Kalimah 'Allah' yang terbentuk di langit Labuan pada malam keputusan pru 2013
Muhammad s.a.w ada menyebut; "Aku, Ahmad tanpa mim"
Apabila dihuraikan: "Muhammad adalah Ahmad tanpa (huruf) mim (Ahad)".
Apabila dihuraikan lagi Muhammad itu alamnya 3;
Alam Muhammad;
~iaitu alam rendah... alam dunia.
~Alam Syahadah, iaitu alam nyata bagi Ahmad.
~Muhammad adalah zohirnya Ahmad..
~Muhammad boleh dilihat dengan mata zahir.
~Muhammad itu yang akhlaknya adalah yang terpuji
~Muhammad itu amat kenal dan 'arif dengan dirinya yang ghoib (Ahmad) itu.
~Muhammad itu amat kenal dan 'arif dengan dirinya yang Ahad itu.
~Muhammad tak berpisah... tak terpisah dengan Ahmad dan Ahad bahkan dia diri yang satu jua. Muhammad pun dia... Ahmad pun dia. Ahad pun dia juga.
~tanpa diri Muhammad... Ahmad tak zahir... Ahad tak zahir.
Alam Ahmad;
~iatu alam tinggi bagi Muhammad - alam yang ghoib tingginya bertingkat-tingkat.
~diri Ahmad ini adalah diri ghoibnya Muhammad... Muhammad itu zahirnya Ahmad.
~disebut-sebut alam Ahmad ini adalah Alam Roh.
~Ahmad itu adalah pernyataan bagi Ahad... Ahmad itu adalah sifat-Nya Ahad.
Alam Ahad;
~iaitu alam yang paling teratas... alam zat semata-mata.
~Ahad itu, Dia belum dizahir lagi akan sifat-Nya... belum dizahir lagi akan asma'-Nya... belum dizahir lagi akan af'al-Nya.
~Ahad menzahirkan sifat-Nya, asma'-Nya dan af'al-Nya... maka zahir itu ia akan alam-Nya Ahmad.
Jadi, untuk kita, merasai suasana seperti ini perlulah diikhtiarkan diri kita yang punya nama itu berusaha untuk menjadi Muhammad.
Muhammad s.a.w menyebutkan; "...syari'at itu perkataan-ku, tarikat itu perbuatanku; hakikat itu perlakuan-ku dan makrifat itu rahsia-ku"
Bermula kita setiap Muslim mengakui Ummat Muhammad.
Lantas kita patuhi ajaran Muhammad sunnah Muhammad.
Lantas kita bersahadah bersaksi mengaku Rasul Muhammad.
Rupanya kita setiap Muslim salinan berbangsa Muhammad.
Hanya Muslim berbangsa Muhammad perolehi Syufaat Muhammad.
Maka mahulah berkekalan dirikan titian Syariat Muhammad.
Maka jangan sekali2 diruntohkan perjalanan Hakeqat Muhammad.