Elias Hj Idris
Suasana hening di pagi Jumaat itu. Di jajaran bukit nampak berkabus. Hari bakal redup dengan keadaan nampak menyayukan. Alam seakan faham bahawa sesuatu peristiwa yang besar bakal berlaku. Sejak subuh hari sudah hening - sunyi-sepi. Tiada kenderaan pun yang lalu-lalang walaupun sebuah truk askar daripada mana-mana pihak. Tentera Jepun sudah 'surrender' - pabila bandar Yokohama n Nagasaki dibom teruk oleh atom Tentera Bersekutu yang diketuai Amerika - baru 2 hari, Ogos 1945.

Dan... dengan segera pula gerila PKM yang bersekutu dengan puak Kuomintang membentuk MPAJA, yang selama ini bersembunyi dalam hutan menentang Jepun tiba-tiba keluar mengambil-alih kekuasaan di Tanah Melayu. Mereka memanggil Malaya bukan Tanah Melayu dek terlalu bencikan orang Melayu! Negara diperintah oleh pihak 'Bintang Tiga' yang didominasi oleh regim berfahaman komunis meninggalkan puak Kuomintang, yang tiba-tiba dimusuhi! Pembunuhan dilakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap mereka yang disyakki penyokong Jepun sebelum itu; rentetan permusuhan dan dendam kesan daripada perang China-Jepun dalam Perang Dunia I, 1918 dulu. Malah kakitangan kerajaan, yang bekerja dengan Jepun serta orang-orang yang enggan bersekutu dengan mereka pun turut dijadikan mangsa pembunuhan kejam.

Mereka yang berfaham komunis itu memang cukup anti dengan orang agama - agama dikira sebagai 'candu' masyarakat, cetus pengasasnya Karl Marx dan disebar-luaskan oleh Mao Tze-dong, China!

Mereka bukan setakat membunuh mangsa yang disyakki, tetapi lebih suka bersikap kejam dan menyiksa - dicantas lengan, dikorek biji mata, diburaikan perut dan ditarik keluar tali perut yang panjang 21 kaki itu. Alat kemaluan dipotong dan disumbatkan ke dalam mulut. Bagi wanita, buah dada mereka dipotong - ada yang dibelah serta dirobek alat sulit dengan cabang kayu atau benet senapang mereka.

Itu cara mereka melampiaskan dendam yang bersarang.... bagi mencapai nikmat kepuasan. Gelagat mereka lebih teruk daripada keganasan zionis Yahudi dan holocaust Jerman.

Sebelum itu, akhir 1941 dalam kekecohan, kececokkan dan ketidak-tentuan waktu Jepun menduduki Tanah Melayu, geng 'Bintang Tiga' yang turut berjuang untuk menjadikan negara ini sebagai sebahagian daripada wilayah China komunis telah membunuh enam daripada atuk saudara kitaorang. Mereka itu bukan pejuang kemerdekaan, bukan penyokong Jepun semasa pendudukan tersebut; malah mereka bukan tentera negara atau polis SC tali barut k'jaan. Mereka cuma orang biasa.

Salah mereka cuma kerana menjadi orang agama - yang dicop puak komunis sebagai 'candu' itu.

Ada yang sampai seminggu mereka disiksa - korek apa rahsia dan maklumat yang dikehendaki di tempat persembunyian pihak 'Bintang Tiga'. Makan-minum tidak diberi. Sedangkan rahsia apa yang ada pada orang-orang agama? Namun dek kerana kebencian yang meluap-luap terhadap segala yang berbau agama, membuatkan kader-kader dan pemimpin 'Bintang Tiga' mati kutu - apa tidaknya, apabila ditoreh dan ditikam tidak lut. Di'tahaq' lapar dan dahaga pun tidak memberi bekas!

