Elias Hj Idris

MALAYSIA
1. Biasanya saya berasa seronok bila ditanya tentang Malaysia ketika berada di luar negara. Tidak lagi sekarang.
2. Warga asing dan orang Malaysia yang tinggal di luar negara bertanya, “Apa yang berlaku kepada Malaysia?’
3. “Keadaannya seperti salah sebuah Negara Afrika atau Negara Arab.”
4. “Keseluruhannya rasuah. Mata wang menyusut." dsb.
5. Saya tidak dapat menjawab dengan jujur. Saya tidak pula boleh berbohong. Ia sungguh memalukan. Semua ini disebabkan 1MDB dan Najib.
6. Saya mula merasa sesuatu tidak kena dengan 1MDB apabila The Edge melaporkan bahawa pembelian loji janakuasa melebihi harga pasaran dan pinjaman wang dengan 10% komisen dan 5.9% kadar faedah.
7. Saya menanti kerajaan menafikan apa yang dilaporkan The Edge adalah benar. Kerajaan tidak melakukannya. Jadi saya sedar ada sesuatu yang sangat tidak kena.
8. Seterusnya keluarlah cerita tentang usahasama dengan Petro-Saudi. Ia terlalu cepat. Jelas sekali tiada usaha dilakukan. Namun 1MDB telah dibayar 1bilion USD (3.8 bilion Ringgit) bagi 40% sahamnya.
9. Selepas itu 1MDB membayar 700 milion US lagi bagi menyelesaikan hutang Petro-Saudi kepada Petro-Saudi International. Mengapa 1MDB membayarnya? Usahasama tersebutlah yang perlu membayar.
10. Tetapi dalam jangka masa 6 bulan menyusun usahasama tersebut, ia telahpun ditamatkan. Sekiranya usaha yang wajar telah dilakukan, usahasama ini tidak akan wujud. Jelas sekali ia bukan cadangan yang menguntungkan!
11. 1.7 bilion US sepatutnya dipulangkan kepada 1MDB. Tetapi tidak! Ia telah ditukarkan kepada pinjaman (murabahah) kepada Petro-Saudi. Ini amatlah luar biasa. Jika anda tidak boleh bekerja dengan Petro-Saudi sebagai rakan usahasama, bagaimana anda boleh memberikan pinjaman yang besar.
12. Kemudian wang tersebut seolah-olah hilang. Sebelumnya ia dilaporkan telah didepositkan ke bank di Hong Kong dan Seychelles dilaburkan untuk sesuatu atau orang lain dan berakhir di Kepulauan Cayman.
13. Rakyat Malaysia yang prihatin memohon supaya wang tersebut dikembalikan ke Malaysia. Suatu pengumuman telah dibuat bahawa bahagian wang itu telah dikembalikan ke Malaysia tetapi telah digunakan untuk membayar hutang dan perbelanjaan yang lain. Malaysia memerlukan lebih banyak maklumat terutama faedah 2 bilion Ringgit daripada pinjaman tidak dapat dibayar. 1MDB tidak punyai wang. Jadi dimanakah wang daripada Caymans. Mengapa Ananda Krishnan menawarkan 2bilion ringgit untuk membantu membayar faedah. Kerajaan terpaksa menyediakan pinjaman persediaan sebanyak RM900 juta.
14. Hal ini seperti ada yang tidak kena. Kemudian 1MDB mengumumkan bahawa baki wang dari Kepulauan Cayman telah diterima dalam bentuk tunai. Arul, CEO 1MDB mendakwa beliau melihat wang tersebut. PM menyatakan bahawa wang tersebut telah didepositkan ke Bank Singapura. Ia tidak dibawa pulang ke Malaysia kerana Bank Negara akan banyak bertanya mengenainya.
15. Ini seolah-olah suatu perakuan bahawa ada sesuatu tidak kena berkenaan dengan wang tersebut,.
16. Tetapi Singapura ialah pusat kewangan. Oleh itu mereka mesti berhati-hati kerana wang yang dibawa dan disimpan di bank-bank perlu disiasat, lebih-lebih lagi jumlahnya yang terlalu besar sehingga berbilion-bilion.
17. Dan dengan yakin pihak berkuasa kewangan Singapura secara terbuka menyatakan bahawa tiada wang 1MDB dari Malaysia datang ke negara itu. Swiss Bank yang dinamakan sebagai bank yang didepositkan wang tersebut juga menafikan yang tiada wang dari 1MDB telah didepositkan.
18. Jadi di manakah wang berbilion ringgit atau dollar yang didakwa 1MDB dibawa balik dari Cayman. Arul Kandasamy secara terbuka mendakwa telah melihat wang tersebut.
19. Sekarang ini PM telah mengisytiharkan itu bukanlah wang. Ia adalah dalam bentuk unit. Bank di mana ia didepositkan tidak pula dinyatakan.
