Elias Hj Idris
Fathul Farisan

BOLEHKAH 13 MEI 1969 BERLAKU LAGI?

1. Hari ini ulangtahun ke-50 rusuhan kaum 13 Mei 1969.

2. Ramai yang masih menganggap peristiwa 13 Mei itu adalah 'one-off' sebagai kejadian janggal luar dari kebiasaan. Sedangkan realitinya rusuhan kaum sudah beberapa kali berlaku seperti di Singapura 1964 dan Pulau Pinang 1967.

3. Punca sebenar kepada rusuhan-rusuhan ini adalah sama: "Perasaan prejudis antara kaum disebabkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi".

4. Sejurus merdeka, kaum Melayu masih banyak ketinggalan berbanding kaum pendatang Cina yang banyak menguasai ekonomi bandar besar serta lombong-lombong.

5. Kaum Melayu ramai terjerat kemiskinan hasil dasar "pecah dan perintah" penjajah British.

6. Ditambah pula sikap sombong dan 'seclusive' sesetengah pihak yang memperlekeh bahasa Melayu dan orang Melayu amnya.

7. Perasaan tidak puas hati ini kemudian membentuk prejudis dalam semua pihak.

8. Perasaan sinis dan tidak puas hati ini adalah umpama sekam yang menunggu percikan api seperti pada hari 13 Mei 1969.

9. Pasca 13 Mei 1969, Tun Razak mengumumkan pelan Dasar Ekonomi Baharu bagi mengagihkan kekayaan secara adil bagi merapatkan jurang sosio-ekonomi antara kaum.

10. Ini bertujuan untuk membuang prejudis antara kaum bagi mengelakkan kejadian 13 Mei berulang lagi.

11. Namun, idea Tun Razak ini telah 'dihijack' oleh seorang pemimpin yang melaungkan 'Ketuanan Melayu' demi mengukuhkan kuasa ala diktator untuk dirinya.

12. Hasilnya, hanya segelintir kroni yang menjadi kaya. Dan orang Melayu majoritinya hanya dijamu retorik ketuanan semata-mata.

13. Kini, wujud segelintir pihak yang mahukan asas pembahagian ekslusif kepada orang Melayu ini dihapuskan.

13. Ini termasuk hak pendidikan, pekerjaan, ekonomi dan pemilikan tanah.

14. Ironinya, mereka yang kini kononnya memperjuangkan hak sama rata inilah yang mengaut hasil negara berkoyan-koyan dahulu atas nama 'hak istimewa Melayu'.

15. Jika sekali lagi hak orang Melayu disisihkan, sentimen pra 13 Mei 1969 akan kembali dinyalakan.

16. Mereka-mereka yang parasit ini tidak belajar dari sejarah bahawa jika jurang sosio-ekonomi kembali dilebarkan, ia hanya bakal membina sekam untuk dibakar oleh mereka yang sememangnya suka bermain api.

17. Dan realitinya di Malaysia ini ramai orang yang suka bermain api.


Komen: Dap n yang sebangsa dengannya sudah keterlaluan skrg.
.
0 Responses