5. Ahli Nafsu Radhiah
Dalam membicarakan tingkat nafsu mutma'innah sebelum ini, jelas ditunjukkan bahawa orang-orang berkenaan telah mencapai ke taraf wali. Sedangkan nafsu Radhiah ini pula dimiliki oleh mereka yang telah bertaraf wali di peringkat lebih tinggi maqamnya. Ia dinamakan radhiah kerana selain ia berjaya mencapai kejilahan dan kejernihan hati yang kukuh-teguh - pegangannya kejap di dalam dengan perasaan redha akan segala ketetapan Allah swt.
Usahanya bukan mudah - semudah benda yang boleh disumbatkan begitu sahaja ke dalam sarang kalbu. Ia takkan tercapai tanpa sifat kelelakian yang benar-benar berhemah tinggi dalam perjuangan mujahadah dan ibadat buat mencapai maqam nafsu mulia mengikut kaedah sufiah.
Oleh yang demikian, tabiat mereka yang berada di maqam ini amat luar biasa - tidak langsung takut akan bala' Allah dan tidak tahu gembira dengan segala nikmatNya. Apa yang diketahuinya cuma keredhaan pada Allah dan hukumanNya. Di mana gentar-gembira atau bala nikmat Allah itu sama jua pada dirinya.
Baginya, segala masalah keduniaan ini sama sahaja. Wang ringgit setaraf dedaunan kayu, emas seakan ketulan tanah kering yang tidak bermakna. Malah segala kesengsaraan hidup atas dunia ini jauh daripada melekat ke dalam hatinya.
Firman Allah swt;
"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Yaitu) orang- orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa." (QS. Yunus : 62-63).
Kenapa hati mereka sampai begitu sekali?
Puncanya kerana segala nafsu mereka telah terkikis dari akar-umbinya akan segala karat cemar dan sinaran nur syuhud yang menghimbau mereka kepada ma'rifat - yang datang bertalu-talu masuk ke dalam hati nurani mereka yang sentiasa kemas waja itu.
Alam di sekeliling laksana cermin yang mana mereka boleh 'nampak' Allah di dalamnya pada setiap ketika sebagaimana maqam musyahadah yang terdapat dalam 'al-ihsan'.
Maqam ini digelarkan wali Allah dalam martabat orang khawas, iaitu sebungkah emas bermutu lapan. Syurga baginya adalah terjamin. Jadi di antara sifat keruhanian yang timbul daripada benih radhiah ini ialah;
1. Zahid;
2. Ikhlas;
3. Wara';
4. Meninggalkan segala perkara yang bukan kerjanya;
5. Menunaikan dan menepati segala hukum Allah swt; dsb.
Wali yang berada di maqam ini dapat mengecap nikmat akan sifat budi yang luhur dan sifat keruhanian yang tinggi pada setiap ketika.
6. Ahli Nafsu Mardhiah
Maqam ini adalah maqam wali yang tertinggi, lebih tinggi daripada maqam radhiah. Nafsu mereka dan segala hal atau segala apa jua baik percakapan atau lakonan perbuatan yang terkeluar dari diri mereka itu sentiasa diredhai dan diakui oleh Allah swt.
Oleh yang demikian jadilah jiwa, perasaan, lintasan atau khuatir hati mereka, gerak-geri, penglihatan, pendengaran, percakapan, pancaindera, gerak-laku - penumbuk dan tendang-terajang mereka, ludah-liur dsb sentiasa sahaja berada dalam keredhaan Allah semata-mata.
Sabda Baginda Rasulullah saw dalam sebuah hadis Qudsi;
"Sentiasalah hambaKu berdampingan dirinya kepadaKu dengan mengerjakan ibadat sunat hingga Aku kasihkan dia, maka apabila Aku kasihkan dia nescaya adalah Aku pendengarannya, yang mana yang dia mendengar dengannya, penglihatannya yang dia melihat dengan Dia, penampar tangannya yang dia menampar dengan Dia, berjalan kakinya yang dia berjalan dengan Dia dan fikiran hatinya yang dia berfikir dengan Dia".
