Dalam membicarakan ilmu tasauf, peringkat nafsu dan alamatnya dapat dibahagikan kepada 7 darjat atau martabat. Di dalam martabat itu kedapatan ahlinya sebagaimana berikut;
1. Ahli Nafsu Ammarah.
Tabiat hati ahli di peringkat ini sering terdedah kepada godaan hawa nafsu dan syaitan. Oleh itu nafsu ammarah ini sentiasa menyuruh seseorang itu berbuat kejahatan sama ada dia faham atau tidak tentang jahat tidaknya perbuatan itu. Dia tidak akan berasa duka atau menyesal di atas perbuatan jahat yang dilakukan. Malah terkadang-kadang dia berasa lega dan gembira dalam kalbunya.
Contohnya: Jika seseorang itu tertinggal akan solatnya maka tidak pun timbul rasa runsing atau kesal di hatinya. Malah terkadang-kadang dia berasa seperti ada satu kepuasan apabila meninggalkannya. Sama halnya jika dia berjaya mencuri atau memukul orang tanpa sebab; dia akan berasa puas hati dan megah.
"Sesungguhnya, nafsu (ammarah) itu sangat menyuruh akan berbuat jahat."
Sifat-sifat kasar yang dapat dilihat daripada benih nafsu ammarah ini ialah,
i) Bakhil;
ii) Tamak dan loba akan harta dunia;
iii) Panjang angan-angan;
iv) Sombong dan takabbur;
v) Ingin dan kasih akan kemegahan diri;
vi) Inginkan nama yang terkenal dan masyhur;
vii) Hasad-dengki;
viii) Dendam-kesumat;
ix) Khianat dan suka berniat jahat;
Malah terdapat juga mereka dari kalangan orang alim sekalipun kerana ilmu yang banyak belum menentukan seseorang itu akan menjadi seorang ahli sufi yang baik hati. Syurga tetap tidak terjamin bagi orang-orang seperti ini seumpama tembaga dan besi yang akan kusam dan berkarat jika tidak disepuh dan dibakar sehingga suci bersih.
Syurga yang bersih itu tidak akan menerima 'barang' kotor kecuali apabila ia telah dibersihkan terlebih dahulu. Nafsu ammarah ini adalah serendah-rendah darjat dan serendah-rendah nafsu dalam dunia pembiacaraan tasauf. Oleh itu tempat yang wajar bagi golongan ini adalah kawah api neraka sebagai tempat penginapannya.
Untuk mengikis sifat-sifat nafsu yang berkarat dan kotor ini seseorang itu hendaklah memasuki dunia kesufian mengikut tatacara peraturan orang sufi yang dapat meleburkan sifat-sifat durjana yang melekat di hati. Memang tiada jalan yang lain, kerana ia telah dicubai dan diistiqra'ii oleh orang-orang sufi.
2. Ahli Nafsu Lawwamah.
Ia merupakan satu jenis nafsu yang sering mengkritik diri sendiri atau mencela diri apabila berlaku sesuatu kejahatan dosa di atas dirinya. Nafsu ini lebih elok dan agak tinggi darjatnya daripada nafsu ammarah kerana dia akan sering tidak berpuas hati dengan kejahatan yang telah dilakukan. Dia akan mencela dirinya.
Sungguhpun darjat nafsu ini agak tinggi namun tabiatnya sekali-sekala tetap tidak akan terlepas jua daripada terjebak ke dalam angkara dosa dan kejahatan. Namun dia akan cepat-cepat menyesal dan beristighfar memohon keampunan. Firman Allah;
"Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah."
Contohnya; Sekiranya seseorang itu tertinggal akan solatnya akan timbul rasa kecut di hatinya kerana menyesal dan rasa bersalah. Maka dengan segera dia akan pergi menggantikannya tanpa bertangguh-tangguh dan memohon keampunan secara bersungguh-sungguh.
Di antara sifat-sifat kasar yang dapat dilihat daripada nafsu lawwamah ini ialah;
i) Mencela akan kesilapan diri sendiri;
ii) Gemar berfikir dan bertafakkur;
iii) Timbul perasaan kecut apabila bersalah;
iv) Timbul perasaan mengkritik terhadap segala kejahatan;
v) Hairan kepada diri sendiri kerana menyangka dirinya baik ('ujub);
vi) Membuat sesuatu kebajikan kerana hendak memperlihatkannya kepada orang (riak);
vii) Menceritakan kebajikan yang pernah dibuat agar dipuji orang (sum'ah); dsb.
Jika sesiapa yang masih terdetup hatinya dengan perasaan sedemikian maka bererti dia masih belum terlepas daripada golongan yang nafsunya bersifat lawwamah. Nafsu ini ada pada kebanyakan orang awam dari kelas agak istimewa. Syurga untuk golongan ini masih belum terjamin kecuali setelah mendapat keampunan Ilahi serta rahmatNya. Ia disebabkan oleh daki kotor yang perlu dikikis habis-habisan, terutama bagi sifat 'ujub, riak, sum'ah dan seumpamanya dari kalangan sifat aib hati.
