Bahagian Pertama: Al-Muntahi (1)
1. Ketahui olehmu hai Talib (pelajar) bahawa sabda Rasullulah saw :
"Barang siapa menilik kepada suatu, jika tidak dilihatnya Allah dalamnya, maka iaitu sia-sia".
Kata Ali (Saidina Ali):
"Tiada kulihat suatu melainkan kulihat Allah dalamnya".
Sabda Nabi;
"Barangsiapa mengenal dirinya, maka sanya mengenal akan Tuhannya".
2. Erti mengenal Tuhan dan mengenal dirinya yakni:
"diri KUNTU KANZAN MAKHFIYYAN itu dirinya, dan semesta sekelian alam Ilmu Allah. Sama seperti sebiji (benih) dan pohon, pohonya dalam sebiji itu, sungguhpun tidak kelihatan, tetapi hukumnya ada dalam sebiji itu".
Kata Syeikh Junaid:
"Ada Allah dan tiada ada sertaNya suatu pun. Ia sekarang ini seperti AdaNya dahulu itu jua".
Kerana itu Ali berkata;
"Tiada kulihat sesuatu melainkan kulihat Allah dalamnya".
Bahagian kedua: Al-Muntahi (2)
3. Tetapi jangan melihat seperti kain basah kerana kain lain, airnya lain. Allah SWT maha suci daripada demikian itu tamsilnya, tetapi jika ditamsilkan seperti laut dan ombak, harus seperti kata syair;
Yang laut itu laut jua pada sedia pertamanya,
Maka yang baru itu ombaknya dan sungainya,
Jangan mendindingi di kau segala rupa yang menyerupai dirinya,
Kerana dengan segala rupa itu dinding daripadanya.
Tetapi ombak beserta dengan laut Qadim, seperti kata; Laut itu Qadim, apabila berpalu, baru ombak namanya dikata, tetapi pada hakikatnya laut jua,… kerana laut dan ombak esa tiada dua.
Seperti Firman Allah;
"Allah dengan segala sesuatu meliputi".
Sabda Rasullulah saw;
"Aku daripada Allah, sekelian alam daripadaku".
Seperti matahari dengan cahayanya dengan panasnya; namanya tiga hakikatnya satu jua.
Seperti isyarat Rasullulah saw;
"barangsiap mengenal dirinya sanya mengenal akan Tuhannya".
4. Adapun dirinya itu, sungguhpun beroleh nama dan rupa jua, hakikatnya rupanya dan namanya tiada. Seperti bayang-bayang dalam cermin; rupanya dan namanya ada hakikatnya tiada. Seperti sabda Rasullulah saw; Yang mukmin itu cermin samanya mukmin.
Ertinya, Nama Allah Mukmin, maka hambanya yang khas pun namanya mukmin. Jika demikian sama dengan Tuhannya, kerana hamba tidak bercerai dengan Tuhannya, dan Tuhan pun tidak bercerai dengan hambaNya.
Bahagian ketiga: Al-Muntahi (3)
5. Seperti firman Allah SWT:
"IA itu serta kamu barang di mana ada kamu".
Dan lagi Firman Allah SWT:
"Jika orang tiga, melainkan IA jua keempatnya dengan mereka itu; dan jika ada lima (orang), melainkan IA keenamnya dengan mereka itu; dan tiada lebih dan tiada kurang daripada demikian itu malainkan IA jua serta mereka itu".
Seperti firman Allah SWT:
"Kami terlebih hampir kepadanya daripada urat leher yang kedua".
6. Dengarkan hai Talib (pelajar) WA HUA MA AKUM (dan DIA beserta kamu), tiada di luar dan tiada di dalam, dan tiada di atas dan tiada di bawah, dan tiada di kiri dan tiada di kanan, seperti firman Allah SWT: IA jua yang Dahulu (Awal) dan IA jua yang Kemudian (Akhir) dan IA jua yang Nyata (Zahir) dan IA jua yang Tersembunyi (Batin).
Lagi pun tamsil seperti pohon kayu sepohon. Namanya (pohon) limau atau atau lain daripada (pohon) limau. Daunnya lain, dahannya lain, bunganya lain, buahnya lain, akarnya lain. Pada hakikatnya sekelian itu (pohon) limau jua. Sungguhpun namanya dan rupanya dan warnanya berbagai, hakikatnya esa jua.
Jikalau demikian hendaklah segala Arif (orang) mengenal Allah SWT seperti isyarat Rasullulah SAW:
"Barang siapa mengenal dirinya maka sanya mengenal Tuhannya".
Bahagian keempat: Al-Muntahi (4)
7. Sebermula sabda Rasullulah SAW dengan diisyaratkan jua. Sungguhpun pada Syariat rupanya berbagai-bagai pada Hakikat Esa jua, seperti kata syair;
Bahawa ada kekasihku, tubuh dan nyawa rupanya jua,
Apa tubuh? Apa nyawa?…. sekelian alam pun rupanya jua;
Segala rupa yang baik dan erti yang suci itu pun rupanya jua,
Segala barang yang datang kepada penglihatanku itu pun rupanya jua.
