Elias Hj Idris
Oleh: ulitmayang


Apa yang dapat dipelajari dari kejadian tragis ini , mungkin inilah hasil buah tangan mantan PM Dr Mahathir; apabila beliau harus berbangga kerana berjaya mewujudkan corak sebegini dlm kesemua aktiviti di negara 1malaysia.

Masalah jenayah, dadah, gejala sosial, penghinaan terhadap agama, kehancuran sistem dlm pentadbiran negara - polis, pendakwaraya, hakim, spr dll. Salah urus-tadbir syarikat GLC seperti Petronas, Felda, Felcra, Risda, Tabung Haji dll adalah legasi tinggalan pemerintahan regim Dr Mahathir selama kurang lebih 22 tahun.

Pendek kata , tidak salah dan tidaklah keterlaluan sekiranya dikatakan tidak ada satu pun sistem yang tidak dirosakkan oleh Dr Mahathir. Segala-galanya rosak binasa, punah-ranah dan hancur lebur  tidak berguna.

Namun beliau masih hidup di mana dengan mata dan kepala beliau dapat melihat sendiri hasil kerja tangannya selama ini; sesuai dengan doa arwah Ustaz Fadzil Noor, bekas Presiden PAS.

Menurut satu berita seperti yang dilaporkan di bawah;

1. Peguam dan ahli perniagaan yang juga suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lagi rakannya dipercayai memiliki kekayaan luar biasa, termasuk aset bernilai lebih $100juta, kebanyakannya menerusi jalan penipuan sehingga membawa kepada pembunuhan.

2. Ia merangkumi hartanah seperti bangunan komersial, ruang pejabat, stesen minyak, kilang, rumah mewah, ladang, kedai makan, pusat penternakan dan lot tanah di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

3. Malah, peguam dan ahli perniagaan bergelar Datuk itu turut mempunyai beberapa perniagaan di Chennai, termasuk menjadi rakan kongsi jutawan India, Allal Kathan Muthuraja, 34, yang dilaporkan hilang di Malaysia, 18 Januari lalu selepas menemui suspek di Banting atas urusan perniagaan.

4. Difahamkan, usaha mengesan mangsa dijalankan sejak lapan bulan lalu, namun gagal dan saudagar batu permata itu dipercayai telah menerima nasib yang sama seperti Sosilawati dan tiga rakannya itu.

5. Sumber memberitahu Berita Harian, sebagai pengamal undang-undang, suspek mahir dalam prosedur berkaitan pemilikan harta, selain licik menyembunyikan aset daripada dikesan pihak berkuasa jika kegiatan jenayahnya terbongkar.

6. Kebanyakan harta bukan diletakkan atas nama beliau, sebaliknya menggunakan nama proksi paling dipercayai termasuk kenalan rapat dan kalangan ahli keluarga. Suspek memang telah membuat persediaan awal dengan mengambil kira segala kemungkinan, termasuk jika kegiatan jenayahnya terbongkar.

7. Sumber yang pernah bekerja dengan suspek, berkata bekas majikannya itu menggemari kehidupan mewah, termasuk memiliki sekurang-kurangnya 15 buah kereta mewah jenis Mercedes Benz dan BMW.

8. Bagaimanapun, hanya sebuah kereta Toyota Camry yang didaftarkan atas namanya, manakala yang lain atas nama beberapa individu yang dipercayai sebagai orang kepercayaannya. Difahamkan, 9 buah kenderaan sudah dirampas oleh polis untuk tujuan siasatan, manakala enam yang lain telah disembunyikan sebaik sahaja suspek ditahan.

9. Kaedah sama turut digunakan dalam pemilikan hartanah, termasuk 10 buah rumah mewah, masing-masing 4 buah di Banting dan sebuah di Puchong, manakala selebihnya sedang dikesan.

10. Suspek mempunyai empat stesen minyak, termasuk yang terbaru di Kuala Lipis, Pahang yang dibeli menggunakan hasil penipuan. Pada dasarnya, memang beliau memiliki aset itu, tetapi atas dokumen memang tiada namanya. Sebagai peguam sivil, suspek cekap dalam jenayah kolar putih, terutama penipuan dokumen jual beli dan kontrak perjanjian, tetapi selalu terlepas daripada tindakan walaupun ada laporan polis dibuat terhadapnya.

11. Sumber yang berhenti kerja kerana tidak mahu bersekongkol dalam kegiatan jenayah suspek, berkata bekas majikannya turut terbabit dalam kegiatan kongsi gelap.

12. Biasanya, suspek akan dibantu satu kumpulan kongsi gelap dari Klang dalam kegiatan haram dengan sebahagian besar anggota kumpulan itu baru keluar dari Pusat Tahanan Darurat Simpang Renggam. Seorang saudara terdekat yang mahir dalam bidang teknologi maklumat akan memberi panduan kepadanya dalam urusan jual beli aset itu.

13. Beliau berkata, suspek kemudian akan merujuk kepada lima peguam kepercayaannya, termasuk adik lelaki yang juga suspek kedua kes pembunuhan Sosilawati supaya setiap perlakuannya tidak disabitkan kesalahan.

Nota:  Oleh kerana isu ini menarik dan berprofil tinggi maka ia perlu disimpan/diletakkan di sini untuk rujukan masa depan.
Elias Hj Idris
Orang yang melihat kepada kekuasaan Allah s.w.t menerajui hukum sebab-akibat tidak meletakkan keberkesanan kepada hukum tersebut. Pergantungannya kepada Allah s.w.t, tidak kepada amal yang menjadi sebab. Orang yang seperti ini dipanggil ahli tajrid.

... tanpa mengira tempat. Ada ke Melayu yang berani camni?

Ahli tajrid, seperti juga ahli asbab, melakukan sesuatu menurut peraturan sebab-akibat. Ahli tajrid juga makan dan minum. Ahli tajrid memanaskan badan dan memasak dengan menggunakan api juga. Ahli tajrid melakukan sesuatu pekerjaan yang berhubung dengan rezekinya. Tidak ada perbezaan di antara amal ahli tajrid dengan amal ahli asbab. Perbezaannya terletak di dalam diri, iaitu hati. Ahli asbab melihat kepada kekuatan hukum alam. Ahli tajrid melihat kepada kekuasaan Allah s.w.t pada hukum alam itu. Walaupun ahli asbab mengakui kekuasaan Allah s.w.t tetapi penghayatan dan kekuatannya pada hati tidak sekuat ahli tajrid.

"Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." - Surah al-‘Ankabut: 60.

Makhluk Allah s.w.t seperti burung, ikan, kuman dan sebagainya tidak memiliki tempat simpanan makanan. Mereka adalah ahli tajrid yang dijamin rezeki mereka oleh Allah s.w.t. Jaminan Allah s.w.t itu meliputi juga bangsa manusia. Tanda Allah s.w.t meletakkan seseorang hamba-Nya di dalam makam tajrid ialah Allah s.w.t memudahkan baginya rezeki yang datang dari arah yang tidak diduganya. Jiwanya tetap tenteram sekalipun terjadi kekurangan pada rezeki atau ketika menerima bala ujian.
Elias Hj Idris
Pada dasarnya, dalam pandangan ilmu tasauf tiada beza apa-apa di antara syariat dan hakikat atau di antara zahir dan batin. Kalau ada pun ia cuma dalam lafaznya yang berlainan - namun ia menyempurnakan yang lain. Ini dapat dilihat daripada kata-kata ini; "Syariat itu pohon dan hakikat itu buahnya." Pohon dan buah jelas tidak dapat dipisahkan. Tidak ada orang yang akan menanam sebatang pohon kerana mengharapkan pohonnya itu sahaja. Ia mesti bertujuan untuk mendapatkan buahnya. Dan buahnya itu (tasauf) tidak akan keluar sebelum ada syariat.

Seorang pengarang sufi yang terkenal, Tasy Zadah dalam kitabnya 'Miftahus Sa'adah' telah menghuraikan hal berkenaan. "Ketahuilah bahawa semuanya muafakat bahawa kebahagiaan abadi dan kemuliaan yang abadi tidak akan sempurna tanpa ilmu dan amal. Kedua-duanya kembar dan tujuannya ada dua;

Pertama: yang sudah pun termasyhur iaitu apabila kedua-duanya dipisahkan maka masing-masing jadi sudah tidak berharga. Ilmu tanpa amal menjadi wabal (siksaan) bagi yang punya ilmu dan amal tanpa ilmu menjadi sesat seperti firman Allah dalam al-Quran, surah Fatir:10; "Kepadanya naik kata-kata yang baik dan amal yang soleh menaikkannya lagi." Dengan demikian kalimah-kalimah yang baik itu adalah ilmu dan apabila ilmu itu diamalkan maka orangnya akan semakin naik lagi (bertambah bijak!).

Kedua: Masing-masing menjadi buah bagi yang lainnya. Misalnya, apabila seseorang itu mahir mengusahakan ilmu dan telah begitu ahli dalam bidangnya maka pastilah dia telah melakukan amalnya (praktis) kerana jika tidak diamalkan maka ilmunya itu tidak akan jadi sempurna. Satu contoh lain, seseorang itu melakukan suatu amal dengan segala kesungguhan dan dia melatih dirinya mengerjakannya menurut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Maka hasilnya nanti maka bercucuranlah segala ilmu nasri sebagai hasil daripada amalnya itu - bertepatan dengan kata Allah dalam Surah Al-Ankabut: 69; "Ada pun orang yang bersungguh-sungguh pada Kami, maka Kami akan tunjuki mereka itu kepada jalan-jalan Kami."

Kedua jalan di atas itu - pertama jalan mencari dalil sementara yang kedua jalan musyahadah. Jalan pertama itu adalah darjat ulama yang rasikhin - mendalam ilmunya dan darjat orang siddiqin. Kedua-dua darjat itu bisa sampai kepada darjat temannya itu, di mana ia bertemu di hulunya.

Orang yang menempuh jalan menuju kebenaran melihat banyak sekali jalan yang bakal ditempuhnya. Demikian dengan jalan keluarnya - pun banyak juga. Kalau disimpulkan ia terbahagi kepada dua; Pertama memulai berjalan menempuh jalan ilmu untuk menuju jalan pengetahuan, dari jalan musyahadah menuju kepada yang ghaib.

Kedua, orang yang ternyata kepadanya yang hak dengan tarikan ketuhanan. Jadi ilmunya dimulai dengan yang ghaib, kemudian terbuka kepadanya alam yang lahir ini. Kata sesetengah orang arifin di kalangan sufi, jalan yang pertama itu mirip dengan jalan yang telah pernah ditempuh oleh Ibrahim al-Khalil. Dia mula mencari dalil adanya Tuhan dengan terbenamnya matahari, bulan, dan akhirnya dia mengetahui adanya Tuhan Rabbul Alamin.

Kedua, jalan Al-habib - orang yang mengasihi sesuatu, iaitu dimulai dengan senang dan cinta akan yang dicintainya itu, terbuka baginya kesucian wajah Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar. Ia terbakar dalam cintanya itu sehingga pupus dan lenyap yang lain-lainnya, tidak ada kecintaan lain pada dirinya maka dia pun tenggelamlah dalam mencintai Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Besar.

Inilah yang disebut dalam Surah Al-Qasas: 88: "Setiap sesuatu itu akan binasa melainkan wajah-Nya." Oleh yang demikian, kedua-dua martabat itu akan bertemu pada tujuannya.

