Elias Hj Idris
Lembaran Sejarah

Pada 11 Mei 1969:

Bagaimana konflik berdarah Melayu -Cina bermula?
Mohd Herman Roslan

Pada 11 Mei,Gerakan dan DAP telah memenangi PRU di Selangor dan seterusnya layak untuk membentuk kerajaan negeri.

Tan Chee Koon dari Gerakan telah memimpin perarakan setelah memohon kebenaran dari pihak polis.


Kumpulan ini bergerak dari Jln Ipoh menuju ke kawasan Chow Kit dan kemudiannya ke Jln Raja Muda. Kumpulan ini kemudiannya bertemu degan DAP yang datang dari Jln Chan Sow Lin.
Kumpulan ini melaungkan;


"Melayu sudah jatuh"
"KL Cina Punya"
"Ini negeri bukan Melayu, kita mau halau semua Melayu"


Mereka berarak sambil membawa penyapu.

Kumpulan ini kemudiannya memasuki kediaman MB Selangor yang pada ketika itu dipimpin oleh Datuk Harun Hj Idris dan mendesak agar MB mengosongkan kediaman rasminya.


Tan Chee Koon kemudiannya meneliti Perlembagaan Negeri Selangor dan tertulis bahawa
"MB Selangor mestilah seorang Melayu beragama Islam".
Hal ini menyebabkan Gerakan menarik diri dan Tan Chee Koon kemudiannya menelefon Datuk Harun untuk memberi laluan kepada Perikatan membentuk kerajaan dan Gerakan mengambil pendirian berkecuali dalam hal penubuhan kerajaan.

Pemuda UMNO kemudiannya mendesak agar orang-orang Melayu untuk menunjukkan kepada parti pembangkang bahawa perikatan masih berkuasa.


Pada jam 6 ptg sekitar 15 ribu orang berkumpul di Kg Baru. Setengah jam kemudian ketika Datuk Harun berucap seorang pemuda bertempik;

"Orang kita diserang di Setapak".

Dalam masa 1 jam saja kemudiannya seluruh KL terbakar dan bermandi darah.


Sumber
Tun Razak Biografi Negarawan.
The History of MCA
13 Mei Riot
The Third China
.
0 Responses