musrights Rekrut
Joined: Sep 12, 2008 Posts: 79 |
Posted: Thu Apr 25, 2013 6:14 pm Post subject: |
|
|
Quote: |
Pencerahan rangkap kedua:
"Jika engkau tidak melihat-Nya (ALLAH)" |
"Sesungguhnya dari ALLAH kami datang.. dan sesungguhnya kepada ALLAH jua kami kembali"
Maksud rangkap ke-dua;"Jika engkau tidak melihat-Nya (ALLAH)"
Jika engkau..;
Bermaksud, engkau itu golongan awam.. iaitu mereka yg hidup di dunia
hanya melihat dengan mata Jasad zahir sahaja dan tidak melihat dengan
mata Jasad Ghoib (Roh yg berjasad halus)..
Mereka yang belum sampai usaha amalnya untuk meyakini diri mereka itu
sebenarnya adalah "Roh yg berjasad halus", yang kata ALLAH; "Roh itu rahsia-Ku"..
bisa kembali kepada ALLAH melalui perjalanan Rohani dari alam rendah
(Alam Syahadah @ Alam Dunia) ke Alam-alam yang lebih tinggi yang
berlapis-lapis hakikatnya..
Seperti perjalanan nabi s.a.w sewaktu mi'raj.. hasil mi'raj Junjungan
s.a.w di kurniakan ALLAH dengan 'SOLAT'.. dan sepatutnya 'SOLAT' itu
juga menghasilkan mi'raj..
Bagi mereka; "inna lillaahi wa inna ilaihi ro ji'uun" itu hanyalah berlaku selepas mereka mati.. tidak berlaku sama-sekali semasa hidup di dunia ini lagi.
tidak melihat-Nya;
Bermaksud, tidak melihat-Nya..
"Nya" itu bermaksud, ALLAH iaitu Zat, Sifat, Asma' & Af'al..
pandangan mata Jasad, amat terhad, hanya memandang wajah jasad sahaja..
tidak melihat bahawa segala Sifat adalah Sifat Zat.. segala Asma' adalah
Asma' Zat.. dan segala Af'al adalah Af'al Zat..
Zat, Sifat, Asma' dan Af'al (ALLAH) adalah meliputi segala Alam Zahir
yang berlapis-lapis dan segala Alam Ghoib yang berlapis-lapis.
Buah bahasa yang lebih tinggi mengatakan; "tidak dapat melihat Asma' memuji Zat dan Af'al menguji Sifat.." |
|