Kejadian ini berlaku di Pengkalan Baru, 40km saja ke utara dari Sitiawan, tempat kelahiran Chin Peng - ketua PKM, pengganas yang tersohor itu. Pengganas yang memperjuangkan ideologi komunis untuk negara mereka - Tanah Besar China di bawah Mao Tze-dong. Malah Chin Peng TIDAK pun menganggap Malaya atau Tanah Melayu ini negara tumpah darahnya walaupun adik-beradik beliau  ada di Sitiawan dan Kampung Koh. Malaya itu sebuah wilayah yang diperjuangkan untuk menjadi sebahagian daripada Tanah Besar China.

Puas mereka cuba membunuh tuk-tuk guru agama itu, tetapi tidak jua berhasil. Kebal kulitnya tidak membekas bak ketul getah beku bila dirodok pisau tajam atau dipancung dengan pedang berkilat. Lehernya keras bak tiang kayu tempinis! Pedang tetap tidak lut walaupun diasah berkali-kali.

Kemudian setelah dirisik-risik, baru puak-puak komunis PKM itu mendapat rahsianya. Melayu pengkhianat dicari untuk menumpulkan rahsia kebal orang-orang tua itu. Kalau sekarang, mereka itu daripada spesis 'PAN', atau Buang dalam cerita filem rekaan P. Ramlee.

Kebal mereka itu ada alah dan sumpahnya. Dicari ranting buluh kuning dan diruncingkan - tikam ke tanah dulu sebelum dirodok terus ke ulu hatinya. Itu sumpah bagi sesetengah mereka yang menuntut ilmu kebal besi. Jika ilmu Dato Bahaman - sumpahnya terangkum sekelian sifat khianat (bersumber daripada iblis laknatuLlah!) pasti tidak boleh membinasakan - apa jua unsur yang boleh merosakkan mana-mana bahagian anggota badan, hatta pada hati sanubari. Itu ilmu jabat. Kecuali pabila Allah swt menghendakki atau mengizinkan.

Dalam kekecokkan itu, seorang daripada atuk saudara itu tidak sempat dikebumikan dengan sempurna. Ya... ilmu agamanya pun hebat sekali. Selepas dicolek, dibunuh dan dicampak begitu saja - orang-orang kampung mengambilnya dan dikambus begitu sebelum mereka ikut melarikan diri ke dalam hutan. Tempat yang selamat bagi orang-orang kampung pada waktu itu - dalam hutan; lari tanpa membawa apa-apa bekalan. Hanya enam bulan kemudian, setelah keadaan sedikit reda baru orang-orang kampung mencuri-curi datang kembali menggali mayatnya untuk disemadikan dengan sempurna. Alhamdulillah, jasadnya tidak terjejas dan tidak berbau, sementara darahnya masih merah cerah dan basah lagi!

Semakin hari meninggi, sedang matahari masih tidak ingin menonjolkan dirinya berbalam-balam di balik awan; waktu kabus masih menebal di persisiran bukit jauh sekeliling kampung, nun sayup-sayup kedengaran suara berirama; Laa ilaha illallah... Laa ilaha illallah... Laa ilaha illallah (Ada rentak bunyinya tu... seperti nada orang berkawad - datang dari arah Simpang Tiga Buloh Akar - ada dua gerombolan aneh berjanggut panjang dan rambut aras bahu yang bertembung di situ; Satu yang datang dari arah pekan Manong, Kuala Kangsar dan satu gerombolan lagi datang dari arah Tanjong Belanja, Parit.

"Sepanjang dua batu tu orang 'pakai putih' sesaja yang berjalan ke arah sini," jelas Tuk Musa, belum pun 50 tahun - umur sewaktu dia bercerita tentang perang lahid 'Tuk Janggut' ini (masa dia cerita tu 1960, saya baru berusia 8 tahun!), seorang guru Al-Quran yang ajar mengaji anak-anak orang kampung. Bersahaja ceritanya - seolah-olah tiada apa yang pelik buat diri beliau. "Makin lama makin ramai... tu orang perang lahid, berduyun-duyun lalu depan umah ni."

