Elias Hj Idris
Oleh: jaketkulit (TKO)

Siapakah yang digolongkan ke dalam firqah Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah?


                    Di antara golongan sesat masa kini - 'I want to touch a dog!'

Ia ada dicatatkan oleh al-Baghdadi dalam al-Farq baina'iFiraqnya.'
Dinyatakan bahawa mereka itu terdiri daripada lapan golongan.

Pertama: Mereka yang mempunyai dan berkeyakinan tentang bab-bab mengesakan Allah, nubuwwah, hukum-hukum wa'd Oanjl memberi balasan baik kepada mereka yang melakukan kebaikan) dan wa'id (iaitu janji memberi balasan jahat kepada mereka yang melakukan kejahatan jika tidak diampunkan), pahala, balasan azab, syarat-syarat ijtihad dan imamah, serta mereka yang menjalani jalan agama. Mereka termasuk golongan mutakallimin yang bebas daripada tashbih dan ta'til daripada perkara-perkara bid'ah Rawafid, Khawarij, Jahmiyah, Najjariyah dan lain-lain golongan sesat yang mengikuti hawa nafsu.

Kedua: Mereka yang terdiri daripada imam-imam dalam ilmu fiqh yang terdiri daripada dua golongan, iaitu mereka yang berpegang kepada hadis (dan tidak begitu berpegang kepada fikiran, ra'y) dan yang berpegang kepada hadis (selepas daripada berpegang kepada Qur'an); mereka ini terdiri daripada golongan yang beri'tikad tentang dasar-dasar agama (usulu'd-din) mazhab yang percaya kepada sifat-sifat Allah, Zat-Nya dan mereka yang bersih daripada pegangan Qadariyah dan Mu'tazilah.

Mereka percaya kepada harusnya memandang Wajah Allah di akhirat dengan pandangan mata tanpa tashbih dan ta'til, serta mereka mempercayai bangkit dari kubur serta soalan Munkar dan Nakir di dalamnya. Mereka percaya kepada kolam Nabi, sirat, syafa'at serta keampunan dosa dan tidak mensyirikkan Allah swt. Mereka percaya kepada kekalnya ni'mat syurga kepada ahlinya dan kekalnya azab neraka kepada ahlinya. Na,udhi billahi min dhalik.

Mereka percaya kepada Imamah Abu Bakar, 'Umar, 'Uthman dan 'Ali serta memuji golongan salaf as-Salih dengan pujian yang baik dan berpegang kepada wajibnya sembahyang juma'at di belakang para imam juma'at. Bersih diri mereka daripada bid'ah ahli hawa. Mereka ini juga berpegang kepada wajibnya istinbat hukum-hukum Syari'at daripada Qur'an dan Sunnah dan ijma' para sahabat, serta memegang kepada ajaran harus menyapu kasut panjang (dalam wudhu') dan berlakunya tiga talak, dan juga mereka mengharamkan mut'ah serta berpegang kepada wajibnya taat kepada sultan di dalam perkara yan bukan ma'siat terhadap Allah.

Golongan ini termasuk para pengikut imam-imam Malik, Syafi'i, Auza'i, al-Thauri Abu Hanifah, Ibn Abi Laila juga para pengikut Abi Thaur, Ahmad b. Hanbal dan ahli zahir dan lain-lain ulama fiqh yang berpegang kepada perkara-perkara yang boleh dicapai dengan akal dan berpegang kepada asal-usul sifat Allahswt. Mereka tidak mencampurkan fiqhnya dengan bid'ah-bid'ah sesat daripada kalangan orang yang mengikut hawa nafsu.

Golongan Ahlis-Sunah yang ketiga ialah mereka yang mempunyai cukup ilmu tentang jalan-jalan riwayat hadis Nabi saw serta sunnah-sunnah yang datang daripada Baginda. Mereka dapat  membezakan antara riwayat-riwayat yang sahih, yang 'sakit'. Mereka tahu tentang sebab-sebab 'cedera'nya para periwayat, dan 'adil'nya mereka (dan oleh itu riwayat mereka boleh diterima). Jelasnya, mereka tidak mencampur-adukkan ilmu mereka itu dengan sesuatu daripada ahli hawa nafsu yang sesat.

