Elias Hj Idris
https://youtu.be/EZ809EsjR2A
 
 
 
 
 
 
 
Us Zamihan Al-Ghari
Akhir-akhir ini, pihak keselamatan Polis Diraja Malaysia bahagian Counter Terrorisme dibawah pimpinan SAC Datu Ayub Khan, telah menahan ramai pengganas ISIS/DAESH dalam usaha menjaga keamanan negara dari anasir-anasir.

Hasil siasatan, didapati para pengganas yang ditahan menjadikan fatwa Ibnu Taimiyah dan Mohamad Abdol Wahab An Najd (Pengasas Mazhab Wahabi) dalam menjalankan operasi keganasan dan membunuh orang-orang awam yang tidak berdosa.

Hasil pendedahan pihak Counter Terrorisme, maka menyalaklah para pentaksub Ibnu Taimiyah dan para pentaksub Wahhabi.  Kata mereka, itu adalah fitnah!Ia adalah slaah faham terhadap fatwa Ibnu Taimiyah.

Namun benarkah dakwaan para pentaksub ini?
Dari sini kita dapat melihat dengan jelas bagaimana para pentaksub ini 'tidak membaca' dan tidak pun tahu intipati ajaran Ibnu Taimiyah.

What a pathetic loser.

Maka di sini, saya sajikan beberapa fatwa Ibnu Taimiyah yang dijadikan pegangan oleh pengganas ISIS/DAESH dalam menyembelih umat Islam.

FATWA PERTAMA: Dalam kitab Majmû’ al Fatâwà, 5/391 dia (Ibnu Taimiyyah) menukil dan membenarkan fatwa Ibnu Khuzaimah:
.
مجموع الفتاوى [ جزء 5 – 391 ] نقل عن ابن خزيمة مقراً له قوله : (أن من أنكر أن الله استوى فوق سبع سمواته فهو كافر به حلال الدم، يستتاب، فان تاب وإلا ضربت عنقه وألقى على بعض المزابل
“Siapa yang mengingkari bahawa Allah bersemayam di atas langit ketujuh maka dia kafir kepada Allah swt, maka halal darahnya. Dia perlu diminta bertaubat, apabila dia mau bertaubat (maka dia dibebaskan) dan apabila tidak maka kepalanya harus dipenggal dan kemudian dibuang di tempat sampah."
.
Ini adalah salah satu bukti yang jelas dan nyata bahawa Ibnu Taimiyah membawa satu ajaran 'mengkafirkan' orang yang tidak sefahaman dengan beliau. Malah dia menghalalkan darah orang yang tidak sefahaman dengannya. Maka inilah panduan dan pegangan pihak ISIS/Daesh dalam melakukan keganasan.

Jelas tidak ada salah faham terhadap fatwa Ibnu Taimiyah memandangkan dia sendiri yang menulis dan berfatwa dalam kitabnya; dengan mengkafirkan dan menghalalkan darah mereka yang tidak sealiran dengannya. (Nota: Maka fahaman ini jugalah yang dipegang oleh Muhammad Abdul Wahhab, pengasas fahaman Wahhabi itu).

Soalnya, daripada mana datangnya dalil yang menghalalkan darah 'ahli kibat'?

Sedangkan Islam itu sudah sempurna; di mana kita tidak perlukan Islam ini ditambah dengan ajaran Ibnu Taimiyah dan Mohamad Abdul Wahhab Al Wahabi itu.

FATWA KEDUA: Dengarlah fatwa Ibnu Taimiyyah dalam Majmû’ al Fatâwà, 6/353:
.
مجموع الفتاوى [ جزء 6 – 353 ] (فى الأثر أظنه عن عمر بن الخطاب أو عن ابن مسعود
من قال أنه مؤمن فهو كافر، ومن قال أنه فى الجنة فهو فى النار…)! انتهى
“Dalam atsar, kalau tidak salah dari Umar bin Khatthab atau dari Ibnu Mas’ud: ‘Barang siapa berkata bahawa dia mukmin maka dia kafir. Dan barang siapa berkata bahawa dia (kelak) di syurga maka dia di neraka!"
.
Fatwa ini juga jelas, iaitu mengkafirkan orang-orang yang beriman. Lebih malang lagi 'pendustaan' atas nama Saiyidina Umar Al Khattab r.a dibuat oleh Ibnu Taimiyah sebagaimana puak syiah berdusta atas nama para sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wa aalihi wasallam dalam usaha untuk memburukkan para sahabat radhiyallahuanhum.