Kesemua mereka terdiri daripada gerombolan pejuang Melayu yang berpakaian serba putih siap berpedang - tidak lekang dengan suara zikir yang bergema, seakan-akan bersambut dan bersahut-sahutan suara itu di angkasa. Terus ke angkasa, bersahut-sahutan. Sendu dan meremangkan.

"Naik sama semangat tuk," jelasnya serius. "Tuk pun baru umur dalam 30 lebih... tengah galak."

Penulis pun baru belajar di darjah dua sekolah kebangsaan di kampung, waktu Tuk Musa bercerita tentang kisahnya itu. Nak bertanya lebih-lebih pun tidak berani sebab tuk guru ini serius dan nampak bengis, al-maklum la dia pun dari keturunan Kerinci berekor asal dari Padang, Sumatera.

Kejadian ini berlaku, apabila seminggu sebelum itu anak tiri 'Tuk Janggut' dicolek oleh pengganas 'Bintang Tiga' di jalan masuk ke Tanah 400 - jalan "center wong", jalan lori hantu penarik kayu balak. Tanah 400 itu bersempadan dengan kampung Pulau Rimau yang ada sekarang. Di sebelah dalamnya ialah Bukit Kota. Ada ratusan rumah orang-orang Cina di situ dan mereka adalah anggota dan penyokong tegar 'Bintang Tiga' PKM, yang sebahagiannya dulu anggota MPAJA. Ada yang memberitahu sejumlah 400 buah rumah, itu sebab dinamakan 'Tanah 400'!

Puncanya, anak tiri 'Tuk Janggut' ini pernah berselisih faham dengan Cina-cina di kawasan itu. Sebagai orang muda yang sasa, lagaknya mampu menimbulkan rasa tidak senang anggota kumpulan samseng "Ghee Hin' dan komunis 'Bintang Tiga'. Biasa la, klu dengan bangsa yang busuk hati secara semulajadi itu. Kesannya, ia membenih kepada dendam yang membara dan tidak terkawal.

 
Simpang masuk ke Tanah 400 (sekarang) ganti dengan nama 'Pintu Gerbang' dan Risda Bukit Kota



'Tuk Janggut' ni orang tempatan, bukan 'Tuk Janggut' Mohamad Hasan, dari Kelantan. Beliau seorang alim yang disegani orang. ** Menurut kata arwah ayah.

Puak 'Bintang Tiga' di situ tahu yang 'Tuk Janggut' adalah orang yang ada nama dan cukup terkenal kehandalannya. Beliau terkenal dengan ilmu agamanya - jadi tidak dapat tanduk, maka telinga pun jadi la untuk dipulas. Anak tiri itu dicolek dengan tujuan membalas dendam, di samping harapan agar 'Tuk Janggut' yang akan datang menyerah diri sebagai pengganti. Sebab mereka tahu 'Tuk Janggut' handal ilmunya. Walaupun pernah dikepung, dia mampu ghaib entah di mana? Jadi timbullah dendam yang tidak bersebab di kalangan puak 'Bintang Tiga'!

'Tuk Janggut' beri tempoh seminggu kepada puak pengganas komunis "Bintang Tiga' untuk anak tirinya itu diserah kembali dan dibebaskan. Kata dua diberi jika tidak mahu menerima akibat buruknya. Namun Jenis Cina 'ahiya' peduli apa? Mana mungkin anak muda itu diserahkan; seminggu berlalu tanpa sebarang khabar berita daripada puak-puak Cina bukit itu. Sahih bahawa anak tiri itu telah dibunuh!


Jalan dari arah Simpang Tiga Buloh Akar - belok kiri masuk ke Tanah 400. Pertempuran awal pada petang itu bermula di sini.

