Pesawat Tidak Hilang Jika Tiada Kerajaan Yang Rancang Menghilangkannya
Apabila berita-berita konvensyenal mengenai MH370 menjadi semakin mengkhayalkan dan terpisah daripada realiti, demi kebaikan semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dan orang-orang tersayang yang masih menderita, dirasakan adalah penting untuk kita membuat satu semakan realiti yang boleh membantu kepada satu perbincangan yang dapat diterima akal.

Mari kita lhat lima fakta yang tidak dapat dinafikan mengenai kerajaan, radar dan pesawat:
Fakta 1:
Tiap-tiap negara moden menjejaki trafik udara dengan sistem radar tentera.
Semua negara utama yang terlibat dalam Penerbangan MH370 menggunakan sistem radar tentera 24/7. Sudah tentu ini termasuklah negara Malaysia dan India. Sistem radar ini dikendalikan untuk tujuan pertahanan negara, memastikan setiap negara boleh mengenal pasti pesawat yang memasuki ruang udara negara masing-masing.
Jika anda tidak percaya bahawa sistem radar gred-tentera boleh mengesan ketinggian, arah dan kelajuan yang Boeing 777, maka anda sebenarnya tidak percaya pada radar sistem sama sekali.
Fakta 2:
Tiap-tiap negara moden menggunakan sistem radar kawalan trafik udara 'pasif' yang bekerja sekalipun tanpa transponder pesawat.
Selain daripada radar tentera, negara-negara moden juga menggunakan sistem radar kawalan lalu-lintas udara yang bekerja di kedua-dua keadaan, mod 'aktif' (dengan transponder ) dan mod 'pasif' ( tidak memerlukan transponder ). Walaupun sistem kawalan trafik udara awam secara amnya tidak sebegitu kuat atau tepat berbanding sistem ketenteraan, ia tetap mampu mengesan dan menjejaki Boeing 777 sepenuhnya .
Malah, seperti mana-mana pengawal penerbangan akan memberitahu kita bahawa sistem radar mereka mampu sepenuhnya mengesan sekawan burung dan objek lain bawaan udara yang jauh lebih kecil daripada Boeing 777.
Fakta 3:
777 Boeing mempunyai tanda pengenalan radar yang amat besar.
Melainkan jika dilengkapi dengan beberapa jenis teknologi eksotik yang kita tidak pernah dengar seperti radar 'halimunan jubah' yang dipinjam daripada Klingons Star Trek - sebenarnya Boeing 777 mempunyai tanda pengenalan radar yang amat besar. Badan pesawat yang beberbentuk silinder, sayap melengkung dan kawalan permukaan (kepak, aileron, kemudi) semua memancarkan gelombang radar dengan kecekapan yang sangat tinggi. Sebuah pesawat Boeing komersial bukannya pesawat pengebom yang tersembunyi.
Penjelasan bahawa Boeing 777 ini 'hilang' dari radar amat tidak dapat diterima sama sekali. Dan jika penjelasan yang ada bahawa 'juruterbang menerbangkan pesawat pada ketinggian yang sangat rendah untuk mengelakkan radar' maka ia tidak masuk dek akal bahawa juruterbang itu melakukan kerja pengelakan yang kompleks untuk selama 4-7 jam dan kemudian dengan sengaja menerjunkan pesawat ke Lautan Hindi!
Tambahan pula, jika seseorang juruterbang berniat membunuh diri ia langsung tidak perlu untuk mengelak sistem radar. Jika dia mahu berlakunya kemalangan pesawat, ia boleh dilakukan dengan serta-merta sebaik saja berlepas, atau pada bila-bila masa pada awal penerbangan. Tidak perlu untuk mengelakkan radar jika anda secara sedar mahukan kemalangan pesawat.
Fakta 4:
Boeing 777 pesawat tidak boleh hidup dengan perlanggaran dengan laut dan terus utuh
Salah satu teori yang paling tidak masuk akal pada masa ini yang beredar di beberapa media terkenal - dan ditulis oleh wartawan yang nampaknya tidak mempunyai pengetahuan asas dalam fizik atau mekanik penerbangan - bahawa Penerbangan 370 'terhempas' ke dalam Lautan Hindi dan entah bagaimana ajaibnya ia kekal utuh sepenuhnya!