Kemudian, ahli-ahli nazar mengatakan yang utama ditempuh iaitu jalan nazar kerana jalan tasauf itu sukar sekali untuk sampai ke sana. Ia berat dan untuk sampai kepada tujuan rasanya jauh sekali. Sebab kesukaran menghapuskan sekelian hubungan kita secara manusia. Kemungkinan besarnya, maksud itu tidak akan tercapai disebabkan was-was yang paling kecil dan khuatir hati yang paling sedikit.

Apatah pula selama melakukan musyahadah (perjuangan melawan nafsu malas, lemah dsb) itu berkemungkinan terjadi hal-hal yang merosakkan tabiat manusia atau mengacau fikiran manusia - dengan ditambah latihan yang berat-berat. Ini adalah alasan yang sering ditimbulkan oleh orang-orang yang menempuh jalan syariat sahaja.

Pokoknya... penyerahan diri sepenuhnya dan, keikhlasan

Pada orang-orang sufi ilmu yang terhasil dengan jalan nazar pada umumnya tidak menjadi bersih daripada bercampur dengan waham dan ia tidak bebas untuk dicampuri oleh khayalan. Maka dengan sebab itu selalu orang kiaskan yang ghaib atas yang hadir - mereka sesat lagi menyesatkan seperti apa yang berlaku terhadap kebanyakan mereka yang bermazhab Mu'tazilah dan pengikut i'tiqad batal yang lain. Lantaran mereka daripada pelbagai munazarah dan bahasanya tidak akan terlepas daripada mengikuti hawa, nafsu dan adat kebiasaan.

Ia berlainan pula dengan tasauf yang tujuannya ialah pembersihan rohani, mengilapkan jiwa, mensucikan hati daripada sekelian nafsu, membersihkan hati daripada segala syak waham dan khayalan. Sedangkan tujuan tasauf cuma menanti limpahan-limpahan ilmu Ilahi yang hakiki, yang akan masuk ke dalam rohaniahnya.

Apabila ini semua datang, maka terbukalah kepada orang itu ilmu-ilmu Ketuhanan dan pelbagai ma'rifat Rabbani serta pelbagai ilham yang datang melimpah. Ada alasan yang mengatakan bahawa jalan yang ditempuh oleh orang sufi itu sukar, jauh sekali jaraknya tidaklah menjadi halangan bagi orang yang kuat keyakinan dan benar pengetahuannya. Dan perlu diingat, segala yang sukar akan menjadi mudah dengan izin Allah dan yang jauh itu akan menjadi dekat dengan limpahan rahmat Allah.

Ini dapat dilihat dengan perjalanan dan perjuangan para Nabi yang sangat berat, besar, jauh dan sukar yang mana tidak mungkin bagi orang biasa dapat melakukannya. Namun mereka bisa melakukannya dengan baik dan tenang sehingga tercapai cita-cita mereka sekelian. Jadi, para pengikut para Nabi dan Rasul juga akan mendapat limpahan dan kekuatan daripada Allah. Ulama-ulama besar Islam, menurut salah satu riwayat sama dengan Nabi-nabi Bani Israil.

Ada suara sumbang yang mengatakan selama berada dalam latihan itu akan berlaku perubahan sifat dan kelakuan mereka yang bermujahadah, namun ia dapat diubati dan dipulihkan umpama doktor penyakit jiwa yang mampu menyembuhkan jiwa yang sakit dan roh yang terganggu. Demikian halnya dengan gangguan pada tubuh manusia. Apatah pula dalam menjalani mujahadah itu syarat-syarat telah ditetapkan dalam menjalani latihan berkenaan. Ia terdiri daripada adab-adab dan hal-ehwal yang memberikan ketenangan kepada jiwa daripada segala yang merosakkan; dari gangguan takut, terkejut, malas dan sebagainya.
Elias Hj Idris
Pada dasarnya, memang tidak ada apa-apa perselisihan antara kedua-dua golongan berkenaan. Hanya taksub dan sifat fanatik yang timbul di kalangan mereka sahaja yang sering mencetuskan api perselisihan. Khilaf yang timbul berpunca daripada corak dan cara mereka berfikir.

Contohnya, ahli tasauf menilai hukum dengan zauq (perasaan halus), mereka mengetahui akan sesuatu itu dengan mata hati bukan dengan mata zahir. Mereka menjadikan sifat taqwa dan taat akan Allah itu sebagai satu syarat mutlak untuk mendapatkan ilmu Rabbani. Sedangkan kaum fuqaha berkeras atas landasan ilmu-ilmu mereka yang zahir. Mereka jelas tidak mahu menerima takwil. Mereka hanya berpegang dengan nas-nas secara harfiah - sama seperti kebiasaaan di kalangan ulama-ulama sepanjang zaman.

Ahli sufi adalah seorang yang faqih dan memahami ilmu fiqh dan ilmu kalam

Perlu diingat, orang sufi sebelum dia menjadi sufi telah terlebih dahulu menjadi faqih - bahkan menjadi imam dalam pelbagai ilmu fiqh dan ilmu kalam. Akan tetapi tasauf telah memberikan pengetahuan yang lebih jernih dan zauk yang mendalam kepada jiwa mereka. Malah perasaan pancaindera mereka menjadi lebih sempurna.

Contohnya, syeikh-ul Islam Abu Zakaria Al-Ansari, seorang ulama faqih yang besar dalam bidang ini berkata; "Apabila orang faqih itu tidak mempunyai ilmu mengenai hal-ehwal kaum sufi dan istilah-istilah mereka maka dialah seorang faqih yang kering."

Dengan huraiannya sebagai sorang syeikh-ul yang amat faqih itu jelas menunjukkan bahawa hubungan di antara ahli-ahli tasauf dan fiqh teramat erat sekali. Malah hingga ada yang mengatakan; "Sesiapa yang melakukan tasauf sebelum dia mengerti syariat Islam dengan benar, maka dia menjadi zindiq; dan sesiapa pula yang mempelajari syariat Islam tanpa melakukan tasauf maka dia bakal menjadi fasiq."

Hikmat ini merupakan timbangan yang teramat halus. Orang sufi, apabila tidak mempunyai pengertian (tidak faham apa-apa) yang cukup kuat dan mendalam dalam bidang fiqh, dia tidak akan sampai ke mertabat memperoleh kasyaf hati dan tidak akan beroleh hidayah - dengan mengetahui mana yang benar dan mana yang batil dan palsu?

Ia akan membawa kepada kepada suatu lapangan sombong besar. Demikian halnya dengan seseorang yang faqih, sedang ilmunya tidak digilap oleh ilmu yang benar dan imannya yang benar tidak dilembutkan oleh taqwa yang sungguh-sungguh, kemudian dilatih dan dihalusi oleh sifat-sifat wara'; dan percayalah dia akan dirundung dengan pelbagai bentuk dan corak hawa-nafsu.

Dan roh keikhlasannya pun beterbangan.
Elias Hj Idris
1.0 TUJUAN KERTAS KERJA


1.1 Wacana Konsep dan Tujuan

Pemanduan solo menaja keamanan ini bertujuan untuk mengajak manusia kepada dunia tanpa sengketa dan pertembungan idea. Dunia telah pun mengalami saat parah kesan dua Perang Dunia. Ia diikuti oleh keganasan yang tidak berkesudahan hasil pendudukan haram Yahudi di Palestin. Kemudian pedih luka itu ditambah dengan Perang Balkan di mana cubaan penghapusan etnik secara terancang dilakukan oleh puak Serb terhadap orang-orang Islam Bosnia.

Demikian halnya dengan apa yang berlaku di Somalia, apabila suara demokrasi dan majoriti rakyatnya dinafikan oleh campurtangan luar. Malah sengketa Darfur masih jauh tersasar dan terus menempuh jalan buntu hasil campurtangan luar; Sudan pula terus menjadi bahan belasahan pihak Barat. Malah kita tidak harus lupa bagaimana nasib etnik Uighur di Xinjiang, China yang masih dinafikan hak mereka dengan penghijrahan besar-besaran etnik Han ke sana dengan restu pemerintah. Ketika dunia sibuk dengan perang Iraq, puluhan ribu etnik Uighur terkorban dalam kekacauan yang konon mereka timbulkan!



2.0 PROGRAM KLenROUTE

2.1 Misi Keamanan

Pemanduan solo KLenRoute ini membawa mesej yang cukup bermakna bagi setiap mereka yang cintakan keamanan dan kedamaian. Namun ia tidak akan sampai ke mana jika tanpa sokongan dan dokongan mana-mana pihak, terutama kerajaan, kalangan rakyat yang prihatin di kalangan generasi pelapis - pelajar dan pihak swasta.

Perlu diingat, program seperti ini melibatkan perbelanjaan yang besar; atas jajaran motif yang juga besar. Kos bagi segala keperluan asas (seperti kenderaan dan alat perhubungan), kos membiayai perjalanan serta pasukan pengawas di tanah air bukan sedikit. Jumlahnya besar; apatah pula jika diambil kira program ini turut terlibat dengan penyampaian sumbangan kepada kelompok sasaran - kepada mereka yang masih bergelut dengan rasa hampa dan kecewa dari aspek keamanan sejagat. Bantuan kepada mangsa konflik dan sengketa di laluan berkenaan.

Jadi, kita amat berharap agar usaha ini dapat diberikan perhatian serius oleh semua pihak berkenaan (yang cintakan keamanan dan kedamaian).


3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Walaupun laluan KLenRoute menempuh beberapa daerah bergolak, konflik dan sengketa, namun ia bukan satu masalah besar bagi warga Malaysia. Sejarah telah lama menjadi bukti. Ini dikuatkan lagi dengan corak pemanduan yang dibuat secara solo tanpa apa-apa bantuan pasukan sokongan. Tiada teman di jalanan. Saudara Faizal Shamshudin, bekas pelumba dan tokoh rali yang tidak asing lagi serta ahli 'stunt' terkemuka tanah air itu hanya akan diawasi dari pusat kawalan KLenRoute di Kuala Lumpur dan di beberapa buah pusat pengajian tinggi yang terlibat. Ini menunjukkan azam yang cukup tinggi demi keamanan daripada seorang warga tanpa mengambil kira keselamatan dan kepentingan dirinya sendiri.

Itulah mesej yang sebenar; bahawa di mana-mana pun bahagian dunia ini hendaklah semuanya bebas dari sengketa. Pertelagahan dielak dan dijauhkan. Hanya dengan cara itu barulah manusia akan berasa terjamin dan selesa untuk bergerak ke mana-mana ceruk dunia tanpa rasa bimbang dan terancam.

Mesej keamanan yang diura-urakan ini bertujuan;

i) Membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya melakukan apa saja serta mempunyai sikap membantu dan menolong masyarakat dunia dalam menghadapi apa jua masalah kemanusiaan dunia sejagat.

ii) Membuktikan dan mempamerkan semangat 1MALAYSIA serta memupuk semangat membantu tanpa mengira penat-lelahnya; apabila negara pernah memainkan peranan dalam kes di selatan Filipina, selatan Thailand malah ketika dunia di sebelah sini ditimpa bencana tsunami.

iii) Menarik perhatian dunia dan publisiti kepada Negara semasa menempuh perjalanan KLenRoute ROAD TO GAZA

iv) Mengutip tanda tangan rakyat Malaysia dan dunia yang cintakan keamanan untuk disampaikan kepada kerajaan British biar diperpanjangkan kepada Presiden Barrack Obama. Sementara dari satu segmen, sebahagian tandatangan yang lain pula akan di serahkan kepada Ahli Parlimen Jerman yang akan menyampaikannya kepada penduduk Gaza di Palestin.

v) Ketika dalam perjalanan Sdra Faizal akan sedaya-upaya membantu penduduk di kawasan-kawasan konflik dan masih bergolak seperti di Kyrgystan. Beliau juga akan ke negara lepas perang - di Bosnia, Croatia dan Serbia untuk melaporkan kesan tinggalan perang yang telah memakan sebegitu banyak korban. Paling utama ialah dari segi perubahan minda dan sikap rakyatnya.

vi) Pada masa yang sama, selain pihak kerajaan - team ini juga inginkan kerjasama di pihak kerajaan negeri juga. Laluan pemanduan akan melintasi 28 buah negara; jadi kita mengharapkan satu nota keamanan dan ole-ole dapat dihulurkan oleh pihak kerajaan negeri sebagai tanda muhibbah kepada negara-negara berkenaan. Dengannya hubungan dua hala yang akrab dapat dijalinkan.


