Elias Hj Idris


Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu yang sedang berlangsung di New York sekarang adalah medan bagi pemimpin-pemimpin negara dunia beraksi di pentas antarabangsa.

Tidak terkecuali adalah PM kita yang diberikan ruang berucap beberapa minit sebagai ketua negara untuk menyatakan sikap terhadap isu negara dan antarabangsa.

Saban kali persidangan, Tun Mahathir akan mempamerkan diri sebagai jaguh dunia, mengajar dunia erti keadilan khusus dalam soal negara-negara besar yang mesti berlaku adil kepada negara-negara  kecil.
Jangan ada penindasan oleh negara2 besar terhadap negara-negara kecil.

Namun pada hematnya, PM tidak ada asas moral untuk bercakap soal keadilan di pentas dunia kerana di dalam negaranya sendiri pun beliau gagal mempamerkan prinsip keadilan buat semua.

Malaysia hari ini masih sebuah negara di mana orang besar dilindungi manakala orang kecil dihukum. Prinsip keadilan bagi kelompok elit yang dekat dengan koridor kuasa berbeza denga prinsip dan praktis keadilan bagi orang biasa.

Buktinya jelas, kita boleh lihat bagaimana seorang MB boleh meraih jutaan ringgit dalam tempoh sehari hasil jualan saham yang masih menjadi miliknya walaupun setelah lama mengangkat sumpah jawatan MB.

Muhriz melalui pegangan dalam syarikat Opcom masih boleh melakukan urusan saham miliknya dalam nilai jutaan ringgit sehari di kala rakyat biasa di negara ini berhempas-pulas menyara kehidupan keluarga mereka.

Inikah rupa sebuah Malaysia Baru?
Inikah ciri bagi negara pro reformasi dan perubahan?

Seorang lagi orang besar, seorang menteri yang menghadapi dakwaan salah laku songsang daripada  seorang individu yang tampil bersama bukti-bukti jelas juga tidak diambil sebarang tindakan terhadapnya sehingga ke hari ini.

Malah Menteri Ekonomi ini diusung ke PBB untuk mewakili negara.
Di manakah maruah negara kita?

Neraca moral mana yang kita gunakan bagi membenarkan seorang menteri yang menghadapi dakwaan serius berkait dengan maruah dirinya terus menjadi menteri dan menjadi wakil negara di pentas PBB?

Kedua-dua mereka, MB dan menteri ini tidak sedikit pun tergugat kedudukan mereka walaupun melakukan perbuatan yang salah kerana mereka orang besar sang penguasa.

Orang kecil pasti tidak dilepaskan daripada pertanggungjawaban ini.

Inilah hakikatnya Malaysia pada hari ini dan di atas hakikat ini kita masih punya muka dan wajah hodoh yang melalak di pentas dunia bercakap soal negara besar menindas negara kecil?

Walhal dinegara kita sendiri secara terang-terang membela dan melindungi orang besar yang melakukan kesalahan dengan menindas orang kecil.

Marilah kita menyeru agar Tun Mahathir berhenti daripada menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul.
Jangan cakap tak serupa bikin!


Kita mesti dilihat melakukan keadilan sebelum mengajar orang lain berlaku adil, kalau tidak kita hanya boleh berkokok di pentas PBB tetapi tidak akan memberi apa-apa kesan kepada dunia. Dalam negara sendiri kita tidak punya asas moral dalam menegakkan yang hak dan menghapuskan yang batil. Dalam negara sendiri kita mempertahankan kebatilan secara terang dan tanpa segan silu.

Jangan gadai maruah negara di mata dunia hanya kerana mahu mempertahankan kepentingan beberapa kerat kelompok elit dan mereka yang berkeliaran di koridor kuasa.
0 Responses