Keadaan di jalanan dari kedua-dua arah, anggota yang berpakain serba putih itu kelihatan semakin bertambah ramai dan dengan tunduk muka ke bawah disertai suara zikir yang terus bergema ke angkasa - ada sahut-menyahut di sana; Laa ilaha illallah, Laa ilaha illallah, Laa ilaha illallah... 3 kali.

Al-malikul haqqul mubiinnnn... nyaring sekali ungkapan itu bergema ke segenap pelosok alam dan senyap. Suara zikir Laa ilaha illallah saja yang terus kedengaran bersahut-sahutan. Secara tiba-tiba meremang bulu roma dan semangat naik dengan berkobar-kobar. Tubuh serasa padat dan mantap, ringan dan serasa nak melayang. Rasa berani menyelinap datang di celah sanubari... Muhammad-ur Rasulullah shodiqul wa'dil aamiin... bersambung dan sahutan itu bergema di angkasa. Beralun bunyinya.

Mereka yang ramai-ramai di bawah kembali berzikir, Laa ilaha illallah, Laa ilaha illallah, Laa ilaha illallah...7 kali sambil terus berjalan tunduk. Masing-masing telah siap dengan pedang berkilat dalam sarung kulitnya berikat di pinggang. Tuk Musa beritahu, dia sendiri pun seakan-akan tidak percaya dengan peristiwa itu.

"Depa mai sampai ke mesjid kampung kita tu la...," jelas Tuk Musa serius. "Penuh mesjid... keliling, keliling pun penuh."

Keadaan aneh sekali. Sebab tidak diketahui siapakah mereka yang berpakaian serba putih dan berambut panjang itu?

Nak dikatakan pengikut 'Tuk Janggut' - gerombolan pahlawan Melayu itu cuma sekitar 20-30 orang saja, selain daripada orang tempatan yang tidak tahu apa-apa. Cuma Tuk Musa saja yang agak prihatin dengan keadaan semasa.


Gambar hiasan: dalam Islam berkemiyan ni dilarang memandang asapnya itu menjadi 'makanan' jin. Pada jarak 3,000km, sekejapan saja jin itu tiba sebaik diasapkan.


Alam seperti turut sama menyertainya. Suasana nyaman, tapi nampak muram. Matahari meninggi, tetapi tetap bersembunyi di balik awan. Hanya suara kalimah saja sayup-sayup kedengaran tanpa burung-burung yang berkicau - disahut suara ungka di pergunungan mengira langkah sang pejuang.

Sebaik usai solat, mereka berpecah diselangi dengan suara lahid yang bertalu-talu dan merdu;  Laa ilaha illallah, Laa ilaha illallah, Laa ilaha illallah...  dengan rentak 'marching'.
    



Jalan ni dulu adalah bekas laluan 'tikus' - yang sekarang 20x lebih baik. Hanya dominan untuk anggota 'Bintang Tiga' saja. Di sebelah kanan jalan ni sekarang (gambar bawahnya), di atas bukit ada sebuah rumah tinggal - tidak diketahui siapa pemilik atau pembinanya. Keadaan di dalamnya bersih seperti ada orang yang menjaganya. Diambil gambar pun tak nampak rumahnya... rimbunan pokok yang kelihatan!



Al-malikul haqqul jabbarr... Muhammad-ur Rasulullah, shodiqul wa'dul-qohhar...
kelihatan masing-masing menyerbu ke arah tertentu, di merata arah - seakan-akan cuba mengepung laluan. Anehnya, tidak pula diketahui arahan itu datang dari mana?

Melalui laluan 'tikus' itu mereka memintas terus ke kampung Pulau Rimau di mana terdapat kira-kira 50 buah rumah Cina di situ. Kesemuanya dikerjakan.

Ada yang meneruskan perjalanan terus ke Tanah 400. Satu 'center wong' ditahan, dipanggil turun dan kedua-dua pemandu serta pembantunya ditetak kepala dan dipancung, 'Allahu akbar'. Kemudian diterajang masuk ke dalam semak. Senyap.