4.0 LATAR BELAKANG BANTUAN KEMANUSIAAN SEJAGAT

Kempen mencintai KEADILAN DAN KESEJAHTERAAN KEMANUSIAAN melalui pungutan sumbangan derma dan penajaan telah banyak dilaksanakan oleh banyak pihak. Namun kali ini, ia akan dipastikan sampai ke tangan mereka yang berkenaan di sana; penduduk Gaza, umpamanya.

Keperluan kepada naskah-naskah agama juga nampak ketara untuk penduduk Islam di sepanjang perjalanan LALUAN SUTERA yang terkenal itu. Ada beberapa acara di Chengdu, malah satu acara khas akan mengambil tempat di Turpan nanti.

4.1 Penganjur dan Pelaksana Program

Program ini adalah hasil cetusan idea oleh Saudara Faizal . Idea ini terbit dari keprihatinan yang amat tinggi dan terpanggil untuk menyumbang dan membantu meringankan penderitaan sebahagian kelompok rakyat Dunia. Itulah mereka yang telah sekian lama menderita dan tidak dipedulikan.

Pengalaman Saudara Faizal sebagai pemandu sukan lumba kereta, rali dan stunt sejak lama akan cuba beralih arah dalam menaja keamanan sejagat bagi perlaksanaan Program Pemanduan Solo – KL-Enroute ROAD TO GAZA.

4.2 Spesifikasi Program Panduan Solo KL-Enroute

Majlis Pelancaran : Sept 2010

Titik Permulaan : 11,Dec 2010 Kuala Lumpur

Titik Destinasi : 11 Feb 2011 Kota London

Tamat Perjalanan : 12 Mac 2011 Rafah

Jarak Keseluruhan : 31,000 km

Negara Yang Dilalui : 28 Negara

Jenis Kenderaan Digunakan : Pacuan 4 roda


5.0 PELAKSANAAN PROJEK

5.1 Road show ke seluruh negara Malaysia untuk mengutip tanda tangan oleh pelajar institusi pengajian tinggi dan pihak swasta.

5.2 Tahap-tahap perjalanan KL-Enroute ROAD TO GAZA - bermula Di Putrajaya, Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Tajikistan, Uzbekistan, Turmenistan, Iran, Turki, Syria, Bulgaria, Serbia, Bosnia Hazergovina, Croatia, Slovenia, Austria, Jerman, Belanda, United Kingdom, Prancis, Spanyol, Magribi, Algeria, Tunisia, Libya, Mesir Dan Gaza, Palestin.

5.3 Mengutip dana melalui sms, millage sale, media dan disalurkan terus kepada tabung-tabung kemanusiaan yang sedia ada seperti;

a. Tabung NSTP

b. TV3

c. Viva Palestina

dan banyak lagi,

  
6.0 JADUAL PERLAKSANAAN

6.1 Persediaan kenderaan dan Pemandu serta Lojistik- Bermula 1 Sept 2010

6.2 Pencarian Penaja/Dana Sumbangan- 15 Ogos 2010

6.3 Road show Seluruh Malaysia- 1 Oktober 2010

6.4 Perjalanan KL-enRoute- ROAD TO GAZA

Sila rujuk Lampiran A( KLenroute Shedule)

 
7.0 JADUAL PERJALANAN

Kempen kesedaran dan tanda tangan

Jelajah ke seluruh negara akan dibuat mulai 16 Sept 2010. Dan pelancaran program ini bersekali dengan perayaan Hari Malaysia oleh YAB Perdana Menteri. Selepas itu 'jelajah negara (road-show) pun bermula.

7.2 Penglibatan kementerian berkenaan –Jabatan Perdana Menteri, Wisma Putra, Kem. Pelancongan, Kem. Penerangan Dan Komunikasi, Kem Belia dan Sukan, Kem.Pengajian Tinggi,

7.3 Penglibatan oleh kerajaan-kerajaan negeri dalam penyerahan 'Nota Keamanan' dan jalinan kerjasama dan hubungan dua hala antara kerajaan negeri di Malaysia dengan negara-negara di laluan utama.

7.4 Penglibatan pihak media TV3 dan NSTP bagi memberitahu seluruh rakyat Malaysia tentang progress perjalanan dan keadaan destinasi yang dilalui.

7.5 Penglibatan Intitusi pengajian tinggi bagi memantau secara langsung perjalanan KL-enRoute dari bilik-bilik gerakan yang akan di buka disetiap institusi pengajian tinggi yang terlibat bagi menambah pengetahuan dalam system satelit tracking.

 
8.0 KOS/PEMBIAYAAN PROGRAM

8.1 Kos Perjalanan KL-London - RM600,000.00

2. Kos Kempen kesedaran jelajah negara - RM150,000.00

3. Kos Program – RM120,000.00

4. Kos Penyediaan Kenderaan – RM 175,000.00

 
9.0 PEMBIAYAAN KOS

Kos program en-Route KL-London ini dicadangkan dibiayai melalui dua cara berikut;

9.1 Tajaan Kerajaan Malaysia

Adalah amat diharapkan agar pihak kementerian dapat mempertimbangkan pemberian tajaan untuk projek ini.

9.2 Penajaan dari sector koprat,

Penajaan melalui tempahan iklan yang diusahakan ketika Jelajah Negara agar dapat memberikan pulangan kepada sekelian penaja yang berminat.

Package yang disediakan adalah seperti di Lampiran .

9.3 Kempen Kutipan Derma RM1.0 /RM10.00 satu kilometer

Misi perjalanan ini bakal berhadapan dengan ketidak-tentuan nasib yang akan menimpa. Ia akan melibatkan seluruh rakyat Malaysia, maka dengan itu rakyat diberi peluang untuk menyumbang derma ketika perjalanan itu. Kita perlukan 500 ribu warga Malaysia untuk mengisi dan meraih kempen derma RM1.00 setiap orang. 


9.4 Kempen Pungutan Tandatangan

Kempen pungutan tandatangan di negeri-negeri bakal dipergiatkan dalam tempoh terdekat. Misi kiriman sumbangan derma untuk bakal negara terlibat dilancarkan di setiap negeri dalam Malaysia.

 
10.0 ACARA LALUAN DAN DESTINASI TERAKHIR

10.1 Acara-acara di laluan

Turpan- Sumbangan 500 naskah Al Quran

Serbia, Bosnia Herzegovina, Croatia- Tinggalan Negara bekas perang

Frankfurt - serah mesej kepada Ahli Parlimen Jerman yang menyumbang untuk pembelian kapal MV Marmara

London- Penyerahan tandatangan rakyat Malaysia dan seluruh perjalanan KLenroute kepada Perdana Menteri Britain untuk di lanjutkan kepada Presiden Amarika Syarikat,

Rafah- Membantu rakyat Gaza yang memerlukan,,

 
KESIMPULAN

Program ini adalah diharap dapat memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan ke-53 pada tahun ini. Semoga Program ini dapat menyumbang kepada proses pembangunan jatidiri rakyat Malaysia amnya serta dapat menyedarkan dan menyematkan semangat patriotik ke dalam hati setiap warganya.

Dengan jadual perlaksanaan yang telah ditetapkan dan promosi besar-besaran oleh pihak media, program ini dijangka akan dapat menarik perhatian pelancong dalam negeri atau dari luar Negara. Aktiviti pelancongan, salah satu penyumbang penting kepada sumber ekonomi negara perlu terus dibangunkan bagi memastikan negara akan terus mendapat manfaat daripadanya. Di samping mencatat sejarah, ia juga akan dapat menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara Malaysia seluruhnya.

Akhir kata adalah diharapkan agar program ini mendapat sokongan dari semua pihak termasuk daripada negeri-negeri dalam Malaysia DAN paling utama penglibatan pihak swasta dan institusi pengajian tinggi - awam dan swasta juga.


Wanita Cina di Yunnan
Nota:  Program ini memang melibatkan kerajaan di mana kemudahan dan hubungan diplomatik ketika berada di luar negara, terutama di kawasan yang masih dilanda konflik. Penyaluran dana dan tajaan juga melibatkan kerajaan dan GLC, pihak swasta serta tokoh-tokoh korporat.


Namun kita cuba berlaku adil di mana negeri-negeri PR juga dijemput untuk sama berhubung dengan negara-negara di laluan; selain daripada tujuan pelancongan, ia termasuk hubungan dua-hala. Jadi, ada mesej, nota muhibbah dan oleh-ole dari kesemua negeri di negara ini.

Akan ada Menteri Besar atau Ketua Menteri yang akan menyambut ketibaan 'duta kecil keamanan' ini di negara-negara tertentu - bagi penyampaian sumbangan/hadiah berupa naskah al-Quran atau berlangsung satu program angkat di sana.
Elias Hj Idris
An-Nasai telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Al-Harith bin Hatib berkenaan dengan peristiwa seorang pencuri yang dibawa ke hadapan baginda Rasulullah.

"Bunuhlah akan dia," perintah Nabi.

Apabila mendengar demikian, para sahabat lalu berkata kepada baginda Rasulullah, "Ya Rasulullah, dia hanya mencuri."

Jawab baginda lagi, "Bunuh akan dia."

Maka sahabat-sahabat mengulanginya, "Dia hanya mencuri, ya Rasulullah."

Lalu berkata Nabi, "Potonglah akan tangannya."

Dan tangan pencuri itu dipotong oleh para sahabat.

Kemudian tidak lama kemudian, pencuri itu mencuri lagi, lalu dipotong kakinya.

Apabila tiba ke zaman Abu Bakar, si pencuri itu masih juga mencuri maka dipotonglah kakinya yang terakhir. Kemudian dia mencuri lagi buat kali yang kelima.

"Yeah... Rasulullah telah lebih mengetahui akan orang ini, maka dengan sebab itu baginda perintahkan agar orang itu dibunuh," jelas Abu Bakar. Dia pun menyerahkan tugas itu kepada beberapa orang pemuda Quraisy lalu si pencuri itupun dibunuh.

Jadi, jika dilihat hukum yang pertama itu adalah hukum batin sebagai tanda di mana baginda diberikan Allah ilmu batini. Namun oleh kerana para sahabat meminta agar tidak dikenakan hukum ilmu batinnya, Rasulullah tidak pula memberitahu apa yang telah diketahuinya kepada sahabat. Sedangkan baginda tahu bahawa si pencuri itu akan terus mencuri sehingga dia dibunuh kerana mencuri.

Dasar ilmu ini ada disebut dalam Surah An-Nisa': 58 yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah menyuruhmu supaya kamu membayarkan amanat kepada yang empunya, dan apabila kamu menghukum antara manusia, hendaklah kamu hukum dengan keadilan. Sesungguhnya, Allah sebaik-baik mengajar kepada kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Ia menujukkan bahawa di kalangan sahabat itu yang yang memiliki ilmu batini yang dikurniakan Allah. Mereka menghukum dengan hukuman yang sebenarnya.