Golongan yang keempat ialah mereka yang mempunyai ilmu mencukupi tentang sastera dan nahu serta tasrif. Mereka mengikuti perjalanan imam-imam dalam ilmu bahasa seperti al-Khali'l, Abu 'Amru bin al-'Ala, Sibawaih, al-Farra', al-Akhfash, al-Asma'i, al-Mazini dan Abi 'Ubaid, dan lain-lain imam dalam nahu yang terdiri daripada golongan orang-orang Kufah dan Basrah. Mereka ini tidak mencampur-adukkan ilmu mereka dengan bid'ah-bid'ah sesat daripada kaum-kaum sesat seperti Qadariyah, Rafidah atau Khawarij.

Golongan yang kelima ialah mereka mempunyai ilmu yang mencukupi berkenaan dengan sudut pembacaan Qur'an (qira'at) serta tafsir ayat-ayat Qur'an dan ta'wilnya sesuai dengan mazhab Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, dan bukan ta'wil-ta'wil mengikut ahli-ahli aliran-aliran yang sesat itu.

Golongan yang keenam ialah golongan ahli-ahli zuhud dan sufiyah (al-zuhhad al-sufiyah) yang mempunyai pandangan tajam, serta dapat mengawal diri daripada apa yang tidak sepatutnya. Mereka mampu menguji diri dan mendapat pengalaman dalam bidang rohaniah (absaru fa aqsaru wa'khtabaru) serta mengambil i'tibar sebaiknya. Mereka redha dengan apa yang ditakdirkan oleh Allah swt.

Mereka rasa memadai dengan rezeki yang sedikit (yang dikurniakan oleh Allah swt), dan tahu bahawa pendengaran, pemandangan dan fu'ad atau hati, itu semuanya akan ditanya tentang kebaikan dan kejahatan yang dilakukan. Mereka menghisab diri di atas amalan yang dilakukan walau sebesar zarah. Malah mereka mempersiapkan bagi diri dengan persiapan yang sebaik-baiknya untuk hari yang penghabisan, iaitu akhirat.

Mereka menghuraikan ilmu mereka dengan menggunakan jalan 'ibarat dan isyarat mengikut perjalanan ahli-ahli ilmu hadis. Mereka tidak mengikut pihak yang mengeluarkan kata-kata kosong dan tidak melakukan apa yang baik kerana ria' dan tidak meninggalkan apa yang baik itu kerana malu kepada sesiapa. Agama golongan sufiyah ini adalah agama tauhid yang menolak tashbih dan mazhab. Mereka menyerah diri tunduk kepada Allah swt, bertawakkal kepada-Nya serta tunduk taslim bagi perintahnya. Mereka rasa memadai dengan apa yang direzekikan oleh-Nya serta berpaling daripada menentang apa yang ditentukan Allah swt. Ia ada digambarkan dalam Qur'an, maksudnya:

'Itulah pemberian daripada Allah yang dikurniakan kepada sesiapa vang dikehendakinya dan Allah mempunyai pemberian yang amat besar'.

Golongan yang ketujuh ialah mereka yang bersiap sedia menjaga kubu-kubu muslimin (di sempadan Negeri Islam) dalam menghadapi orang-orang kafir, berjuang melawan seteru muslimin. Mereka menjaga kawasan muslimin dan juga memberi perlindungan kepada para wanita dan rumah tangga mereka serta menzahirkan pada kubu-kubu mereka itu mazhab Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah. Dalam hubungan dengan mereka inilah Allah turunkan firmannya:

Maksudnya: "Dan mereka yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami".

