Elias Hj Idris
Susunan: Tok Kelana

1.0 Siapakah Ahlus-Sunnah Wal Jamaah?

Seluruh Ummat Islam sudah tahu istilah Ahlus-Sunnah wal-Jamaah. Semua berharap dan mengaku mereka Ahlus-Sunnah. Namun siapakah sebenarnya Ahlus-Sunnah wal-Jamaah? Adakah ia merupakan jamaah atau kumpulan tertentu? Apakah ciri-ciri mereka?

Ahlus-Sunnah wal-Jamaah adalah satu-satunya golongan yang mendapat jaminan dari junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم sebagai golongan yang selamat!

Mereka adalah yang berpegang kepada Nabi saw dan sunnah khalifah baginda serta bersatu dalam jamaah muslimin. Sementara golongan-golongan yang lain telah tersesat dan terkeluar dari jamaah muslimin atau jamaah Rasulullah ini - iaitu mereka terkeluar dari jamaah yang diwariskan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

Dari Abu Hurairah Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda;
"Bangsa Yahudi telah terpecah menjadi 71 golongan, kaum Nasrani telah terpecah menjadi 72 golongan, dan Ummatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semuanya masuk neraka kecuali satu". Kemudian para sahabat bertanya, "Siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Mereka yang mengikutiku dan sahabat-sahabatku." -  Hakim, Ibnu Majah

Dalam sebuah hadis lain pula;
Daripada 'Irbad bin Sariyah katanya, bahawa pada suatu hari selepas sembahyang pagi (iaitu lepas subuh) Nabi Salla Allahu 'Alaihi WaSallam menyampaikan pengajaran yang cukup maksudnya, maka dari itu keluarlah air mata orang ramai, dan hati mereka pun menjadi takut, maka (dalam hal itu) berkatalah seorang lelaki,

"Sesungguhnya nasihat itu adalah seperti nasihat mengucap selamat tinggal, apakah yang tuan hamba ingin mewasiatkan kepada kami wahai Rasulullah?"

Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

"Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun dia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) dia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah dia mengikuti sunnahku dan sunnah para khulafa' ar-rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada sunnah itu dengan gigi geraham kamu". -  Riwayat Tirmizi - Hadith hasan sahih

Berdasarkan pemerhatian ulama billah Nabi saw telah memberikan beberapa petunjuk yang jelas di dalam hadis-hadis yang di atas, berkenaan dengan ciri-ciri umum golongan yang selamat, di antaranya;

Kunci pertama : Mereka yang mengikuti sunnahku;

Kunci kedua : Mereka yang mengikuti sunnah sahabatku.

Kunci ketiga : Tinggalkan bid'ah

Kunci Keempat : Golongan atau Jamaah

Sunnah Nabi sebahagian besarnya sudah pun jelas, dan semua golongan mengakui akan kebenarannya. Salah satu perkara yang menjadi pokok perselisihan adalah berkenaan wasiat Nabi saw, "sunnah khalifahku" Di sinilah bermulanya perpecahan. Hanya orang-orang yang terbuka hati akan melihat siapa yang sebenarnya yang dimaksudkan Nabi saw dengan "sunnah sahabatku."

Sementata kebanyakan orang melihat makna "sahabat Nabi" sebagai umum; ahli ma'rifat melihatnya sebagai pewaris Nabi yang menerima ilmu sahabat nabi secara musyafahah dari satu generasi ke generasi berikutnya tidak putus hingga ke akhir zaman ini,

Apa yang dimaksudkan dengan bid'ah (mengada-ngadakan perkara baru) dalam agama yang tersebut di dalam hadis di atas adalah isyarat Nabi saw kepada golongan-golongan yang memisahkan diri jamaah kaum muslimin dan membuat bid'ah fahaman sendiri yang sesat. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain.

Golongan yang pertama sekali memisahkan diri jamaah kaum muslimin adalah kaum Khawarij, kemudian diikuti oleh kaum Jabariyah. Kemudian timbul Mu'tazilah, Mujassimah, Rafidah dll yang kesemuanya berjumlah semuanya 72 golongan yang memisahkan diri. Inilah golongan-golongan bid'ah, iaitu golongan yang mengadakan fahaman-fahaman yang menyimpang dari fahaman Ahlus-Sunnah.
Bukanlah maksud "bid'ah" tersebut sebagaimana kupasan sesat kaum wahabbiyah di zaman ini mengatakan tawassul, ziarah kubur dsb sebagai bid'ah, sedangkan semua amalan tersebut adalah bersandarkan hadis Nabi saw.

Sementara itu yang dimaksudkan dengan "jamaah" bukanlah bermakna satu-satu jamaah tertentu, tetapi ia umum jamaah muslimin yang berpegang kepada ciri-ciri ummat Islam yang disebutkan oleh ulama2-ulama  Mu'tabarah dahulu.
Raudhah: di antara taman-taman syurga...

2.0 Bagaimana mengenali golongan yang selamat ini?

Bagaimana mengenali Ahlus-Sunnah wal-Jamaah? Apakah ciri-ciri mereka?

Pada zaman ini banyak pihak mendabik dada konon merekalah Ahlus-Sunnah wal-Jamaah sedangkan perbuatan dan ucapan mereka menyimpang jauh dari pegangan Ahlus-Sunnah wal-Jamaah. Ini termasuklah puak Wahabbiyyah, Talafiyah, Takrifiyah. Pada hakikatnya golongan ini adalah 'penjelmaan' semula daripada  fahaman sesat mujassimah.

Orang awam yang tiada ilmu akan mudah terpengaruh dengan dakwaan dan hujjah-hujjah batil mereka. Kesesatan tersebut disemarakkan lagi dengan terbitnya golongan pelajar-pelajar muda lulusan agama. Dengan hanya membekalkan Iilmu syari'ah atau beberapa hadis yang mereka pelajari di bilik-bilik kuliah, mereka mula mencabar ilmu ulama-ulama mu'tabarah terdahulu.

Jadi bagaimana cara untuk menyelamatkan iman dari "kuman bahaya wahabbiyyah" dan juga fahaman sesat yang lain? Jadi kita perlu mentelaah secara saksama dari perkataan-perkataan ulama mu'atbarah yang diakui oleh seluruh ummat Islam seperti Imam Jailani, Shaikh Ibnu Ata'illah, Imam Al-Ghazali, Imam Hanbali, Imam Shafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan lain-lainnya.

Berikut adalah himpunan ciri-ciri penting pendirian Ahlus-Sunnah wal-Jamaah yang dipetik dari Kitab Al-Ghunyah Li Talibil Haqq dan Ihya Ulumuddin serta kitab-kitab mu'tabar yang lain. Mudah-mudahan bermanafaat.


1. PENGERTIAN IMAN

Iman adalah meyakini dengan hati, mengucapkan dengan lisan dan memanifestasikannya dengan amal perbuatan. Iman bererti pembenaran oleh hati yang disertai pengetahuan tentang apa yang dia benarkan itu.

Sedangkan menurut syari'at, iman bererti pengetahuan tentang Allah dan sifat-sifatNya disertai ketaatan atas semua hal yang wajib dan yang sunnat dan menghindari berbagai larangan dan maksiat. Atau iman bererti agama, syari'at dan millah, kerana agama bererti suatu yang dianuti disertai dengan ketaatan dan penghindaran dari larangan dan segala yang haram. Itu merupakan sifat iman.

Islam juga termasuk dalam iman. Setiap iman adalah Islam, tetapi bukan setiap Islam itu iman, kerana Islam bererti penyerahan diri dan ketundukan. Setiap mukmin pasti menyerahkan diri dan tunduk kepada Allah, tetapi tidak setiap yang berserah diri beriman kepada Allah. Kerana dia menyerahkan diri kerana takut pedang. Dengan demikian iman merupakan nama yang mencakup berbagai sebutan, baik dalam wujud perbuatan mahupun ucapan, sehingga mencakup segala bentuk ketaatan.


2. IMAN DIPERKUAT DENGAN ILMU DAN DIPERLEMAH OLEH KEBODOHAN.

Firman Allah :

فَأَمَّا الَّذِينَ ءامَنُواْ فَزَادَتْهُمْ إِيمَـناً وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

"Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya). -  At-Taubah, 9 :124


3. IMAN DAPAT BERTAMBAH DAN BERKURANG.

Ahlus-Sunnah berpendirian iman bertambah dengan ketaatan dan menjauhi segala larangan Allah. Sementara ia berkurang dengan berkurangnya ketaatan dan bertambahnya maksiat seseorang.

Firman Allah :

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَـتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَـناً وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. -  Al-Anfal, 8 : 2

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Abu Hurairah serta Abu Darda' , mereka berkata : "Iman itu dapat bertambah dan berkurang."


4. IMAN BUKAN MAKHLUK

Berdasarkan kata Imam Ahmad Bin Hambal apabila ditanya orang, apakah iman itu makhluk? Beliau menjawab, "Barangsiapa mengatakan bahawa iman itu makhluk bererti dia telah kafir, kerana demikian bererti dia telah menentang Al-Qur'an"

Iman adalah cahaya Ilahi yang melimpah ke dalam hati seseorang hamba. Wadah yang menanggung iman, iaitu hati adalah makhluk, tetapi zat iman bukan makhluk.


5. DILARANG BERKATA : "AKU PASTI MU'MIN"

Seorang mu'min tidak boleh mengatakan "Aku pasti mu'min". Tetapi katakanlah : "Aku ini orang mu'min InsyA Allah." Ini akan menolak pendapat Mu'tazilah yang mengatakan, "Aku pasti mu'min".

Pendapat kami berdasarkan kata-kata Sayyidina Umar, "Barangsiapa mengaku dirinya mu'min (yakni pasti mu'min), bererti dia telah kafir!

6. PENGERTIAN ISLAM

Islam merupakan ungkapan dari dua kalimat syahadat yang disertai dengan ketenangan hati dan diiringi menjalani semua kewajipan. Perintah Allah yang wajib dikerjakan dengan sungguh-sungguh dan sempurna. Segala tegahan Allah yang haram ditinggalkan tanpa rasa berbelah bahagi.

Kewajipan asas adalah;  Mendirikan rukun Islam yang lima: i) Mengucapan dua kalimah syahadat dengan keyakinan; ii) Mendirikan solat; iii) Berpuasa di bulan Ramadhan; iv) Menunaikan zakat; v) Mengerjakan haji bagi yang bekuasa.

Selain daripada kewajipan asas tersebut, banyak lagi kewajipan lain yang perlu ditunaikan mengikut ukuran dan tingkatan tuntutannya; iaitu
-  Berbakti kepada ibu-bapa
-  Berkhidmat kepada guru atau ulama pewaris Nabi
-  Berda'wah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
-  Berjihad fisabilillah dan lain-lain.

Kemudian wajib pula menjauhi segala yang diharamkan; iaitu
-  Berzina
-  Minum arak
-  Berjudi
-  Bertenung nasib
-  Membunuh jiwa tanpa hak
-  Menipu
-  Merampas harta tanpa hak
-  Menganiaya atau menzalimi makhluk Allah
-  Mengumpat
-  Khianat dan banyak lagi.