Persoalannya, dari mana dalil Al Quran dan hadis yang mengkafirkan 'ahli kiblat'? Mana pula dalil Al Quran dan Hadis yang menghalalkan darah umat Islam yang tidak sependapat dengannya? Masakan Saiyidina Umar Al Khattab begitu jahil terus mengkafirkan orang tanpa nas dari Al Quran dan hadis.

Jadi pesanan kita kepada pentaksub Ibnu Taimiyah dan penganut Wahhabi, janganlah hendak berdusta atas nama Saiyidina Umar Al Khattab!
.
FATWA KETIGA: Dalam kitab Majmû’ al Fatâwâ, 6/486, Ibnu Taimiyah menulis:
.
الذي عليه جمهور السلف!! أن من جحد رؤية الله فى الدار الآخرة فهو كافر! ….الخ
“Pendapat yang di atasnya jumhur salaf adalah barang siapa yang menentang bahawa Allah swt dapat dilihat di akhirat maka dia kafir!“
.
Jadi, kita dapat melihat bagaimana Ibnu Taimiyah ini sudah tidak ada kerja lain, melainkan 'mengkafirkan' orang.

FATWA KEEMPAT: Dalam Majmû’ al Fatâwâ, 12/523 Ibnu Taimiyyah berkata:

مجموع الفتاوى [ جزء 12 – 523 ] يقول: ( … الجهمية الذين كفرهم السلف وقالوا يستتابون فان تابوا والا قتلوا
“… Al Jahmiyah yang telah dikafirkan dan diharuskan bertaubat oleh Salaf, jika mereka mahu bertaubat maka bebaslah mereka, dan jika menolak maka mereka harus dibunuh!"

Seterusnya, Ibnu Taimiyah sudah pandai pula berdusta atas nama salaf bagi membenarkan dia menghukum orang yang tidak sealiran dengannya sebagai 'kafir' dan menghalalkan darah mereka!

Soalnya, dari mana dalil Al Quran dan Hadis dari Ibnu Taimiyah dalam mewajarkan pendapatnya itu?

Sedangkan dalam ajaran Islam;
1).  Hukuman bunuh ialah ke atas pelaku kejahatan jenayah iaitu;
a. Pembunuh;
b. Seseorang yang sudah ada isteri/suami tetapi berzina;
c. Pemberontak negara "baghyu".

Sebaliknya, di sini kita lihat Ibnu Taimiyyah membuat-buat beberapa hukuman syari’at baru daripada pendapatnya sendiri. Dan tentunya kesan daripada yang demikian menurut para pengikutnya adalah 'kekafiran' dalam hal syari’at.


FATWA KELIMA: Dalam Majmû’ al Fatâwâ, 34/213

مجموع الفتاوى [ جزء 34 – 213 ] عندما سئل عن (الحشيشة) يقول: ( أكل هذه الحشيشة الصلبة حرام وهى من أخبث الخبائث المحرمة، وسواء أكل قليلا أو كثيرا، لكن الكثير المسكر منها حرام باتفاق المسلمين، ومن استحل ذلك فهو كافر، يستتاب، فان تاب وإلا قتل كافرامرتدا، لا يغسل ولا يصلى عليه ولا يدفن بين المسلمين، وحكم المرتد شر من حكم اليهودى والنصرانى
Ketika dia ditanya tentang Hasyîsyah (sejenis tumbuhan narkotik/ dadah/ hashis): “Memakan Hasyîsyah keras itu haram hukumnya. Ia paling buruknya benda-benda buruk yang diharamkan. Baik mengambilnya sedikit mahupun banyak. Tetapi dalam jumlah banyak yang sampai memabukkan haram hukumnya sesuai kesepakatan umat Islam. Dan barang siapa menghalalkannya maka dia kafir, dia harus diminta bertaubat, apabila mahu bertaubat maka bebas, dan apabila tidak maka harus dibunuh sebagai seorang kafir murtad, tidak perlu dimandikan dan tidak harus disolatkan serta tidak boleh dikebumikan di perkuburan kaum muslimin. Dan hukuman atas orang yang murtad lebih jahat dari hukuman atas Yahudi dan Nasrani.”