Mudah-mudahan Allah kurniakan kepada mereka itu taufik dengan pemberian dan kemurahannya.

Golongan kelapan ialah negeri-negeri yang mendokong mazhab Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, bukannya mendokong tempat-tempat yang merupakan syi'ar bagi golongan mereka yang sesat dan mengikut hawa nafsu. Golongan ini ialah golongan orang ramai yang beri'tikad tentang benarnya ulama' Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah. Mereka yang berpegang kepada bab-bab keadilan Tuhan dan tauhid-Nya, wa'd, wa'id, dan mereka merujuk kepada ulama' Ahli's-Sunnah dalam bimbingan ajaran agama. Mereka mengikuti para ulama' dalam perkara-perkara furu' berkenaan dengan halal dan haram. Mereka tidak beri'tikad suatupun daripada pegangan golongan-golongan ahli kesesatan itu. Inilah golongan yang berada dalam kalangan Ahli's-Sunnah wal-Jama ah. Mereka pemegang agama yang benar dan berada di atas sirat al-mustaqim. Moga-moga Allah tetapkan mereka di atas kalimah yang hak dan tetap di atas dunia ini dan akhirat. 

Inilah yang dikatakan golongan Ahli's-Sunnah yang dicatatkan daripada huraian 'Abdul-Qahir al-Baghdadi sebagai sesuatu yang sudah jelas daripada perjalanan sejarah Islam selama empat abad lebih lamanya (Al-Baghdadi meninggal pada tahun 429 Hijrah/1037 Masehi). Gambarannya adalah sesuatu yang merupakan 'crystallization' daripada pegangan insan dan sejarahnya yang boleh rnenjadi sebagai indeks buat kita memahami persoalan ini. Dengan berdasarkan kepada neraca yang diberikan oleh al-Baghdadi, kita boleh menentukan kedudukan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah dan mereka yang berpegang kepadanya, dalam keadaan menghadapi berbagai aliran faham timur dan barat yang datang dari dalam masyarakat Islam sendiri dan juga dari luarnya.


Sejarah terjadinya firqah-firqah sesat

Untuk meneliti beberapa tahap perkembangan sejarah Islam yang membawa kepada berbagai perselisihan dan khllaf itu, munasabah kita mengingati kembali beberapa persoalan yang berhubungan dengan hal itu. Di antaranya ialah sebagaimana yang disebutkan oleh al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala dalam al-Farq baina'i-Firaqnya. Dinyatakan oleh beliau bahawa pada masa wafat Baginda saw (iaitu pada tahun 10 Hijrah) berada dalam perjalanan agama yang satu dalam dasar-dasar agama (usulu'ddin) dan cawangan-cawangannya, selain daripada mereka yang menzahirkan persetujuan dan yang menyembunyikan kemunafikan. Perkara khilaf yang pertama berlaku ialah berkenaan dengan kewafatan Baginda saw. Akhimya mereka yang menyangka Baginda saw tidak mati, tetapi diangkat oleh Allah swt sebagaimana Sayyiduna 'Isa a.s bersetuju bahawa Baginda  saw memang wafat apabila Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu membaca ayat yang bermaksud:

"Sesungguhnya engkau mati dan mereka pun mati'.

Beliau juga berkata kepada mereka, "Sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Baginda telah wafat, dan sesiapa yang menyembah Tuhan Muhammad, maka Dia Maha Hidup dan tidak mati".

Kemudian timbul khilaf tentang tempat hendak dikebumikan Baginda saw. Akhimya ia selesai dengan Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu meriwayatkan kepada mereka hadis daripada Nabi saw yang bermaksud: "Sesungguhnya para anbiya' dikebumikan di mana mereka wafat". Maka Baginda pun disemadikan dalam biliknya di Madinah. Kemudian timbul ikhtilaf berkenaan dengan khilafah, pihak al-Ansar ingin memberi bai'ah kepada Sa'd bin 'Ubadah; kemudian pihak Quraisy menyatakan bahawa imamah mestilah di tangan orang-orang Quraisy berdasarkan kepada hadis yang bermaksud, "Imam-imam hendaklah dari kalangan orang-orang Quraisy". Ikhtilaf berkenaan dengan Imamah ini berterusan sampailah ke zaman 'Abdul Qahir al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala dan boleh dikatakan kesan-kesannya sampai sekarang masih ada di kalangan kaum muslimin.