7. PENGERTIAN IHSAN

Ihsan adalah penghambaan yang tulus ikhlas kepada Allah yang tiada sedikitpun syirik di dalam penyembahannya. Ibadahnya semata-mata kerana Allah, kerana kasihnya, kerana cintanya; bukan kerana menuntut atau mengaharap sesuatu sama ada duniawi atau ukhrawi.

Dalam tasawwuf, maqam ihsan dilihat sebagai maqam tertinggi bagi seseorang hamba Allah dalam penghampirannya kepada Allah. Ini berdasarkan Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :

"Hendaklah engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau." -  riwayat Bukhari

Hadis ini tidak dapat ditafsirkan dengan pengetahuan akal semata-mata. Ia adalah penghayatan hati dan ruh yang terhasil daripada mujahadah di jalan Allah sebagaimana yang ditunjukkan oleh para imam, sheikh toriqat Sufiyyah!


8. WAJIB BERPEGANG KEPADA SALAH SATU MAZHAB FIQH

Pendirian Ahlus-Sunnah wal-Jamaah adalah: Wajib bagi seseorang yang belum sampai ke taraf mujtahid, berpegang kepada salah satu mazhab fiqh yang diakui oleh ulama-ulama Ahlus -Sunnah. Sebaik-baiknya berpegang kepada salah satu daripada mazhab fiqh yang masyhur, iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Shafie atau Hanbali.

Seseorang yang belum bertaraf mujthaid, hanya boleh berpegang kepada salah satu mazhab pada suatu masa dalam mengerjakan ibadahnya. Dan disyaratkan dia mesti mengetahui, iaitu telah mempelajari selok-belok mazhab tersebut. Apa yang cuba disampaikan adalah:  Harus seseorang berpindah kepada mazhab lain dengan syarat dia mengetahui selok-belok hukum di dalam mazhab tersebut; bukan kerana ikut-ikutan sahaja.

Mujtahid adalah; Seseorang yang alim di dalam ulmul Qur'an, mengetahui nasikh-mansuh, alim dalam hadis Nabi, mengetahui hadis sahih - hadis maudhu', ilmu usul, berbagai lughah bahasa Arab dan banyak lagi disiplin ilmu yang berkaitan sehingga melayakkan dia untuk menerbitkan hukum untuk dirinya sendiri.
Beberapa kemusyklian:
Ada golongan yang mendakwa mereka hanya merujuk al-Qur'an dan hadis Nabi dan tidak berpegang kepada mazhab fiqh. Alasan mereka ialah Nabi tidak bermazhab, di mana sahabat juga tidak bermazhab.

Jawapan:
(i) Sahabat Nabi hidup bersama Nabi, semua kemusykilan mereka ajukan kepada Nabi untuk penjelasan. Tiada perbezaan pendapat kerana sumbernya satu, iaitu kata-kata Nabi. Apabila zaman berlalu, sahabat-sahabat telah bertebaran di seluruh dunia, ilmu yang sampai kepada generasi berikutnya berbeza-beza di sebabkan adanya perbezaan periwayatan sahabat. Inilah yang menjadikan berlakunya perbezaan pendirian imam-imam mazhab, iaitu ijtijhad mereka sesuai dengan apa yang mereka terima menurut pandangan masing-masing.

(ii) Al-Qur'an adalah kalamullah yang suci. Setiap perkataannya mengandungi makna-makna yang jelas dan mudah difahami dan juga makna-makna yang tersembunyi. Ada ayat-ayat yang bersifat umum, ada yang bersifat khusus, ada ayat-ayat muhkamat dan ada ayat-ayat mutasyabihat. Untuk memahami semua jenis ayat-ayat Allah yang suci ini, seseorang perlu memiliki ciri-ciri penting yang melayakkan dia untuk mentafsirkannya; Di antara yang paling penting ialah bersifat taqwa, telah hafal seluruh Al-Qur'an dan hafal juga hadis-hadis Nabi berkaitan, mengetahui berbagai lugah bahasa Arab dan lain-lain lagi.

(iii) Hadis-hadis Nabi berjumlah ratusan ribu bahkan mungkin mencecah sampai juta hadis. Untuk menerbitkan sesuatu hukum, seseorang perlu memahami hadis-hadis Nabi yang banyak dari berbagai periwayatan. Orang awam yang jahil tidakkan dapat melakukannya.

(iv) Semua Mazhab yang masyur dan diakui adalah pada hakikatnya pancaran Al-Qur'an dan hadis Nabi juga. Para imam cuma menghimpunkannya menjadi satu disiplin ilmu yang tersusun agar orang-orang awam dapat mengamalkan Islam dengan mudah tanpa tercari-cari akan hukumnya. Sebagai contoh yang mudah -  untuk mengerjakan solat kita hanya perlu merujuk kepda kitab fiqh dalam bab solat. Di sana ada dijelaskan hukum halal haram, sah batal dsb.

(v) Kita cuba tanya orang-orang mendakwa bahawa mereka cuma rujuk Al-Qur'an dan hadis Nabi dan tidak mahu mengikut mazhab - bagaimana agaknya mereka melakukan wudhu? Bagaimana mereka mengerjakan solat? Cuba tunjukkan di manakah dalam Al-Qur'an atau hadis Nabi yang menunjukkan tentang rukun solat yang 13 dan wudhu yang 6 itu? Cuba tunjukkan di mana sah dan batalnya solat? Cuba keluarkan hukum-hukum tersebut dengan sendiri. Boleh?

Jika perkara-perkara asas agama seperti solat pun, mereka tidak dapat keluarkan hukum dengan sendiri, maka akurlah dengan pegangan dan anjuran ulama Ahlus-Sunnah. Jangan terpedaya oleh tipu-daya syaitan dan nafsu sendiri!


9. WAJIB MENGAMALKAN TASAWWUF

Seluruh ulama AhlusSunnah berpendirian wajib bagi setiap muslim mengamalkan tasawwuf. Tasawwuf adalah ilmu yang membicarakan tentang ehwal hati, segala penyakit hati, sifat-sifat tercela dan sifat-sifat terpuji, sekalian syirik khafi serta menunjukkan jalan membaiki hati tersebut melalui zikrullah dan mujahadah. Seluruh ilmu ini adalah bersumberkan Al-Qur'an dan Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم

Ilmu tasawwuf yang wajib diamalkan ada diterangkan dalam kitab-kitan ulama Ahlus-Sunnah seperti Ihya Ulumuddin, Minhajul Abidin, I'anatut-Talibin, Sirrus-Salikin dan Hidayatus-Salikin.

Berkata Imam Ghazali رضي الله عه :
"Bermula ilmu tentang qalbu dan mengenal penyakitnya berupa iri hati, riya' dan semisalnya adalah fardhu 'ain."

Seseorang muslim tidak akan dapat menjadikan dirinya sebagai hamba Allah dengan hanya mengamalkan ilmu fiqh semata-mata. Adalah wajib baginya menghimpunkan kedua-duanya; iaitu ilmu fiqh dan ilmu tasawwuf untuk kesejahteraan zahir dan batin.

Seperti kata Imam Malik رضي الله عه :
"Sesiapa yang mengamalkan fiqh tanpa tasawwuf, maka dia fasiq. Sesiapa mengamalkan tasawwuf tanpa fiqh, maka dia zindiq. Mengimpun keduanya itu yang haq."
Elias Hj Idris
Pada masa yang sama timbul pula persengketaan besar antara kaum fuqaha dan kaum sufi berkait dengan soal keramat dan alam misali.

Alam keramat merupakan hal-hal luar biasa yang terjadi pada diri orang-orang yang takut kepada Allah - dari segi perkataan dan perbuatannya - dengan tidak menyalahi satu pun zahir syariat. Menurut orang sufi, keramat itu adalah suatu pekerjaan dari kehidupan biasa di kalangan orang sufi. Keramat itu termasuk kurnia dan pemberian hadiah daripada Allah swt.

Dalil mereka ialah tentang kisah ahli gua (ashabul-kahfi) di mana mereka itu tinggal selama 300 tahun lebih dalam keadaan hidup, tetapi tidur tanpa mengalami apa-apa kerosakan setelah tidak makan atau apa sahaja. Sedangkan mereka itu bukannya nabi - sekadar orang yang 'mencari' akan Tuhannya; mencari dalil akan adanya Tuhan.

Dalil yang lain bagi orang sufi ialah tentang Siti Mariam, ibu Isa a.s. sewaktu hendak bersalin telah menerima firman Allah swt seperti yang tersebut dalam Surah Mariam: ayat 25 - "Dan tariklah batang tamar itu, nanti akan jatuh kepada engkau buah-buah tamar yang sedang masak."

Demikian rahmat Tuhan kepada Siti Mariam, sedangkan dia bukannya nabi.

Demikian dengan kisah Asif bin Barkhaya yang telah memindahkan istana Balqis kepada Nabi Sulaiman dari hujung Yaman ke Palestin dalam sekelip mata. Sedangkan jin ifrit yang paling kuat itupun meminta tempoh separuh hari untuk melakukan kerja yang sama!

Demikian juga dengan kisah tiga orang lelaki yang terkurung di dalam gua oleh sebuah batu besar. Sahih Bukhari ada menceritakannya. Masing-masing berkata sesama sendiri, supaya berdoa kepada Allah agar dengan berkat amalan yang telah pernah mereka lakukan agar Allah mengubah ketulan batu yang menutup pintu gua tersebut.

Masing-masing berbicara, "Ya Tuhanku, jika amalyang telah kulakukan itu ikhlas dan Engkau terima maka lepaskanlah kami daripada bahaya batu besar ini." Lalu terangkatlah sepertiga daripada batu itu. Kemudian berdoa pula lelaki yang kedua dengan permintaan yang sama. Ketulan batu itupun terangkat sebahagian. Kemudian berdoa pula lelaki yang ketiga dengan maksud yang sama. Dan dengan takdir Allah swt, batu itu terangkat sepenuhnya dan mereka itu dapat keluar dari dalam gua berkenaan dengan selamat.

Peristiwa di Tak Bai, Thailand

Semua itu adalah kerana berkat amalan yang ikhlas. Ini adalah sebahagian daripada keramat (kemuliaan) yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya yang ikhlas beramal.

Demikian juga dengan kisah Juraij, seorang pendeta yang dituduh seorang wanita sebagai ayah kepada anak yang dikandungnya. Sedangkan, ayah anak itu yang sebenar adalah seorang penggembala kambing. Apabila anak itu lahir, wanita itu menyerahkan anaknya kepada pendeta tersebut di khalayak ramai. Maka pendeta itu lalu menjadi sasaran dan mangsa fitnah! Penduduk marah dan tempat ibadatnya pun dirosakkan. Dia dihukum tanpa usul periksa.

