Elias Hj Idris
Di saat hidup aman cukup makan tidur selesa, pernahkah kita terfikir tentang dosa kita - dosa besar dan kecil. Kita bertaubat meminta ampunkan dosa daripada Allah, namun terdapat dosa yang tidak akan diampun oleh Allah.

1- Makan harta anak yatim secara haram
(untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak-anak yatim tersebut. Jika anak yatim tersebut memaafkannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan maka dosanya tidak terhapus).
2- Menuduh wanita solehah berzina
(Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf daripada wanita tersebut. Jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa itu dan bolehlah penuduh itu bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa itu tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).
3- Lari dari medan jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT
(Mereka yang lari dari medan jihad adalah dayus dan tidak layak memasuki syurga. Cuba lihat kembali dalam sejarah Islam akan hukuman mereka yang lari dari medan jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu arahan daripada Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).
4- Melakukan sihir
(Orang yang belajar sihir dan pengamal sihir merupakan mereka yang syirik kepada Allah SWT. Jadi memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya).
5- Syirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk
(Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk sama ada melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua-dua kalimah syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud ke atasnya barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).
6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT
(Mereka yang membunuh para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka di akhirat kelak. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).

Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    6 Dosa2 Besar yg tidak diamponkan walau pun dia/mereka bertaubat.
    Salah satunya (Ke6) Membunuh Para Nabi yg diutuskan oleh Allah SWT.
    Termasuk pembunuh "Anak Mukjizat Nabi" Nasabnya bangkit AlMahdi.
    Samada Sunni ASWJ/Syiah Mahdi Sejati telah adili biar dia menghukumi..


  2. Anonymous Says:

    Termasuk 1, 2, 3, 4, 5, 6 mereka 6 Jahanam kesah sebuah movie.
    Dosa2 besar 6 Jahanam perkosa lantas bunuh Mas isteri Tantari.
    Tantari ikrar depan guru tapi gagal lindungi nyawa isteri dicintai.
    Dgn tertangkap gambar sebagei bukti mudah 6 Jahanam dikesani.
    Bersama Damhuri Tantari buru 6 Jahanam satu persatu dihapusi.
    Walo tobat dosa besar perkosa bunuh isteri orang hukumnya mati.