20. Unit apakah ini? Bukan unit dalam dana amanah saham. Tiada penjelasan dibuat selepas itu. Wang berbilion dolar itu hilang sekali lagi.
21. Kemudian Wall Street Journal melaporkan bahawa Dato Seri Najib mempunyai 700 juta USD di dalam akaun Arab Malaysian Bank di Kuala Lumpur. Nilainya sebanyak 2.6 bilion ringgit. Bagaimana wang yang sebesar itu boleh masuk ke dalam akaun peribadi Najib. Dari manakah wang ini datang! Bagaimana seorang PM Malaysia yang dibayar gaji sebanyak RM20,000 sebulan mempunyai jumlah wang sebesar itu di dalam akaun peribadinya?
22. Oleh kerana tidak dapat menafikan laporan Wall Street Journal yang mana disertakan sekali nombor akaun dan maklumat lain, Najib mendakwa ini adalah derma.
23. Siapakah di dalam dunia ini yang sanggup menderma sebanyak 700 juta USD kepada Perdana Menteri Malaysia? Obama pun tidak mampu memungut jumlah sebanyak ini ketika pencalonan Presiden beliau. Dikatakan bahawa ia datang dari Arab.
24. Orang Arab memang murah hati. Tetapi tidaklah terlalu murah hati. Saya tidak mampu menjana walau satu dollar daripada mereka untuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Tuntutan bahawa orang Arab telah menderma berbilion ini digambarkan sebagai angan-angan dan mengarut. Sudah pasti saya tidak percaya dan jika kita lihat komen-komen di media sosial, majoriti rakyat Malaysia tidak percaya. Seluruh dunia tertawa.
25. Bila ditanya, PM mahu kita menunggu laporan 1MDB oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira (PAC).
26. Kepada pemimpin Bahagian UMNO dan rakan sebantal, mesyuarat tertutup PM, mendakwa wang berbilion itu adalah untuk pilihanraya.
27. 2 bilion ringgit lebih untuk pilihanraya adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Saya memerlukan kurang dari 10 juta untuk setiap 5 pilihanraya yang saya pengerusikan dan menang lebih dari 2/3 majoriti. Mengapa perlu 2.6 bilion lebih atau 2600 juta ringgit. Apakah ini untuk merasuah ahli politik dan penjawat awam, atau untuk memanipulasi pilihanraya. Ini tidak betul.
28. Walau apa pun, pada saya 2bilion lebih untuk pilihanraya di Malaysia oleh mana-mana parti adalah tidak wajar walaupun tidak ada had yang ditetapkan untuk perbelanjaan pilihanraya.
29. Kemudian terdapat pula gaya hidup mewah yang tidak ada Perdana Menteri berpendapatan RM20,000 sebulan mampu berbelanja sedemikian. Pertunangan dan pekahwinan mewah jauh lebih mewah dari raja-Raja. Beberapa majlis telah diadakan di Malaysia dan juga di Kazakhstan. Tetamu dibekalkan dengan cenderahati dari tuan rumah. Jelas sekali jutaan, berpuluh-puluh juta telah dibelanjakan, lebih dari kemampuan PM Malaysia.
30. Kemudian pula ada pelaburan ratusan juta oleh seorang anak yang menerbitkan filem The Wolf of Wall Street. Penuh dengan pornografi yang pastinya tidak dapat ditayangkan di Malaysia. Dari mana datangnya wang ini!
31. Membeli-belah di London, Paris dan di tempat lain lagi yang diketahui terlalu banyak.
32. Jelas PM dan isterinya mempunyai wang berlebihan, lebih dari gaji dan elaun yang dibayar kepada PM.
33. Selepas laporan Wall Street Journal berkenaan 2.6 bilion di dalam akaun peribadinya, dan telah ditutup. Anda tidak boleh mengambil semua wang itu untuk simpanan. Ia perlu dipindahkan, Rupa-rupanya ia telah dipindahkan ke bank Singapura. Kemudian pihak berkuasa Singapura membekukannya.
34. Tuntutan rakyat tentang asal-usul wang dalam akaun peribadi Najib begitu kuat, suatu pasukan petugas khas terdiri dariapada empat institusi kerajaan telah ditubuhkan. Peguam Negara mengetuai pasukan ini dan ahli yang lain terdiri daripada Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara, dan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