Juraij memohon bantuan daripada Allah swt. Dia bertanyakan anak yang baru lahir itu, "Siapakah ayah engkau yang sebenarnya, wahai si anak?" Anak itu terus berbicara dengan berkata, "Ayahku adalah si folan, si penggembala kambing." seperti yang tersebut dalam hadis soheh Bukhari dan soheh Muslim.

Maka nama baik Juraij dapat dibersihkan dan tempat ibadatnya yang telah rosak digantikan dengan tempat yang lebih baik lagi. Namun Juraij enggan menerimanya. Dia mahukan mereka meruntuhkannya sama seperti tempatnya yang asal.

Peristiwa ini cukup terkenal dan disebut dalam al-Quran. Sebahagiannya diungkapkan dengan hadis Nabi saw. Semua orang yang melakukannya bukan nabi dan bukan juga rasul. Mereka itu hanya mukmin yang abid.

Kemudian apa yang disebut keramat itu kepada mereka bukanlah darjat. Keramat itu cuma satu istilah yang menyatakan kelebihan mereka yang bukan pun berstatus untuk ditunjukkan kelebihan atau bertujuan untuk mencuba dan menguji. Al-Junaid Al-Baghdadi pernah berkata; "Beberapa orang yang berjalan kaki di atas air, tetapi orang yang mati kehausan lebih utama daripada diri mereka sendiri.

Jadi, tidaklah selama-lamanya orang yang telah berjaya lakukan sesuatu hal yang ganjil itu sebagai benar. Ada juga hal yang didapati palsu.
Elias Hj Idris
MH menulis:

Kalau nak kenal tuhe (tuhan) kena jadi tuhe (tuhan) - Mat Laksamana dan sila rujuk ayat: Innalillahi wa-inna ilaihi-rooji'uun yang bermaksud kita datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah.

Maksud katanya; Kita dijadikan dari Zat Allah swt atau cobek Zat Allah swt dan apabila mati - kembalila cobekan itu kepada Zat Allah swt. Apabila sudah kembali maka jadi Allah swt kembali. Apabila dah jadi Allah kembali, maka barulah kenal akan Allah.

Itu kata muridnya kepada ana: sebagaimana yang tuk guru mat ajarkannya.

Mangkuk menulis:

Itulah sebabnya Pak Ngah mengaku salah dan menerima fatwa sesat kerajaan sebab dalam hal ini beliau memang sedar yang beliau telah salah. Ini berlaku kerana salah mentafsir dapatan beliau ketika melaksanakan muraqabah ahdiatuzzat dan muraqabah la ta'yin.

Pada tahun 2007 ketika mangkuk dan masraden bermuzakarah dengannya, beliau telah mengaku dalam hal itu beliau silap. Mangkuk ingat lagi akan kesimpulan yang kami capai dan ungkapan Pak Ngah; Pak Ngah silap dalam mentafsir dapatan berkaitan Zat - dan patutlah almarhum atuk "diam"...lantas beliau berkata;

"Kita tak akan mampu mencapai Zattullah hatta kalau setakat nurullah pun kalau dah sampai kita sudah binasa. Akan jadi seperti Nabi Uzair yang fana fiz-Zat, tetapi zat kita yang binasa kerana sirna dengan nurullah atau nur Zat Allah - belum pun tersentuh akan Zat.

Dulu Pak Ngah ingat itu Zatullah.

Paling jauh kita mampu sampai dan "sedar" hanya di nur Muhammad. Itu pun setakat nampak 'laut' dan apa yang dipancarkan darinya. Jadi apa yang dihukumkan itu adalah sepatutnya...dan Pak Ngah redha.

Begitulah kurang lebih pengakuan beliau hatta kesedaran itu telah pun lama beliau capai, cuma tidak berpeluang untuk memperbetulkan kerana kitabnya sudah tersebar luas. Beliau hanya memohon agar tiada sesiapa yang berpegang dengan kata-katanya berdasarkan kitab tersebut.

Itu sebab mangkuk betul betul respek beliau kerana jujur dan berani mengaku salah. Jadi, sudah-sudahlah jika nak menghukum beliau. Sebaliknya, doakan beliau dan doakan agar kita pun tidak buat silap macam beliau. Siapa tahu, kita pun mungkin buat kesilapan yang lebih besar, tambahan pula orang alim semacam MH yang ghairah ulas itu ini dalam hal-hal kasyaf dan ghaib. Jadi berhati-hati: mungkin boleh tersalah juga. Kalau tidak salah dalam akidah pun mungkin ujub atau riak atau sum'aah yang halus-halus. Jadi berhati-hati. Itulah nasihat mangkuk buat diri sendiri, MH dan semua yang lain.

Mengenai yang lain seperti huruf aliff dan HA, pada mangkuk dari segi kias tidaklah salah, tetapi kurang sopan (kurang ajaq la senang cakap). Namun itupun Pak Ngah kata agak dia salah kerana tidak sepatutnya dikiaskan begitu.

Untuk makluman semua, Tuan Syeikh Ahmad Laksamana sendiri telah meninggalkan fahaman itu. Jadi, jangan dipegang fahaman dalam kitab tersebut. Beliau sendiri telah kembali ke fahaman ahli Sunnah wal-Jamaah Asyaairah dan Maturudiyah serta bertugas sebagai pemangku mursyid dalam memimpin suluk di bawah mursyid Naq Kholidiyah di sebuah markas suluk di Klang dari cawangan Bukit Tinggi Sumatera.

Untuk maklumat lanjut silalah berziarah ke sini: http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=18925


jaketkulit menulis:

Aku suka dengan kupasan begini di mana ada maklumat yang aku minta dan ada keputusan serta jawapan kepada persoalan.  Cuma aku agak jengkel dengan I_W bukan kerana dia tidak suka kitab ini, tetapi sikap pengikut tarikat tak bersanad yang suka memandang rendah kepada orang lain.

Kalau kita belajar kitab Hikam atau kitab-kitab tasauf yang tinggi sedikit, di mana kita akan sampai kepada perbincangan mengenai makam syuhud.

Kesilapan penulis mungkin kerana menyamakan sifat/zat manusia dengan sifat Allah. Maksud katanya; Kita dijadikan daripada Zat Allah swt atau cobek, Zat ALLAH swt. Apabila mati, iaitu kembali COBEKAN itu kepada Zat Allah swt. Apabila sudah kembali maka jadilah Allah swt kembali. Apabila sudah jadi Allah kembali, maka barulah kenal akan ALLAH.

Quote:

Sepatutnya kita melihat bahawa Allah la punca segalanya makhluk, sedangkan makhluk dahulunya ada di dalam ilmu Allah. Sifat ilmu itu sendiri qadim (dan ahli tasuf melihat apabila segala perancangan dari ilmu Allah yang qadim maka makhluk pun termasuk sekali di situ).

Ini adalah sebelum Allah zahirkan ilmu Allah dengan sifat qudrat Allah yang mencipta manusia dan makhluk sebagaimana dalam perancangan ilmu Allah. Maka apabila mazhar ilmu Allah maka jadilah ia mumkin terpisahlah alam ketuhanan dan alam mumkin.

Jadi kefahaman ahli-ahli sufi bahawa yang wujud hakiki adalah zat dan sifat Allah, sedangkan mumkin adalah bayangan kepada ilmu Allah yg dizahirkan. Maka wujud mumkin tidak lah wujud yang hakiki. Jadi apabila wujud mumkin maka terpisahlah ia dari alam ketuhanan dan apabila balik kepada Allah bukan bereti balik kepada sifat yang qadim tadi (ilmu).

Adapun analogi mumkin di dalam ilmu Allah itu analoginya ibarat setitis air milo dititikkan ke dalam lautan, maka tidak air yang terbentang luas itu dinamakan air milo bahkan orang memanggil air laut jua. Namun kalau diteliti secara halus maka air milo itu tetap milo dan air laut tetap laut.

Allah tetap Allah

Dan mumkin tetap mumkin walaupun ia pernah bersatu dahulu di dalam ilmu Allah. Jadi kalau ini yang dibawakan tentu sahaja dikatakan kesilapan dalam penulisan oleh penulis kitab, tetapi tentang analogi zakar dan faraj itu aku yakin tuan thread tak mengerti bahasa yang digunakan akibat kurangnya mengaji.

Mangkuk menulis:

Jika MH nak baca dengan serius kenalah berjumpa dengan penulisnya. Saudara tua, sahabat serta seorang yang mangkuk anggap sebagai guru - Syekh Mohd Sazali bin Abdul Wahi @ Ahmad Laksamana @ Pak Ngah. Hakikat Insan ditulis berdasarkan dapatan/warid beliau dalam suluk Naqsyabandiyah Kholidiyah (markas Bukit Tinggi Sumatera) dan ditulis berdasarkan perintah almarhum datuknya Syeikh Othman.

Semuanya ada 4 jilid, tetapi yang tersebar ke merata Malaysia itu hanya satu jilid sahaja...malah itupun sebenarnya baru mukadimah. Sementara isinya yang detail adalah dalam jilid ke-3 dan segala rahsia hingga jalan mati ada dalam jilid ke-4. Murid murid dan beberapa rakan terdekat pun tidak pernah ditunjukkan kitab berkenaan.

Mangkuk kira ini sebagai rezeki la. Itu pun pasai mangkuk tak berminat. Jadi apabila "datang" perintah daripada Pak Ngah suruh bagi kat Mangkuk, tetapi barokahnya sahaja, sedangkan fizikal kitabnya Mangkuk tak minat pun nak membacanya.

Bila siap menyalin pengalaman beliau (ketika itu beliau masih muda sekitar lewat 20-an), datuknya suruh beliau bercampur dengan orang ramai, khasnya ahli maksiat atas dua sebab, iaitu

i)  untuk melatihnya bersabar dalam musyahadah; dan

ii) agar dapat menarik mereka bertaubat kembali ke jalan yang benar.

Malangnya apabila baru satu jilid dibuka (jadi masyhur dan ramai pengikut ketika itu) - melalui teknik bertaklim secara informal..ada "murid" yang tidak amanah dan menyebarkannya sehingga Pak Ngah serta kitabnya terkenal satu Malaya!

Inipun ujian untuk Pak Ngah dan "musibah" padanya jua, namun itulah laluannya dengan kehendak Allah swt hingga 1,000 orang alim mengatakan beliau sesat (dan hikmahnya, inilah darjat yang datuknya nak beliau capai! ALLahu-akhbar).

Jadi itulah rumusan penulis dan kitab Hakikat Insan yang mangkuk bisa kongsikan jika MH nak baca secara serius pergilah berjumpa dengan beliau dan minta kesemua jilid itu khasnya lagi 3 jilid itu). Kemudian baru betul-betul serius serta 'adil' jika MH nak membaca dan menghukumnya.

