Elias Hj Idris
Tarikhnya 11.11.'11, Jumaat teman mula mengambil-alih dan mengendalikan sebuah restoran yang boleh dikira besar di pekan Taiping; utara negeri Perak - di kawasan yang sedia ada berbelas buah restoran masakan Cina, selain daripada restoran mamak dan pengusaha Melayu - termasuk yang terkenal, 'Kuetiaw DOLI' itu.

Di bahagian depan... mengadap Jalan Tupai.


Gambar terbaru... bila siap signboard: Syeikh Huang-ti

Di kiri... Lorong Tupai off Jalan Tupai:
di hujung sana Bank Islam (kanan)

Tanpa dirancang, malah tidak pernah pun terfikirkan (memandangkan teman sebagai orang yang tidak berduit!), namun ia adalah dengan kuasa dan perancangan Allah swt serta dengan kehendakNya jua.

Seorang hamba Allah, Sdra Kader (Pasembor) menawarkan restorannya yang telah diusahakan beberapa tahun - siap dengan ubah-suaian yang menjangkau ratusan ribu ringgit; yang lengkap dengan segala peralatan. Sebelumnya, ia sebuah 'kopitiam' milik seorang pengusaha Cina yang juga ternama di pekan ini.

Peta lokasi: sebaik memasuki bandar Taiping

Pada mulanya, tawaran beliau adalah RM90k, tetapi apabila tiada sesiapa yang menghiraukan kemudian maka ia diturunkan.

Kebetulan teman baru saja menjualkan tanah dusun di kampung - pun sedang berkira-kira untuk mencari satu tapak (tanah) baru buat pengganti. Dan sekonyong itu jua munculnya peluang yang sungguh menarik ini. Alasannya, dia tidakkan termampu untuk berkejar - dalam mengusahakan beberapa buah 'outlet' pasembor beliau; di Tesco Taiping, Manjung, Sungai Petani dan di beberapa buah tempat lagi di Ipoh.

Itupun setelah teman tidak terlambat - bertindak kembali ke Taiping sebaik berputus arang dengan corak 'n sosio-budaya kehidupan di sebuah tempat bernama Puchong dalam negeri Selangor. Kali terakhir kegiatan teman di sana adalah menyediakan dan membakar lemang sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal; selepas dua bulan teman menolong seorang kawan menjual durian.

Dari pandangan sisi...


Dari pandangan depan...

Nota: Di waktu itu juga teman diketemukan dengan seorang penjual gulai kawah dan sup - yang menerima bekalan dari 'NFC: Lembu Keluarga Sharizat' itu - dari Gemas.

Di pekan ini, kebetulan adik teman pula seorang tukang masak yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat setempat. Dia turut membantu seorang adik lagi yang mengusahakan restoran 'steamboat' di Kemunting - tidak jauh dari sini (sederet dengan pasaraya Econsave). Jadi kami memperkenalkan satu resepi baru di kalangan orang Melayu - 'STEAMBOAT', steaks 'n Western, ala carte serta goreng-gorengan/tomyam.


Jan & Lat... tukang masak di dapur


Kaunter depan... 'touch screen cash machine'

Di bahagian dalam restoran

Sebagai persediaan (walaupun barang di dalam premis boleh dikira lengkap) teman tetap berkejar ke pekan Baling untuk membeli peralatan/perkakas 'steamboat'. Kemudian teman ke Ipoh juga untuk mendapatkan peralatan steaks 'n western. Yeah... kos peralatan sahaja RM6k! Kemudian baru semalam teman beli 10 set kerusi-meja makan serta chiller - tambahan kepada set 'rose furniture' yang sedia ada. Kena lagi RM4k.

Di antara menunya... sizzling steak


... chicken chop: black pepper sauce

Nasi goreng USA

Dan untuk nampak menarik lampu di sekeliling dinding bangunan turut dipasang. Kena lagi RM1k. Warnanya biru, satu warna yang cukup tidak menarik (tetapi adik teman kata cantik!).

Harap-harap tidak akan kena apa-apa lagi - selain daripada banner untuk signboard kedai - besar n tersergam di penjuru depan itu; 20' x 18' selain daripada sewa bulanan yang agak mahal.

Moga-moga Allah swt berikan teman kekuatan dan lorong serta rahmatNya untuk teman mencipta satu kejayaan dalam hidup di penghujung senja ini; selepas merasai dua kali nikmat pemberianNya sebelum ini. Amiin.

p/s  Terima kasih kepada semua yang ikut mendoakan.
3 Responses
  1. Hairul Says:

    tahniah tuan.. :)

    dah lama tak ikut blog ni. .tiba2 masuk balik tgk2 dah beli restoran baru.! semoga maju jaya..

    saya pernah komen di posting2 dulu.,. peminat lama yg masih simpan semua koleksi novel2 tulisan tuan.

    ada masa .. kelapangan boleh laa kita berjumpa. :)


  2. Restoran tersebut telah dihentikan operasinya pada 24hb Januari (Khamis); apabila pihak bank - SME Bank Bhd bercadang untuk masuk ke premis berkenaan meletakkan cawangan yang baru.
    Tuan punya bangunan minta keluar menjelang Tahun Baru Cina.
    Segalanya selesai diuruskan menjelang 14 Februari; dgn kerugian yang agak parah; barang2 kurang perlu dijual pd harga 'lusuh'.
    Terakhir, didapati bank berkenaan batalkan hasrat mereka (tatau apa sebabnya?).
    Perniagaan di tempat baru bermula 4 Februari - tempat yang lebih kecil; bersebelahan Hospital Besar Taiping. Penat.


  3. Anonymous Says:

    tuan..boleh saya tau lokasi tepat kedai tuan..kat hospital tapi,saya tak jumpa..stimbotnye sedap..nak makan stimbot..hu2