Elias Hj Idris


Najib Razak
Saya terbaca banyak laporan media yang memetik beberapa NGO yang membantah keputusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang meluluskan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk pembinaan Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) di negeri ini.

Mereka mengaku tidak faham bagaimana kerajaan pusat boleh meluluskan projek ini.
Tetapi saya jangka bantahan-bantahan NGO dan orang awam tidak akan berhasil dan kerajaan Pulau Pinang tidak akan hentikan PIL ini.

PIL ini adalah satu projek ketika Menteri Kewayangan kita memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kos lebuhraya yang panjangnya 19.5km pada mulanya diumumkan sebagai RM7.5 bilion.
Sekarang harga sudah naik ke RM9.6 bilion bersamaan dengan RM492 juta satu km.
Selepas PRU14, kerajaan Pulau Pinang juga telah meminta dana RM1 bilion dari kerajaan pusat untuk memulakan projek ini.
http://www.astroawani.com/…/pinjaman-mudah-bantu-kerajaan-p…

Jika kita melihat peta lebuh raya PIL yang saya lampirkan, kawasan yang saya gariskan dengan warna oren di hujung lebuhraya ini ialah tapak projek pembangunan hartanah bernilai RM15 bilion yang telah dianugerahkan kepada syarikat konsesi terowong Pulau Pinang.
http://www.theedgemarkets.com/…/ewein-consortium-zenith-dev…

Erti kata lain, lebuhraya PIL ini dibina untuk menghubungkan projek pembangunan syarikat konsesi terowong dengan lapangan terbang Bayan Lepas.
Kalau kita panggil kroni, nanti ada orang marah.

Tanah untuk tapak ini telah diberi kepada syarikat konsesi ini oleh kerajaan Pulau Pinang sebagai bayaran RM6.3 bilion untuk projek terowong yang sehingga kini iaitu 6 tahun selepas projek dianugerahkan, masih tidak dapat siapkan laporan-laporan yang bernilai RM305 juta yang juga dibayar oleh kerajaan PH.
https://www.bharian.com.my/…/laporan-kajian-terowong-dasar-…

Oleh itu, mereka di Pulau Pinang yang kuat membantah lebuhraya PIL ini patut tahu bahawa projek ini tidak akan dihentikan.

Projek hartanah swasta yang bernilai RM15 bilion bukan main-main.
Lagipun kertas siasatan SPRM yang terbongkar baru-baru ini ada memetik beberapa pemimpin kanan DAP telah menerima wang rasuah untuk projek ini termasuk pemberian 10% dalam projek ini kepada sesuatu individu.

Jerit sampai hilang suara pun kerajaan PH akan teruskan PIL


https://screenshots.firefox.com/EDWofoV94iYuDLSK/www.facebook.com
0 Responses