Bagi Pak Ngah - dihukum sesat adalah makanannya selama ini. Namun bagi Mangkuk beliau adalah salah seorang guru buat Mangkuk dunia akhirat.
Elias Hj Idris
Lanjutan dari zaman barbarik di Rome telah lama berlalu, tetapi sejarah tidak pernah menipu. Perangai lama itu masih dikongsi, terutama di kalangan mereka yang pandai bermuka-muka, pandai menceceh, usik sana-sini buat mencari populariti sampaikan ada yang sedia bergayut di laman maya; pada sebarang masa. Malah nama-nama tertentu itulah yang dihadap untuk santapan yang memualkan - setiap hari sehingga meloyakan.

Maka jenis manusia seperti inilah yang menyebabkan ramai orang tidak bersalah dihumban ke kandang singa oleh Maharaja Konstantinopel yang gila.

Namun pada sesetengah puak ia mengkagumkan; disanjung dan dijilat hebat. Sama macam Mat Said yang runtuhkan Mesjid Bujal, tetapi masih ramai yang menyokong beliau - jadi Menteri Besar pun. Deris Jusoh pun apa ubahnya, RM200juta wang ehsan yang awal dibawa lari ke Amerika - kemudian dia pun riuh nak melanjutkan pelajaran - ikut perangai Daim ketika Umno diharamkan; sebagai alasan. Pun karier politiknya masih bernafas panjang. Itu baru di Terengganu.

Keadaan yang sama berlaku di laman TKO (Tranungkite Online) - pun milik orang Terengganu.

Itu sebab sejak mula, teman agak berwaspada, skeptikal dengan orang-orang yang langsung tidak dikenali rupa wajahnya di laman maya itu; bijak berbicara seolah-olah dewa. Ada yang konon baik macam pari-pari - memprojekkan diri. Namun yang agak bernasib baik pecacai dan mereka yang terang-terangan mempersenda kerja Allah jua - di mana susuk hodoh ini dibela. Kebalikan pula ada yang sampai membuka thread beria-ia meminta ikanlepu dibanned aje daripada TKO - sebiji mewakili watak 'crook' kampung; dengan perangai hasad-dengki dan bodoh sombong!

Puncanya, sebab ikanlepu berkeras terhadap susuk hodoh berkenaan.

Umpama bertandang ke sebuah kampung - kita takkan menegur atau mudah tersenyum simpul dengan semua orang. Sebab di kampung itu mungkin ada yang baik budi bahasa; ada yang kaya laksana; ada yang sombong meninggi diri; ada pula yang perasan sendiri; ada yang kuat menceceh kerana mencari perhatian; hodohnya kalau ada jenis yang bermuka-muka; adu-domba, kaki lawak bodoh; penjarah, mat gian, bohsia dan bohjan pun sama.

Ada pula dari jenis yang suka sekali menggores kudis yang terluka; sambil tersengih gembira - cam takde apa-apa. Inilah jenis manusia yang paling tidak guna; jenis yang sedia menusuk keris di pinggang temannya sendiri - jika perlu demi untuk kepentingan diri! Agak menghairankan, orang yang seperti ini tetap popular kerana tetap ada pengikut bebalnya. Ada yang sanggup tabik spring lagi dengan pujian tinggi melangit. Namun kita amat memahami... al-maklum Ariel Sharon yang zalim dan tidak berhati perut itupun ada ramai pengikutnya di seluruh dunia.

Kaki melabel pun ada juga. Kemudian mendabik dada konon bertanggungjawab untuk menegur mana yang tidak kena! Konon. Jangan harus disebut apa pun tentang pencapaian - pasal anugerah, penulisan novel atau penerimaan pengunjung lain terhadap thread popular ikanlepu - maka segera dituduh riak, angkuh dan mencebik apabila dihormati dan disukai ramai! Maka semut-semut merah yang tidak senang hati selayak polis dunia Amerika itupun mengomel sendiri. Dengan komen lucu dan mentah persepsinya. Ya la... perangai 0.001% daripada 29,684 orang yang berdaftar dengan Tranungkite Online - sebuah laman maya Pemuda PAS Dungun!

Ada pula yang sampai bertanya tentang kereta teman. SLK? Depa ingat ikanlepu jalan kaki, je kot!

Sekadar gambar hiasan... nanti dituduh riak!

Jadi dalam berposting di laman tersebut, ikanlepu mengambil kira itu semua. Ada jenis yang mungkin tidak kena dengan selera dan cara pendekatan kita. Maka jenis itu cuba dihindari dalam setiap posting dan komen. Ada jenis 'gigit' orang seumpama polong. Ada kaki terjah dan tidak kurang pula yang agak biadab @ kurang ajar! Jika ikanlepu tidak masuk ke thread tertentu, faham-faham saje la. Sama ada ia 'not up-to my expectation' atau cuma sebuah thread bodo syok sendiri. Tidak kurang pula thread yang boleh mendatangkan mudarat dan kerosakan. Itupun hak pilihan. Jadi belajarlah untuk menghormati hak dan pilihan orang.

Dan memang benar seperti apa yang dibimbangkan maka itulah yang berlaku semalam; lanjutan daripada rentetan ketidak-puasan rasa; dengki dan iri hati. Perasaan dan jiwa yang membengkak di dalam. Lebih parah dari jenis manusia yang secara wewenang mencampuri kerja Tuhan! Seolah-olah semut merah itu ketua darjah yang tiada undang-undang dan peraturan. Maka semut-semut merah yang lain pun mula menghina dengan pelbagai tohmah dan istilah berkait dengan perkataan 'orang tua'. Motifnya just nak tunjukkan betapa tidak bergunanya orang tua!

Alhamdulillah. Apa pun moga-moga Allah sudi melepaskan semut-semut merah berkenaan daripada period dan tempoh tuanya nanti. Biar semut itu sentiasa muda dan apabila mahu mati pun masih dalam status muda! Agar semut-semut merah itu tidak menempuh kehinaan waktu tuanya.

Ya Allah, kau Yang Maha Mendengar... pulangkanlah segala kehinaan itu - buat mereka.

Tapi takpe la... sekurang-kurangnya mungkin ada yang telah faham '... that we mean business'! Ikanlepu mahu mereka serlahkan wajah hodohnya itu di mana-mana lokasi - kerana ada yang biadab berada di tahap menjijikkan. IKanlepu tidak pernah mengusik sesiapa pun sejak mula - asalkan jangan biadab dan mempermainkan hak dan kerja Tuhan. Jadi, jangan sampai terkeluar kata-kata cerca dan makian. Cerca dan maki-makian itu natijah mencomotkan maruah manusia. Sebagai orang Islam, maruah itu wajib dipertahankan; hatta jika mati kerananya, seseorang itu adalah syahid di sisi Allah swt kerana mempertahankan harga dirinya.

Jadi, keluarlah dari persembunyian identiti kamu untuk menebus maruah yang tercalar itu. Usah menyorok bagaikan si burung unta, seolah-olah tiada apa-apa - yang hanya akan meletakkan seseorang itu di lembah kehinaan dek maruah yang tergalang. Tentu ada yang tidak berani, kerana tangan hanya bisa mencincang, tetapi menikus untuk menghadapi kenyataan sebagai anak jantan.

Apa pun di luar sana masih ada ramai yang menerima coretan pada thread yang ada nilainya tersendiri. Kalau ada semut merah yang terus menceceh pun biarkan - moga dia bahagia dengan cecehan tiada nilainya itu (pun tak le setinggi mana hits pada mana-mana thread yang dibuka. Sekejapan sahaja thread sampah itu menemui ajal - dilocked dek Pak Moderator atau makcik MOD yang senget cap refereenya!). Namun kita dan semut merah itu tetap akan ada hari perhitungannya nanti; berhadapan dengan Rabbul-Jalil, jika niat dan sikapnya bersalahan dengan syariat.

Agak hati ini terubat sedikit apabila padang permainan itu masih luas; ada banyak pilihannya. Blog ini yang semakin diminati ramai - dah lebih 8,000 hits bagi jenis blog bukan politik walaupun baru berusia beberapa bulan. Ia sebuah blog yang tidak berlebih-lebih dengan kisah serta hal peribadi dan syok sendiri. Facebook pun sering tidak menjemukan. Novel-novel tebal ada 4 buah lagi yang belum di'polish' dan... tak tau pula bila nak diterbitkan; dengan belanja sendiri.

Jika diizinkan Allah swt, ikanlepu akan terlibat dengan satu program besar negara 'A Solo Drive Effort For Humanitarian And Global Peace Message' di mana Sdra Faizal Shamshudin, seorang pelumba terkenal, tokoh dan juara rali 2005 serta pelaku aksi 'stunt' dalam banyak acara termasuk filem bakal memulakan penjelajahannya. Dia akan memandu kereta secara berseorangan ke GAZA melalui China dan London. Pintu masuknya adalah di Rafah, Mesir - bermakna dia akan melintasi Selat Gibraltar menuju ke Algeria, Tunisia, Libya dan Mesir.

Kemudian perjalanan akan diteruskan ke Afrika Selatan sebaik mengerjakan umrah di Mekah. Dia akan ke Australia dan pulang ke Malaysia melalui Singapura menjelang hari merdeka - 10 bulan dari sekarang. Dia akan menjelajah ke 54 buah negara bersempena dengan 54 tahun merdeka. Inilah lorong ketentuan Allah swt sejak di azali yang tidak kita ketahui. Maka ini yang dimaksudkan dengan padang permainan bagi ikanlepu yang agak luas; bukan setakat berlegar di lubang-lubang sarang semut merah itu sahaja.

Inilah rempah-ratus kehidupan. Yeah... dulu pun masa di surat khabar dan semasa buat surat khabar serta majalah pun dugaannya jauh lebih besar lagi. Namun kalau di surat khabar, jenis-jenis manusia seperti semut merah inilah sasaran pasarannya; buat duit melalui orang bodo dan setengah tiang. Cuma tak le schrewed seperti yang ada ni - dengan ruang latar yang berlainan. Standardnya jauh terasing... dalam kolong yang tersendiri. Namun yang ini - di saat ini, agak mual dan meloyakan.

Segala-galanya dek gara-gara semut merah yang tiada hati budi.


Nota:  Semut merah ini adalah sejenis semut yang gigitnya gatal @ semut gatei....
Elias Hj Idris
Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Abdullah Fahim. Tokoh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Seorang ulama tersohor. Perhatikan apa yang beliau katakan.
بسم الله الرحمن الرحيم. الحمدلله والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه . اما بعد

Tuan-tuan sedia maklum, beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu se Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri, hingga raja-raja, sekalian mereka itu bermazhab dengan Mazhab al-Imam asy-Syafie ijma'an. Tiada seorangpun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafie (يحرم خرق الاجماع).

Ambil mereka itu hukum-hukum feqah Syafie daripada kitab Tuhfah, dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabil al-Muhtadin, Bughyah al-Tullab, dan Matla’ al-Badrain dan lainnya. Usuluddin atas perjalanan Abi al-Hasan al-Asy'ari. Diambil dari syuruh dan hawasyi Umm al-Barahin, dan Jauharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu. Ilmu tasawuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhaj al-Abidin, Ihya' Ulumiddin dan terjemahnya kepada bahasa Melayu, seperti Sair as-Salikin. Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya, segala hukum dalamnya kesemuanya mengistinbat daripada al-Quran dan hadits yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-ulama ajilla', diamal dengan dia sudah lebih daripada seribu tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.'

