Elias Hj Idris

Bismillahirrohmanirrohim.


ALLAH Subhanahu Wata'ala telah
memberi tanda-tanda kematian seorang
muslim sejak 100 hari, 40 hari, 7
hari, 3 hari dan 1 hari menjelang
kematian..


Tanda 100 hari menjelang ajal:

Selepas waktu 'asar (di waktu
'asar dek kerana penggantian hari dari
terang ke gelap), kita merasa dari
ujung rambut sampai kaki
menggigil, getaran yang sangat
kuat, lain dari biasanya,

Bagi yang menyedarinya akan terasa indah
di hati, namun yang tidak
menyedari, tidak akan ada pengaruh
apa-apa.

Tanda 40 hari menjelang kematian:

Selepas 'asar, jantung berdenyut-
denyut. Daun yang bertuliskan
nama kita di lauh mahfudz akan
gugur..

Malaikat maut akan
mengambil daun kita dan mulai
mengikuti perjalanan kita
sepanjang hari..

Tanda 7 hari menjelang ajal:

Akan diuji dengan sakit; orang
sakit biasanya tidak berselera untuk makan, tetapi dengan sakit ini tiba-tiba
seseorang itu jadi berselera meminta
makanan ini dan itu.

Tanda 3 hari menjelang ajal:

Ada terasa denyutan di tengah dahi,
Jika tanda ini dirasa, maka
berpuasalah kita, agar perut kita
tidak banyak najis dan
memudahkan urusan orang yang
memandikan kita nanti..

Tanda 1 hari sebelum kematian:

Di waktu 'asar, kita merasa 1
denyutan di ubun-ubun,
menandakan kita tidak sempat
menemui 'asar besok harinya.

Bagi yang khusnul khotimah akan
merasa sejuk di bahagian pusar,
kemudian ke pinggang lalu
ketenggorokan, maka dalam
keadaan ini hendaklah kita
sedia mengucapkan 2 kalimah syahadat..

SubhanAlLah, Imam Al-Ghazali,
mengetahui akan saat kematiannya. Beliau menyiapkan sendiri
keperluannya; beliau sudah mandi dan wudhu,
meng-kafani dirinya, kecuali
bahagian wajah yang belum
ditutup..
Beliau memanggil
saudaranya Imam Ahmad untuk
menutup wajahnya.

SubhanAlLah...
Malaikat maut akan
menampakkan diri pada orang-
orang yang terpilih. Dan semoga
kita menjadi hamba yang terpilih
dan siap menerima kematian
bila-bila pun dan di mana sahaja kita
berada.

Dan semoga akhir hidup
kita semua 'husnul khotimah',

Aamiin..
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    Dari Allah kami datang kepada Allah kami kembali.
    Dgn Allah aku datang beserta Allah aku berpulang.
    Semoga dibimbingi-Nya kejalan lurus keHadrat-Nya.