Kemudian timbul pula ikhtilaf berkenaan dengan harta Fadak, akhimya diselesaikan dengan Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu meriwayatkan hadis yang berinaksud: "Sesungguhnya para anbiya' tidak dipusakai. Kemudian timbul pula masalah tentang mereka yang tidak mahu menunaikan zakat? Selepas itu mereka bersetuju dengan keputusan Abu Bakar bahawa golongan yang enggan itu hendaklah diperangi. Kemudian mereka sibuk dengan peperangan melawan Tulaihah apabila dia mengaku menjadi nabi dan murtad daripada agama Islam. Selepas dia lari ke Syam, kemudian kembali dalam zaman Umar kepada agama Islam - dia keluar jihad bersama Sa'ad bin Abi Waqqas dalam peperangan Qadissiyyah dan ia syahid dalam peperangan Nehawand.

Kemudian kaum muslimin sibuk dengan peperangan melawan Musailamah al-Kadhdhab yang mengaku nabi, serta al-Aswad bin Zaid'ansi. Kemudian mereka sibuk dengan peperangan melawan kerajaan Rom Timur dan juga kerajaan Farsi, dan Allah membuka negeri-negeri untuk mereka. Pada masa itu mereka berperang berdasarkan pegangan yang satu tentang bab-bab keadilan Tuhan, Tauhid, al-Wa'd, al-Wa'id, dan lain-lain hal dalam usulu'd-din.

Adapun dalam masalah-masalah fiqh ada berlaku perselisihan pendapat di kalangan mereka misalnya keadaan datuk menerima pesaka berserta saudara lelaki dan saudara-saudara perempuan serta dengan bapa dan emak atau serta dengan bapa, demikian seterusnya, tetapi perselisihan atau kelainan pendapat itu tidak membawa kepada timbulnya kekafiran atau kesesatan. Demikianlah keadaannya di zaman pemerintahan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman radiya'Llahu 'anhum ajma'in.

Kemudian berlaku khilaf di kalangan mereka berkenaan dengan 'Uthman bin 'Affan dan perkara-perkara yang dituduh ke atasnya sehingga para penzalim membunuhnya; kemudian mereka berikhtilaf lagi tentang para pembunuhnya dan mereka yang menghasut manusia supaya menentangnya itu; demikianlah khilaf itu masih ada sampai zaman kemudian, sampailah pada zaman al-Baghdadi, dan boleh kita katakan sampai abad kita ini.

Selepas itu berlaku ikhtilaf pula dalam hubungan dengan keadaan 'Ali bin Abi Talib radiya'Llahu 'anhu dan mereka yang terlibat dalam peperangan al-Jamal, juga tentang kedudukan Mu'awiyah dan mereka yang terlibat dalam peperangan Siffin serta dua orang hakam, iaitu Abu Musa al-Ash'ari dan 'Amru bin al-'As; ikhtilaf yang melibatkan mereka ini kekal sampailah ke zaman kemudian, dan kita boleh mengatakan ia kekal sampai hari ini.

Kemudian dalam zaman muta'akhkhirin dari kalangan para sahabat berlakulah khilaf golongan Qadariyah berkenaan dengan Qadar dan istita'ah atau ikhtiar makhluk, yang datang dari Ma'bad al-Juhani dan Ghailan al-Dimashqi serta Ja'd bin Darham. Mereka yang muta'akhkhirin di kalangan para sahabat bebas daripada perkara itu semua - seperti 'Abdullah bin 'Amr, Jabir bin 'Abdullah, Abu Hurairah, Ibn 'Abbas, Anas bin Malik, 'Abdullah bin Abi Aufa, 'Uqbah bin 'Amir al-Juhani dan yang semasa dengan mereka. Mereka ini mewasiatkan orang ramai supaya jangan memberi salam kepada golongan Qadariyah dan jangan pergi sembahyang jenazah mereka itu.