Ia ibarat perak yang bercampur dengan tembaga di mana nilainya agak tinggi daripada tembaga serta besi yang kusam dan berkarat itu. Jadi, sifat-sifat keaipan hati itu tidak akan terkikis habis-habisan dari lubuk hati melainkan dengan memakai penawar cara leburan orang-orang sufi jua.
"Orang-orang yang bermiujahadah pada jalan Kami akan Kami tunjukkan mereka ke jalan Kami."
... bersambung
1. Ahli Nafsu Ammarah.
Tabiat hati ahli di peringkat ini sering terdedah kepada godaan hawa nafsu dan syaitan. Oleh itu nafsu ammarah ini sentiasa menyuruh seseorang itu berbuat kejahatan sama ada dia faham atau tidak tentang jahat tidaknya perbuatan itu. Dia tidak akan berasa duka atau menyesal di atas perbuatan jahat yang dilakukan. Malah terkadang-kadang dia berasa lega dan gembira dalam kalbunya.
Contohnya: Jika seseorang itu tertinggal akan solatnya maka tidak pun timbul rasa runsing atau kesal di hatinya. Malah terkadang-kadang dia berasa seperti ada satu kepuasan apabila meninggalkannya. Sama halnya jika dia berjaya mencuri atau memukul orang tanpa sebab; dia akan berasa puas hati dan megah.
"Sesungguhnya, nafsu (ammarah) itu sangat menyuruh akan berbuat jahat."
Sifat-sifat kasar yang dapat dilihat daripada benih nafsu ammarah ini ialah,
i) Bakhil;
ii) Tamak dan loba akan harta dunia;
iii) Panjang angan-angan;
iv) Sombong dan takabbur;
v) Ingin dan kasih akan kemegahan diri;
vi) Inginkan nama yang terkenal dan masyhur;
vii) Hasad-dengki;
viii) Dendam-kesumat;
ix) Khianat dan suka berniat jahat;
x) Tabiat lalai akan Allah swt; dsb
Masih bernafsu akan hal kebendaan yang mahal-mahal;
termasuk dalam kes panjang angan-angan
Jika seseorang itu dapat merasakan di hatinya akan salah satu daripada sifat tersebut maka itulah tanda bahawa dia termasuk dalam golongan ammarah yang biadab itu. Kebanyakan orang awam tanpa mengira sama ada dia jahil atau berilmu sekalipun tetap tidak terlepas daripada gejala nafsu ini.
Malah terdapat juga mereka dari kalangan orang alim sekalipun kerana ilmu yang banyak belum menentukan seseorang itu akan menjadi seorang ahli sufi yang baik hati. Syurga tetap tidak terjamin bagi orang-orang seperti ini seumpama tembaga dan besi yang akan kusam dan berkarat jika tidak disepuh dan dibakar sehingga suci bersih.
Syurga yang bersih itu tidak akan menerima 'barang' kotor kecuali apabila ia telah dibersihkan terlebih dahulu. Nafsu ammarah ini adalah serendah-rendah darjat dan serendah-rendah nafsu dalam dunia pembiacaraan tasauf. Oleh itu tempat yang wajar bagi golongan ini adalah kawah api neraka sebagai tempat penginapannya.
Untuk mengikis sifat-sifat nafsu yang berkarat dan kotor ini seseorang itu hendaklah memasuki dunia kesufian mengikut tatacara peraturan orang sufi yang dapat meleburkan sifat-sifat durjana yang melekat di hati. Memang tiada jalan yang lain, kerana ia telah dicubai dan diistiqra'ii oleh orang-orang sufi.
2. Ahli Nafsu Lawwamah.
Ia merupakan satu jenis nafsu yang sering mengkritik diri sendiri atau mencela diri apabila berlaku sesuatu kejahatan dosa di atas dirinya. Nafsu ini lebih elok dan agak tinggi darjatnya daripada nafsu ammarah kerana dia akan sering tidak berpuas hati dengan kejahatan yang telah dilakukan. Dia akan mencela dirinya.
Sungguhpun darjat nafsu ini agak tinggi namun tabiatnya sekali-sekala tetap tidak akan terlepas jua daripada terjebak ke dalam angkara dosa dan kejahatan. Namun dia akan cepat-cepat menyesal dan beristighfar memohon keampunan. Firman Allah;
"Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah."
Contohnya; Sekiranya seseorang itu tertinggal akan solatnya akan timbul rasa kecut di hatinya kerana menyesal dan rasa bersalah. Maka dengan segera dia akan pergi menggantikannya tanpa bertangguh-tangguh dan memohon keampunan secara bersungguh-sungguh.
Di antara sifat-sifat kasar yang dapat dilihat daripada nafsu lawwamah ini ialah;
i) Mencela akan kesilapan diri sendiri;
ii) Gemar berfikir dan bertafakkur;
iii) Timbul perasaan kecut apabila bersalah;
iv) Timbul perasaan mengkritik terhadap segala kejahatan;
v) Hairan kepada diri sendiri kerana menyangka dirinya baik ('ujub);
vi) Membuat sesuatu kebajikan kerana hendak memperlihatkannya kepada orang (riak);
vii) Menceritakan kebajikan yang pernah dibuat agar dipuji orang (sum'ah); dsb.
Ia tidak mengira rupa atau kulit seseorang;
pentingnya ialah kesediaan untuk bermuhasabah