musrights
Rekrut
Joined: Sep 12, 2008 Posts: 65 |
Posted: Thu Apr 25, 2013 12:34 am Post subject: |
|
|
Mereka yg tidak yakin bahawa diri mereka itu adalah hakikatnya “Roh yg berjasad halus”, bagi mereka SOLAT itu bermaksud “Sembahyang”..
* Perbuatan sembahyang .. mereka merasakannya sedang menyembah sesuatu..
iaitu Sembah-Yang Maha Esa.. Sembah-Yang Maha Melihat.. Sembah-Yang
Maha Kuasa... mereka sukar utk merasa khusyuk.. apatah lagi merasa fana
dlm ibadahnya..
* Pabila ditanya; “Apa yg kamu sembah?” mereka menjawab; “kami menyembah ALLAH”.. bila ditanya lagi; “Di mana ALLAH yg kamu sembah itu?”.. dgn tegas mereka menjawab; “ALLAH berada di atas langit.. di atas arasy”.. Pabila ditanya lagi; “Bukankah ALLAH tidak mempunyai tepi.. bagaimana mungkin ALLAH ada di atas langit sahaja?”.. sambil pening dgn soalan, mereka juga angin satu badan..
* Jasad mereka Sembah-Yang.. namun batin mereka keluh kesah.. hati mereka lalai semasa Sembah-Yang..
Mereka yg yakin bahawa diri
mereka itulah hakikatnya “Roh yg berjasad halus” yg menjadi Rahsia ALLAH
(Roh itu Rahsia-Ku) yg hidup kekal abadi.. bagi mereka SOLAT itu
bermaksud pengabdian dan penyerahan diri seluruhnya kpd ALLAH (Zat,
Sifat, Asma’ & Af’al).. bukan Sembah-Yang Maha Besar dan sebagainya.
* Perbuatan SOLAT, mereka “Roh yg berjasad halus” yg hakikatnya adalah “Rahsia ALLAH”.. menyerahkan dirinya kpd ALLAH.. “Bismillahi tawakkal tu ‘alALLAH.. laa hau lawala Quwwata illa billaah”.. Dgn nama ALLAH kami berserah diri (menyerahkan diri) kpd ALLAH.. tiada upaya dan tiada kekuatan melainkan ALLAH..
Kembali ia kepada ALLAH, sesuai dengan maksud; “inna lillaahi wa inna ilaihi ro ji’uun”.. sesungguhnya kami dari ALLAH, dan sesungguhnya kpd ALLAH jua tempat kami kembali.
* Mereka telah pasrah dlm SOLAT.. jiwa & raga.. zahir & batin..
hinggakan fana itu, tenggelam dirinya “Roh yg berjasad halus” yg ALLAH
kata; “Roh itu Rahsia-Ku” itu, di lautan Zat, Sifat, Asma’ & Af’al
ALLAH semata-mata..
Hingga merasa ia bahawasanya, tidak berkata-kata ia melainkan yg
berkata-kata itu ALLAH.. tidak mendengar ia melainkan yg mendengar itu
ALLAH.. tidak melihat ia melainkan yg melihat itu ALLAH.
* Seluruh zarah dlm Jasad merasai pengabdian itu (SOLAT).. nafasnya
sentiasa menyebut nama ALLAH.. mata hatinya sentiasa memandang ALLAH
(Zat, Sifat, Asma' & Af'al).. menjelajah lah 'Roh yg berjasad halus'
itu ke alam-alam yg lebih tinggi
*bahkan diluar solat juga, mereka berterus-terusan mengabdi kpd ALLAH..
inilah yg dinamai sebagai "Solatu daim".. memandang hanya kpd ALLAH
(Zat, Sifat, Asma' & Af'al) |
|
|
|
HAKEQAT SOLAT....
Ketahui oleh-mu wahai Tholeb, ada pun Hakeqat Solat
itu 4 perkara, maka mahulah keempat2 itu disatukan :
(1) Pertama Ihram, (2) Kedua Munajat,
(3) Ketiga Tabdal, (4) Keempat Mikraj....
Mengerjakan rukun dan syarat itu Solat bagi Ahli Syariat.
Ada pun Mikraj itu Solat bagi Si-Mukmin / Ahli Hakeqat.
Bermula ada pun Wudhuk dinamakan Alam Perceraian..
Maka ketika mendirikan Solat disitulah Alam Penyatuan.
(Sedikit kutipan dari Kitab Tasauf KANUN LADUNI -
Al-Marhum Tn. Yunus Tualang Sekah, Malim Nawar)
Allahu'alam....
Kena bagi pencerahan skit tuan bagi keempat-empat hakikat solat tu klu tak keberatan.
Sebab nak cari kitab tu pun bukan senang dah zaman la ni.
Apa pun terima kasih banyak2.
Telah berkata pula Syeikh Qadri Kholidy AlBanjari AlKalimantani fasal pada menyatakan Hakikat Solat itu : Jika 4 Hakeqat Solat itu tidak disatukan, maka sentiasalah kita bersolat dlm Syirik. Kerana apa yg disembahnya adalah bayangan objek yg diciptakan oleh akalnya, lalu dilakunkannya seperti apa yg diajari difahami ikut2an secara tradisi. Ditakuti jika dlm solat sudah ada pekerjaan Syirik, maka diluar solat bertambah2 lagi sentiasa duduk dlm Syirik..
Maka janganlah takut ragu2 dan bimbang, kerana taraf Orang Syariat dgn Orang Hakikat itu tidak sama. Maka mahulah difahami kaedah2 kefahaman dan kedapatan kemanisan bersolat pada sesaorang itu berbeda2.. Maka janganlah kerana perkhabaran Syeikh AlBanjari itu, lantas ditinggalkan terus solat yg telah difardhukan. Bagaimanakah fahamnya supaya kita bisa terlepas dari pekerjaan Syirik, maka itulah yg mahu dicari. Kot2 hanya bisa dibimbingi oleh sebenar2 Mursyid Sejati... Wallahu'alemmm...
..... PERBEZAAN SOLAT - 3 AGAMA SAMAWI .....
Bermula Ummat Musa Bani Israel bersolat depan wailing wall hanggok2 berulang kali.
Ummat Isa Bani Nasara bersolat dua tangan bersedekap didada menggenggam jari.
Ummat Muhammad orang Muslim bersolat berdiri rukuk sujud duduk 5 waktu sehari.
Itulah perbedaan 3 cara bersolat utk 3 Bani bawaan 3 Nabi dari 3 Agama Samawi...
Mana satu solat paling benar diterima Ilahi atau solat syok sendiri mahulah direnungi...