Kemudian berlaku ikhtilaf di kalangan golongan Khawarij sehingga mereka berpecah menjadi dua puluh golongan, tiap-tiap satu daripadanya mengkafirkan yang lain. Kemudian berlakulah pada zaman al-Hassan al-Basri radiya'Llahu 'anhu khilaf dengan Wasil bin 'Ata' dalam masalah Qadar dan masalah manzilah bainal-manzilatain (iaitu kedudukan antara dua kedudukan: antara iman dan kufr); masalah itu menjadi bertambah dengan timbulnya bid'ah daripada 'Amru bin 'Ubald bin Bab yang keduanya disingkir oleh al-Hasan daripada majlisnya. Mereka berdua meninggalkan jamaah di Masjid Basrah. Kedua mereka dan para pengikutnya dipanggil mu'tazilah kerana mereka memisahkan diri daripada pegangan ummat apabila mereka mendakwa bahawa orang fasiq dari kalangan muslimin tidak mukmin dan juga tidak kafir.

Golongan Rawafid yang dipanggil al-Sababiyah menzahirkan bid'ah mereka itu pada zaman 'Ali bin Abi Talib lagi. Mereka dihukum oleh 'Ali dan Ibn Saba dikenakan hukuman pembuangan kerana bid'ahnya. Golongan ini tidak termasuk umat Islam kerana mereka berpendapat 'Ali radiya'Llahu 'anhu sebagai Tuhan. Selepas zaman 'Ali, golongan Rafidah itu berpecah menjadi empat golongan laitu Zaidiyah, Imamiyah, Kaisaniyah dan golongan ghulat (pelampau). Golongan Zaidiyah pula berpuak-puak, di mana satu golongan mengkafirkan yang lainnya. Seluruh golongan ghulat terkeluar daripada Islam. Adapun golongan Zaidiyah dan Imamiyah, mereka terbilang daripada golongan Islam (firaq al-Islam) ; 28 Golongan Bakhkhariyah berpecah dan mereka saling kafir mengkafirkan; timbul khilaf dari golongan Bakriyah, iaitu dari seorang yang bernama Bakr, dari saudara perempuan 'Abdul Wahid bin Ziyah, juga timbul khilaf golongan Dirariyah dari Dirar bin 'Amr, dan khilaf al-Jahmiyah dari Jahm bin Safwan. Kemunculan Jahm, Bakr dan Dirar adalah pada zaman Wasil bin 'Ata' dengan kesesatannya.

Dalam zaman al-Ma'mun al-'Abbasi timbullah seruan Batiniyah dan mereka ini bukanl dari golongan Islam, bahkan mereka ini adalah daripada golongan Majusi. Dan muncul dalam zaman Muhammad bin Tahir bin 'Abdullah bin Tahir di Khurasan khilaf al-Karramiyah al-Mujassimah.

Mengenai golongan Zaidiyah dari kalangan Rawafid, yang kuat di kalangan mereka ialah tiga, iaitu Janidiyah, Sulaimaniyah juga dipanggil Haririyah dan al-Batriyah. Tiga golongan ini bersepakat tentang imamah Zaid bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Talib pada hari keluarnya, iaitu pada zaman Hisham bin 'Abdul Malik.

Dari golongan Kaisaniyah pula timbul banyak golongan, bagaimanapun akhimya tinggal dua golongan sahaja. Satunya yang mendakwa bahawa Muhammad bin al-Hanaflyah hidup tidak mati dan mereka menantinya timbul sebagai al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu. Satu golongan lagi yang mempercayai imamahnya pada masa hidupnya sahaja dan apabila meninggal dunia imamahnya itu berpindah kepada orang lain.

