Elias Hj Idris
PENCERAHAN MUDAH SKANDAL TENDER 1.4B

Tender rundingan terus boleh diamalkan oleh kerajaan bagi menjaga kepentingan sesuatu perkara yang melibatkan kawalan subsidi & kualiti barangan. Ini termasuklah hal 'baja'
.
Sepatut proses ini dibuat secara tender "rundingan terus" kepada NAFAS bagi membolehkan kualiti material baja dikawal secara tuntas oleh kerajaan bagi meningkatkan hasil para petani.

Apabila dibuat tender terbuka, NAFAS gagal membida pada harga kompetitif berbanding dengan syarikat sdn bhd yang lain berdasarkan beberapa alasan teknikal.

Perlu diingat, NAFAS mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjaga kebajikan staf dan 900,000 lebih ahli mereka. NAFAS terlibat dalam agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera.

Keputusan lembaga mesyuarat telah bersetuju menganugerahkan tender tersebut kepada sebuah syarikat pembida yang berjaya. Namun, dikatakan YBM tidak mahu menandatangani 'surat setuju terima' memandangkan tender tersebut tidak dimenangi oleh NAFAS.

Dikatakan KSU kementerian terbabit telah menasihatkan daripada awal kepada YBM, permasalahan apa yang akan terjadi sekiranya 'tender terbuka' dibuat. Agenda pemerkasaan NAFAS akan terbantut.

YBM berdegil untuk meneruskan tender terbuka tersebut, dengan harapan NAFAS akan berjaya membida harga. Ternyata jangkaan YBM meleset sama sekali.

Kemungkinan KSU dipanggil untuk mengubah keputusan lembaga mesyuarat untuk membatalkan anugerah kepada syarikat yang berjaya tersebut, dan diberikan kepada NAFAS.

Semestinya KSU menolak cadangan ini kerana ia amat menyalahi etika dan integriti penjawat awam. KSU sedar akan risiko² yang bakal dikenakan terhadap beliau.

Pada 25hb November, KSU telah ditukarkan penempatan ke JPA, dengan bahasa mudahnya, 'dibekukan'. Persepsi yang difahami oleh rakyat, KSU tersebut dipindahkan kerana mendapat tekanan politik demi menjaga maruah yang tercalar oleh YBM akibat pendedahan skandal 1.4B ini.

Rumusan, Tindakan YBM yang bersifat populis semata-mata telah memakan diri sendiri dan mengheret NAFAS ke arah ketidakstabilan pentadbiran dan tekanan sandiwara politik Pakatan Harapan. Ia sesuatu yang 'memalukan'.

Pembelaan perlu dibuat ke atas penjawat awam & NAFAS. Campurtangan politik yang melampau dan populis ini memualkan rakyat dengan kerakusan mereka mencapai impian.

Pergerakan Pemuda Umno Negeri Kelantan menyeru SPRM sekali lagi membuka kertas siasatan terhadap isu ini bagi membela penjawat awam yang ditekan sekaligus membersihkan nama NAFAS daripada percaturan politik karut Pakatan Harapan.

Perlu diingat, 'matlamat tidak menghilangkan' cara. Cara yang bijak bisa menghalalkan "matlamat tidak menghalalkan cara. Cara yang bijak bakal menghalalkan matlamat".

Noor Hariri Mohamed Noor
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Negeri Kelantan
#SelamatkanPenjawatAwam
#PHKerajaanSeparuhPenggal
#MuafakatNasional
Comments
Write a comment...

0 Responses