Seorang mujahid muda dan A'ina bidadari syurga
Dalam sebuah majlis ilmu dipimpin seorang guru yang bernama Abdul Wahid. Abdul Wahid berkata: Kami berbicara mengenai kelebihan mati syahid dan kelebihan para syuhada sebagai darjat yang tertinggi disediakan Allah swt untuk para mujahidin. Dan sesungguhnya di dalam sebuah hadis ada menjelaskan: "Bahawa untuk mereka yang gugur syahid di jalan Allah seratus darjat di dalam syurga. Diantara satu darjat ke satu darjat seperti di antara langit dan bumi".
Perhatikan inilah limpah kurnia yang maha agung. Kemudian Abdul Wahid membaca:
إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأن لهم الجنة.
"Sesungguhnya Allah membeli dari kalangan orang orang beriman akan jiwa raga mereka dan harta benda mereka dengan bayaran syurga."
Lalu seorang pemuda yang berumur 16 tahun berkata: Wahai Abdul Wahid, Allah membeli di kalangan orang yang beriman jiwa raga mereka dan harta benda mereka dengan bayaran syurga?"
Aku berkata: "Ya, wahai si kecil. Dan ia merupakan anak yatim dan mewarisi harta yang banyak dari ibu bapanya".
Pemuda itu berkata: "Sesungguhnya aku menjadikan kamu sebagai saksi wahai Abdul Wahid bahawa aku telah menjualkan diriku dan hartaku kepada Allah demi untuk mendapat nilaian syurga".
Kata Abdul Wahid: "Seawal pagi pemuda itu datang menemui kami membawa hartanya semua sekali lalu berkata: "Wahai Abdul Wahid ini hartaku semuanya lengkapkan mereka yang berjihad di jalan Allah dengan harta ini. Dan pemuda itu melengkapkan dirinya dan keluar bersama kami."
Berkata Abd Wahid: "Umur pemuda itu begitu kecil berbanding tindakannya."
mdlotfi88: Aku lihat pada dirinya berbagai keanehan , kuat berqiam di malam hari dan berpuasa di siang hari, banyak berkhidmat dan membantu kami, bersimpati kepada yang tua dan yang kecil. Di saat sof mula diluruskan aku mula melihat peperangan begitu sengit. Setiap hari peperangan bertambah sengit sedang pemuda kecil itu kelihatan di antara maju dan mundur - sebentar ke kanan dan sebentar ke kiri menanggung kesukaran yang tidak mungkin dapat ditanggung melainkan bagi seorang panglima yang gagah, sedangkan usia sang pemuda baru 16 tahun.
Satu hari serangan musuh datang bertalu-talu dan teramat dahsyat, bersof-sof musuh berkumpul untuk menghadapi kami. Di waktu tengah matahari rembang peperangan terhenti dan kami mengambil kesempatan untuk melepaskan lelah dan tidak ketinggalan ikut sama ialah si pemuda kecil itu .
Tiba-tiba pemuda itu tersedar daripada tidurnya lalu berkata: Rindunya aku kepada A'ina Mardhiah!Orang ramai berkata: Budak ini dah mula was-was.
Kata Abd Wahid: Apa yang terjadi wahai pemuda?
Jawabnya: Wahai Abdul Wahid, aku bermimpi - tolong rahsiakan ini sehingga aku bertemu Allah, tolong rahsiakan sehingga aku bertemu Allah.
Apa yang kamu lihat dalam mimpimu itu?
Aku mimpi berada di sebuah taman daripada taman-taman syurga dan di dalamnya bidadari sungguh banyak. Allah yang Maha Mengetahui, tiba tiba mereka semua menunjuk kearahku seraya berkata: Inilah suami A'ina Mardhiah.
Aku berkata di mana dia A'ina Mardhiah?