Golongan Imamiyah yang mufarawah bagi Zaidiyah, Kisa'iyah dan Ghulat, mereka ini menjadi lima belas firqah, iaitu Muhammadiyah, al-Baqiriyah, al-Nawisiyah, Shumaitiyah,'Ammariyah, Isma'iliyah, Mubarakiyah, Musawiyah, Qat'iyah dan Ithna 'Ashariyah, Hishamiyah daripada pengikut Hisharn bin al-Hakam, atau dari pengikut Hisham bin Salim al-Jawaliqi, Zharariyah, dari pengikut Zurarah bin U'yun dan Yunusiyah dari pengikut Yunus al-Qummi dan Shaitaniyah dari pengikut Shaitan al-Taq dan Kamiliyah dari pengikut Abu Kamil; beliau inilah yang mengeluarkan kata-kata yang paling keji tentang 'Ali dan para sahabat yang lain, radiya'Llahu 'anhum. Inilah dua puluh golongan yang merupakan golongan Rawafid; tiga daripada Zaidiyah, dua dari Kaisaniyah dan lima belas dari Imamiyah.

Golongan Ghulat yang berpegang kepada ketuhanan imam-imam mereka dan mengharuskan perkara-perkara yang diharamkan oleh syara'; menggugurkan kewajipan atas perkara-perkara yang wajib daripada syariat seperti puak Bayyaniyah, Mughiriyah, Janahiyah, Mansuriyah, Khattabiyah dan Hululiyah dan yang mengikuti perjalanan mereka itu. Maka mereka itu bukan daripada golongan Islam walaupun mereka itu dikaitkan dengannya.

Golongan Khawarij pula apabila berlaku perpecahan jadi dua puluh golongan, iaitu Muhakkimah Ula, Azraqiyah, Najdlyah, Sifriyah, 'Ajradiyah dan daripada 'Ajradiyah itu berpecah menjadi Khazimiyah, Shu'aibiyah, Ma'lumiyah, Majhuliyah, Ma'badiyah, Rashidiyah, Mukarramiyah, Hamziyah, Ibrahimiyah dan Wafiqiyah. Dari golongan lbadiyah timbul berpecah menjadi Hafsiyah, Harithiyah,Yazidiyah dan para ahli taat yang bukan terhadap Allah swt. Yazidiyah ialah dari kalangan mereka yang mengikuti Ibn Yazid bin Unais dan mereka bukan daripada golongan Islam apabila mereka berpegang kepada pendapat bahawa syari'at Islam termansukh di akhir zaman dengan adanya nabi yang dibangkitkan dari kalangan orang-orang bukan Arab (al-'Ajam).

Demikian juga daripada 'Ajradiyah itu timbul golongan Maimuniyah yang juga bukan daripada golongan Islam kerana mereka mengharuskan perkahwinan anak perempuan dari anak perempuan dan anak perempuan dari anak lelaki sebagaimana yang diharuskan oleh orang-orang Majusi.

Golongan Qadariyah Mu'tazilah yang memisahkan diri mereka dari yang baik berpecah kepada dua puluh golongan, tiap satunya mengkafirkan yang lainnya. Mereka itu ialah daripada golongan lsliyah, 'Umariyah, Hudhailiyah, Nazzamiyah, Amwariyah, 'Umariyah, Thumamiyah, Jahiziyah, Hayitiyah, Himariyah, Khayyatiyah, Sahhamiyah dan para pengikut Salih Qabah, Muwaisiyah, Kalblyah, Jubba'iyah, Hashimiyah, dinisbahkan kepada Abu Hashim ibn alJubba'i. Mereka terdiri daripada dua puluh golongan, dua daripadanya bukan daripada golongan Islam iaitu golongan Hayitiyah dan Himariyah.

