Elias Hj Idris
 Bagaimanakah bentuk sistem tarbiyyah toreqat ahli sufi bagi melahirkan insan-insan bertaqwa?



Jawapan:

Perlu ditegaskan di sini sekali lagi bahawa seluruh sistem tarbiyyah ahli sufi adalah berpusatkan kitabullah dan sunnah rasul-Nya. Bermula dari adab, kaifiyyat dan wirid-wirid dari sekecil-kecilnya sehingga kepada peringkat tertinggi mempunyai dasar yang kukuh di dalam kedua sumber tersebut.

Para syeikh toreqat cuma berijtihad menerbitkan beberapa kaifiyyat (cara) bagi mengamalkan zikrullah serta riadhah yang lain. Ini adalah sepertimana juga ilmu fiqh, ilmu tajwid dll yang diberikan nafas oleh ulama-ulama di bidang masing-masing.

Ahli-ahli sufi dari dahulu sehingga sekarang sangat berhati-hati dalam menerima, beramal dan menyebarkan tradisi ilmu ini kepada seluruh manusia agar ia tidak terkeluar daripada tuntutan Allah dan Rasul-Nya. Tiadalah mereka memperbuat seuatu amal melainkan semuanya berada di dalam keredhaan Allah swt.

Sebelum melihat cara-cara tarbiyyah ahli-ahli sufi maka sebaik-baiknya kita melihat dulu sasaran tarbiyyah ini.

Tarbiyyah ahli sufi berpusat kepada HATI.

Ahli-ahli ma'rifat memandang sekalian perkataan, perbuatan, sikap, pandangan, dan tindakan seseorang insan bermula dari HATI. Cetusan pertama bagi setiap gerak insan ini adalah hasil daripada isyarat HATI. Sekiranya HATI ini memancarkan cahaya ketuhanan, maka sekalian anggota seseorang insan akan menuruti isyarat kebaikan. Demikian sebaliknya jika HATI yang memancarkan kegelapan akan memimpin insan tersebut kepada kecelakaan.

Inilah sebagaimana terkandung di dalam Isyarat Nabi

Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (jantung sanubari - dipanggil dengan sebutan HATI)  -  riwayat Bukhari

Hadis Nabi saw ini sungguh luar biasa bagi seluruh manusia kerana ia membongkar DUA rahsia penting:

Pertama;

Dari sudut kajian sains, jantung sanubari (Al-Qalb) atau dikenali sebagai HATI di dalam bahasa Malaysia merupaka organ terpenting yang mengepam darah ke seluruh tubuh badan manusia.

Sekirang jantung sanubari ini berfungsi dengan baik, maka seluruh tubuh akan menjadi sihat sejahtera.

Kedua;

Makna dan rahsia kedua (dan ini yang lebih penting) adalah pengertian maknawi bagi HATI, iaitu ruh, nafsu dan aqal yang merupakan cahaya ketuhanan @ rahsia ketuhanan.

Dan ini isyarat ma'nawiyyah yang dimaksudkan oleh hadith Nabi saw di atas.

Dengan mengambil isyarat Nabi saw ini, para ulama ahli sufi @ ahli ma'rifat telah membuat kajian terperinci secara sirriah (rahsia) bagaimana peranan HATI dalam memimpin manusia. Dari sini mereka membuat beberapa kesimpulan berkaitan dengan unsur-unsur kejahatan dan kebaikan di dalam HATI.

HATI adalah medan peretempuran di antara dua unsur yang bertentangan; nafsu di satu pihak dan iman seseorang di satu pihak lain.

Nafsu sering mendapat dorongan dan sokongan syaitan, dunia, makhluk lain. Sekiranya nafsu menguasai HATI insan, maka insan akan dibawa kepada kebinasaan.

Sebaliknya ketika IMAN berkuasa dan nafsu itu kalah semuanya; maka cahaya ketuhanan dari HATI yang suci akan memancar kepada ke seluruh anggota dan menyeru kepada kebaikan dan kebajikan. Maka jadilah insan seperti ini hamba-hamba Allah yang mulia.

Bagaimana proses pembaikan ini terjadi?
Bagiamana caranya menyucikan HATI yang telah kotor?
Bagaimana caranya membebaskan HATI daripada nafsu syahwat kejahatan dan syaitan terlaknat?
Bagaimana caranya menggilapkan HATI sehingga ia mampu memantulkan rahsia-rahsia ketuhanan yang membuahkan tauhid dan ubudiyyah?
0 Responses