam dan makmum untuk berzikir setelah solat (yang lima waktu) dengan cara memperlahankan (yakni tidak mengeraskan suara), kecuali bila imam harus mengajarkannya kepada makmum, maka ia (boleh) untuk mengeraskan bacaan tersebut sehingga boleh mengikuti, tetapi kemudian dia (imam) kembali memperlahankan (lagi seperti semula)."

Syaikh Zainuddin Abdil ‘Aziz al-Malibari asy-Syafi’e rahimahullah di dalam kitabnya Fath al-Mu’in 3/185-186 menyatakan
قال شيخنا: أما الْمُبَالَغَةُ فِيْ الْجَهْرِ بِهِمَا فِيْ الْمَسْجِدِ، بِحَيْثُ يَحْصُلُ تَشْوِيْشٌ عِلَى مُصَلٍّ فَيَنْبَغِيْ حُرْمَتُهَا.
"Syaikh kami (Ibnu Hajar al-Haitsami) mengatakan: Adapun (berzikir atau berdoa) dengan suara yang sangat keras di dalam masjid sehingga mengganggu orang yang sedang solat, maka sudah seharusnya hal seperti ini diharamkan."

Kedua: Boleh tinggalkan imam selepas salam dan zikir sendiri.

Berkata Imam asy-Syafi'e dalam kitab al-Umm 1/355
ثم يقوم وإن قام قبل ذلك أوجلس أطول من ذلك فلا شيء عليه، وللمأموم أن ينصرف إذا قضى الإمام السلام قبل قيام الإمام

"Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu atau duduk lebih lama di situ, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun."

Fatwa yang seumpama juga dikemukakan oleh al-‘Allamah Ibnu Hajar al-Haitsami al-Makki asy-Syafi’e rahimahullah (974H). Beliau berkata
وَالأَفْضَلُ لِلإِمَامِ إِذَا سَلَّمَ أَنْ يَقُوْمَ مِنْ مُصَلَّاهُ عَقِبَ سَلَامِهِ.
"Dan lebih utama bagi seorang imam adalah (bersegera) bangkit dari tempat duduknya setelah salam." [Hawasyi asy-Syirwani wa Ibnil Qasim al-‘Abadi‘Ala Tuhfat al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj 2/104]

Ketiga : Kenduri arwah.

Imam asy-Syafi’e rahimahullah berkata
وَأَكْرَهُ الْمَأَتِمَ وَهِيَ الْجَمَاعَةَ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ بُكَاءٌ فَإِنَّ ذَلِكَ يُحَدِّدُ الْحُذْنَوَ يُكَلِّفُ الْمُؤْنَةَ مَعَ مَا مَضَى مِنَ الأَثَرَ.

"Dan saya membenci berkumpul-kumpul (dalam kematian) sekalipun tanpa diiringi tangisan kerana hal itu akan memperbaharui kesedihan dan memberatkan (menyusahkan) tanggungan (keluarga si mati) serta berdasarkan atsar yang telah lalu." [al-Umm 3/318]

Dalam kitabnya al-Majmu’ 5/290 Imam an-Nawawi asy-Syafi’e rahimahullah (676H) menukilkan perkataan pengarang kitab asy-Syamil sebagai berikut
وَأَمَّا إِصْلَاحُ أَهْلِ الْمَيِّتِ طَعَامًا وَجَمْعُ النَّاسِ عَلَيْهِ فَلَمْ يُنْقَلْ فِيْهِ شَيْئٌ وَهُوَ بِدْعَةٌ غَيْرُ مُسْتَحَبَّةٍ.

"Adapun apabila keluarga si mati membuatkan makanan dan mengundang manusia untuk makan-makan, maka hal itu tidaklah dinukil sedikit pun dan ia adalah bid’ah yang tidak disukai"

Keempat: Meninggikan kuburan.

Berkata Imam asy-Syafi’e rahimahullah dalam kitabnya al-Umm 1/277
وأحب أن لا يبنى ولا يجصص، فإن ذلك يشبه الزينة والخيلاء، و ليس الموت موضع واحد منهما ولم أر قبور المهاجرين والأنصار مجصصه.

"Saya suka kuburan itu tidak dibangun dan dikapur kerana hal itu termasuk perhiasan dan kesombongan, sedangkan kematian bukanlah tempat untuk salah satu di antara keduanya. Dan saya tidak mendapati kuburan orang-orang Muhajirin dan Ansar dibangun."
Imam an-Nawawi asy-Syafi’e rahimahullah (676H) berkata
:وَاتَّفَقَتْ نُصُوصُ الشَّافِعِيِّ وَالْأَصْحَابِ عَلَى كَرَاهَةِ بِنَاءِ مَسْجِدٍ عَلَى الْقَبْرِ سَوَاءٌ كَانَ الْمَيِّتُ مَشْهُورًا بِالصَّلَاحِ أَوْ غَيْرِهِ لِعُمُومِ الْأَحَادِيث
ِ
Nas-nas dari (Imam) asy-Syafi’e dan para sahabatnya telah bersepakat tentang dibencinya membangun masjid di atas kubur. Sama sahaja, apakah si mayat itu masyhur dengan kesolehannya ataupun tidak berdasarkan keumuman hadis-hadisnya. [al-Majmu’ 5/316]

Kelima: Membaca surah al-Kahfi malam Jumaat
(kenapa yang dibaca surah Yasin? Mana hadisnya dan fatwa Imam asy-Syafi'e?)

Berkata Imam asy-Syafi’e rahimahullah menerusi kitabnya yang masyhur al-Umm 1/239
وَبَلَغَنَا أَنَّ مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ وُقِيَ فِتْنَةُ الدَّجَّالِ وَأُحِبُّ كَثْرَةَ الصَّلَاةِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْ كُلِّ حَالٍ، وَأَنَا فِيْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ، وَلَيْلَتِهَا أَشَدُّ اسْتِحْبَابًا، وَأُحِبُّ قِرَاءَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ لْجُمُعَةِ وَ يَوْمَهَا لِمَا جَاءَ فِيْهَا.
 
"Dan apa yang telah sampai kepada kami, sesungguhnya sesiapa yang membaca surah al-Kahfi terselamat daripada fitnah Dajjal. Dan disukai memperbanyakkan selawat ke atas Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada setiap masa. Bagi pendapat saya pada hari Jumaat dan pada malamnya lebih disukai. Dan saya suka membacanya (al-Kahfi) pada malam Jumaat dan pada siangnya seperti hadis yang menyebutnya."
0 Responses