Zaidiyah pula menjadi berpuak-puak, demikian juga Imamiyah dan Ghulat, satu golongan mengkafirkan yang lainnya. Seluruh golongan Ghulat terkeluar daripada Islam. Golongan Zaidiyah dan Imamiyah masih dikira golongan Islam (firaq al-Islam). Golongan Bakhkhariyah berpecah dan mereka saling kafir mengkafirkan; timbul khilaf dari golongan Bakriyah, iaitu dari seorang yang bemama Bakr, dari saudara perempuan 'Abdul Wahid bin Zlyah, juga timbul khilaf golongan Dirariyah dari Dirar bin 'Amr, dan khilaf al-Jahmiyah dari Jahm bin Safwan. Kemunculan Jahm, Bakr dan Dirar adalah pada zaman zahir Wasil bin 'Ata' dengan kesesatannya.

Dalam zaman al-Ma'mun al-'Abbasi timbullah seruan Batiniyah dan mereka ini juga bukan daripada golongan Islam, bahkan mereka ini adalah daripada golongan Majusi. Dan muncul dalam zaman Muhammad bin Tahir bin 'Abdullah bin Tahir di Khurasan khilaf al-Karramiyah al-Mujassimah.

Banyak lagi ceritanya tentang puak-puak sesat ini dan boleh dirujuk di sini - http://tayibah.com/eIslam/Artikel/sunnahwaljamaah.htm

Dalam Bughyatu'I-Mustarshidin 32 disebutkan bahawa yang dikatakan tujuh puluh dua golongan yang sesat itu ialah mereka yang terdiri daripada tujuh golongan.

Pertama, kaum Syiah yang terlalu melebihi dan memuja Ali dan keluarganya; mereka sampai tidak mengakui khalifah-khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman. Mereka ini berpecah menjadi dua puluh dua golongan.

Kedua, golongan Khawarij yang terlalu berlebihan dalam membenci Sayyidina 'Ali radiya'Llahu 'anhu. Antara mereka ada yang mengkafirkan beliau. Pada pandangan mereka, orang-orang yang melakukan dosa besar menjadi kafir. Mereka ini kemudiannya berpecah kepada dua puluh golongan.

Ketiga, kaum Mu'tazilah yang mempunyai fahaman bahawa Allah swt tidak mempunyai sifat-sifat-Nya yang tersendiri, di mana manusia melakukan amalnya sendiri dengan bebas merdeka, dan bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dalam syurga. Pada mereka orang-orang yang melakukan dosa besar diletakkan DI antara syurga dan neraka; mereka juga beranggapan bahawa Mi'raj Nabi saw adalah dengan dengan roh sahaja. Kemudiannya mereka ini berpecah menjadi dua puluh golongan.

Keempat ialah kaum Murji'ah yang mempunyai pegangan bahawa sesiapa yang melakukan dosa, tidak mendatangkan mudharat apabila sudah beriman, sebagaimana katanya bila seseorang itu kafir maka kebajikan yang bagaimanapun dilakukan tidak memberi manfaat juga. Mereka ini kemudiannya berpecah kepada lima golongan.

Kelima ialah golongan Najjariyah yang berpegangan bahawa perbuatan manusia dijadikan oleh Tuhan dan Tuhan tidak mempunyai sifat-sifat-Nya. Mereka berpecah kepada tiga aliran.

Keenam ialah kaum Jabbariyah yang mempunyai keyakinan bahawa manusia tidak berdaya apa-apa; usaha atau ikhtiar manusia tidak ada sama sekali. Mereka terdiri daripada satu golongan sahaja.

Ketujuh ialah kaum Musyabbihah, iaitu kaum yang mempunyai pegangan bahawa Tuhan mempunyai sifat-sifat sebagaimana yang ada pada manusia. Jelasnya, Tuhan ada tangan, ada kaki, duduk atas 'Arsy, naik tangga dan turun tangga dan sebagainya. Mereka terdiri daripada satu golongan sahaja. Dengan itu maka jumlah mereka semua adalah tujuh puluh dua golongan.