Walaupun agak selesa untuk berfikir bahawa kapal terbang diperbuat daripada besi yang amat kukuh yang boleh menahan impak halaju-tinggi dengan air, hakikat yang sebenarnya ialah sebuah pesawat terdiri daripada struktur rapuh daripada aluminium, terutamanya. Pesawat tidak tegar, mudah lentur dan bengkok, walaupun semasa dalam penerbangan. Jika kita pernah melihat sayapnya semasa dalam penerbangan, akan menyedari bahawa ia mempunyai daya lentur dan pergerakan yang memeranjatkan, seolah-olah sayapnya mengepak-ngepak . Bergeraknya badan pesawat, menyelekoh, mengembang dan memampat adalah disebabkan oleh perubahan suhu, tekanan lingkungan dan tekanan struktur.
Sebuah pesawat komersial besar yang terhempas ke dalam air tidak boleh kekal utuh. Walaupun terdapat beberapa pendaratan ajaib di mana ada juruterbang yang mahir dapat 'mendaratkan' pesawat di atas air dengan kelajuan yang cukup minimal, kepak dan kemahiran terbang yang luar biasa, di mana kemalangan dengan kelajuan yang tinggi ke dalam air tidak akan mampu menjadikan pesawat kekal ampuh. Muncung, sayap, badan pesawat dan ekor semua akan berkecai kesan sentuhan kuat pada air di laut.
Malah banyak cubaan 'pendaratan air' masih membawa kepada kegagalan struktur besar pesawat, di mana pendaratan air yang agak lembut bagi satu penerbangan menuju Bali.
Kemalangan sebenar ke dalam air akan menghasilkan sejumlah besar serpihan, termasuk kerusi, badan-badan dan serpihan lain yang mudah dikesan daripada imej satelit atau carian menyelamat.
Fakta 5:
Penerbangan 370 yang hilang memerlukan kerjasama kerajaan.
Inilah fakta yang paling penting kerana selain daripada kesemua fakta yang dinyatakan di atas, MH370 yang hilang memerlukan perancangan yang disengajakan dan penglibatan daripada sekurang-kurangnya sebuah kerajaan (dan mungkin lebih).
Tindakan menutup atau menyembunyikan kebenaran terhadap apa yang berlaku kepada MH370 kelihatan hampir pasti bahawa kerajaan Malaysia merupakan sebahagian daripada dalangnya.
Media arus perdana nampak keberatan untuk melaporkan sebarang bentuk penyembunyian oleh pihak kerajaan; lebih suka berpura-pura kononnya kerajaan sentiasa telus dan jujur dengan dunia umumnya. Walaupun agak melucukan, namun ia kekal menjadi tabiat media konvensional. Itulah sebabnya media lebih suka untuk menghebahkan teori-teori lain seperti 'juruterbang bunuh diri' atau 'kemalangan penerbangan', sekalipun tiada satupun fakta ke arah itu. (Jika ia terhempas ke dalam laut, kotak hitam tentu telah menghantar signal di mana lokasinya setelah beberapa minggu, dan mudah untuk ditemui.)
Apa yang pasti kerajaan-kerajaan di dunia secara rutin berbohong dan menipu orang ramai. Sebagai contoh mudah, kerajaan Amerika Syarikat kini diketahui sedang mengintip semua kerajaan lain di dunia dengan program pengintipan NSA sepertimana didedahkan oleh Edward Snowden. Sebelum beliau melakukan pendedahan, tiba-tiba media massa konvensyenal yang tidak tahu hujung pangkal dengan cepat menuding kepada sesiapa sahaja - mencadangkan kerajaan 'mendengar perbualan telefon anda' sebagai gila. Kini, kita semua telah menyedari bahawa NSA benar-benar merakam semua panggilan telefon, mesej SMS, kiriman di media sosial dan juga urusniaga kewangan. Ia sudah bukan lagi rahsia. Ia bukan satu teori konspirasi. Ia sama seperti satu perniagaan biasa di peringkat tertinggi kerajaan. Dan memang benar, sekalipun ia menyalahi undang-undnag, namun ia tetap berlaku.
