Elias Hj Idris


Benarkah aliran carta yang tersebut di atas? 
1.  Jika tidak benar, Najib Razak perlu saman The Wall Street Journal.
2.  Jika ia benar berlaku, kenapa laluannya berliku masuk ke akuan peribadi Najib menggunakan syarikat yang ada kaitan dengan 1MDB? Jika ia hanya derma, siapakah pendermanya lantaran rakyat berhak untuk tahu memandangkan Umno adalah yang memerintah negara ini supaya kepentingan dan keselamatan negara tidak dipertaruhkan.
3.  Jika ia derma politik untuk Umno, adakah ahli majlis tertinggi Umno sedar jejak berbelit wang itu masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, ketua sebuah kerajaan?
 4.  Jika ia derma politik, adakah bendahari Umno perasan dari manakah datang sumber derma tersebut?
5.  Jika ia derma politik kenapakah Timbalan perdana Menteri dipecat apabila mempersoalkan keadaan wang RM2.67bilion itu masuk ke dalam akaun  peribadi Perdana Menteri?

6.  Jika ia cuma derma peribadi kepada Perdana Menteri, apa tujuannya? Sogokan atau rasuah?


Perhatian:
i)  Umno dan ahlinya mesti mematuhi undang-undang negara ini. Tiada laluan dua hala di sini. Ia jelas.
ii)  Sebagai sebuah parti pemerintah keadaan tidak membenarkannya mencabar undang-undang yang mana setiap rakyat mematuhinya dengan penuh taat.
iii)  Kita tidak mengamalkan sistem satu parti malah bukan pula sebuah negara yang diperintah oleh parti komunis

Pokok persoalannya ialah;
a) Jika Perdana Menteri sendiri melanggar undang-undang apabila mempunya RM2.67bilion dalam akaun peribadinya dia mesti menghadapim akibatnya.
 Tiada siapapun berada di atas undang-undang.
b)   Jika undand-undang negara ini dilanggar walaupun wang RM2.67bilion itu dalam akaun peribadi Perdana Menteri itu derma politik, Najib dan mereka yang terlibat perlu didakwa.

Perlembagaan kita jelas: Tiada mana-mana parti politik termasuk mereka yang memerintah meletakkan diri di atas undang-undang.
Kenapa? Kita tidak memilih sebuah parti komunis untuk memerintah Malaysia pada pilihanraya sebelum ini.

0 Responses