Ilmu yang diistinbatkan seperti yang disebut dalam ayat berkenaan menurut istilah orang-orang sufi, itulah ilmu batin - yang disebut sebagai Nur yang menerangi hati; yang dapat diterima sekelian anggota dengan senang dan tenang serta menambahkan keyakinan.

Abu Yazid Al-Bistami berkata kepada ulama-ulama di zamannya, "Tuan-tuan mengambil ilmu dari ulama rasmi, orang mati dari orang mati; kami mengambil ilmu kami dari Yang Hidup dan tidak akan mati."

Demikian juga dengan Muhyiddin Ibnu Arabi, seorang ketua kepada imam-imam sufi yang besar. Dia pernah menulis kepada Imam Fakhrul Razi, penafsir besar yang terkenal, "Lelaki itu belum menjadi sempurna pada kami dalam darjat ilmu sampai ilmu itu diperolehinya dari Allah azza-wajalla tanpa perantaraan  naqal atau syeikh."

Kata orang-orang sufi, "Nikmat yang lahir, misalnya taat, nikmat yang batin iaitu gerak hati dan kasyaf batin." Ulama-ulama yang 'abid - mereka itu adalah pewaris Nabi. Apa yang diwarisi itu bukan harta-benda, tetapi ilmu dan kasyafnya, limpahan-limpahan ilham Tuhan kepadanya."

Orang-orang sufi tidak pernah mengatakan bahawa walaupun mereka mendapat gerak hati, kasyaf ruhani tidak pula pernah mematikan (tidak melaksanakan) sesuatu had daripada patukan yang dihadkan Allah atau menyalahi sesuatu hukum syariat. Apa yang dikatakan oleh ulama tasauf, ibadat dan kebersihan jiwa, kedua-duanya sejalan secara syariat Islam untuk membukakan pelbagai hakikat ilmiah, dan dua jalan secara syariat untuk mengetahui hal-hal yang ghaib atau mengetahui sebahagian hal yang ghaib, dengan ketentuan yang semuanya tidak akan bertentangan dengan hukum syariat Islam yang zahir.

Imam Al-Ghazali ada menulis dalam kitabnya, 'Bidayatul Hidayah' (permulaan hidayah), sebagai menceritakan berita jiwanya: "Saya telah memerhatikan diri saya sendiri. Saya melihat ada banyak sekali hijab dalam diri. Lalu saya masuk kahlwat dan melakukan latihan-latihan ruhani dengan mujahadah selama 40 hari. Maka terbukalah bagi saya sebahagian daripada ilmu yang belum pernah saya ada pada saya dengan lebih bersih dan jernih daripada yang pernah saya kenal. Saya lihat dalam pengetahuan yang baru itu terdapat kekuatan fiqiyah (memahami agama). Lalu saya kembali lagi berkhalwat dan melakukan ibadat dengan segala kesanggupan selama 40 hari pula.

Maka terbuka kepada saya ilmu yang lain pula - lebih jernih dan lebih bersih daripada yang pernah saya terima pada khalwat yang pertama. Maka saya pun berasa cukup senang hati. Saya dapati dalam khalwat yang kedua, ilmu lain iaitu kekuatan fikiran dan tilikan. Kemudian saya berkhalwat sekali lagi 40 hari lalu terbuka bagi saya ilmu lain yang lebih jernih dan lebih bersih daripada yang sudah-sudah. Saya dapati dalam ilmu ini, terdapat kekuatan yang bercampur dengan ilmu, sedangkan pada waktu itu saya belum pun berhubungan dengan ahli-ahli ilmu Ladunyah.

Kata mereka, "Menulis di atas bekas hapusan tidaklah sama dengan menulis di atas kertas yang suci dan bersih."

Inilah apa yang difirmankan Allah, Surah Al-Hadid: 28;
"Hai orang-orang yang beriman (di antara ahli kitab), takutlah kepada Allah dan berimanlah kepada rasulNya (Muhammad), nanti Dia memberikan kepadamu dua bahagian dari rahmat-Nya, dan mengadakan untukmu cahaya, sehingga dapat kamu berjalan padanya, dan Dia mengampunimu, dan Allah Pengampun lagi Penyayang."

Apakah erti DUA bahagian dari rahmat Allah itu? Inilah yang ditujui oleh orang-orang sufi.

Elias Hj Idris
Puas juga berbelok-belok jalannya untuk masuk ke kawasan perumahan itu. Letaknya di jalan menuju ke Macang berdekatan dengan Ketereh. Ia sebuah kawasan perumahan yang boleh dikira sebagai masih baru. Pokok-pokok yang ditanam pun masih sebesar betis - ada pokok mangga dan rambutan juga.

Dalam hati itu, saya berasa teramat lega walaupun masih belum diketahui keadaan di tempat baru itu. Apa yang penting saya dapat keluar daripada 'neraka' ciptaan daripada mulut yang suka bermain dengan andaian; kata orang sekarang - gosip. Liar pula tu sehingga Jamilah sendiri menjadi mangsa. Betapa tidak, setiap kali saya masuk kelas - dia seakan tidak selesa. Kenapa?

Rakan sekelas dok asyik menoleh kepadanya yang duduk di baris tepi nombor tiga dari depan - di tepi tingkap. Setiap mata yang beralih kepadanya pasti hala tumpuan seterusnya ialah kepada cikgu muda ini. Kesannya, saya pun selalu tersasar akibat tiada 'concentration'. Keadaan bisa menjadi lebih ketara.

"Aii... gapo, cikgu?" suara nakal yang mengusik. "Debar-debar dalam dada tu weh...."

Apa nak kata? Malu, tak juga - tapi sakit hati yang dok ada.

Kenapa masyarakat terlalu zalim terhadap kami? Mereka yang mencipta andaian kemudian ia dihebahkan tanpa tuan punya diri dapat membela diri. Jadi, apabila berpindah saya berasakan beban ketul batu besar yang menghempas di kepala telah dapat dielakkan. Memang saya akan tetap ke sekolah itu juga, tetapi sekurang-kurangnya dengan kesibukan masuk kelas dan pulang ke Kota Baru pada sebelah tengahari, banyak kelegaan yang dapat dirasakan.

Apa yang orang nak kata di belakang; lantak! Kesannya, hati ini serasa semakin renggang dengan sekolah dan penghuninya. Ia lebih menjurus kepada tugas semata-mata tanpa 'social obligation' yang mendesak. Itupun bukan dengan kehendak sendiri; masyarakat juga yang menetapkan. Jurusnya ke sana.

Saya termangu-mangu di luar sambil mengeluarkan beg hitam pakaian itu dari dalam kereta. Angkat dari atas sahaja sebab 'hood'nya memang tidak dipasang. Kami makan angin di sepanjang perjalanan sejauh 20 batu itu - macam mat saleh makan angin petang di tepi pantai. Hebat bagi guru Melayu yang memiliki sebuah kereta sport - MG pula tu warna hijau. Kemudian dalam 'porch' ada sebuah kereta Mini Cooper warna kuning air.

Ni bukan kereta MG... tapi bumbung terbuka juga.

Ada dua pemuda yang datang menjenguk ke beranda. Handsome siap dengan baju masuk ke dalam. Seorang dengan misai melintang macam Rahmat Kartolo, pelakon Indonesia yang terkenal itu. Seorang  lagi sentiasa dengan muka manis berambut keriting serta jambul jarang-jarang.

"Err... sape tu?" kedengaran Fatah yang mengekori Azra'ei masuk ke dalam.

"Kawan kita orang... dari Sekolah Seri Gunung," jelas Azra'ei tanpa ambil endah.

"Sekolah rendah ke menengah?" Fatah bertanya lagi.

"Sekolah menengah...," jelas Azra'ei sambil menanggalkan bajunya lalu diletakkan di kerusi dekat meja makan. "Orang Gunung dok sibuk nak kenakan dia...."

"Macam kau la...."

"Haa... yang ni dah riuh satu kampung. Kami kat Jelawat pun dah tau... heboh!" jelas Azra'ei sambil duduk di kerusi meja makan itu. "Kalu dibiarkan mau dia ni kahwin jadi oroang Kelantan."

"Hoiii... kau biar betul!" Fatah masih tidak puas hati.

Saya ikut masuk ke dalam, meletakkan beg besar itu di ruang tamu sambil bersalam dengan mereka; Rahmat Kartolo itu adalah Fatah dari Batu Kurau, Perak. Kemudian diikuti Hassan Sulaiman, cikgu berambut keriting dari Teluk Intan dengan bibir yang sentiasa basah - senyum aje tanda tidak suka fikirkan masalah.

Di sebelah sana meja makan Shuhaili - siap dengan baju Arrow masuk ke dalam. Dia duduk makan roti dengan mentega walaupun jam sudah menunjukkan pukul 7.00 petang. Masing-masing siap bergaya untuk keluar. Makan agaknya.

"Kau duduk la mana-mana bilik yang kau suka," jelas Azra'ei kepada saya.

Kemudian jauh di hujung telinga kedengaran seakan-akan suara perempuan sedang bercakap sesama sendiri sambil bergurau dari dalam bilik - tak pasti pula dari bilik yang mana? Loghatnya, loghat orang tempatan. Saya tidak begitu ambil hirau, sebab itupun pengalaman baru juga. Sementelah, ia rumah orang - rumah kawan baru sesama bujang... atau suara yang kedengaran itu suara isteri mana-mana di antara mereka di situ.

Ada 'short interview' juga - Fatah bertanya, sementara Hassan tetap dengan lagak lawaknya cakap merapu... yang saya tidak faham buah butir percakapannya. Shuhaili tetap serius dengan menikmati roti menteganya itu. Samad sudah hilang ke dalam bilik - mandi.

"Kau tak mandi lagi?" Fatah bersuara - ditujukan kepada Azra'ei yang masih selesa berlenggeng; tayang body di meja makan. "Tu samad tengah mandi takkan aku nak masuk juga."

"Aiii... rumah ni kan ada dua bilik mandi...,' sahut Hassan dengan wajah kelakarnya. "Kau celup-celup aje buat macam P. Ramlee tu...."

"Satgi la... aku panas lagi ni. Bagi dia mandi dulu," tudingnya pada saya - menyeringai.

Kemudian keluar dari bilik belakang dua wanita muda penuh bergaya. Pipi sedikit merah siap dengan gincu di bibir. Mereka senyum sambil berlalu ke ruang tamu. Fatah, Hassan, Shuhali dan Azra'ei tidak berkata apa-apa. Biasa. Cuma saya saja yang agak tertanya-tanya; siapa mereka?

"Jom la... kita pekena," Hassan sudah tidak sabar.

"Nak pi mana malam ni?" Fatah bersuara.

"Tempat biasa la...," Shuhaili membuat kata putus.

Azra'ei sekadar mendengarkan.

"Takpe la... kita orang pegi dulu la... korang ikut la, kat tempat tu," sahut Hassan bagaikan kucing jatuh anak. Dia terus keluar bersama Shuhaili, kemudian diikuti oleh dua perempuan yang baru keluar dari dalam bilik belakang. Fatah pun ikut sama sambil menoleh kepada kami kemudian menyengih.

Hati di dalam masih tertanya-tanya. Siapakah mereka? Lawa dan bergaya juga.

Azra'ei terus bangun lalu mengangkat beg lalu diletakkan di bilik tengah.

"Ni bilik Samad... kau duduk dengan dia pun takpe," jelas Azra'ei lalu keluar menuju dapur. "Ada sorang lagi kawan, tapi err... dia jarang-jarang datang sini. Dia ada asrama; warden."

Aku sekadar mengangguk, sementara Samad masih lagi di dalam bilik air. Mandi sakan dia sambil nyanyi-nyanyi lagu 60an.