[Dirumikan dari tulisan tangan Tuan Guru Hj Abdullah Fahim yang disiarkan di dalam buku Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2); Terbitan Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan; Cetakan Tahun 1996; Halaman 39]

Antara pesanan al-Marhum Tuan Guru lagi:

“(Nasihat) supaya jangan berpecah-belah oleh bangsa Melayu sendiri. Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab empat mazhab ahli al-Sunnah wal Jamaah [yang beliau maksudkan adalah golongan kaum muda @ Wahabi][1]. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang sejati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu……. hukum-hukum mereka itu diambil dari kitab Huda al-Rasul yang mukhasar daripada kitab Huda al-‘Ibad dikarang akan dia oleh Ibnu Qayyim al-Khariji, maka Ibnu al-Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama' ahl as-Sunnah wa al-Jamaah.

Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah-belah sesama bangsa sendiri.

Bahkan pesanan beliau lebih keras lagi:

“Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu, maka bunuhlah akan dia.

[Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2); Terbitan Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan; Cetakan Tahun 1996; Halaman 37 dan 38]

Notakaki:
Menurut Sayyid Muhammad Amin ibn Sayyid Umar ibn Sayyid ‘Abdul al-‘Aziz ibn Sayyid Ahmad ibn Sayyid ‘Abdurrahim ibn Sayyid Najmuddīn ibn Sayyid Muhammad Shalahuddīn atau lebih dikenali sebagai ‘ Imam Ibn ‘Abidin asy-Syami [wafat 1252H/1836M] menyebut di dalam kitabnya Raddul Muhtar ‘ala ad-Durrul Mukhtar:

Bab: Berkenaan Pengikut-pengikut [Muhammad] Ibn Abdul Wahhab, Golongan Khawarij Dalam Zaman Kita.

Sepertimana yang berlaku pada masa kita ini pada pengikut [Muhammad] Ibn Abdul Wahhab yang keluar dari Najd dan menakluki al-Haramayn (Mekah dan Madinah) dan mereka bermazhab dengan mazhab al-Hanbali tetapi mereka ber’iktikad bahawa hanya mereka sahajalah orang Islam dan orang-orang yang bertentangan akidah dengan mereka adalah kaum musyrik. Dengan ini mereka pun menghalalkan pembunuhan Ahli Sunnah dan pembunuhan ulama’-ulama’ mereka sehingga Allah swt mematahkan kekuatan mereka dan memusnahkan negeri mereka dan askar muslim berjaya menawan mereka pada tahun 1233 H.
[Terjemahan ini dan gambar kitab dan helaiannya berkenaan diambil dari blog al-ashairah]

Al-Marhum Tuan Guru Haji Muhammad bin Haji Wan Idris Bermin al-Fathani atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Bermin (1290H/1873M - Khamis 29 Zulkaedah 1376H/27 Jun 1957M). Beliau merupakan sahabat kepada Tok Kenali dan Tok Kelaba.

Di dalam sebuah manuskrip tulisan tangan Tok Bermin yang dimiliki oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir, di mana dalam kitab tersebut Tok Bermin meriwayatkan peristiwa kedatangan dua orang dari Minangkabau ke Legor menyebarkan ajaran Kaum Muda [Wahabi]. Mukadimah tulisan Tok Bermin adalah sebagai berikut:

Dan adalah pada hari Sabtu, 26 Syawal, dan hari Isnin, 28 Syawal juga, pada tahun [atau] sanah 1347 [Hijrah], perhamba al-Haji Wan Muhammad Bermin, Jambu, periksa dan tanya akan ‘Abdullah dan Burhan orang Minangkabau. Yang keduanya [itu adalah] setengah daripada Kaum Muda [Wahhabi] yang duduk berjalan menyesatkan orang-orang. Di dalam negeri Legor diperiksa di dalam Masjid al-Haji Mat, Kampung Baru. Dan di dalam Masjid al-Haji Mahmud di hadapan Imam Shiddiq, dan Penghulu Hamzah, dan al-Haji Mat sendiri dan al-Haji Mahmud, dan beberapa banyak daripada manusia.

[Tarikh kejadian yang disebut oleh Tok Bermin iaitu 26 dan 28 Syawal 1347H itu adalah bersamaan dengan 6 dan 8 April 1929M. Memperhatikan tarikh ini bererti masih dalam lingkungan tahun-tahun yang sama dengan pertentangan Kaum Tua dan Kaum Muda di Sumatera. Tok Bermin lahir pada tahun 1290H/1873M, bererti dia lebih tua sekitar enam tahun daripada Syeikh Abdul Karim Amrullah, pelopor Kaum Muda di Minangkabau yang lahir pada 1296H/ 1879M. Kemungkinan Abdullah dan Burhan yang berasal dari Minangkabau yang disebut oleh Tok Bermin pada petikan di atas adalah termasuk murid Syeikh Abdul Karim Amrullah. Tidak dapat dinafikan bahawa Tok Bermin dan Syeikh Abdul Karim Amrullah telah kenal sejak di Mekah kerana kedua-duanya adalah belajar dengan para ulama Mekah yang sama.]

Selanjutnya Tok Bermin menulis:

Maka telah nyata bahawasanya ‘Abdullah dan Burhan bukan daripada orang yang mengikut Imam Syafie. Bahkan bukan daripada mazhab yang empat. Dan keduanya bawa bercakap dengan kitab bagi Imam Syafie itu kerana menipu dan supaya menyangka orang yang mendengar akan kedua-duanya itu orang yang mengikut Syafie, padahal bukan Syafie. Dan jika tiada keduanya bawa bercakap-cakap dengan ‘Kitab Umm’ itu, nescaya tiada seorang pun mengikut akan keduanya daripada permulaan masuknya Abdullah dan Burhan ke dalam negeri Legor.

Tulis Tok Bermin selanjutnya:

Dan sebab keluar keduanya dari mazhab itu, kerana menafi oleh keduanya akan ijmak dan qias. Dan kedua-duanya ikut nas al-Quran dan hadits sahaja. Dan padahal ijmak dan qias itu, keduanya adalah setengah daripada dalil-dalil yang buat menghukum ‘ulama’ dengan dia.

Tok Bermin membahaskan perkara tersebut dengan panjang lebar dan mendalam menggunakan hujah-hujah yang mantap ditinjau daripada pelbagai ilmu sebagaimana yang digunakan oleh jumhur ulama. Oleh sebab Tok Bermin memang pakar dalam banyak bidang ilmu, terutama ilmu alat, iaitu nahu dan sharaf. Abdullah dan Burhan kurang mengetahui tentang kedua-dua ilmu itu terpaksa diam saja.

[Tulisan ini merupakan petikan dari tulisan al-Marhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir Wan Abdullah di dalam akhbar Utusan Malaysia, ruangan Ulama Nusantara, Tok Bermin al-Fathani. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kedua orang ulama' ini.]

Jelas Tok Burmin menolak fahaman kaum muda atau Wahhabi ini. Jika kita terima ajaran Wahhabi, maknanya kita tolak fatwa ulama kita dahulu-dahulu yang terkenal dengan ke’aliman dan ketaqwaannya.

Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor. Beliau dilahirkan pada tahun 1292 Hijrah/1875 Masihi, dan meninggal pada tahun 1357 Hijrah/1938 Masihi. Selama 34 tahun beliau berada di Mekah untuk menuntut ilmu, iaitu ketika usianya enam tahun (1881M/1299H.) dan pulang ke tanah air pada tahun 1915 Masihi.

Antara guru-guru beliau di Mekah ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga. [kepada ulama ini, beliau mendalami kitab hadits Bukhari], Syeikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri, iaitu ulama yang berasal dari dunia Melayu yang menjadi ketua qiraat tujuh di Hijaz pada zaman itu. Syeikh Muhammad Nur al-Fathani [mendalami ilmu falak], Syeikh Muhammad Mukhtar bin Atharid Bogor dan Syeikh Umar bin Abdur Rasyid as-Sumbawi.

Dalam mempertahankan kaum tua [yang berpegang kepada ‘asya’irah dalami ilmu tauhid dan bermazhab Syafie dalam fiqih] Haji Abu Bakar Qadhi mengarang beberapa risalah menolak pendapat Hasan Bandung dan Shaikh Thahir Jalaluddin, yang merupakan ulama kaum muda dan sebuah karya di dalam bahasa Arab untuk menolak beberapa pendapat Sayid Rasyid Ridha, ulama Mesir yang merupakan tokoh reformis yang sangat terkenal. Antara kitabnya itu bertajuk 'Taman Persuraian Membatalkan Perkataan asy-Syaikh Muhammad Thahir Jalaluddin al-Minankabawi …', Mustika ‘Ajaaib Pada Menyatakan Hukum dan Kelebihan Membaca Maulid Nabi Kita صلى الله عليه وسلم, Cogan Perikatan Pada Menyatakan Sunat Berlafadz Usolli, Taufan Yang Memalui Atas Huraian Haji Thahir Al-Minankabawi dan lain-lain.

Tuan Guru Haji Abdul Qadir Sekam atau Ayah Dir Sekam atau nama penuhnya ialah Syaikh 'Abdul Qadir bin Haji Wangah bin 'Abdul Lathif bin Utsman. Tokoh mutakhir Fathani Darussalam [sehingga penghujung abad 20] yang paling banyak menulis. Lahir pada 1340H/1921M di Kampung Sekam. Di dalam kitab beliau 'Irsyadul Jawiyyin ila Sabilil Ulama-il ‘Amilin' mengandungi bahasan mengenai kesesatan dan kesilapan Wahhabi dan Muhammad Abdul Wahab.

Tuan Guru Syaikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib al-Indonisi al-Mandili. Seorang ulama yang terkenal mengajar di Masjidil Haram di Mekah. Merupakan mahaguru ulama seNusantara di sekitar tahun 50an.

Beliau menulis beberapa kitab untuk menolak fahaman kaum Muda [Wahhabi] dan antaranya kitab bertajuk 'Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-‘Asy’ari' [pelopor fahaman kaum muda @ Wahhabi di negeri Perlis Indera Kayangan]. Kitab tersebut ditulis di Makkah al-Mukarramah dan selesai penulisannya pada hari Sabtu 4 Syawal 1378H.\

Sebuah lagi kitab yang beliau tulis, bertajuk 'al-Mazhab' atau Tiada Haram Bermazhab. Kitab ini beliau tulis untuk memenuhi permintaan Tuan Guru Haji Hasan Ahmad al-Fathani bagi menjawab sebuah kitab tulisan seorang pemuka kaum muda @ Wahhabi bernama Hasan Ahmad Bandung bertajuk 'al-Mazhab, Wajib atau Haramkah Bermazhab'? Selain itu beliau juga mentahqiqkan kitab karangan murid beliau, Ismail bin Ahmad bin Muhammad Salleh at-Fathani al-Langgoori bertajuk 'Minhaaj al-Saalimin fi Thoriqah al-Mutaqaddimin'. Maka jelas menunjukkan beliau menolak akan fahaman Wahhabi yang mengeliru dan menyesatkan itu.