Seperti firman Allah SWT :
"Barang ke mana mukamu kau hadapkan, maka di sana ada Dzat Allah". Tamsil, seperti susu dan minyak sapi, namanya dua, hakikatnya satu jua. Kesudahannya susu lenyap apabila ia diputar… minyak jua kekal sendirinya.
8. Sesekali tidak bertukar seperti sabda Rasullulah SAW: Barangsiapa mengenal dirinya dengan fananya, bahawa sanya mengenal ia Tuhannya dan Baqalah ia dan serta Tuhannya.
Seperti mengetahui ruh dengan badan; Ruh muhit (hidup) pada badan pun tiada, dalam badan pun tiada, di luar badan pun tiada. Demikian lagi Tuhan; pada sekelian alam pun tiada, dalam alam pun tiada, di luar alam pun tiada. Seperti permata cincin dengan cahayanya, dalam permata pun tiada cahayanya, di luar permata pun tiada cahayanya.
Bahagian kelima: Al-Muntahi (5)
9. Kerana itu kata Saidina Ali:
"Tiada ku lihat melainkan ku lihat Allah di dalamnya. Kata Mansur Hallaj, pun berkata dengan sangat berahinya: Ana al Hak (Akulah yang Sebenarnya. Maka kata sufi Yazid: Maha suci aku, siapa besar sebagai aku".
Maka kata syeikh Junaid:
"Tiada di dalam jubahku ini melainkan Allah. Maka kata Sayyid Nasimi: Bahawa Akulah Allah. Maka kata Maksudi: Dzat Allah yang Qadim, itulah dzat ku sekarang".
Dan kata Maulana Rumi:
"Alam ini belum, adaku adalah; Adam pun belum, adaku adalah; Suatupun belum, adaku berahikan Qadim ku jua".
Dan kata Sultan Asyikin Syeikh Ali Abul Wafa:
"Segala wujud itu WujudNya jangan kau sekutukan dengan yang lain; Apabila kau lihatNya bagiNya dengan dia, maka sujudlah engkau sana tiada berdosa".
Maka kata kitab Gulshan:
"Hai segala Islam, jika kau ketahui berhala apa,
Kau ketahui olehmu bahawa yang jalan itu pada menyembah berhala dikata.
Jika segala kafir daripada berhalanya itu dalalnya,
Mengapa maka pada agama itu jadi sesat".
(Peringatan: Kandungan kitab ini amat berat bagi pemikiran yang tidak faham, jangan membuat kesimpulan sendiri, mintalah kepada Allah dan rujuklah dengan Guru Mursyid untuk mendapatkan penjelasan.)

WA HUWA MA'AKUM AINAMA KUNTUM... Dan Dia sentiasa beserta kamu walau dimana kamu berada. Selagi kamu mengaku kamu maseh ada, dikala itu Dia sudah tiada. Setelah benar2 kamu itu sudah tiada, maka dikala itu pula sebenar2nya hanya Dia yg Ada... Kita manusia hamba-Nya hanya mampu bermohon kepada-Nya, kuncinya : EhDinasSirotalMustaqim.. Pasrahlah kepada-Nya secara total nescaya dibimbing-Nya kejalan nan lurus...
HAMZAH FANSURI... Ajarannya jalan Hakeqat hampir bersamaan menuju kepada fahaman WahdatulWujud. Ajaran Ilmu Hakeqat beliau menjadi kontraversi antara Ulamak Syariat. Akhirnya AlMarhom menjadi mangsa korban fitnah. Dia menerima naseb yg sama seperti AlMarhom Syed Mansor Hallaj AlHussein diBagdad Iraq, serta AlMarhom Syeikh Siti Jenar / Syed Jalaluddin AlHussein diDemak Jawa...
Maka benarlah Sabda Nabi SAW : "Sepeninggalan aku, Ahlulbait-ku akan menerima musibah paling berat...." Maka bermula penghapusan genetic Nasab Ahlulbait adalah komplot konspirasi membunuh Syeddina Hussein AS serta rombongannya dipadang Karbala, Iraq. Hingga Allah akan bangkitkan Sang Penyelamat bakal membela...
AlMarhom Hamzah Fansuri salah saorang murid kepada Syed Adi Putra AlHussein, diPulau Besar Melaka. Barang siapa keBanda Acheh jangan lupa ziarahlah kemaqamnya. Maqam beliau berada ditebing laut nan tinggi, maka maqamnya terlepas dari dilanda Tsunami Banda Acheh. Sebelum ketemu maqamnya, disitu bersemadi sebuah Maqam Wali Teragong, salah saorang 7 beradik Syed Ahlulbait AlHussein, dari Wali 7 Nusantara, yg pertama2 mengembangkan Islam diAcheh...