Elias Hj Idris
 
 

🍀  Dulu, aku pernah iri pada seorang teman yang cantik. Setiap kali berjalan dengannya, semua orang memandangnya. Belasan tahun kemudian aku bertemu lagi, hampir aku tidak mengenalinya. Wajahnya berjerawat, badannya 2x lebih besar daripada aku. Kulitnya menghitam. Ternyata setelah menikah dia bermasalah dengan ekonominya.


🍀  Dulu, aku pernah iri pada tetanggaku, rumahnya besar, keretanya berderet dan bagus. Kalau
bertemu, perhiasan di tangan dan lehernya bersinar. Tidak lama setelah pindah, aku mendengar dia dikejar dek bank kerana hutang ratusan juta yang tidak mampu dibayar.

🍀  Dulu, aku pernah iri pada temanku, dia selalu bercerita yang calon suaminya, anak orang kaya. Kemudian aku dapat tahu, dia dibawa lari oleh calon suaminya itu lalu hamil di luar nikah. Sekarang dia datang bercerita bahawa lelaki yang dia ceritakan itu tergoda dengan wanita lain pula.

🍀  Dulu, aku iri pada sahabatku. Dia melanjutkan sekolah hingga sampai ke peringkat ijazah. Dan dia pun mendapat pekerjaan yang baik dengan gaji lumayan. Tapi baru bulan kemarin dia
menghubungiku - mahu pinjam wang. Gajinya tidak cukup untuk menampung segala perbelanjaan.

🍀  Dulu, aku iri pada teman sepengajianku. Dia dengan suaminya nampak romantis bahkan mereka sangat pandai dan faham agama siap dengan pakaian syar'i dan bercadur. Namun beberapa tahun kemudian mereka nampak teramat jauh berbeza. Rumah tangganya berantakan dan diberitahu dia tidak sanggup dimadu (poligami) oleh suaminya.


🍀  Dulu aku iri pada temanku. Sebaik menikah dia mendapati mertuanya tersangat baik dan diberi sepenuh perhatian. Mereka nampak akrab sekali. Namun kemudian aku mendapati, waktu mertuanya meninggal dunia kesemua anaknya menuntut segala harta warisan dan akhirnya mereka semua saling membenci.


🌾🌾🌾 Hidup itu sawang sinawang. Apa yang kita lihat indah, belum tentu seindah aslinya. Apa yang dulu kamu sesali, bisa terjadi sekarang kamu syukuri. Ketika dulu menangis-nangis kerana tidak mampu seperti orang lain, sekarang alhamdulillah telah terjadi pada dirimu sendiri. Kunci menikmati hidup itu adalah bersyukur.

Apa yang kamu lihat pada orang lain belum tentu seperti apa yang kamu sangka. Setiap orang diuji dengan cara yang berbeza. Mungkin ada yang iri hati melihat kita nampak hidup selesa dan senang-lenang. Padahal hakikatnya, saya juga pernah alami saat memasukkan air ke dalam botol syampo yang sudah habis.

Jika ada yang melihat saya selalu bahagia, ada kalanya saya minum sendirian di gerai tepi jalan.  Meskipun pada saat ini saya masih iri hati sama perempuan yang dengan mudah nampak ramping, menawan dan kaya, sementara saya yang gendut masih memerlukan bantuan orang. Tapi yang pasti, saya bangga kerana masih bisa mengupas buah salak.

Hidup berkah, rezeki melimpah
bahagia dunia akhirat...

Copy n paste by @dinii fitriyah
0 Responses