Apa pun saya cukup bersyukur dan berasa sungguh lega. Lepas satu bala.
Elias Hj Idris
'Coretan Hidup: DAGANG di Rantauan'


Mata pena itu lebih tajam drp mata sebilah pedang.
Maka dengan sebab itu ada orang yang tidak senang!


Ia bukan sebuah thread politik, tetapi bicaranya santai tentang sebuah perjalanan hidup yang tidak sempat dimuktamadkan di Tranungkite Online (TKO). Kisah di mahkamah masih tergantung... bila nak cerainya?

ikanlepu wrote:

Pherghh... bru siap copy kesemua core posting saya dlm thread ini. Sejak pukul 3.00ptg tadi.

Ia adalah hasil karya - harta intelek saya dalam seni sastera. Besar nilainya pada mereka yang memahami dan yang mengenal erti sebuah usaha buah fikir - untuk tinggalan generasi masa depan; yang akan digarap menjadi sebuah hasil karya berharga. Sedih dan sayu juga hati ni setiap kali saya terpandangkan thread yang telah bersimbolkan 'mangga' itu.

Kepada sekelian forumer dan pembaca sekelian saya hargai penglibatan sdra/i dlm thread ni sejak ia mula dilancarkan pada Februari lalu. Kini ia telah mencecah 308 muka surat dengan 4606 posting serta 150,150 hits pada jam 7.25ptg.

Sebagai orang seni saya cukup mengerti akan bahasa isyarat; body language pihak MOD. Saya takde nak komen apa-apa, sekadar terima kasih di atas kesempatan yang diberikan. Maaf mana yang terkasar dan tersilap.

Wassalam.

Sila kunjungi http://ikanlepu.blogspot.com untuk yang lebih padat & bermunafaat.


Moderator - tokJongos wrote;

Time kasih yeop kerana miker memahami.

Anewei thread ni masih ada lagi di sini dan teman minta pada MOD2 utk tidak unsticky-kan sehingga satu ketika nanti apabila pembuka thread atau forumer selesai membuat segala apa yg patut.

Teman mengucapkan syabas pada yeop IL kerana setahu teman thread nilah thread yg paling byk hits nya... tahniah!

tokJongos: Dgn ini teman tutup thread ni... jika ada sebarang masalah sila pm teman.


** Perkembangan Terbaru 4 Ogos '10:  Walaupun thread ini telah ditutup pada hari Ahad lalu, hingga kini ia masih dikunjungi secara galak. Hitsnya telah mencecah 152,225, iaitu bertambah sebanyak 2,015 hits.

** Perkembangan Terbaru 5 Ogos '10:  Hits terus bertambah sebanyak 427 lagi kepada 152,652 hits.

** Perkembangan Terbaru 6 Ogos '10:  Hits terus bertambah sebanyak 412 lagi kepada 153, 064 hits.

** Perkembangan Terbaru 7 Ogos '10:  Hits terus bertambah sebanyak 346 lagi kepada 153,410 hits.

** Perkembangan Terbaru 8 Ogos '10:  Hits terus bertambah sebanyak 144 lagi kepada 153,554 hits.

** Perkembangan Terbaru 9 Ogos '10:  Hits terus bertambah sebanyak 281 lagi kepada 153,845 hits.

** Perkembangan Terbaru 10 Ogos '10:  Hits terus bertambah sebanyak 507 lagi kepada 154,352 hits.

** Perkembangan Terbaru 11 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 512 lagi kepada 154,864 hits.

** Perkembangan Terbaru 13 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 294 lagi kepada 155,158 hits.

** Perkembangan Terbaru 14 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 323 lagi kepada 155,481 hits.

** Perkembangan Terbaru 15 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 204 lagi kepada 155,685 hits.

** Perkembangan Terbaru 16 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 174 lagi kepada 155,859 hits.

** Perkembangan Terbaru 17 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 227 lagi kepada 156,086 hits.

** Perkembangan Terbaru 18 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 446 lagi kepada 156,532 hits.

** Perkembangan Terbaru 19 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 700 lagi kepada 157,232 hits.

** Perkembangan Terbaru 20 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 445 lagi kepada 157,677 hits.

** Perkembangan Terbaru 21 Ogos '10:  Hits terus bertambah sebanyak 437 lagi kepada 158,114 hits.

** Perkembangan Terbaru 22 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 188 lagi kepada 158,302 hits.

** Perkembangan Terbaru 28 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 1,124 lagi kepada 159,426 hits.

** Perkembangan Terbaru 30 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 620 lagi kepada 160,046 hits.

** Perkembangan Terbaru 31 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 349 lagi kepada 160,395 hits.

** Perkembangan Terbaru 2 Sept '10: Hits terus bertambah sebanyak 402 lagi kepada 160,797  hits.

** Perkembangan Terbaru 5 Sept '10: Hits terus bertambah sebanyak 183 lagi kepada 160,980 hits.

** Perkembangan Terbaru 10 Sept '10: Hits terus bertambah sebanyak 364 lagi kepada 161,344 hits.

** Perkembangan Terbaru 14 Sept '10: Hits terus bertambah sebanyak 528 lagi kepada 161,872 hits.

** Perkembangan Terbaru 20 Sept '10: Hits terus bertambah sebanyak 1,175 lagi kepada 163,047 hits.

** Perkembangan Terbaru 23 Sept '10: Hits terus bertambah sebanyak 694 lagi kepada 163,741 hits.

** Perkembangan Terbaru 26 Sept '10: Hits terus bertambah sebanyak 780 lagi kepada 164,521 hits.

** Perkembangan Terbaru 29 Sept '10: Hits terus bertambah sebanyak 479 lagi kepada 165,000 hits.

** Perkembangan Terbaru 5 Okt '10: Hits terus bertambah sebanyak 1,762 lagi kepada 166,762 hits.

** Perkembangan Terbaru 8 Okt '10: Hits terus bertambah sebanyak 719 lagi kepada 167,481 hits.

** Perkembangan Terbaru 17 Okt '10: Hits terus bertambah sebanyak 1,240 lagi kepada 168,721 hits.

** Perkembangan Terbaru 25 Okt '10: Hits terus bertambah sebanyak 1,280 lagi kepada 170,001 hits.

** Perkembangan Terbaru 31 Okt '10: Hits terus bertambah sebanyak 559 lagi kepada 170,660 hits.
     # Masih ada pertambahan walaupun V11 dah dilancarkan #

** Perkembangan Terbaru 7 Nov '10: Hits terus bertambah sebanyak 760 lagi kepada 171,420 hits.
Elias Hj Idris
Ini adalah buku pertama saya yang menggunakan konsep misteri-sejarah dan kaitannya dengan agama. Makhluk ghaib memang terdapat dalam ceritera agama - dijelaskan dalam al-Quran dan diperingatkan dalam hadis baginda Rasulullah saw.

Cuma makhluk ini berada di sisi sebelah sana - di luar jangkauan akal manusia. Namun asal kejadiannya dijelaskan bersekali dengan kedurhakaan dan 'kewajipan' untuk mereka berusaha keras dan sungguh-sungguh dalam menyesatkan manusia yang berasal dari Adam a.s.

Kenapa? Berpunca apabila ia dilaknatkan Allah swt.

Kenapa begitu? Disebabkan kedurhakaan secara terang-terangan di hadapan Allah swt. Ia enggan tunduk kepada Adam a.s. apabila diperintahkan Allah.

Seiring dengannya ialah asal kejadian manusia yang hanya dari segumpal darah; yang kemudian ditiupkan ruh-Nya apabila janin berusia 120 hari ketika dalam perut si ibu.

Ada pertelagahan kepentingan di antara kedua-duanya; antara jin-iblis-setan dengan manusia beriman.

Kepengetahuan ini penting dalam mengelakkan diri kita semua daripada terjebak ke dalam jurang kesesatan; yang bakal dan boleh menjerumuskan kesemua anak-cucu Adam a.s. ke dalam neraka Allah.

Permulaannya bersahaja dengan cerita sejarah - sejarah perjuangan pahlawan di tanah air kita sejak peringkat awal dahulu.


Kulit Depan: Siri 'Selangkah ke Alam Jin'

Bab 1



Nama orang tua ini sinonim dengan ilmu jabat. Ia ilmu hulubalang yang telah lama wujud dalam masyarakat Melayu sejak zaman silam. Ia telah diwarisi turun menurun dari abad ke-17, selepas kebangkitan Islam di Asia Tenggara.


Kehandalan pahlawan Melayu seperti Tuk Gajah, Dato' Bahaman, Mat Kilau, Tuk Janggut, Wali Sembilan di Indonesia; Sunan Gunung Jati, Sunan Kali Jaga, Sunan Bonang dan banyak lagi pejuang yang menentang penjajah dan menegakkan panji-panji Islam, seakan-akan ilmu kebatinan pahlawan dan para wali ini telah semakin senyap dan hilang lenyap.

... dan seterusnya.


Bab 2
Che Ngah Ibrahim dilantik menjadi Menteri Larut oleh Long Jaafar yang kembali menjadi Raja Besar Benua Siam Islam Kedah bergelar Sultan Jaafar Mad Azam Syah. Che Ngah Ibrahim yang memakai gelaran Orang Kaya Paduka Tuan adalah anak pembesar Paduka Setia, iaitu Orang Besar Enam Belas yang menjadi pengapit Panglima Bukit Gantang.


Dia meneruskan pentadbiran di sebuah bangunan besar dalam kota yang dibina di Matang dalam tahun 1854. Ia mempunyai tembok batu sepanjang 131 meter dan lebar 110 meter yang bertempat kira-kira 8km dari bandar Taiping.

... dan seterusnya.

Satu drp buku untuk teman sekampung;
Dato' Mohd Razif Kadir, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia


Penulis : Elias Hj Idris ( Ikanlepu )
Pelukis : Zainal Buang Hussien - Kartunis Majalah Gila Gila/Pengasas
Kulit : Fazrul Arhan Razali ( Pelukis Creative Enterprise/Cover )

SELANGKAH KE ALAM JIN

Siri 1 : Menyusuri Denai Di Hutan

Untuk sementara waktu, buku tidak dijual dimana mana kedai buku. Hanya boleh dibeli secara e-comm @ online order @ jumpa saya bagi mereka yang berdekatan area Puchong @ Kuala Lumpur.

Sila hubungi 013 3318538 Pak Syed.

Buat sementara waktu, website e-comm sbistari.com belum siap, sesiapa yang nak beli boleh bank in ke akaun berikut :

Bank : Maybank
Nama : PERNIAGAAN SERI BISTARI
Akaun No : 564164110774


Bank : CIMB
Nama : Shahimi Bin Hassan
Akaun No : 12320000668201

Selepas bank in sila SMS - Reference No dan alamat penghantaran.
013 3318538 @ 012 6548427
atau boleh email maklumat pembayaran @ alamat ke
admin@sbistari.com

Harga senaskah RM9.00 + RM3.50 (Pos Express) = RM12.50

Setiap naskah buku ini dijual, RM1.00 akan disumbangkan @ di Infaq ke tabung Madrasah Insaniyyah. ( Bagi Siri 1 hingga 5 )
Ma'had Tahfiz Al-Ansori ( Bagi Siri 6 hingga 10 )
SKAJ ini akan di terbitkan sehingga 200 Siri, Insya-Allah
Elias Hj Idris
Nota:  Saya rasa elok sekali kita berkongsi sama dengan hasrat murni di sebalik artikel ini. Ia teman copy dari TKO dan ditepekkan di sini untuk mereka yang sedang berusaha mencari jalan - menuju Kekasihnya.