Mereka berkata: Teruskan berjalan, terus berjalan. Aku pun berjalan sehingga apabila tiba ke sebatang sungai yang jenis airnya bidadari-bidadari yang cantik berada di sungai itu memberi isyarat sambil berkata: Inilah suami A'ina Mardhiah.
Aku bertanya: Di mana dia A'ina Mardhiah?
Mereka berkata, teruskan teruskan lalu aku meneruskan perjalanan sehingga aku sampai ke sebatang sungai susu yang tidak berubah rasanya. Di tebingnya terdapat bidadari-bidadari yang banyak.
Mereka menunjuk ke arahku sambil berkata inilah dia suami A'ina Mardhiah. Inilah dia suami A'ina Mardhiah.
Aku berkata di mana dia A'ina Mardhiah?
Mereka berkata: Teruskan berjalan, terus berjalan. Aku berjalan lagi hingga ke sebatang sungai arak yang enak untuk mereka yang meminumnya dan di tebingnya kelihatan bidadari-bidadari yang cantik - melupakan aku pada bidadari yang telah kutinggalkan di belakang. Mereka menunjuk kearahku sambil berkata : Inilah suami A'ina Mardhiah. Inilah suami A'ina Mardhiah!
Aku berkata: Di mana A'ina Mardhiah?
Mereka berkata: terus berjalan terus berjalan.
Aku terus berjalan sehingga sampai ke sebatang sungai madu yang bersih dan di pinggirnya kelihatan bidadari-bidadari yang cantik lantas melupakan aku pada bidadari yang telah kutinggalkan di belakang sana. Mereka menunjuk ke arahku sambil berkata: Inilah suami A'ina Mardhiah... inilah suami A'ina Mardhiah.
Aku berkata: Di mana A'ina Mardhiah?
Mereka berkata: Teruskan, teruskan. Lalu aku meneruskan perjalanan sehingga aku sampai ke sebuah khemah yang diperbuat daripada permata lu'lu' berlubang - tinggi mencecah hingga ke pemukaan langit; berdiri di pintunya bidadari-bidadari cantik yang melupakan aku akan bidadari yang kutinggalkan di belakang.
Tiba tiba mereka menunjuk ke arahku sambil berkata: Inilah suami A'ina Mardhiah, inilah suami A'ina Mardhiah.
Aku berkata: Di manakah A'ina Mardhiah?
Mereka menjawab: Dia ada di dalam, sedang menantikanmu...
Aku masuk dan apa yang dapat aku lihat?
Aku lihat apa yang tid ak pernah dilihat oleh mata; apa yang tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di dalam hati sesiapa pun jua. Aku lihat perhiasan di kepalanya lebih baik daripada dunia dan isinya. Aku lihat A'ina Mardhiah - seandainya dia ketawa pasti seri wajahnya menutup sinar mentari dan rembulan. Aku lihat seandainya dia meludah ke laut bergelora sudah pasti menjadi enak dan tenang.
Aku melihat dia menjadikan aku terlupakan wajah wajah bidadari-bidadari yang cantik yang telah kutinggalkan di belakang. Aku ingin memeluknya, tetapi... katanya, tunggulah wahai kekasihku. Kamu masih lagi memiliki ruh dunia. Hari ini kamu berbuka puasa di sisi kami.
Ya pemuda itu berpuasa dan bertaqarrub kepada Allah swt di bumi jihad.
Rindunya rindu wahai A'ina Mardhiah. Tolong rahsiakan sehingga aku bertemu Allah wahai Abdul Wahid.
Beberapa saat sahaja tiba-tiba muncul sekelompok musuh dan pemuda itu lantas mendepani mereka dan sempat membunuh 9 orang di kalangan musuh sebelum dia pun ikut rebah ke bumi. Dalam keadaan berumuran darah dia tersenyum sambil berkata: Selamat datang A'ina Mardhiah, selamat datang A'ina Mardhiah.
Ust Lotfi tlh kembali menemui Tuhannya beberapa hari lalu buat menemui Aina Mardhiahnya.