35. Jelas sekali Najib tidak begitu selesa dengan penyiasatan yang dilakukan oleh petugas khas ini. Ahli-ahlinya seolah-olah terlalu bebas. Najib tidak mampu mengawal mereka ini. Pasukan petugas nampaknya bertekad untuk mencari kebenaran tentang 1MDB dan 2.6 bilion ringgit di dalam akaun peribadi Najib. Dakwaan Najib bahawa itu adalah derma seolah tidak meyakinkan.
36. Kemudiannya Najib memutuskan untuk mengambil tindakan dengan memberhentikan siasatan terhadap 1MDB dan akaun peribadi beliau.
37. Pertama sekali, beliau mengumumkan bahawa rakyat perlu berhenti bercakap tentang 1MDB. Ini bukanlah bayangan tetapi kenyataan secara terbuka yang mendakwa bahawa demokrasi telah terganggu dan percubaan untuk menggulingkan pemimpin yang dipilih sedang berlaku. Hal ini akan
mengalih perhatian polis dan penyiasatan.
38. Rentetan itu, dengan segera Peguam Negara diberhentikan. Dalam sistem perundangan Malaysia, Peguam Negara adalah orang yang menentukan sama ada kes perlu didengar di mahkamah atau tidak. Peguam Negara seolah-olah memberi bayangan bahawa pasukan petugas khas telah berada dalam kedudukan untuk membawa hal ini ke mahkamah jika terdapat sebarang bukti jenayah berkaitan dengan pemilikan berbilion-bilion di dalam akaun Najib.
39. Penyingkiran Peguam Negara bermaksud beliau tidak lagi boleh membuat sebarang keputusan berhubung kekayaan yan dimiliki Najib. Hakim yang telah dilantik sebagai Peguam Negara jelas tidak berminat dengan pasukan petugas dan siasatan ini. Beliau seolah-olah bertekad untuk membersihkan Najib.
40. Kemudian Timbalan Perdana Menteri (TPM) telah digugurkan dan diganti dengan Menteri Dalam Negeri yang tidak seperti Muhyiddin, yang tidak pernah mempersoalkan Najib tentang 1MDB.
41. Dalam rombakan kabinet, empat ahli PAC termasuk pengerusinya yang dilantik sebagai timbalan menteri. Rentetan itu, PAC telah lumpuh dan kerja-kerja penyiasatan ke atas 1MDB tergendala.
42. Kemudian Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya SPRM, antara ahli pasukan petugas khas ini telah disuruh bercuti. Apabila petugas SPRM meneruskan penyiasatan dan mahu menyoal Najib tentang sumber wang di dalam akaunnya, mereka telah diganggu oleh pihak polis dan dituduh maklumat telah dibocorkan. Kemudian mereka ini dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri. Bertujuan mendiamkan mereka.
43. Gabenor Bank Negara, ahli pasukan petugas khas telah dikhabarkan untuk disiasat berkaitan rasuah.
44. Dengan lumpuhnya PAC dan pengguguran Peguam Negara, kerja-kerja penyiasatan terhadap 1MDB dan 2.6 bilion di dalam akaun peribadi Najib telah terhenti.
45. Sekarang ini Najib telah selamat daripada pertuduhan pemilikan dana secara haram. Dakwaan beliau bahawa wang tersebut adalah kegunaan pilihanraya adalah separuh benar. Beliau selalu berkata tunai adalah raja. Dengan dana yang besar, beliau berada pada kedudukan merasuah sebagai jalan kemenangan. Dia mungkin menggunakan wang untuk memanipulasi pilihanraya.
46. Apa yang dilakukan Najib belum pernah terjadi di Malaysia. Rakyat berada dalam kerugian. Prospek untuk Najib meneruskan pemerintahan di negara ini amat menyedihkan. Di Malaysia, bahkan di mana-mana pilihanraya pun boleh dilihat parti pembangkang memenangi seluruh negeri.
47. Demokrasi telah mati. Mati kerana seorang pemimpin yang dipilih telah memilih untuk mensabotaj institusi kerajaan dan mempergunakan semua ini sebagai alat untuk meneruskan kekuasaan beliau. Tidak ada lagi demokrasi untuk sesiapa sahaja. Bercakap tentang 1MDB pun tidak lagi melemahkan sesuatu perkara yang tidak wujud. Jika ada sesiapa yang perlu disoal polis, Najib-lah orangnya.
http://chedet.cc/?p=1825
2 Responses
  1. Alvery Loans Says:

