Elias Hj Idris

Dino Daniel LJ


Inilah kenderaan tentera yang ditembak oleh pengganas komunis di Hulu Legong pada tahun 82 yang mengakibatkan 9 anggota tentera terbunuh.

Perut mereka ditoreh dan isi perutnya sengaja diburaikan. Kemaluan dipotong, mata dicungkil, sementara kepala hancur dek peluru yang bersarang. J

Jenazah mereka dilentangkan di atas jalan, diikat pada wiper kereta dan lain-lain. 7 orang perajurit terkorban dan jenazah mereka dizalimi sekehendak hatinya. Serang hendap ini menjawab persoalan siapakah sebenarnya pengganas komunis? Adakah mereka pejuang kemerdekaan atau manusia berhati iblis dan berperi laku binatang?

Seperti yang diceritakan dalam buku "Serang Hendap Hulu Legong" oleh Lt. Kol Mohd Radzi Abd Hamid;
Anggota pertama iaitu Prebet Md Merdeka [pemandu trak] Volvo Mortar 2 tan, mayatnya telah dibogelkan dan diikat pada pengelap cermin trak. Telinganya pula dipotong dan dijadikan kalung rantai dengan menggunakan tali akar pohon letup-letup. Manakala kemaluannya dipotong dan dimasukkan ke dalam mulut seperti orang sedang menghisap cerut. Kejam!


Mayat kedua, Lans Kopral Hashim [ketua kumpulan], badannya bersarang dengan hampir 25 butir peluru. Ketika diangkat, badannya boleh dilipat dua seakan-akan tidak ada pinggang. Kepalanya hancur di sebelah kiri akibat tembakan yang bertubi-tubi. Otaknya berterabur di atas jalan. Kedua-dua matanya dicungkil dan dibuang hilang entah ke mana. Mayatnya juga dibogelkan lalu diletakkan terlentang di atas jalan. Kemaluannya juga dikerat dan dua telur kemaluan diletakkan di atas mata kiri dan kanannya. Zalim!

Mayat ketiga iaitu Prebet Jamil TK terperosok di dalam parit yang penuh dengan semak pokok senduduk; terlungkup dan seluarnya dilondehkan. Mayatnya disula dengan ranting-ranting pohon senduduk. Kedua-dua belah daging punggungnya hancur dek tembakan bertubi-tubi. Darah masih menitis perlahan-lahan ke tanah ketika jenazahnya diturunkan.
1 Response
  1. Unknown Says:

    Ada geng PAN nak iktiraf komunis. HANG PA SOKONG TAK! Aku awai awai reject. 2020 1441H.