Elias Hj Idris


Terima kasih orang Melayu, terima kasih kerana mengundi PH PRU-14 dengan lambang mata. Terima kasih anak-anak muda. PRU-15 nanti pun kasi DAP lagi .

Megah sekali Lim Guan Eng berkokok dalam Persidangan Kebangsaan DAP;

Dia jadi Setiausaha Agung DAP pada 2004, waktu DAP hanya ada 12 kerusi.
Di bawah pimpinannya, DAP dapat 28 kerusi dalam PRU-12, dia pun jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Ini diteruskan lagi dalam PRU-13, DAP mendapat 38 kerusi - LGE kekal Ketua Menteri.

Paling baru, dalam PRU-14 DAP mendapat 42 kerusi, dia dan 5 rakannya jadi menteri kanan.
Itu belum dikira lagi timbalan menteri dan ahli Exco Kerajaan Negeri.
Perdana Menteri malah akui pelannya tertakluk kepada kelulusan menteri DAP.

Hanya dengan 172,673 ahli, tetapi kehebatan Dap seolah-olah tidak terperi...
Kekuatan DAP telah berada dalam kerajaan pusat dan juga berakar umbi di setiap negeri.

Maka dihitunglah satu per satu segala kehebatan DAP pasca PRU-14;
DAP kini ada 42 Ahli Dewan Rakyat, 7 Ahli Dewan Negara, 109 ADUN.
DAP kini ada 1 Timbalan Speaker Dewan Rakyat, 2 Speaker DUN, 2 Timbalan Speaker DUN!
DAP kini ada 6 Menteri, 1 Duta Khas, 7 Timbalan Menteri.
DAP kini ada 1 Ketua Menteri, 1 Timbalan Ketua Menteri!
DAP kini ada 2 Menteri, 2 Pembantu Menteri di Sabah!
DAP kini ada 30 Ahli EXCO Kerajaan Negeri!!!
DAP kini ada 450 Ahli Majlis, 500 Ketua Kampung!
DAP akan terus mengukuhkan kuasanya.

Lalu timbullah suara, apakah Lim Guan Eng sudah puas hati dengan semua ini?
Sudah pastilah tidak, malah DAP sedang giat meluaskan kuasa di seluruh negara.
DAP gunakan semaksimum mungkin segala jawatannya untuk perkukuhkan kedudukan.
DAP pastikan semua kemenangan yang diperoleh, dikekalkan dan tempat baru mampu diterobosi!

DAP tentukan semua pemegang jawatan bersatu hati dan hadam kesemua strategi parti.

Pada 29-30 Jun 2018 dan 15-17 Mac 2019, telah dibuat 'pemukiman kepimpinan kebangsaan' DAP.
5-6 Januari 2019 dan 20-21 April 2019, dibuat juga 'pemukiman ahli majlis' DAP.

DAP adalah sebuah parti yang mampu menyelesaikan masalah orang Melayu, itu mesej yang diberi!

Lalu ditanya lagi, apakah
antara strategi utama perluasan kuasa DAP selepas ini?

Sudah pastilah perkukuhkan kedudukan di Pusat dan di Negeri-negeri teras utama.
Perjawatan kabinet boleh sahaja berubah bila penjawat Perdana Menteri berubah.
Peruntukan kerusi juga boleh sahaja bertambah bila kawasan pilihan raya berubah.
Cadangan persempadanan semula DAP 2013 pernah menambah kerusi menjadi 262,
143 kerusi bandar, 39 kerusi separa bandar, 80 kerusi luar bandar, ini dihitung sudah.

Bersedekah, berbuka bersahur bersama, dekati masjid, sekolah agama, pusat tahfiz...
Peruntukan untuk Melayu Islam tiada masalah, asal saja tidak melibatkan hal syariah.

DAP mula perkukuhkan cengkaman di peringkat akar umbi.
Kekuatan di negeri-negeri juga pasti boleh mengubah kedudukan di Pusat juga.

Pulau Pinang sudah DAP kuasai, Sarawak sedang menanti berpandukan janji...
Bila Sarawak diberi lebih kuasa melalui MA63, DAP tentulah bakal penerima.
Di Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, DAP boleh cuba usahakan untuk ketuai...

DAP sudah menguasai majoriti di empat negeri ini, tetapi masih akur kepada janji.
Kuala Lumpur pun Lim Guan Eng pernah umum akan tubuh kerajaan negeri.
Lebih penting adalah pengluasan pengaruh DAP dalam politik peringkat tempatan.

Ini pasti akan jadi lebih mudah jika pilihan raya kerajaan tempatan diadakan...
Dan kalau ditanya siapa EXCO Kerajaan Tempatan semua negeri PH, jawablah;
Exco Kerajaan Tempatan Pulau Pinang adalah Jagdeep Singh Deo dari DAP.
Exco Kerajaan Tempatan Selangor adalah Ng Sze Han dari DAP.
Exco Kerajaan Tempatan Perak adalah Yong Choo Kiong dari DAP.
Exco Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan adalah Teo Kok Seong dari DAP.
Exco Kerajaan Tempatan Melaka adalah Tey Kok Kiew dari DAP.
Exco Kerajaan Tempatan Johor adalah Tan Chen Choon dari DAP.
Exco Kerajaan Tempatan Kedah adalah Tan Kok Yew dari DAP.

So...
Impian Malaysian Malaysia DAP semakin menjadi realiti.
Apa, mengapa, bila, bagaimana, semua kini sudah tidak lagi jadi tanda tanya.
Forward we march, for a Malaysian Malaysia, itulah cogan kata, matlamatnya.
Sama rata sama rasa sama segala-gala, hanya menunggu masa jika masih alpa.

Betul-betul membimbangkan penguasaan DAP dalam pentadbiran pusat dan negeri.

Sedang, pemimpin Melayu masih terus seronok membunuh bangsa sendiri....
Pada masa yang sama, parti Melayu berpecah dan semakin pudar kerana termakan dengan hasutan dan permainan DAP.

Apakah pemimpin Melayu tidak nampak semuanya telah menjadi semakin longlai.

Mahathir di sebelah sana membunuh Melayu dari luar.

UMNO, PAS, Bumiputera Sabah dan Sarawak lebih yakin berdiri sendiri walaupun lemah.

Itulah tidak bijaknya Melayu dan bumiputera yang berada di luar PH.

DAP tetap bersatu dan Cina semakin kukuh mencengkam, menolak semua kaum lain dan India jadi penyokong setianya.

Apa nak jadi?
Kuasa politik di tangan minoriti, Melayu dan bumiputera menjadi buih yang terapung ditiup angin ke sana ke mari, akhirnya hilang ditelan arus deras...
Menjadi lemah bagai buih-buih di lautan terapung ditiup angin jadi lemah tak berguna akhirnya ditelan arus deras.

Menakutkan sungguh masa depan Melayu, bumiputera dan Islam di bumi mereka sendiri!
Sedarlah, sekiranya Melayu tidak dapat ambil balik kuasa dalam PRU-15, kuasa politik Melayu akan terhapus sama sekali buat selama-lamanya di bumi Malaysia.

Apakah, apakah nasib Melayu Singapura masih lagi tidak mampu menyedarkan kita?
Melayu jangan takut kina kencing, kita ni adik-beladik!
0 Responses