Oleh: IkangDukang


"Bagi ahli ibadah mereka mampu berjaga malam untuk sesi solat tahajud, berzikir dan bermunajat. Melalui sesi tersebutlah mereka melakukan perjalanan rohani dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Perjalanan rohani ialah perjalanan diri dalam mengenali kekerdilan diri di samping memuja dan memuji kebesaran al-Khaliq.

Melalui perjalanan diri inilah terbentuknya apa yang dinamakan cinta hakiki iaitu cinta kepada Allah. Kita akan dapat rasakan betapa kasih Allah dan kasih kita terjalin erat. Bukankah tidak sempurna iman seseorang melainkan cintanya kepada Allah dan Rasul mengatasi kasihnya terhadap yang lain? Persoalannya ialah bagaimanakah perasaan cinta ini bukan hanya sedap sebut di mulut bagi orang awam yang kebanyakannya bukan ahli ibadah ini?

Setiap orang mestilah berusaha mencapai tahap ahli ibadat yang khusyuk dan pasrah. Setiap orang mestilah berusaha melazimi situasi ‘khauf dan rojab’ yakni ‘takut dan harap’. Khusyuk, pasrah, takut dan harap adalah proses untuk merealisasikan cinta akan Allah yang hakiki.

Namun begitu, mari kita berkongsi pengalaman ini. Sebelum kita mencapai tahap ahli ibadah yang terpuji di atas, marilah kita menjadi orang awam yang sedang ‘mencari’. Syarat asasnya ialah kita jangan tinggal solat lima waktu disusuli wirid dan doa yang lazim dilakukan. Ini adalah amalan biasa bagi orang kebanyakan macam kita. Aktiviti yang tak sampai 15 minit ini memadai sebenarnya untuk mencapai rasa cinta kepada Allah. Tetapi tanyalah diri sendiri, siapa yang terbentuk cinta hakikinya dalam amalan 15 minit setiap solat fardhu ini? Jawapannya tahulah sendiri. Mengapa?

Rahsianya ialah kita sebenarnya menjadi ‘pencuri’ tanpa kita sedari, ya tanpa kita sedari. Masa 15 minit yang kita khususkan untuk kewajipan solat dan diikuti wirid serta doa selepasnya sebenarnya kita curi daripada Allah. Bukankah masa 15 minit itu untuk Allah tetapi mengapa kita ambil lagi masa yang memang pendek itu untuk melayarkan hati kita kepada urusan dunia yang pelbagai ragamnya. Ketika solat kita tak khusyuk. Ketika wirid kita tak khusyuk dan ketika berdoa pun kita tak khusyuk. Lain yang kita sebut di mulut, ke destinasi lain pula hati dan minda kita belayar. Bukan dekatkan diri kepada Allah. Sudah duduk dalam majlis Allah pun, batin kita sanggup lari darinya. Ya kita sanggup lari dan memang kita melarikan diri daripada berhadapan dengan Allah. Memang jahat kita. Kita lari dari Allah dalam majlisnya. Kita curi masa bersama Allah.

Maaf saudara-saudari para pembaca yang budiman sekalian. Maaf kalau perkongsian saya ini bertolak daripada riak dan takabbur yang berselindung dalam batin saya. Yang utamanya saya mohon ampun dari Tuhan saya. Sekali Allah temukan saya dengan pengalaman batin hanya melalui proses 15 minit itu. Antara sekali-sekala saya terlalai dan terlepas daripada khusyuk, saya dapat menjalankan batin saya kepada Tuhan yang saya kasihi. Saya rasa bersalah betul, hina betul, kerdil betul dan saya zahirkan cinta saya kepada Allah. Saya merasakan tali cinta saya, saya sambungkan dengan tali cinta Allah. Saya ingat makna-makna bacaan, saya rasa nampak kebesaran Tuhan. Saya baca dan wirid dengan suara yang lembut. Oh alangkah bagusnya kalau kita sentiasa dapat melalui proses itu dalam setiap solat 5 waktu.

Pengajarannya ialah kita jangan curi masa yang memang telah kita peruntukkan untuk bersama Kekasih. Jangan kita larikan hati dan minda dari majlis bersama Kekasih. Cukup baik bagi kita orang awam sekiranya 15 minit yang singkat itu jiwa kita kekal bersimpuh dalam majlis bersama Kekasih. Usahakanlah wahai sahabat sekalian.
Ada pihak yang mengatakan perbuatan ini bid'ah - biarkan si Luncai itu
terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan....


p/s  Jazakallahu-khair....
Elias Hj Idris
Pada hujung minggu itu juga Azr'ei ajak saya berpindah ke rumah mereka di Ketereh dekat Kota Baru. Dengan ihsan Samad, saya ditumpangkan dengan kereta MG Sportsnya bawa sekali beg pakaian. Kebetulan mereka ada kelas tambahan di sekolah Jelawat. Jadi, pada tengahari itu, saya ikut sekali. Duduk pun mengiring sebab tempat duduk belakang kereta sports itu terlalu sempit.

Itulah saat yang paling melegakan hati saya. Dunia serasa lapang bercahaya tidak bertepi. Betapa tidak, dengan keluarnya saya dari Gunung bererti satu beban besar telah dapat dielakkan. Saya cukup fobia jika ditakdirkan berkahwin dengan pompuan Kelantan. Entah kenapa? Sedangkan rata-rata mereka manis belaka. Hati ini tidak dapat ditipu melihat kepada beberapa orang gadis Che' Siti Wan Kembang ketika di kolej tempohari. Rohani yang putih melepak - anak seorang tauke garam di Kota Baru. Nik Zanariah, yang kecil molek - cukup lawa apabila mengenakan baju kebaya pendek.

Err... Jamilah tu pun lawa juga.

"Kami duduk ramai di situ," jelas Azra'ei ketika dalam perjalanan. "Nanti ko kenal la Fatah... dia tu macam Rahmat Kartolo sikit."

"Err... yang macam pelakon Siam pun ada," Samad yang sejak mula diam bersuara sambil menoleh.

"Ko kata kat sape tu, Mad?" Azra'ei menyeringai sambil menoleh kepada saya di belakang. "Hassan yeak!"

"Ha... ha...," gelak Samad yang tidak pernah kering dengan seringainya sejak kali pertama saya temuinya di sekolah mereka sebelum itu. "Remos mesti kasi betul selalu...."

Saya cuma ikut sengih - tidak kenal lagi siapa Fatah dan Hassan? Puas benak ini melakarkan wajah mereke daripada watak yang digambarkan itu. Kalau Rahmat Kartolo memang mudah saya bayangkan; misai bertaring, tampan dan menarik gaya personalitinya. Lebih diingat lagi, dia di antara pelakon Indonesia yang paling macho dan digilai - tidak seperti Dicky Zulkarnaen yang heboh diperkatakan terlibat dalam kematian pelakon terkenal Hong Kong; Bruce Lee. Dia menjurus ilmu batin pada pelakon biadab Cina itu.

"Ada satu lagi geng kita... Rosidi, tapi dia datang jarang-jarang je," jelas Azra'ei. "Dia orang Kuala Kangsar."

Kalau dia datang jarang-jarang, di mana pula dia tinggal.

"Dia mengajar di Sekolah Menengah Sains - ada asrama," jelas Azra'ei yang berasal dari Kedah tanpa dipinta. "Haa... dia tu serius sikit."

"Kamu akan lebih selamat jika duduk dengan kitaorang," jelas Samad serius. "Kat sini kamu jangan main-main; silap aje nanti jadi oghe Kelate - mu pakai semutar deh... pakai kain batik. Mau kamu?"

"Minggu ari tu, err... pakcik tu datang ke sekolah; pelawa anak dia lagi," jelas Azra'ei. "Ari tu dia datang umah - berapa kali? Nasib ada Cikgu Awang Hamat - tolong selamatkan."

Kenapa ya? Saya mula melakar lamunan sendiri. Apa sangatlah yang kami ada? Guru lepasan maktab - gaji pun kecil, tetapi menjadi perhatian ibu-bapa sibuk nak menjodohkan anak gadis mereka dengan cikgu - orang luar. Mereka tidak berminat dengan orang tempatan - walaupun cikgu.

"Cikgu orang tempatan ni dah kira sah ada mata air depa sejak belum masuk kolej lagi," jelas Samad masih dengan seringainya. Seringai orang yang tiada masalah. Al-maklumlah dia anak seorang Pak Imam dari Batu Pahat. Jika tidak masakan dia boleh mampu pakai kereta MG Sports, sedangkan baru saja jadi cikgu tiga tahun? Cikgu di sekolah rendah pula.

"Kalau tidak pun depa tak percayakan kejujuran lelaki Kelantan - nombor satu sebab rajin ke Golok," sahut Azra'ei. "Pastu lelaki Kelantan ni pemalas sikit... rajin lepak di kedai kopi dengan membiarkan isteri depa cari nafkah."

Hang... kalau orang Kelantan dengar siap kena jadi kerabu! Macam la dia tu baik sangat!

Saya tidak banyak bersuara. Saya lebih suka mendengar sambil mencerap suasana baru yang akan dilalui tidak berapa lama selepas itu. Daripada gaya percakapan mereka, saya yakin cikgu-cikgu itu semua bukan sembarangan. Cikgu Rosidi itu adalah jurulatih terkemuka dalam sukan ragbi. Namanya top di Kota Baru. Cikgu Samad, ahli dalam sukan hoki dan sepak takraw. Azra'ei pula memang hebat dalam permainan badminton.

"Lagi satu kawan kita... Shuhaili, pun orang Telok Intan," tambah Azra'ei lagi. "Haa... dia ni mat smart. Baju mesti jenama 'Arrow'. Kering aje orangnya."

Saya mengangguk tanda bersetuju.

"Nanti... kamu berulang tak payah naik bas la. Berapa jam nak sampai?" kata Azra'ei dengan lagak serius. "Err... aku boleh kenalkan dengan satu cikgu tu - dia pun berulang dari KB ni ke Gunung. Dia ada Mini Cooper."

Ada juga gerai menjual daging lembu segar

Pandai Samad bawa kereta, diam tak diam - masuk simpang sana-sini meelepasi beberapa buah gerai minuman, tup... tup dia pun tiba di satu kawasan perumahan. Rumahnya jenis setingkat. Belok dua-tiga simpang kami pun sampai ke sebuah rumah. Samad terus letakkan keretanya di luar pagar. Dalam porch sudah ada sebuah kereta - Mini Cooper S milik Cikgu Hassan, fikir saya.

"Mai la...," Azrai mempelawa saya masuk. "Usah segan-segan.... ni semua orang yang senasib. Bujang belaka.

Kebetulan semua ahli rumah ada belaka - sudah siap bergaya untuk keluar pergi makan. Jam sudah pun menunjukkan hampir ke pukul 2.00 petang. Sulaiman, Fatah dan Shuhaili datang melihat kami, kemudian aku bersalam sebaik Azra'ei memperkenalkan aku kepada mereka.

"Kawan baru kita," jelasnya.

"Haa... duduk kat sini kena cekap dan cermat - jangan mudah terpedaya," Samad bersuara terus menghilangkan dirinya ke dalam.

"Yeah... good luck ti you," Fatah bersuara sambil membetulkan lipat bajunya yang dimasukkan ke dalam. Gaya Rahmat Kartolo; pun berbaju jenama 'Arrow' juga.

"Bawa masuk la beg tu... nak duduk kat mana-mana bilik pun takpe," jelas Azra'ei sambil menjeling kepada Shuhaili yang masih asyik di depan cermin muka. "Ko duduk aje la... puak-puak ni bukan reti tidur pun...."

Aiks... saya kehairanan; tak reti tidur? Depa dok buat apa pulak? Jenis apa pula mereka ni?

