Elias Hj Idris

Aspirasi Rakyat

Fahami Isu NAFAS

1. Perkuda NAFAS , ambil langkah populis perkenal 'Open Tender' , konon nak bagi rakan PH lain puji barang kali.
- nampak tak siapa mula khianat. Selama ni memang direct nego pun.

2. Bila kalah 'open tender' sampai NAFAS tak dapat , tiba-tiba tukar jadi direct nego. Teraniaya la pembida tender yang menang tu - dah buat zalim kepada pembida yang menang.

3. Bila dah kantoi pendedahan Wee Ka Siong (MCA) di parlimen.
- Terus main lagu berunsur perkauman , kononnya MCA nak ganggu NAFAS dengan 900 ribu peladang majoriti bumiputera. Hina betul cara bermain politik sebegini.
- Terus mengaku diri pejuang Melayu bumiputera , kemudian tuduh PAS & UMNO yang persoal isu urus tadbir sebagai cara nak zalimi NAFAS dan Peladang yang 900ribu tu.

4. Sekarang dah faham ke belum siapa PENGKHIANAT?

5. Terbaru netizen telah mula buka semula isu tindakan tergesa-gesa pinda undang-undang yang membolehkan 6 orang lantikan politik kroni menteri untuk jadi AJP.
- mengkhianati dan autokrasi atas hak bersuara peladang dengan pindaan tersebut.
- cytro Parti Amanah Negara mula main lagu bahawa wakil BN pun ada sebagai AJP. Kalaupun mereka BN mereka terpilih secara pemilihan sah oleh peladang.
- 6 orang itu masuk secara tidak demokratik melalui lantikan politik oleh menteri dengan pengesahan pindaan undang-undang yang dibuat tergesa-gesa.


6. Sekarang dah nampak tak siapa DUA KALI KHIANAT pada peladang-peladang 900 ribu?
Tiba-tiba mengaku hero peladang pula!

NAFAS UNTUK BELA PELADANG BUMIPUTERA?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Betul dah tindakan beri tender kepada NAFAS. Yang salahnya adalah menzalimi orang yang memenangi tender terbuka. Lebih baik tidak buka tender dari awal. Beri terus kepada NAFAS dari awal. Tak perlu nak malu kalaupun orang kata tak tunai manifesto. Kan kita jenis tahan malu.

2) Bermakna, direct nego yang diamalkan oleh kerajaan BN dahulu tidaklah salah sepenuhnya. Manakala manifesto PH untuk buat open tender konon untuk mengelakkan berlaku rasuah dan penyelewengan, adalah teori yang tidak tepat.

3) Teori dah tak betul. Lepas tu nak praktik juga teori cacat itu. Apabila dah apply, baru nampak kelemahannya. Terus overwrite kepada direct nego semula. Nampak sangat, ini adalah kelemahan kerajaan, terutama Menteri Pertanian.

4) Yang duk kaitkan dengan nasib 900k peladang dalam NAFAS bagai, itu adalah implikasi daripada keputusan kementerian yang tidak masak, tidak ada base yang kuat. Hanya bersandarkan teori "Open Tender Lebih Telus".

5) Sekarang, kerajaan terpaksa menanggung serangan daripada pembangkang. Dari mana pembangkang dapat maklumat? Tentulah daripada pihak yang menang dalam bidaan Open Tender tersebut, tetapi dibatalkan oleh kementerian kerana mahukan NAFAS juga memegang tender.

6) Tak ada siapa pun pertikai keperluan NAFAS mengambil tender tersebut. Tetapi apabila sudah terlajak buat open tender, ia adalah salah kerajaan sendiri. Menteri memang wajib cermin diri.
Sekian
0 Responses