'Tuk Janggut' dan orang-orangnya terus mengamuk - dengan suara lahid yang tidak putus-putus di mulut. Laa ilaha illallah...



Mereka menyerbu ke rumah-rumah Cina yang berdekatan di kampung itu. Ada yang masuk ke dalam... ke Tanah 400; membiarkan kampung Pulau Rimau yang dikelilingi hutan dan paya yang penuh dengan pokok kelubi itu terbakar. Semuanya sudah tergolek tidak bernyawa selepas terkepung dan tidak dapat melarikan diri.

Dari satu rumah ke satu rumah mereka serbu - dipancung dan diterajang, kemudian rumah-rumah itu dibakar. Gawat sekali. Keadaan hiruk-pikuk, namun suara zikir itu terus bergema di angkasa - menderu bagaikan suara lebah oleh jemaah yang beterbangan dari angkasa dengan pedang terhunus di tangan.


                               Filem-filem aksi Cina banyak meniru aksi sebegini...

Dalam keadaan bercempera itu, membuatkan orang-orang Cina yang bertempiaran melangut (mendongak!) ke atas melihat anggota berpakaian serba putih yang berterbangan dengan pedang terhunus di tangan. Satu suasana yang amat luar biasa. Ketika mendongak itulah, anggota 'lahid' serba putih di bawah terus memancung leher mereka. Kelupur dan sentap lalu terbujur mati.

"Kita pun heran maa... itu orang terbang tatau mana dia mari?" jelas Nyonya Chik, seorang nyonya di pekan yang menjual buah-buahan. Dia bercerita dengan ibu - yang berkawan baik dengannya waktu penulis belum pun bersekolah rendah lagi - 1956.

"Manyak loo... serupa mau terjun sama kita. Itu bawah punya orang, kita punya bangsa arr... semua tengok atas. Itu jam... itu haji mai potong diaorang punya leher. Kelupoq-kelupoq, mati. Banyak yang tak dan tarik (nyawa!), mati tergolek gitu jaa..."

Ibu selalu berbual dengan nyonya, penjual buah di stesen bas kat pekan sebelum pulang ke rumah sebaik menjual getah dan membeli barang-barang keperluan. Nyonya itu kononnya Islam. Bila ditanya, dia mengelak dan keberatan menceritakan kisahnya menjadi Islam. Tapi dia ada memberitahu bahawa ramai orang Cina yang selamat dalam peristiwa tersebut. Mereka tidak kena bunuh sebab sebelum dipancung, mereka ditanyai dulu, "Lu sapa? Islam?"

                                         Laa ilaha illallah...

Jadi, mana-mana orang Cina yang biasa bergaul dengan orang Melayu ramai yang memberi salam dengan lancar dan tahu mengucap. Kemudian suara zikir yang bergema itupun turut membantu. Walaupun mereka terpaksa melafazkannya, namun itu sudah cukup baik untuk mereka dan dilepaskan sebaik mengucap.

Pun begitu, tidak terkecuali, anak-anak yang masih di dalam buaian. Ikut sama dikerjakan.

"Macam cantas buah timun... 'cupp, cupp, cuppp'... berdesup!" kata Tuk Musa, guru yang mengajar kami membaca Al-Quran waktu petang di rumahnya. Cara dia bercerita, seolah-olah dia pun ikut sama dalam peperangan itu. Lengkap dia punya persiapan, - siap dengan baju besi - dibuatnya sendiri, berantai dan parang panjang yang cukup tajam.

"Jangan bagi muka... jangan tinggalkan benih satu pun!"

"Tuk limaukan parang panjang ni - petang," jelasnya perlahan. "Lepas tu diasapkan kemiyan malam Jumaat. Cuba kamu cium baunya."