Jelas bahawa ulama-ulama di atas menolak fahaman/ajaran yang dibawa oleh kaum muda atau Wahhabi. Jika kita terima ajaran Wahhabi, maknanya kita tolak fatwa ulama kita yang dahulu-dahulu yang terkenal dengan ke’aliman dan ketaqwaannya.

Syaikh Ahmad Khatib bin Abdul Lathif bin Abdullah al-Minankabawi lahir pada hari Isnin, 6 Zulhijjah 1276H/26 Jun 1860M di Sumatera dan pada wafat 9 Jumadilawwal 1334H/13 Mac 1916M di Mekah. Salah seorang ulama melayu yang telah mengangkat martabat ulama Melayu kerana beliau pernah menjadi imam dan khatib dalam Mazhab Syafie di Masjidilharam Mekah. Antara guru-guru beliau adalah Sayid Bakri Syatha, Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki. Antara muridnya pula adalah Syaikh Hasan Ma’sum dan Syaikh Abdul Karim Amrullah [ayahanda kepada Buya HAMKA]. Seketika berlaku polemik di antara kedua murid beliau, iaitu Syaikh Hassan Ma’sum yang beraliran ‘kaum tua’ dan Syaikh Abdul Karim Amrullah [dikenali juga dengan Haji Rasul Amrullah, wafat 2 Jun 1945 - ] yang beraliran ‘kaum muda’, Syaikh Ahmad Khatib telah menyebelahi muridnya Syaikh Hassan Ma’sum dan dengan tegas menulis Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim dan Wahhabiyah yang diikuti oleh anak murid beliau [Syaikh Abdul Karim Amrullah] adalah sesat. Menurut Syaikh Ahmad Khatib Minangkabau, golongan tersebut sesat kerana keluar daripada fahaman Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah dan menyalahi pegangan mazhab yang empat. Antara tulisannya ialah 'al-Khiththah al-Mardhiyah fi Raddi fi Syubhati man qala Bid’ah at-Talaffuzh bian-Niyah', 'Nur al-Syam’at fi Ahkam al-Jum’ah' dan lain-lain.

Di antara nasihatnya: “Maka betapakah akan batal dengan fikiran orang muqallid yang semata-mata dengan faham yang salah dengan taqlid kepada Ibnu al-Qaiyim yang tiada terpakai qaulnya pada Mazhab Syafie. ……………Maka wajiblah atas orang yang hendak selamat pada agamanya bahawa dia berpegang dengan segala hukum yang telah tetap pada mazhab kita. Dan janganlah ia membenarkan akan yang menyalahi demikian itu daripada fatwa yang palsu.”

Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad lahir di Bandar Qaidun, Hadhramaut, Yaman pada 14 Syawal 1301H/7 Ogos 1884M dan beliau wafat pada pada 17 Jumadilakhir 1382H bersamaan14 November 1962M. Dia dilantik menjadi Mufti Johor sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1934 – 1941 dan 1947 - 1961. Antara guru-guru beliau ialah Habib Ahmad bin al-Hasan al-Attas, Habib Thahir bin Umar al-Haddad, Habib Muhammad bin Thahir al-Haddad, Habib Abdullah bin Thaha al-Haddad, Habib Thahir bin Abi Bakri al-Haddad dan al-Mu'ammar Sirajuddin Umar bin Utsman bin Muhammad Ba Utsman al-Amudi ash-Shiddiqi al-Bakari.

Saiyid Alwi al-Haddad ialah seorang ulama yang berpendirian keras dan tegas mempertahankan hukum syarak menurut aliran ‘kaum tua’. Beliau sangat menyanggah pendapat dan pegangan Syaikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati dan yang lebih keras dibantahnya ialah A. Hassan bin Ahmad Bandung, bahkan Saiyid Alwi al-Haddad yang mengharamkan karya-karya A. Hassan Bandung di Johor demi untuk membendung menularnya fahaman kaum muda @ Wahhabi. [Syaikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati dan A. Hassan Bandung – wafat pada 10 November 1958 - merupakan ulama bagi ‘kaum muda’]

Di dalam Fatwa Mufti Kerajaan Johor yang telah difatwakan oleh Allahyarham al-‘Allamah Dato’ Sayyid Alwi bin Thahir al-Haddad, Mufti Kerajaan Johor 1936 – 1961M = 1356 – 1381H, dikumpul dan diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor, halaman 397 – 399:

PERKARA: MENGENAL KAUM MUDA –WAHHABI-DAN MUSUH-MUSUH ISLAM.

Soalan: Bagaimanakah dapat dikenal atau diketahui alamat-alamat kaum muda (Wahhabi) itu? Adakah kaum muda itu terjumlah dalam golongan Islam?

Jawab: Jawab Soalan Pertama:Yang dikatakan Kaum Muda (Wahhabi) pada pertuturan orang-orang zaman ini (zaman beliau) ialah suatu kumpulan orang-orang yang tiada mengerti dan faham tentang Islam, mereka bersungguh-sungguh hendak menghampiri dan menyatukan agama Islam kepada agama lain. Apa jua perkara yang terbit daripada agama Kristian atau Majusi, mana yang dipandang mereka molek dan elok pada zhohirnya berkehendaklah mereka memalingkan hukum-hukum Islam daripadanya seperti berkata setengah mereka itu (Wahhabi): Babi itu suatu binatang yang suci, dan berkata setengah yang lain pula; Tiada sah ruju’ dengan tiada redha perempuan, dan berkata yang lain pula; Nabi Allah ‘Isa عليه السلام berbapa seperti perkataan orang-orang Yahudi.”

Setengah daripada alamat (ciri-ciri) mereka itu (Wahhabi):

Mereka marahkan Imam-Imam Mazhab yang empat dan ulama’ fiqh, mereka mengaku mengetahui al-Quran dan al-Hadits Nabawi.

Mereka membangkang ijma’, menyebarkan masalah khilaf di antara umat-umat Islam supaya menambah porak-peranda umat-umat Islam sebagai mana disukai oleh seteru-seteru Islam.

Apabila mereka melihat orang-orang Islam tiada menyentuh al-Quran melainkan kemudian daripada mengambil air sembahyang, mereka (Wahhabi) berkata; Harus menyentuh al-Quran dengan tiada air sembahyang.

Apabila mereka melihat orang Islam tiada membaca al-Quran melainkan kemudian daripada bersuci daripada hadats besar, mereka (Wahhabi) berkata; Harus membaca al-Quran kalau ada hadats besar sekalipun.

Apabila mereka melihat orang-orang Islam menjauhkan diri daripada najis seperti arak dan babi, mereka berkata ; Kedua-dua perkara itu suci. Mereka mencita-cita (bercita-cita) supaya orang Islam menjadi seperti orang Majusi. Mereka berlumur dengan lemak babi dan mencurahkan arak kepada bajunya kemudian sembahyang.

Setengah mereka itu sepanjang hari memain (bermain) kemaluannya atau menyentuh kemaluan isterinya beberapa kali kemudian boleh dia sembahyang (‘la za’mihim) dengan tiada mengambil air sembahyang.

Lagi demikian jua kalau ia membuat rantai leher daripada daging babi atau memakai kulit babi yang basah kemudian pergi sembahyang, nescaya sah sembahyang itu di sisi mereka!

Kalau mereka bergelumbang dalam reban ayam atau kandang kambing atau lembu dan jadi baunya sebusuk-busuk manusia, kemudian dia sembahyang - sah juga sembahyang itu di sisi mereka.

Dan setengah dari ‘alamat mereka itu (Wahhabi), mereka bersungguh mengamat-amati dan mengambil susah dalam perkara yang kecil-kecil seperti talqin, tahlil dan seumpamanya dan tiada menghiraukan perkara-perkara yang besar-besar seperti dosa-dosa besar yang telah membiak setengah daripadanya berzina, riba, was-was sangka pada Allah dan mengajar kanak-kanak Islam agama yang bukan Agama Islam. Perkara ini semua tiada disebut (dititik-beratkan oleh Wahhabi) dan tiada dihiraukannya.

Dan setengah daripada ‘alamat mereka itu, mereka berseteru dan merekakan masalah-masalah fiqh yang tiada padanya khilaf, barangsiapa menyalahi akan mereka itu pada satu daripada masalah-masalah fiqh seperti suatu hukum daripada hukum-hukum sembahyang atau sujud sahwi atau tayammum atau sunnah talqin, nescaya mereka jadikan orang itu seteru, terus diingkarkannya.

Semuanya ini ialah adat orang-orang khawarij (orang-orang yang benci akan Sayyidina ‘Ali karramahu wajhah) dan ‘adat ahlul bid’ah yang menyalahi puak-puak Islam kerana sahabat-sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم, al-Tabi’in, mereka yang kemudian daripada Imam-imam mazhab yang empat dan sekalian ‘ulama’ mazhab, mereka bersalah-salahan (berselisihan pendapat) pada beberapa masalah dalam masalah fiqh (furu’ fiqhiyyah) tetapi mereka tiada berseteru di antara setengah dengan setengahnya sebab bersalah-salahan ambilnya itu kerana bukannya bersalahan itu pada usul (asal masalah) bahkan pada furu’ (cawangan-cawangan) sahaja.

Syaikh Hasan Ma’shum Mufti Kerajaan Deli yang nama lengkapnya ialah Hasanuddin bin Muhammad Ma’shum bin Abi Bakar ad-Dali (Deli). Namun lebih dikenali dengan Syaikh Hasan Ma’shum. Asal keturunan dari Acheh kemudian berpindah ke Deli. Lahir di Labuhan Deli, Sumatera Utara pada tahun 1300H/1882M dan wafat di Medan pada 24 Syawal 1355H/7 Januari 1937M. Ayah dan datuknya juga merupakan ulama. Seorang pembela kaum tua ketika berlaku pertembungan pendapat antara kaum tua dan kaum muda. Antara kitab yang beliau tulis untuk menyanggah pendapat kaum muda adalah 'Al-Quthufat as-Saniyah fi Raddi Ba’dhi Kalam al-Fawaid al-‘Aliyah' [kitab ini mendapat pujian dari gurunya Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau dan Syeikh Abdul Qadir Shabir al-Mandaili], Beberapa Masail [untuk menangkis 19 perkara yang dilemparkan oleh Kaum Muda @ Wahhabi yang dianggap bida'ah oleh mereka, iaitu antaranya tentang melafazkan ‘Usalli’, membaca talkin, mengaji (membaca al-Quran) di kubur, berdiri ketika marhaban, mempercayai ulama, lafaz ‘Saidina’ dalam shalawat, qadha sembahyang, mengangkat tangan ketika qunut, ziarah makam Nabi صلى الله عليه وسلم , membaca al-Quran untuk orang mati, fidyah sembahyang, ziarah kubur dan lain-lain lagi. Kitab ini dicetak pada tahun 1929 (cetakan kedua)]

Jelas bahawa ulama-ulama di atas menolak fahaman/ajaran yang dibawa oleh kaum muda atau Wahhabi. Jika kita terima ajaran Wahhabi, maknanya kita menolak fatwa ulama-ulama kita yang dahulu-dahulu yang terkenal mereka itu dengan ke’aliman dalam pelbagai cabang ilmu, kewarakan dan ketaqwaannya.

