Ulama' berperanan dalam menjaga ilmu agama dengan berijtihad terhadap memahami nas-nas Al-Qur'an dan As-Sunnah. Ingatlah kisah para sahabat dalam hadith Bani Qurazhoh, di mana para sahabat juga memahami nas daripada Rasulullah s.a.w. secara berbeza, di waktu hidup Rasulullah s.a.w., namun Rasulullah s.a.w. tidak mencela salah seorangpun daripada mereka.
Kita telah meletakkan nas-nas Al-Qur'an dan As-Sunnah dan kefahaman para ulama' mengenainya. Ini bukan soal Al-Qur'an atau As-Sunnah. Ini soal, ada jenis manusia yang tidak tahu apa itu nas, dan apa tu istinbath? Bahkan, majoriti nas Islam itu bersifat zhonni yang mana para ulama' mengambil ijtihad mengenainya.
Ada di antara kita yang mungkin sudah belajar tinggi-tinggi, tapi takkanlah tidak tahu apa itu nas, dan apa itu istinbath, apa itu istidlal, dan apa itu ijtihad? Kalau sesuatu masalah tiada dari Al-Qur'an dan As-Sunnah, secara lafzi (yang majoriti nasnya bersifat zhonni), dan tiada juga dalam ijma' sahabat, lalu para ulama' beristidlal dengan nas-nas Al-Qur'an dan As-Sunnah tentang ijtihad dan kefahaman mereka, siapakah pula yang boleh menentukan, ijtihad dan kefahamannya bersesuaian dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah, sedangkan majoriti daripada nasnya bersifat zhonni?
Dalil Al-Qur'an dan As-Sunnah telah disertakan berdasarkan kefahaman para ulama' mengenainya, maka jelaslah dalam masalah ijtihad, tiada ijtihad yang boleh membatalkan ijtihad yang lain dalam masalah zhonniyah seperti ini, kecuali hanya golongan ta'sub sahaja yang syok sendiri, dengan menyangka, hanya mereka sahaja yang betul dalam memahami nas-nas zhonniyah....