Asap daripada api yang membakar rumah-rumah itu semakin menggelap. Api marak menyala, berpindah dari satu rumah ke rumah yang lain. Jerik-pekik pun sudah tidak kedengaran ditenggelami bising api yang menjilat rumah. Ke mana saja mereka lari, di situ sudah ada pejuang serba putih pakaiannya itu sedang menanti untuk memancung. Angin turut bertiup - membawa bau hanyir darah yang semakin menyesakkan lubang hidung.

Cuaca masih redup - berduka, mngkin tetapi ia membahang. Bahang dek kerana rumah-rumah yang terbakar marak apinya atau kerana simbahan darah merah kafir laknatuLlah. Cina pendokong "Bintang Tiga" yang diketahui cukup kejam walaupun baru sepuluh hari mereka mengambil-alih kuasa - lompong kuasa sebaik tentera Jepun menyerah kalah.

Namun pejuang-pejuang berpakaian serba putih itu tetap tenang - tanpa bual sesama mereka; dengan gerak juang yang bagaikan diatur - bergerak dalam 5 atau 7 orang dalam satu kumpulan sambil mengepung seluruh petempatan yang sedang marak terbakar dan disimbah darah itu. Kumpulan Tuk Janggut yang kecil bilangan itupun entah tenggelam di mana menuntut bela darah anak tirinya yang dicolek dan hilang itu.

Dari Tanah 400 itu terus ke hujungnya menempuh Bukit Kota ke Gelung Pepuyu dan boleh tembus ke pekan Ayer Tawar. Kebanyakannya, denai hutan - hanya puak-puak komunis 'Bintang Tiga' saja yang arif dengan laluan ini. Buat orang-orang Melayu, tempat-tempat ini cukup asing buat mereka sebab penyokong-penyokong 'Bintang Tiga' cukup dominan di seluruh kawasan ini. Majoriti orang Cina adalah ahli atau penyokong tegar 'Bintang Tiga' yang berjuang gigih untuk menjadikan Malaya  ini sebagai satu wilayah kecil komunis di bawah Tanah Besar China.


 Sekarang, Tanah 400 itu ditukar namanya menjadi Pintu Gerbang. Semua petempatan Cina itu dijadikan ladang pada tahun 1960 dan laluan 'tikus' melalui Bukit Kota itu dulu kini dijadikan ladang Risda tembus ke Gelung Pepuyu.

Chin Peng, sebagai ketua mereka pun tidak pernah mengaku yang dirinya rakyat Malaya atau Tanah Melayu. Negaranya adalah Tanah Besar China yang cukup tebal ciri-ciri komunisme dalam dirinya. Di sekolah kami, 1965 terdapat dua orang adik Chin Peng (Ong Boon Hua) yang menjadi guru; Ong Boon Kooi, mengajar subjek matematik dan adiknya, Ong Boon Chuan yang mengajar English. Maka hampir setiap bulan - dalam perhimpunan, Headmaster tidak jemu-jemu memberitahu murid-murid supaya tidak memandang serong kepada kedua-dua guru kami itu; mereka orang baik-baik. Abangnya saja yang menjadi pejuang ideologi komunis dalam hutan!

Malah kedua-dua adik Chin Peng ini pun tidak pernah bersuara, usahkan nak bercerita tentang abang dan komrad mereka yang sedang mengganas itu. Takut dan bahaya. Jika tersilap cakap, bila-bila masa saja anggota 'Bintang Tiga' bisa datang ke rumah, selalunya di waktu malam dan membawa pergi serta tiada khabar beritanya lagi.

Pada penghujung tahun 1955, abah membawa kami pindah dari Kampung Paya Ara ke kampung Pulau Rimau, sebuah petempatan yang telah sekian lama ditinggalkan - kecil saja rumah berdinding daun bertam dan papan yang dibina; yang mana di situ pun sudah ada lima buah rumah di atas tanah kerajaan itu. Ada satu keluarga Banjar dan satu keluarga Jawa. Satu keluarga berasal dari Perlis dan sebuah rumah lagi menempatkan nenek saudara sebelah abah, tuk ndak - tinggal dengan dua orang anak; lelaki, pakcik dan perempannya, maksu.