Ia bermakna setiap gerak-laku yang timbul daripada wali-wali seperti ini kesemuanya adalah dengan keredhaan dan izin Allah semata-mata. Oleh itu maka timbullah dari sisiNya perkara-perkara yang ganjil, ajaib dan luar biasa pada pandangan orang awam seperti berjalan di atas air ataupun terbang di udara; pergi ke Mekah dengan sekelip mata dsb. Dan kerap kali sesetengah daripada tingkah-lakunya terjadi sebagai tanda kenyataan Allah atau takbir Allah.
Nota: Ini perlu diawasi sebab timbul kecenderungan yang mengatakan hal ini sebagai sesat!
Demikian dengan kisah Nabi Isa a.s. yang pergi ke kubur orang mati lalu berkata dengan isyaratnya sekali, "Berdirilah engkau dengan izin Allah!' Maka mayat dalam kubur itu lalu bangun berdiri dan berjalan hidup-hidup.
Kisah seperti in juga berlaku pada diri Syeikh Ahmad bin Idris, imam tariqat Ahmadiah, iaitu pada suatu hari datang kepadanya seorang suami yang mengadu hal tentang kematian isterinya yang dipukulnya tanpa sedar dan menyebabkan dia lalu menyesal tidak terkira. Maka syeikh itupun berasa amat belas-kasihan lalu pergi ke tempat isteri yang telah mati itu. Dia berkata, "Bangunlah engkau dengan izin Allah!" maka bangunlah si mayat itu dan hidup kembali.
Satu lagi kisah yang berlaku terhadap Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, iaitu ketika dia sudah selesai makan dan tertinggal di hadapannya sisa-sisa tulang ayam. Maka dia menyeru kepada tulang-tulang itu dengan berkata, "Hai tulang..., jadilah engkau ayam kembali!" Maka tulang-tulang itu terkumpul lalu jadi ayam yang berdiri hidup-hidup. Ia diperhatikan oleh ibu seorang budak suruhan syeikh dengan keadaan yang pelik.
Mengapa segala keganjilan in boleh berlaku?
Ia disebabkan oleh ucapan-ucapan oleh orang yang berada di maqam wali ini (mardhiah) telah diredhai dan diizinkan oleh Allah swt. Satu lagi perkara yang harus diingat, apabila berada di hadapan orang-orang seperti ini jangan sekali-kali bersikap celupar - dengan mengata atau berbuat sesuatu yang boleh menyinggung rasa hatinya. Ia dibimbangi akan terkeluar dari mulutnya ucapan yang kelak diredhai Allah - maka celakalah jawabnya.
Imam tariqat Ahmadiah Sidi Syeikh Ahmad bin Idris rahmatullah, yang amat masyhur akan keramatnya (wafat 21 Rajab 1253H) itu berkata;
"Permulaan tariqatku ialah 'gila' diperkatakan orang.
Di pertengahan jalan, datang bermacam-macam ilmu pemberian Allah dengan tidak perlu belajar.
Dan di akhir tariqatku ialah 'kun fayakun' - maka datang bermacam-macam keramat jika dikehendaki."
Maka dengan huraian di atas tadi, maka terang dan jelaslah kepada kita akan maksud daripada kata-kata hadis Qudsi yang mengenai cerita keramat itu tadi.
Bagi orang yang telah mencapai ke mawad mardhiah, mereka digelarkan wali Allah dalam martabat 'khawas al-khawadh', iaitu wali Allah dalam martabat yang paling istimewa dari kalangan wali-wali yang lain. Dia ibarat emas bermutu sembilan - maka syurga buatnya adalah jaminan.
Sifat-sifat budi dan keruhanian yang timbul daripada benih mardhiah ini ialah;
1. Elok dan tinggi sekali budi atau kesusilaannya, seumpama para nabi;
2. Lemah-lembut dalam pergaulan dengan masyarakat ramai sebagaimana tingkah-laku para nabi;
3. Sentiasa berselera untuk berdampingan dengan Allah;
4. Hatinya sentiasa terfikir dan terarah akan kebesaran Allah;
5. Redha dan rela dengan setiap pemberian Allah.
Bersambung... yang ke-7, iaitu Insan Kamil.

Sedia tunduk dan sujud di hadapan Allah swt biarpun di mana jua!