    Ini adalah untuk memaklumkan anda bahawa ALVERY DES JOHNSON LOAN FIRM menawarkan pinjaman yang cepat
    pada 3% kepada pelanggan yang serius berfikiran pinjaman Kecemasan. syarikat-syarikat swasta
    dan individu dialu-alukan.

    Kami telah membantu beribu-ribu orang menyedari kebebasan kewangan dan
    meminjam wang yang mereka perlukan. Kami boleh membantu anda juga. permohonan adalah
    percuma, sulit dan mudah untuk menyelesaikan. Jangan biarkan kredit miskin
    Sejarah meletakkan anda di luar memohon pinjaman di sini.

    Mengisi borang permohonan pinjaman di bawah, mula memohon:

    Jumlah Pinjaman yang diperlukan:
    Pinjaman Tempoh:
    Tujuan pinjaman:
    Nama penuh:
    negara:
    Pendapatan bulanan:
    jantina:
    Pernahkah anda memohon pinjaman sebelum:

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ....

    Sila hubungi: johnson
    E-mel: Alverydesjohnsonloanfirm@gmail.com


  2. Unknown Says:

    Hello, Permohonan Pinjaman
    Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman @ 2%? Jika ya,? email kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan sebagai pinjaman. Sekarang sila hubungi kami di: gloryloanfirm@gmail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
    Tawaran kami sebanyak $ 3,000.00 kepada $ 20,000.000.00 juga memohon maklumat lanjut
    {Lengkapkan borang di bawah pinjaman}
    Nama anda: ===========
    NEGARA: ===========
    NEGERI ===========
    ALAMAT: ===========
    GENRE: ===========
    Jumlah yang diperlukan: ===========
    TEMPOH: ===========
    NOMBOR TELEFON: =========== =============
    Nama Puan Glory
    Hubungi kami di email ini: gloryloanfirm @ gmail.comloanfirm @ mail.com Salam

    Akaun yang lebih baik bagi syarikat-syarikat yang sah.

    Balas