Ini adalah kawasan petempatan Cina Pulau Rimau yang rumah-rumah mereka turut dibakar - tempat penulis bermain - pecahkan pinggan mangkuk yang mereka tinggalkan. Sekarang pun hanya sekelompok ini saja ditanam dengan pokok getah - yang tidak begitu menjadi.

Abah berulang naik basikal ke pekan bekerja dengan JKR, sementara emak menoreh getah. Adik penulis pun baru dua orang - perempuan belaka. Oleh kerana belum bersekolah, apa yang penulis  buat setiap hari di kampung terpencil itu? Kita memang cukup independant. Habis seluruh kampung itu kita 'round' - sama cam harimau jantan menanda sempadan; dengan dipancut kencingnya!

Maka penulis ketemu dengan rumah-rumah Cina yang jelas kesan terbakar itu - tinggal sekerat dinding, siap dengan dinding mozek yang bewarna-warni dan berlantai simen. Bahagian atasnya, kayu dan papan habis terbakar dan nampak jelas kesan rentungnya. Dan di dalam rumah-rumah itu, terutama di bahagian dapur penuh dengan pinggan-mangkuk, cawan, teko daripada tembikar berlukisan pemandangan warna biru. Memang cantik.


                                         Pot ni pun sama... abih berkecai ke dinding.


Sekali tu kutip lima-enam butir pinggan, cawan serta piringnya bawa balik ke rumah.

"Heh, jangan... tu Cina punya," ibu melarang. Bulat matanya merenung.

Jadi, apa yang dapat dibuat oleh seorang kanak-kanak berusia empat tahun itu?
Penulis buat main pecahkan segala pinggan-mangkuk, cawan, piring, teko dengan membalingnya ke dinding bermozek cantik itu. Bunyi kecainya bagaikan suatu bentuk hiburan muzik - dari satu rumah ke satu rumah; berpuluh buah segala peralatannya dihancurkan.

Ya, hampir sepuluh tahun selepas kejadian amuk oleh 'Tuk Janggut' di petempatan itu.

** Harga mangkuk-mangkuk itu sekarang dilelong kat Amerika $38,000 sebuah!

Menjelang waktu maghrib, sekelian pejuang berpakaian putih itu sudah semakin reda - mengurang jumlahnya tanpa diketahui ke mana mereka pergi. Bunyi suara zikir pun sudah tidak kedengaran. Sunyi dan sayu sekali. Cuma 'Tuk Janggut' beserta pengikutnya turun ke sungai mati yang terletak di pinggir bukit Tanah 400 itu buat membersihkan badan dan pakaian daripada darah hanyir yang melekit-lekit itu. Asap daripada rumah-rumah yang terbakar masih berkepul-kepul naik ke angkasa. Ranap sudah 400 buah rumah Cina pendokong dan penyokong 'Bintang Tiga' yang diketahui kejam itu. Turut sama musnah ialah petempatan Cina di kampung Pulau Rimau.

Keadaan sunyi-sepi dan agak menyeramkan. Sesekali angin bertiup membawa bau hanyir darah yang meloyakan. Ada waktu-waktunya ia bercampur dengan bau tengik darah daripada mayat-mayat yang terbakar bersama rumah mereka itu.


Alur air ni bukan sebarangan tempat. Pada awal 1960an, ada seorang tua Jawa, Pak Yatim - banyak ilmu kebatinannya, menggali parit ini untuk mengelakkan air di sebelah atasnya bertakung. Gali punya gali, berpuluh tengkorak manusia ditemui. Kulitnya yang hitam itupun boleh ketara nampak pucatnya. Takut. Itupun dirahsiakan hingga sekarang. Ada seorang kawan, jadi kami bertiga saja yang tahu kisahnya... Dengar-dengar Pak Yatim pun ikut sama dalam peperangan itu. Namun dia cukup 'berahsia', orangnya.