Kata al-Marhum Tuan Guru Syaikh Wan Muhammad Shaghir bin Wan Abdullah:

“Ada orang jadi masyhur namanya kerana mempertahankan sesuatu pegangan yang diamalkan oleh orang ramai. Tidak dinafikan juga bahawa seseorang jadi masyhur kerana membantah amalan orang lain. Seseorang yang mempertahankan pegangan, sama ada yang betul ataupun yang salah, ada yang terikat dengan adab-adab yang tertentu, tetapi tidak sedikit yang tiada beradab. Walau bagaimana hebat pun seseorang memperoleh kemasyhuran sanjungan manusia, tetapi jika pemikiran, pekerjaan dan perbuatannya tiada diredhai Allah, dia bukanlah seorang yang bijak. Hakikatnya dialah orang yang paling bodoh.”
Elias Hj Idris
Oleh: C4KEBOM (TKO)

Langit Ke-1 (ar-Rafii'ah): Adam
Akupun pergi bersama Jibril hingga kami mendatangi Langit Pertama.

Ada yang bertanya: "Siapa ini?",

dia menjawab: "Jibril".

Ditanya lagi: "Siapa bersamamu?",

dia menjawab: "Muhammad".
Ditanya lagi: "Dan sudah waktunya ia diutus kepada-Nya?",

dia menjawab: "Ya".
Dikatakanlah: "Selamat datang untuknya dan sungguh sebaik-baik pendatang telah tiba".

Begitu menjumpai Adam, aku memberinya salam.

Diapun berkata: "Selamat datang untukmu wahai anak dan nabi!".

Langit Ke-2 (al-Maa'uun): Isa dan Yahya

Kemudian kami mendatangi Langit Kedua.
Ada yang bertanya: "Siapa ini?",

dia menjawab: "Jibril".

Ditanya lagi: "Siapa bersamamu?",

dia menjawab: "Muhammad".

Ditanya lagi: "Sudah waktunya ia diutus kepada-Nya?",

dia menjawab: "Ya".

Dikatakanlah: "Selamat datang untuknya dan sungguh sebaik-baik pendatang telah tiba".

Ketika menjumpai Isa dan Yahya,

keduanya berkata: "Selamat datang untukmu, wahai saudara dan nabi!".

Langit Ke-3 (al-Maziinah): Yusuf

Lalu kami mendatangi Langit Ketiga. Ada yang bertanya: "Siapa ini?",

dia menjawab: "Jibril".

Ditanya lagi: "Siapa bersamamu?",

dia menjawab: "Muhammad".

Ditanya lagi: "Dan sudah waktunya ia diutus kepada-Nya?", dia menjawab: "Ya".

Dikatakanlah: "Selamat datang untuknya dan sungguh sebaik-baik pendatang telah tiba".

Saat menjumpai Yusuf, aku memberinya salam.

Dia berkata: "Selamat datang untukmu, wahai saudara dan nabi!".
Langit Ke-4 (az-Zahirah): Idris
Lantas kami mendatangi Langit Keempat. Ada yang bertanya:

"Siapa ini?",
dia menjawab: "Jibril".

Ditanya: "Siapa bersamamu?",

dia menjawab: "Muhammad".

Ditanya lagi: "Dan telah waktunya ia diutus kepada-Nya?",

dia menjawab: "Ya".
Dikatakanlah: "Selamat datang untuknya dan sebaik-baik pendatang telah tiba". 

Tatkala menjumpai Idris, aku memberinya salam.

Diapun berkata: "Selamat datang untukmu, wahai saudara dan nabi!".

Langit Ke-5 (al-Muniirah): Harun

Kemudian kami mendatangi Langit Kelima.

Ada yang bertanya: "Siapa ini?",

dia menjawab: "Jibril".

Ditanya: "Siapa bersamamu?", dia menjawab: "Muhammad".
Ditanya lagi: "Dan sudah waktunya ia diutus kepada-Nya?",

dia menjawab: "Ya".

Dikatakanlah: "Selamat datang untuknya dan sungguh sebaik-baik pendatang telah tiba".
Saat kami menjumpai Harun, aku memberinya salam.

Diapun menjawab: "Selamat datang untukmu, wahai saudara dan nabi!".

Langit Ke-6 (al-Khaliishah): Musa

Lantas kami mendatangi Langit Keenam.

Ada yang bertanya: "Siapa ini?",

dia menjawab: "Jibril".
Ditanya: "Siapa bersamamu?",
dia menjawab: "Muhammad".

Dikatakan: "Dan sudah waktunya ia diutus kepada-Nya? Selamat datang untuknya dan sebaik-baik pendatang telah tiba."

Ketika menjumpai Musa, aku memberinya salam. Diapun dia berkata: "Selamat datang untukmu, wahai saudara dan nabi!".

Tatkala aku berlalu, dia menangis sehingga ditanya: "Apa yang menyebabkanmu menangis?".

Dia menjawab: "Wahai Tuhan, (yang menyebabkanku menangis yaitu) pemuda ini yang diutus sesudahku.

Umatnya yang masuk surga lebih utama daripada umatku yang memasukinya."

Langit Ke-7 (al-Ajiibah): Ibrahim

Lalu kami mendatangi Langit Ketujuh.

Ada yang bertanya: "Siapa ini?", dia menjawab:

"Jibril". Ditanya: "Siapa bersamamu?",

dia menjawab: "Muhammad".

Dikatakanlah: "Dan telah waktunya ia diutus kepada-Nya?

Selamat datang untuknya dan sungguh sebaik-baik pendatang telah tiba."

Saat menjumpai Ibrahim, aku memberinya salam. Diapun berkata: "Selamat datang untukmu, wahai putra dan nabi!".

Bait al-Makmur

Tatkala dinaikkan ke Baitul Makmur, aku menanyai Jibril. Maka ia menjawab: "Ini adalah Baitul Makmur. Setiap hari di dalamnya shalat tujuh puluh ribu (70.000) malaikat. Jika mereka telah keluar, mereka tidak akan pernah kembali lagi ke sana sampai yang terakhir dari mereka."

Peristiwa di Sidratul Muntaha

Dan aku dinaikkan ke Sidratul Muntaha yang mana buahnya seperti bejana batu dan daunnya seperti telinga gajah. Pada akarnya terdapat empat sungai: dua sungai batin dan dua sungai lahir. Begitu kutanyai Jibril, ia menjawab: "Adapun dua yang batin (tidak tampak dari dunia) berada di surga, sedangkan dua yang lahir (tampak di dunia) adalah Nil dan Eufrat." Kemudian aku diwajibkan lima puluh shalat.

HR al-Bukhari (3207).

Peristiwa di Surga

Dari Anas bin Malik, dari Nabi SAW, beliau telah bersabda: Ketika aku jalan-jalan di Surga, aku mendekati sungai yang di kedua bantarannya terdapat kubah-kubah dari rangkaian mutiara.
Aku bertanya: "Apa ini wahai Jibril?"

Ia menjawab: "Ini adalah al-Kautsar yang diberikan Tuhanmu kepadamu." Maka ingatlah (ketahuilah) oleh kalian bahwa tanahnya atau debunya adalah kesturi yang harum semerbak.

HR al-Bukhari (6581),Kitab Kelembutan Hati, Bab Tentang al-Kautsar.

Peristiwa di Neraka

Dari Anas bin Malik, ia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam:Ketika aku dimi'rajkan [Tuhanku yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi], aku melewati suatu kaum yang mempunyai kuku-kuku dari tembaga. Mereka mencakari wajah-wajah dan dada-dada mereka. Aku bertanya: "Siapa mereka wahai Jibril?" Ia menjawab: "Mereka adalah orang-orang yang memakan daging manusia dan menumpuk-numpuk harta."
HR Abu Dawud (4878), Kitab Adab, Bab Tentang Ghibah. Menurut al-Albani hadits ini shahih lighairih dalam ash-Shahihah (II: 533) dan Shahih at-Targhib (III: 2839). Sebelumnya dalam Takhrij al-Misykat (III: 5046) beliau belum menetapkan derajatnya.

Langit Ke-6: Saran Musa

Saat aku kembali (turun) hingga menjumpai Musa, ia bertanya: "Apa yang engkau bawa?".

Kujawab: "Aku diwajibkan lima puluh shalat".

Ia berkata: "Aku lebih mengetahui manusia daripadamu. Aku telah berurusan dengan Bani Israil dengan urusan yang sulit. Dan sesungguhnya umatmu tidak akan mampu. Maka kembalilah kepada Tuhanmu, kemudian mintalah (keringanan) kepada-Nya."

Sidratul Muntaha: Keringanan kewajiban shalat
Oleh karena itu aku kembali. Akupun meminta (keringanan) kepada-Nya sehingga Dia menjadikannya empat puluh.

Langit Ke-6, Sidrat al-Muntaha

Kemudian seperti tadi (ketika bertemu Musa), lalu tiga puluh.

Kemudian seperti tadi sehingga Dia jadikan dua puluh.

Kemudian seperti tadi sehingga Dia jadikan sepuluh.

Ketika aku bertemu Musa, ia berkata seperti tadi. Dia pun menjadikannya lima.

Langit Ke-6: Berserah diri

Tatkala aku bertemu Musa, ia berkata: "Apa yang engkau bawa?".

Begitu kujawab: "Dia jadikan lima", ia (masih) berkata seperti tadi.

Maka aku katakan: "Aku berserah diri dengan baik", sehingga diserukanlah: "Sesungguhnya Aku (Allah) telah menetapkan kewajiban-Ku serta meringankan hamba-Ku, dan Aku akan memberi pahala kebajikan sepuluh kalinya."

HR al-Bukhari (3207) dengan redaksi sebagaimana telah dikemukakan panjang lebar, an-Nasai (448), dan Ahmad (17378 &; 17381).
Elias Hj Idris
Oleh: Muhammad Abduh Tuasikal  

Segala puji bagi Allah, satu-satunya Rabb yang berhak disembah. shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga, para sahabatnya, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga akhir zaman.

Ada beberapa hal keimanan yang mesti diyakini seorang muslim berkaitan dengan hujan, iaitu:

Pertama: Tidak ada yang mampu menurunkan hujan melainkan Allah Ta’ala.