Saya ditinggalkan dalam dilemma. Sah ini akan ada satu pengalaman baru yang akan terukir.
Elias Hj Idris
Sebelum ini telah disebutkan bahawa orang sufi adalah mereka yang berjalan pada jalan Allah. Mereka selama-lamanya mengingat dan menyebut nama Allah, dengan hatinya yang sentiasa tenggelam cinta kepada Allah.

Jalan utama untuk seseorang itu menempuh jalan ini pertamanya dia perlu beroleh kasyaf batin; di mana hatinya telah dapat melihat hal-hal yang tidak dapat dilihat oleh mata zahir (atau mata kasarnya). Ia adalah kehidupan bagi seorang sufi - malah itulah lambang kehidupan tasauf yang tidak mungkin dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Malah inilah punca perdebatan dan perselisihan di antara ulama-ulama tasauf dengan ulama fiqh dan ulama ilmu kalam @ kaum fuqaha.

Kaum sufi percaya penuh bahawa pengetahuan manusia itu hanyalah jalan usaha batin selain daripada pancainderanya yang lima itu. Usaha batin ini sebenarnya menghubungkan manusia dengan alam rohani. Bahawa mujahadah (mempergunakan sehabis tenaga) melawan nafsu, mahabbah atau cinta penuh kepada Allah, fana dan tenggelam dalam mengingat dan menyebut Allah, melakukan ibadat yang tiada hentinya kepada Allah, semuanya itu mempersiapkan roh kita agar dapat merasakan keenakan ibadat dan bersiap-sedia dalam menerima sesuatu daripada Allah.

Kemudian, ia akan menghubungkan orangnya itu kepada pelbagai ilmu dan pengetahuan. Pengetahuan (makrifat) dalam kepercayaan orang-orang sufi adalah tersembunyi dalam roh manusia. Ia bersifat semulajadi telah pun sedia ada dalam roh manusia itu. Ia tidak datang kemudian.

Usaha mengalahkan kemahuan jasad dan mempertinggikan kedudukan roh dalam diri, semuanya bekerja mengoyak dan melenyapkan sekelian hijab yang mendinding pengetahuan dan pandangan halus manusia. Kemudian ia melenyapkan segala kegelapan yang terdapat di antara roh seseorang dengan Cahaya Yang Maha Tinggi.

Ada limpahan dan sorotan ilham daripada Allah swt

Apabila taat kepada Allah bererti mewajibkan seseorang itu mencintai Allah. Apabila mencintai Allah, ia disahabati oleh limpahan dan sorotan ilham daripada Allah kepada si pelakunya. Imam Ahmad bin Hanbal ada mengatakan; "Bukan ilmu dengan banyak belajar atau meriwayatkan, tetapi ilmu itu cahaya (nur) yang dijatuhkan Allah ke dalam hati mereka yang taat sehingga Allah turut mencintai mereka pula". Inilah yang dikatakan Allah dalam Surah an-Nisa': 1;

"Takutlah kamu akan Allah, Allah yang akan mengajari kamu."

Orang-orang sufi telah menetapkan bahawa ilham hati, kasyaf rohani merupakan tanda-tanda dasar yang mencakup keseluruhan kehidupan mereka. Mereka akan terus berenang dalam ilham dan kasyaf batin itu sebagai ilmu yang batin. Ilmu batin bererti mengetahui hal-hal yang tidak dapat dilihat secara zahir. Ilmu batin yang tinggi ini adalah di antara ilmu yang diperoleh Nabi Khaidir a.s yang tidak diketahui oleh Nabi Musa a.s.

Dalam pertemuan yang disebutkan dalam Surah al-Kahfi itu menceritakan bagaimana pada suatu hari Musa a.s dan pemuda pembantunya kembali mencari seekor ikan mereka yang tertinggal di Majma'al Bahraini (pertemuan dua buah laut). Di situ mereka telah bertemu dengan seorang hamba Kami (seperti firman-Nya) yang telah Kami berikan rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami beri ilmu banyak kepadanya.

Maka berkatalah Musa a.s kepadanya, "Bolehkah aku mengikuti engkau, supaya engkau ajarkan kepadaku ilmu yang betul seperti yang telah diajarkan kepada engkau?"

Hamba Kami itupun berkata kepadanya, "Sesungguhnya, engkau takkan kuasa sabar bersama-samaku. Bagaimanakah engkau akan sabar tentang sesuatu yang tiada engkau alami?"

Berkata Musa a.s, "Nanti engkau akan dapati aku insyaAllah, orang yang sabar dan aku tidak akan mendurhakai perintahmu."

"Baik la," kata orang tersebut. "Jika engkau mengikuti saya, maka janganlah ditanyai akan apa jua sehingga saya beritahukan kepada kamu."

Kemudian kedua-duanya lalu belayar dengan sebuah perahu. Tiba-tiba perahu itu lalu ditebuk lubang.

"Maka berkata Musa a.s; Adakah engkau korek perahu ini, supaya engkau mengaramkan penumpangnya? Sesungguhnya, engkau memperbuat suatu yang besar (berbahaya)."

Dia berkata: "Bukankah sudah kukatakan bahawa engkau takkan kuasa untuk sabar bersamaku."

Berkata Musa a.s, "Janganlah engkau menyiksaku, kerana kealpaanku dan janganlah engkau memberatiku dengan kesukaran."

Lalu keduanya berjalan. Sehingga, apabila keduanya menjumpai seorang anak muda lalu dibunuhnya. Maka berkata Musa a.s, "Mengapa engkau bunuh seorang anak yang suci tanpa berdosa? Sesungguhnya, engkau telah memperbuat sesuatu yang mungkar."

Dia berkata, "Bukankah telah kukatakan kepadamu bahawa engkau takkan kuasa sabar bersamaku?"

Jika engkau tanyai lagi aku sesudah ini, janganlah engkau ikuti aku, sesungguhnya telah cukuplah engkau menerima keuzuran daripadaku."

Kemudian kedua-duanya berjalan lagi, sampai kepada penduduk di suatu negeri lalu keduanya meminta makanan, tetapi penduduk di situ enggan memberikan makanan kepada mereka.

Lalu keduanya menemui dinding yang hampir roboh lalu diperbetulkan kembali.

Berkata Musa a.s, "Jika engkau kehendaki ambillah upah daripadanya."

Maka kata orang itu, "Inilah perpisahan antara aku dengan engkau. Nanti akan kuberitakan kepadamu takwil-takwil (keterangan) apa yang engkau tidak sanggup sabar atasnya."

Adapun sampan tadi kepunyaan beberapa morang miskin yang bekerja di laut. Aku merosakkannya sedikit kerana di belakang mereka ada seorang raja yang akan merampas setiap sampan dengan kekerasan.

Adapun anak tadi, kedua orang tuanya orang yang percaya akan Allah. Kami takut nanti orang tuanya itu akan jadi derhaka dan kafir kerana anaknya.

Aku bermaksud biar Tuhan menukarkan anaknya itu dengan yang lebih baik daripadanya dan lebih suci serta lebih pengasih.

Adapun tembok yang hampir roboh itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di dalam negeri ini dan di bawah dinding itu ada perbendaharaan bagi keduanya, orang tua keduanya itu adalah orang yang soleh.

Lalu Tuhan menghendaki supaya keduanya sampai umur dewasa lalu keduanya mengeluarkan harta simpanan itu sebagai rahmat daripada Tuhannya.

Bukanlah yang kuperbuat itu dengan kehendakku (melainkan dengan wahyu Tuhan). Demikian takwilnya perkara yang tiada sanggup angkau sabar terhadapnya.

Surah al-Kahfi: 63-82.

Nabi Khaidir a.s. ini salah seorang yang mendapat ilmu batin daripada Allah swt. Ilmu yang diberikan Allah itu sudah merupakan satu tahap maksimum.

Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah meriwayatkan dari Ummul-mu'minin Aisyah r.a. bahawa ibu Islam ini pernah berkata, "Pada suatu hari Saad bin Abi Waqas bertengkar dengan Abdullah bin Zum'ah mengenai seorang anak lelaki. Kata Saad, "Anak ini ya Rasulullah adalah anak saudara saya, anak 'Utbah bin Abu Waqas yang diserahkan kepada saya untuk memeliharanya. Lihatlah, bukankah dia serupa dengannya".

Lalu Rasulullah melihatnya, nyata sekali amat serupa dengan 'Utbah. Akan tetapi Nabi bersabda kepada Abdullah bin Zum'ah, "Anak ini untukmu, hai Abdullah bin Zum'ah, anak ini bagi engkau dan orang yang derhaka tidak dapat. Hai Saudah binti Zum'ah, berhijablah engkau terhadap anak ini (jangan lihat dia seperti lelaki lain)". Maka Saudah (isteri Nabi) tidak pernah melihat anak itu sekalipun juga."

Kata Al-Hafiz Al-Bulqaini dan Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani dengan hadis ini nyatalah bahawa menghukum itu harus berdasarkan kepada yang zahir - tidak dengan ilmu batin kerana Nabi saw telah memutuskan anak itu saudara Abdullah bin Zum'ah dengan kata Nabi, "Da saudara engkau hai Abdullah' disebabkan anak itu berada dalam peliharaan Abdullah."

Walaupun anak itu adalah anak saudara Abdullah bin Zum'ah dan bersaudara pula dengan isteri Nabi - Saudah binti Zum'ah, akan tetapi Nabi memerintahkan isterinya agart berhijab dengan anak itu. Ia menunjukkan bahawa anak itu bukan saudara kepada Saudah binti Zum'ah secara hukum.

Pada Nabi, ada ilmu batin yang mengetahui siapa sebenarnya anak itu? Bukti-bukti lahir mengatakan bahawa anak itu adalah anak Zum'ah, sedangkan pada bukti secara batin menunjukkan bahawa anak itu adalah anak 'Utbah. Oleh itu Nabi memenangkan orang yang mempunyai bukti zahir serta menjalankan hukum batin kepada isterinya supaya memandang anak itu seperti bukan saudaranya, tetapi sebagai lelaki lain yang tidak jadi mahramnya.

Dengan hukum tersebut, Rasulullah menjalankan dua hukum sekaligus; hukum zahir dan hukum batin. Jadi hadis tersebut menyatakan kepada kita tentang adanya hukum batin, iaitu ilmu bagi orang-orang yang sufi.

Bersambung.... contoh2 lain.
Elias Hj Idris
Seorang ulama besar tasauf, Sahl at-Tasatturi berkata; Dasar-dasar tariqat kami ada 7:
-  Berpegang dengan kitab al-Quran;
-  Mengikut sunnah Nabi Muhammad saw;
-  Makan hasil yang halal;
-  Menahan diri daripada menyakiti orang;
-  Menjauhi sekelian maksiat;
-  Menetapkan diri dengan taubat; dan
-  Menunaikan sekelian hak.

Inilah dasar tasauf yang sebenar. Jika ada sesiapa yang menyeleweng walaupun sekelumit daripada dasar-dasar ini, bererti mereka telah jauh menyimpang daripada tasauf. Apabila menyimpang daripada tasauf bererti mereka telah meninggalkan iman.

Imam al-Ghazali telah menghuraikan tujuan ahli-ahli tasauf;

"Ketahuilah bahawa orang yang menempuh jalan Allah itu amat sedikit sekali. Tetapi kalangan yang mengaku demikian teramatlah banyak. Ada dua alamat penting yang dapat dilihat tentang bidang ini; Hendaklah sekelian perbuatan yang mendasari gerak-laku seseorang ahli sufi itu dapat ditimbang dengan timbangan syariat Islam. Ia mesti selaras dengan tempat letaknya yang sebenar - tempat duduknya yang berkait dengan syariat; dalam soal masuk-keluarnya, maju-mundurnya sebab jalan Allah itu tidak mungkin akan ditempuhi sepenuhnya sebelum seseorang itu benar-benar duduk dalam syariat Islam.

