Inilah sebab utama mengapa PH kepanasan sampai berasap satu badan jika PAS mampu bekerjasama dengan UMNO/BN dan tiada lagi pertempuran 3 penjuru.
Selain daripada itu sokongan kepada PH sudah jauh menurun berbanding pada masa pru-14 apabila fitnah, tipu-daya dan tip-helah PH begitu galak dimainkan. Sekarang, rakyat sudah terbeban dengan kos sara-hidup yang semakin meninggi (bukan sekadar meningkat), harga minyak masih dipermainkan (daripada janji RM1.50/liter), tol dan PTPTN yang tidak dihapuskan. Segala bantuan petani dan nelayan ditarik balik.
Lebih teruk sekali, sekarang k'jaan PH sedang sibuk menjual segala aset negara yang berkait dengan kepentingan orang2 Melayu. Tabung Haji, yang punya akta sendiri itupun telah dipindahkan ke bawah Bank Negara Malaysia. Aset-asetnya yang bernilai RM19.9bilion telah dipindahkan ke SPV pun untuk dijual di pasaran terbuka.
IHH milik k'jaan juga telah dijual kepada Mitsui, Jepun pada harga RM8.1bilion. Sedangkan Malaysia adalah negara kedua terbesar dalam dunia yang memiliki rangkaian hospital.
Lebih teruk lagi apabila k'jaan PH dilihat langsung tidak ada arah tuju mereka dalm pengurusan negara. Bak orang sesat di terang cahaya.