Pun begitu ramai juga yang sempat melarikan diri ikut laluan 'tikus' yang boleh tembus ke Bukit Kota terus ke Gelung Pepuyu. Ada yang menyembunyikan diri di Gelung Pepuyu kira-kira 300-400 orang selama 14 hari sebelum menghubungi sanak-saudara mereka, kenalan-taulan di pekan Beruas. Ada yang lari terus ke pekan Ayer Tawar dan ke Sitiawan dan Kampung Koh, tempat lahir Ong Boon Hua @ Chin Peng.

Jadi kita boleh melihat sendiri betapa sinonimnya tempat ini dgn gerakan komunis - menghubungkan ke semua pusat gerakan subversif - berjajaran dari Kampung Koh, Sitiawan, Taiping, Pondok Tanjung, Batu Kurau; Kuala Kangsar, Bekor, Sg Siput, Chemor terus ke Tasek, Jelapang, Tanjong Rambutan, Ipoh, Menglembu turun ke Gopeng, Kampar, Tronoh, Langkap, Teluk Intan dan naik semula ke Kampung Koh, Sitiawan dan Beruas.

Selepas peristiwa tersebut, 'Tuk Janggut' bersama pengikutnya berkelana ke dalam wilayah jajahan Siam di utara Perak, terus menghilang.

Kisah konon 'Tuk Janggut' dibunuh Inggeris dan diheret ke seluruh daerah dalam buku sejarah itu adalah dogeng dan 'pembohongan' pihak Inggeris demi memelihara air muka mereka saja. Kes yang sama berlaku terhadap Dato' Bahaman dan Mat Kilau yang kononnya ditawan oleh tentera Siam dan mati di sana (Tetiba Dato Bahaman muncul di Larut - terlibat dalam Perang Larut dan pembinaan landasan keretapi Taiping-Port Weld 1896!).

Sebaik tamat perang dan penguasaan 14 hari puak 'Bintang Tiga', Inggeris datang kembali ke Malaya @ Tanah Melayu. General Briggs mula menyusun rancangan untuk menempatkan orang-orang Cina komunis 'Bintang Tiga, penyokong dan tali barut mereka di satu tempat - kampung baru Cina, ia kawasan yang diambil daripada peruntukan Tanah Rizab Melayu.

Tujuannya, untuk mengelakkan bangsa Cina itu daipada dibunh lagi.

Ada 241 kampung baru Cina (klu tak silap) di seluruh negara. Kawasan tanah rizab Melayu yang tidak berganti inilah yang Nga Kor Ming/Dap perjuangkan sekarang untuk diberikan geran 999 tahun tu. Banyak korang punya cantik!


2 Responses
  1. Nota:
    Saya, Elias binti Inson izinkan/ijazahkan zikir 'lahid' di atas yang diwarisi daripada pahlawan Melayu 'no nama', yang turut jadi amalan 'Tuk Janggut' sebagai wifiq/amalan untuk kekuatan tenaga dalaman, kekuatan jasmani yang tiada tara pabila darurat/kecemasan atau dalam ketakutan yang amat sangat dan... waktu pergi berjihad fi-sabilillah.

    Laa ilaha illallah, Laa ilaha illallah, Laa ilaha illallah - tanpa had.
    Al-malikul haqqul mubiinn...
    Muhammad-ur Rasulullah shodiqul wa'dil aamiin...
    Laa ilaha illallah, Laa ilaha illallah, Laa ilaha illallah - tanpa had
    Al-malikul haqqul jabbarr...
    Muhammad-ur Rasulullah, shodiqul wa'dul-qohhar...
    Laa ilaha illallah, Laa ilaha illallah, Laa ilaha illallah - tanpa had.