Daripada fatwa tersebut, Ibnu Taimiyah tidak hanya sekadar mengharaman, tetapi penghalalan darah. Maka atas dasar itu maka dibolehkan membunuh orang yang menganggap halal sesuatu yang pada mereka di anggap haram seperti merokok. Sedangkan, di kalangan ulama sendiri perkara-perkara ini masih diperselisihkan.

Apa yang difatwakan oleh Ibnu Taimiyyah adalah penetapan syari’at secara peribadi, bukan berdasarkan syari’at Ilahi. Agama hanya milik ALLAH bukan milik Ibnu Taimiyyah!

FATWA KEENAM: Dalam fatwa ini Ibnu Taimiyah menyuruh agar peperangan dicetuskan jika berlaku perbezaan pendapat dalam urusan furu' agama (perkara khilafiyah).

Ibnu Taimiyah memfatwakan hukuman mati ke atas se siapa yang mengeraskan bacaan niat dalam solat… seperti yang biasa dilakukan para pengikut mazhab Syafi’i.

Ibnu Taimiyyah berkata:
.
يقول في وفي مجموع الفتاوى [ جزء 22 -/ 236 ] (الجهر بلفظ النية ليس مشروعا عند أحد من علماء المسلمين ولا فعله رسول الله صلى الله عليه وسلم، ولا فعله أحد من خلفائه وأصحابه وسلف الأمة وأئمتها، ومن إدعى أن ذلك دين الله وأنه واجب فإنه يجب تعريفه الشريعة وإستتابته من هذا القول، فإن أصر على ذلك قتل)!!.. انتهى
“Menjaharkan/mengeraskan suara dengan redaksi niat tidak disyari’atkan menurut seorang pun daripada para ulama, dan tidak dipraktikkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa aalihi wasallam., dan tidak juga dilakukan oleh seorang pun daripada para khalifah dan para sahabat beliau serta salaf dan para imam umat ini. Dan sesiapa yang mendakwa bahawa hal demikian itu adalah termasuk daripada agama ALLAH dan ia adalah wajib maka dia harus diberitahu/dikenalkan kepadanya syari’at yang benar dalam masalah ini dan diminta untuk bertaubat daripada pendapatnyaitu. Jika dia berkeras dan terus berpegang dengan pendapatnya maka dia harus dibunuh."

Memang benarlah puak-puak ini cukup hauskan darah...

Sebenarnya, ada beberapa kesilapan besar dalam fatwa Ibnu Taimiyah tersebut.

1). Menjaharkan bacaan niat solat adalah perkara khilafiyah dan dilakukan oleh para salaf. Buktinya, Imam Syafi'i adalah ulama salaf dan murid-murid di zamannya adalah daripada golongan salaf dan sebagai ahli golongan salaf, mereka menjaharkan bacaan niat solat. Jadi apa alasan Ibnu Taimiyah dan puak Wahhabi mengatakan orang salaf tidak menjaharkan bacaan niat solat?

2). Mana dalil nas yang menyatakan bahawa berbeza pendapat atas perkara khilafiyah wajib dihukum bunuh? Tidakkah ini yang dinamakan satu bid'ah dholalah yang tidak diajarkan oleh Rasulullah sallahu 'alaihi wa aalihi wasalam, mahupun oleh para sahabat atau para salafussoleh.

3). Maknanya, darah umat Islam yang bermazhab Syafi'i ini adalah halal. Apa bezanya Ibnu Taimiyah yang menghalalkan darah umat Islam yang beraqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dengan puak Syiah yang juga menghalalkkan darah umat Islam beraqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah? Jadi tiada beza apa-apa di antara Ibnu Taimiyah dengan Syiah!

Jadi, di manakah letak salah faham pihak Counter Terrorisme PDRM dalam menyatakan bahawa fahaman Ibnu Taimiyah yang 'mengkafirkan' dan membunuh umat Islam yang menjadi asas pegangan ISIS/ DAESH adalah tidak benar?

Percayalah jika para pentaksub Ibnu Taimiyah ini memegang kuasa, pasti ramai umat Islam yang tidak berdosa akan dibunuh mereka. Jadi, hapuskan puak Wahhabi walaupun dia seorang mufti, menteri, ulama muda atau apa sahaja agar kesucian Islam terpelihara.

Nota: Bertambah lagi ancaman terhadap umat Islam melalui kefahaman ajaran daripada puak-puak Wahhabi.
0 Responses