Ia bererti segala tatatertib syariat itu telah dilakukan. Semua ini tidak akan dapat dicapai oleh orang-orang yang tidak menetapi sejumlah solat sunat, selain daripada mengerjakan yang fardu. Apatah pula jika seseorang yang sering mensesiakan solat fardunya, langsung tidak akan sampai ke darjat sufi.

"Kalau tuan katakan; Apakah martabat salik (yang menjalani) jalan-jalan Allah itu boleh sampai kepada taraf dia melepaskan atau meninggalkan sebahagian daripada ibadat wajib, dan sampai ke taraf tidak berbahaya lagi baginya untuk mengerjakan sebahagian yang terlarang, sebagaimana yang dinaqalkan orang daripada sebahagian syeikh tasauf yang memandang enteng atau mudah dalam soal-soal ini.

Jawabnya; itulah dia 'ghurur' - inilah tipu-daya yang dimaksudkan itu. Ahli-ahli tahqiq telah mengatakan, "Kalau tuan melihat seorang manusia dapat berjalan di atas air, tetapi dia mengerjakan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam - maka ketahuilah bahawa dia itu adalah syaitan." Maka pendapat ahli tahqiq itu adalah benar."

Pendapat ini adalah benar, di mana tiada satu pun bahagian dasar tasauf itu yang lemah dan dapat menjadi sasaran serangan kaum fuqaha.

Hubungan Tasauf dengan syariat teramat rapat dan kukuh

Bagi seorang ahli tasauf yang hakiki, mereka tetap mengikat tasauf dan syariat Islam dengan kukuh sekali. Kata Imam al-Ghazali seterusnya;

"Saya sedar dengan yakin sekali bahawa orang-orang sufi itu adalah orang yang khusus menjalani jalan-jalan Allah. Jalan yang ditempuh mereka adalah jalan yang sebenar - jalan yang asli. Dalam menjalaninya mereka tetap memelihara akhlak dengan sebaik-baiknya. Andainya berkumpul sekelian cerdik-pandai Islam bersama hukama' dan ulama yang benar-benar arif tentang syariat Islam lalu cuba mencari cacat-cela dalam akhlak orang-orang sufi ini - mereka tidak akan terdaya. Sebab, segala yang dilakukan oleh orang-orang sufi itu adalah benar belaka.

Mereka tawajjuh selain menerima misykat kenabian

Ia disebabkan segala gerak-geri orang-orang sufi itu sama ada lahir dan batinnya, harus mengambil sinar daripada misykat (lampu) kenabian. Malah kita semua talah tahu tidak ada cahaya lain yang melebihi dari cahaya misykat Nabi yang terang-benderang itu."

Seandainya masih ada orang yang ingin menghentam dasar-dasar tasauf, apakah ada ruang untuk menidakkan seseorang yang pekerjaannya setiap masa hanya mensucikan hatinya daripada yang lain daripada Allah. Kuncinya, dia mengharamkan hati seluruhnya cuma untuk mengingat Allah dan akhirnya fana habis akan Allah swt.

Awal perjalanan ini ialah dengan mukasyafat (beroleh kasyaf), iaitu dapat melihat yang tiada dapat dilihat dengan mata biasa - sampai mereka dapat melihat Allah dalam jaga, dapat melihat roh-roh para nabi, dapat mendengar suara-suara mereka itu sehingga dapat menanyakan pelbagai yang yang perlu, kemudian mereka naik terus daripada melihat rupa-rupa itu sehingga sampai ke darjat tidak mungkin dapat dituturkan dengan lidah ataupun dituliskan dengan kalam lagi."

Demikian penjelasan Imam al-Ghazali tentang dasar dan jalan-jalan yang ditempuh oleh mereka yang sebenarnya orang sufi. Ia merupakan hakikat tasauf yang sebenar - yang tidak mungkin akan dapat dihuraikan dengan berlebih lagi.

Oleh kerana hakikat tasauf ini begitu mulia, suci dan langsung berhubungan dengan Allah swt pada setiap saat, maka ulama tasauf yang sebenar tetap terpelihara dan tidak pernah kalah atau dapat dihancurkan dalam setiap pertempuran besar dan hebat. Sebab ia merupakan satu bentuk kehidupan yang kekal kuat sepanjang zaman.
Elias Hj Idris
Setiap orang yang memilih jalan tariqat, hendaklah mengambil berat dalam urusan sembahyang 5 waktu dengan menyempurnakan berdirinya, bacaannya, khusyu'nya, ruku'nya, sujudnya dan seterusnya terhadap kesemua rukun dan sunat-sunatnya.

Sempurnakan berdiri, bacaan, ruku' dan sujudnya

Tiada hati yang lalai, atau lena dalam awang-awangan

Malah sebelumnya lagi hendaklah diingat bersungguh-sungguh dalam hati bahawa kita akan berhadapan dengan Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Agung. Maka jangan sekali-kali kita bermunajat kepada Raja kepada sekelian raja dan Pembesar kepada sekelian pembesar dengan hati yang lalai, lena dalam awang-awang, kealpaan dan was-was; menerawang dalam lapangan angan-angan dengan fikiran terarah kepada hal-hal keduniaan yang tidak memberi faedah. Kelak kita akan dimurkai oleh Allah swt dan dihalau dari pintu menuju kepada-Nya.

Baginda Rasulullah saw ada bersabda;
"Apabila seseorang hamba berdiri untuk menunaikan solatnya, maka Allah Taala akan memerhatikan gerak-gerinya. Apabila sang hamba menoleh ke belakang, Allah Taala akan berkata kepadanya; Hai anak Adam! Engkau telah menoleh kepada siapa yang lebih baik lagi bagi kamu daripada-Ku? Jika dia menoleh lagi, Allah Taala akan berkata sekali lagi seperti yang tersebut itu. Jika dia menoleh lagi buat kali yang ketiga, maka Allah Taala akan memalingkan perhatian-Nya daripada orang itu."

Kalau orang yang menoleh itu dengan wajahnya yang lahir sahaja, maka Allah Taala telah memalingkan perhatian daripadanya, apatah lagi jika sang hamba itu memalingkan hatinya di dalam sembahyang kepada urusan keduniaan dan keindahannya, maka tentulah lebih besar lagi Allah Taala tidak mungkin melihat kepada tubuh badan manusia. Dia tidak menilai akan perkara lahir, tetapi pada hati manusia dan batinnya.

Roh Ibadat

Perlu diingat, roh kepada semua ibadat dan maksudnya ialah dengan menghadirkan diri di hadrat Allah swt. Sesiapa yang mengerjakan ibadatnya kosong daripada kehadiran hati, jiwa dan perasaannya maka ibadat itu sesia dan tidak berguna. Ia seumpama hampas. Malah ia boleh diandaikan keadaan seperti itu seolah-olah menghadiahkan kepada seorang Maharaja dengan seorang khadam jahat dan perosak. Ataupun hadiahnya cuma berupa sebuah peti yang kosong.

Jadi, patut atau tidak jika orang-orang seperti ini mendapat siksa dan diberikan balasan terhdap hadiah main-mainnya itu? Pastinya memang patut.

Melazimkan Jumaat dan Jemaah

Perlu juga diingat, setiap orang yang melalui jalan ini tidak akan sama sekali meninggalkan sembahyang Jumaat dan mengabaikan sembahyang secara berjemaah. Tindakan mengabaikannya adalah adat dan kebiasaan bagi orang-orang yang cuai. Ia adalah tanda bagi seseorang yang bodoh dan jahil.

Seterusnya, kita hendaklah memelihara sekelian kerja yang sunat - rawatib, sebelum dan sesudah sembahyang fardu itu. Maka hendaklah ditunaikan juga sembahyang witir dan dhuha. Jangan lupa pula mengisikan masa senggang di antara sembahyang maghrib dan isya itu dengan ibadat.

Seterusnya, jangan diabaikan waktu selepas subuh hingga ke terbit matahari serta masa sesudah asar hingga ke terbenam matahari. Kedua-dua masa ini adalah masa yang mulia, di mana pelbagai kurnia akan dicurahkan oleh Allah ke atas hamba-hamba-Nya yang menujukan permohonan.

Mengisi masa selepas subuh dengan ibadat, akan membawa rezeki untuk anggota zahir, iaitu makan-minum. Manakala mengisi masa selepas asar, khususnya akan membawa kepada rezeki untuk anggota batin - iaitu makanan rohani untuk hati. Perbuatan ini telah dicuba lakukan oleh mereka yang memiliki pandangan batin dari kalangan para arif yang berkedudukan tinggi di sisi Allah swt.

Dalam sebuah hadis ada diriwayatkan bahawa sesiapa yang terus duduk di tempat sembahyangnya dengan berzikir kepada Allah swt selepas sembahyang subuh, adalah lebih terjamin mendapat rezeki berbanding daripada orang yang pergi belayar di perantauan kerana mencari rezeki.

Peranan Zikir

Berzikir di setiap kesempatan, tanpa mengira waktu dan tempat

Perkara utama bagi mereka yang ingin menuju ke jalan Allah, sesudah mengerjakan segala perintah dan meninggalkan larangan, ialah dengan berzikir kepada Allah swt. Setiap orang yang memilih jalan ini perlu berzikir kepada Allah swt dengan lisan dan bersekali dengan hati pada setiap kesempatan yang munasabah, pada setiap waktu dan tempat.

Nota:  Perbuatan ini yang paling tidak disenangi oleh puak-puak Wahabi-salafi yang dicap sebagai bid'ah!

Zikir yang terkumpul di dalamnya segala maksud zikir dan tujuan-tujuannya yang lahir atau batin ialah sebutan Laa Ilaaha Illallaah (tiada yang nyata melainkan Allah). Zikir inilah yang wajib dilazimkan oleh orang-orang permulaan yang menuju ke jalan Allah, dan yang wajib kembali kepadanya oleh orang-orang yang yang telah pun sampai ke kemuncak ma'rifatullah.

Sesiapa yang ingin merasakan sesuatu rahsia dari rahsia-rahsia tariqat dan disingkap tabir baginya dengan sesuatu cahaya nur hakikat, maka hendaklah dia melazimkan diri dengan berzikir kepada Allah swt dengan hati yang hadir, penuh adab dan tertib, dengan tujuan yang benar serta tawajjuh (menghadapkan diri) dengan penuh khusyu' dan khudu'

Apabila kesemua sifat ini telah terkumpul pada diri seseorang itu di kala dia berzikir, maka mudahlah baginya untuk tersingkap al-Malakut al-A'la, iaitu kerajaan Allah Yang Maha Tinggi, dan rohnya akan mencapai ke kemuncak Haqaaiq al-'Alaam al-Asyfa (iaitu hakikat alam yang suci). Di mana mata hatinya akan melihat dengan jelas segala al-Jamaal al-Aqdas al-Asmaa (iaitu kecantikan suci yang maha tinggi).

Perlu diingat, tingkat-tingkat ini cuma dapat diperoleh melalui zikir. Bagi mereka yang anti dengan zikir, lahirlah mereka sebagai orang miskin papa-kedana di sisi Allah swt baik di dunia ini ataupun di akhirat nanti. Malah ada yang boleh mencapai ke peringkat bebal dan sombong dengan Allah kerana enggan membesarkan-Nya layak bagi-Nya sebagai Khaliq, Pencipta.