Golongan yang selamat ialah golongan yang satu sahaja iaitu golongan Ahli'sSunnah wal-Jama'ah.

Sebagai reaksi daripada apa yang membawa kepada timbulnya berbagai firqah itu, maka muncullah golongan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang diketuai oleh dua orang ulama' besar dalam Usulu'd-din, iaitu Syaikh Abu'l Hasan al-Ash'ari radiya'Llahu 'anhu dan Syaikh Abu Mansur al-Maturidi radiya'Llahu 'anhu. Dari segi 'aqidah seseorang itu boleh dipanggil sunni sahaja, yang menunjukkan bahawa ia tergolong ke dalam golongan Ahli's-Sunnah; ataupun ia boleh dipanggilkan Asy'ari atau Asya'irah.

Abu-Hasan al-Asy'ari lahir di Basrah pada tahun 260 Hijrah dan meninggal dunia di Basrah tahun 324 Hijrah. Mula-mulanya beliau berpegang kepada fahaman Mu'tazilah sebagaimana diajarkan oleh gurunya al-Jubba'i. Kemudian beliau meninggalkan aliran itu setelah mendapat hidayat daripada Allah swt. Di antara kitab-kitab yang dihasilkannya ialah al-Ibanah fi Usuli'd-Diyanah, Maqalat al-Islam dan al-Mujaz.

Di antara para ulama besar yang menyebarkan aliran al-Asy'ari ini ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal (men. 365 Hijrah), Abu Ishaq al-Isfara'ylni (men. 411 Hijrah), Imam Hafiz al-Baihaqi (wafat 458 Hijrah), Imam al-Haramain, al-Juwaini, guru pada Imam al-Ghazali (wafat 460 Hijrah), Imam al-Qusyairi (wafat 465 Hijrah), Imam a]-Baqillani, dengan kitab at-Tamhidnya yang terkenal (wafat 403 Hijrah), Imam al-Ghazali (wafat 505 Hijrah), Imam Fakhruz-Razi (meninggal 606 Hijrah), Imam 'Izzud-Din ibn 'Abdiss-Salam (men. 606 Hijrah) yang semuanya pendokong aliran Ahli's-Sunnah sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam Abdul Hasan al-Asy'ari.

Kemudiannya para ulama' yang mendokong faham al-Asy'ari ini di antaranya ialah Syaikhul-Islam Syaikh Abdullah asy-Syarqawi (men. 1227 Hijrah), Syaikh Ibrahim al-Bajuri (men. 1272 Hijrah), Syaikh Nawawi a]-Bantani (men. 1315 Hijrah) dengan kitab tauhidnya Tijanu'd-Darari, FathulMajid, antara lainnya Syaikh Zainul 'Abidin bin Muhammad al-Fatani dengan 'Aqidatun-Najin, Syaikh Husain al-Tarabalasi dengan al-Husun alHamidiyahnya yang terkenal itu.

Imam Abu Mansur al-Maturidi radiya'Llahu 'anhu juga dianggap sebagai pengasas usulu'd-din di kalangan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, dan namanya biasa disebut-sebut bersekali dengan nama Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari. Beliau dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand, Asia Tengah dan meninggal dunia di sana juga pada tahun 333 Hijrah, sepuluh tahun setelah meninggalnya Imam Abu Hasan al-Asy'ari. Beliau mempertahankan pegangan Ahli's-Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman yang batil pada zamannya sebagaimana juga keadaannya dengan Imam Abul Hasan al-Asy'ari. Oleh kerana jasanya dalam mengemukakan pandangan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah sebagaimana yang disebutkan dalam Syarah Ihya' oleh Murtada az-Zabidi, apabila dikatakan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, maka yang dimaksudkan ialah aliran yang diajarkan oleh Imam Abul Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur al Maturidi.
0 Responses