Itulah sebab bila timbul dakwaan kononnya 'kerajaan tidak mampu dan tidak mungkin berbohong mengenai MH370' sebenarnya langsung tidak munasabah. Sudah tentu kerajaan berbohong mengenai Penerbangan 370. Sebenarnya ia adalah jauh lebih sukar bagi mana-mana kerajaan untuk memberitahu yang sebenar daripada berbohong. Dan kerajaan Malaysia tidak lebih berpegang teguh kepada kebenaran dan ketelusan sama seperti kerajaan Amerika Syarikat, kerajaan Rusia atau kerajaan China. Sedangkan pada hakikatnya, semua kerajaan berbohong kepada orang ramai. Untuk mengharapkan kerajaan memberitahu kita kebenaran apa-apa jua kebenaran adalah sebenarnya hanyalah sebuah ilusi.
Kesimpulan
MH370 berkemungkinan besar tidak mengalami kemalangan. Ia telah hampir pasti telah dirampas (mungkin dengan melalui kawalan jauh) dan terbang ke satu destinasi di mana kesemua penumpangnya masih hidup dan pesawat itu masih tetap utuh.
Apakah yang akan berlaku dari situ adalah tekaan kepada sesiapa pun, tetapi apa pun yang paling mungkin terhadap pesawat yang dicuri itu adalah untuk mengubahnya menjadi satu sistem pembawa senjata besar-besaran yang dilengkapi dengan senjata-senjata biologi, kimia atau nuklear. Percayalah ia adalah senario sebenar yang dibincangkan secara tertutup di Pentagon. 'Juruterbang bunuh diri' itu adalah semata-mata satu helah versi si tolol bagi mencipta satu peristiwa untuk santapan umum. - Mike Adams, naturalnews.com/terjemahan bebas oleh GB.
ARTIKEL KEDUA
MH370: Inikah Rahsia Yang Disimpan Oleh Pihak Kerajaan?
Terdapat 5 agen Amerika dan Israel yang matikan transponder pesawat MH370? | Adakah anda pernah mendengar tentang teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370?
Hal begini berlaku seperti ini:
Amerika telah keluar daripada Afghanistan, apabila salah satu sistem kawal dan perintah (Command N Control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit.
Puak Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh dua kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu - pada Februari 2014.
Tiada liputan dalam peristiwa ini.
Sila Rujuk (http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html.)
Apa yang puak Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan pertikaian di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi daripada sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC, bermakna kesemua Drone Amerika sudah tidak akan berguna lagi.
Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas itu dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar.
Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China bersama 6 peti telah melakukan perjalanan ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan mereka daripada dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama turut merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.
China berpendapat adalah lebih selamat mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.
Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga 'Iran', kononnya dengan pasport curi berkemungkinan di antaranya.
Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melaporkan diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itulah pesawat MH370 hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.
Bagaimana AWACS boleh melakukannya?
Ingat tak peristiwa 9/11? Selepas peristiwa itu, kesemua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.
Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel itu mengambil-alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah haluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.
Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.
Pesawat MH370 itu kemudian terbang ke atas Sumatera Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung ada menyaksikan pendaratan pesawat tersebut), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pengkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi.
Sebaik mendarat, kargo tersebut dikeluarkan dan kotak hitam pun ditanggalkan. Penumpangnya disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu dengan mengalami kekurangan oksigen.
Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia.
Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil!
Amerika telah melakukan persembahan yang baik.
Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang saling bercanggah dan bukti-bukti dengan tujuan untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakonnya.
Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, kelihatan agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya yang amat berharga itu.
Jangan percaya cerita?
Kita tidak mengharapkan sesiapa pun untuk mempercayai, tetapi cuba kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini bakal mendedahkan diri di akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).
Siapa Edward Snowden?.. Rujuk Edward Snowden (Wikipedia)
Sumber : Facebook Abdul Majid Hasan
Ulasan GB
GB membawa kedua-dua artikel di atas bagi tujuan membuka minda tuan-tuan semua untuk kita sama-sama mencari kebenaran. Bersetuju atau tidak adalah hal yang lain. GB juga tidak bersetuju sepenuhnya tetapi tidak juga menolak sepenuhnya tulisan-tulisan berkenaan.
http://greenboc.blogspot.com/2014/04/pesawat-tidak-hilang-jika-tiada.html