Allah Ta’ala berfirman,
مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِنْ رَحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. Fathir: 2). Sebahagian ulama seperti penulis tafsir Al-Jalalain mengatakan bahawa rahmat yang dimaksudkan di sini adalah rezeki dan hujan.[1]

Al Qurthubi mengatakan bahwa sebagian ulama menafsirkan rahmat dalam ayat di atas dengan hujan atau rezeki. Mereka mengatakan, “Hujan atau rezeki yang Allah datangkan pada mereka, tidak ada satu pun yang dapat menahannya. Jika Allah menahannya untuk turun, maka tidak ada seorang pun yang dapat menurunkan hujan tersebut.”

Ada pula ulama yang memaksudkan rahmat di sini dengan diutusnya rasul kerana rasul adalah rahmat untuk manusia. Ada pula ulama yang menafsirkan rahmat dengan do’a, taubat, taufik dan hidayah. Namun yang lebih tepat, makna rahmat di sini adalah umum mencakup segala dimaksudkan oleh para ulama tadi. Jadi makna rahmat adalah hujan, rezeki, do’a, taubat, taufik dan hidayah.[2]

Kedua: Diturunkannya hujan termasuk kunci ilmu ghaib dan hanya Allah yang tahu bila masa turunnya.
Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الأرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Luqman: 34)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,
مِفْتَاحُ الْغَيْبِ خَمْسٌ لاَ يَعْلَمُهَا إِلاَّ اللَّهُ لاَ يَعْلَمُ أَحَدٌ مَا يَكُونُ فِى غَدٍ ، وَلاَ يَعْلَمُ أَحَدٌ مَا يَكُونُ فِى الأَرْحَامِ ، وَلاَ تَعْلَمُ نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا ، وَمَا تَدْرِى نَفْسٌ بِأَىِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ، وَمَا يَدْرِى أَحَدٌ مَتَى يَجِىءُ الْمَطَرُ

“Kunci ilmu ghoib ada lima, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah Ta’ala. [1] Tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yangg terjadi keesokan harinya. [2] Tidak ada seorang pun mengetahui apa yang terjadi dalam rahim. [3] Tidak ada satu jiwa pun yang mengetahui apa yang ia lakukan besok. [4] Tidak ada satu jiwa pun yang mengetahui di manakah ia akan mati. [5] Tidak ada seorang pun yang mengetahui kapan turunnya hujan.”[3]

Inilah lima hal yang disebut dengan mafatihul ghoib (kunci ilmu ghoib). Dan di antara kunci ilmu ghoib adalah diturunkannya hujan.

Qotadah mengatakan, “Tidak ada seorang pun yang mengetahui kapankah diturunkannya hujan, malam ataukah siang hari.”[4]

Ketiga: Ada Malaikat yang bertugas menurunkan hujan.

Dalam Al Mu’jam Al Kabir, Imam Ath Thobroni meriwayatkan tentang percakapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan malaikat Jibril, di antaranya,


قُلْتُ: عَلَى أَيِّ شَيْءٍ مِيكَائِيلُ؟ قَالَ: عَلَى النَّبَاتِ وَالْقَطْرِ

“Aku (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) bertanya, “Tentang apakah Mikail itu ditugaskan? Ia (yaitu Jibril) menjawab, “Ia ditugaskan mengurus tanaman dan hujan.”

Ibnu Hajar dalam Fathul Bari mengatakan bahawa dalam sanad hadits ini terdapat Muhammad bin ‘Abdirrahman bin Abi Laila. Ia telah didho’ifkan (dilemahkan) kerana jeleknya hafalan, namun ia tidak ditinggalkan.[5] Ibnu Katsir mengatakan bahwa hadits ini ghorib dari sisi ini.[6]

Ibnu Katsir menjelaskan, “Mikail ditugaskan untuk mengurus hujan dan tumbuh-tumbuhan yang darinya berbagai rezeki diciptakan di alam ini. Mikail memiliki beberapa pembantu. Mereka melaksanakan apa yang diperintahkan kepada mereka melalui Mikail berdasarkan perintah dari Allah. Mereka mengatur angin dan awan, sebagaimana yang dikehendaki oleh Rabb yang Maha Mulia. Sebagaimana pula telah kami riwayatkan bahawa tidak ada satu tetes pun air yang turun dari langit melainkan Mikail bersama malaikat lainnya menurunkannya di tempat tertentu di muka bumi ini.”[7]
Keempat: Turunnya hujan telah ditulis di Lauhul Mahfuzh[8]

Kejadian apa saja yang berlaku di muka bumi ini telah diketahui, tercatat dalam Lauhul Mahfuzh sejak 50.000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi dan telah ditakdirkan oleh Allah. Termasuk dalam hal ini adalah diturunkannya hujan, bila masa terjadinya, di mana diturunkan, berapa intensitasnya dan bagaimana dampak dari hujan tersebut.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
كَتَبَ اللَّهُ مَقَادِيرَ الْخَلاَئِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

“Allah telah mencatat takdir setiap makhluk sebelum 50.000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi.”[9]

Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,
إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ لَهُ اكْتُبْ. قَالَ رَبِّ وَمَاذَا أَكْتُبُ قَالَ اكْتُبْ مَقَادِيرَ كُلِّ شَىْءٍ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ

“Sesungguhnya yang pertama kali Allah ciptakan adalah qolam. Lalu Allah firmankan padanya, ‘Tulislah’. Qolam mengatakan, “Apa yang akan aku tulis?’ Allah berfirman, ’Tulislah berbagai takdir dari segala sesuatu yang akan terjadi hingga hari kiamat’. ”[10]

Berkaitan dengan qadha’ Allah terhadap segala sesuatu yang akan terjadi pada makhluk-Nya, Allah berfirman,

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (QS. Ad Dukhan: 4). Malam yang dimaksudkan di sini adalah malam Lailatul Qadar sebagaimana pendapat majoriti ulama tafsir.[11]

Asy-Syaukani menyebutkan sebagaimana dikeluarkan oleh Muhammad bin Nashr, Ibnul Mundzir dan Ibnu Abi Hatim, bahwa Ibnu ‘Abbas menafsirkan ayat di atas, “Pada malam lailatul qadar segala sesuatu dicatat dalam Ummul Kitab (yang ada di Lauhul Mahfuzh) berupa rizki, kematian, kehidupan, hujan, sampai orang yang berhaji yaitu si fulan akan berhaji dan si fulan akan berhaji.”[12]

Kelima: Ucapan istighfar dapat menyebabkan turunnya hujan.

Allah Ta’ala berfirman,
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (10) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (11) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (12)

“Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS. Nuh: 10-12)

Terdapat sebuah atsar dari Hasan Al Bashri rahimahullah sebagai berikut.

أَنَّ رَجُلًا شَكَى إِلَيْهِ الْجَدْب فَقَالَ اِسْتَغْفِرْ اللَّه ، وَشَكَى إِلَيْهِ آخَر الْفَقْر فَقَالَ اِسْتَغْفِرْ اللَّه ، وَشَكَى إِلَيْهِ آخَر جَفَاف بُسْتَانه فَقَالَ اِسْتَغْفِرْ اللَّه ، وَشَكَى إِلَيْهِ آخَر عَدَم الْوَلَد فَقَالَ اِسْتَغْفِرْ اللَّه ، ثُمَّ تَلَا عَلَيْهِمْ هَذِهِ الْآيَة

"Sesungguhnya seseorang mengadukan kepada Al Hasan tentang musim paceklik yang terjadi. Lalu Al Hasan menasehatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah”.

Kemudian orang lain mengadu lagi kepada beliau tentang kemiskinannya. Lalu Al Hasan menasehatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah”.

Kemudian orang lain mengadu lagi kepada beliau tentang kekeringan pada lahan (kebunnya). Lalu Al Hasan menasehatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah”.

Kemudian orang lain mengadu lagi kepada beliau kerana sampai waktu itu belum memiliki anak. Lalu Al Hasan menasehatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah”.

Kemudian setelah itu Al Hasan Al Bashri membacakan surat Nuh di atas.[13]

Maksud surat Nuh di atas sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Katsir, “Jika kalian meminta ampun (beristigfar) kepada Allah dan mentaati-Nya, niscaya kalian akan mendapatkan banyak rezeki, akan diberi keberkatan hujan dari langit, juga kalian akan diberi keberkatan dari tanah dengan ditumbuhkannya berbagai tanaman, dilimpahkannya air susu, serta akan dilapangkan pula harta dan anak, iaitu kalian akan diberi anak dan keturunan. Di samping itu, Allah juga akan memberikan kepada kalian kebun-kebun dengan berbagai buah yang di tengah-tengahnya akan dialirkan sungai-sungai.”[14]

Keenam: Suara geledek adalah malaikat yang membawa api.

Ada tiga istilah untuk kilatan petir dan geledek, iaitu ar ro’du, ash showa’iq dan al barq. Ar ro’du adalah istilah untuk suara petir atau geledek. Sedangkan ash showa’iq dan al barq adalah istilah untuk kilatan petir, iaitu cahaya yang muncul beberapa saat sebelum adanya suara petir.[15]

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan, ”Dalam hadits marfu’ (sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, pen) pada riwayat At Tirmidzi dan selainnya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang ar ro’du, lalu beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,
مَلَكٌ مِنْ الْمَلَائِكَةِ مُوَكَّلٌ بِالسَّحَابِ مَعَهُ مخاريق مِنْ نَارٍ يَسُوقُ بِهَا السَّحَابَ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ

”Ar ro’du adalah malaikat yang diberi tugas mengurus awan dan bersamanya pengoyak dari api yang memindahkan awan sesuai dengan kehendak Allah.”[16]

Disebutkan dalam Makarimil Akhlaq milik Al Khoro-ithi, ’Ali pernah ditanya mengenai ar ro’du. Beliau menjawab, ”Ar ro’du adalah malaikat. Beliau ditanya pula mengenai al barq. Beliau menjawab, ”Al barq (kilatan petir) itu adalah pengoyak di tangannya.” Dan dalam riwayat lain dari Ali juga,” Al barq itu adalah pengoyak dari besi di tangannya”.

Kemudian Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan lagi, ”Ar ro’du adalah mashdar (kata kerja yang dibendakan) berasal dari kata ro’ada, yar’udu, ro’dan (yang berarti gemuruh, pen). … Namanya gerakan pasti menimbulkan suara. Malaikat adalah yang menggerakkan (menggetarkan) awan, lalu memindahkan dari satu tempat ke tempat lainnya. Dan setiap gerakan di alam ini baik yang di atas (langit, pen) maupun di bawah (bumi, pen) adalah dari malaikat. Suara manusia dihasilkan dari gerakan bibir, lisan, gigi, lidah, dan dan tenggorokan. Dari situ, manusia bisa bertasbih kepada Rabbnya, bisa mengajak kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran. Oleh karena itu, ar ro’du (suara gemuruh) adalah suara yang membentak awan. Dan al barq (kilatan petir) adalah kilauan air atau kilauan cahaya. … ”[17]

Ketujuh: Kewajiban zakat yang tidak ditunaikan dapat menghalangi turunnya hujan.

Jika suatu kaum yang sudah memiliki kewajiban mengeluarkan zakat enggan mengeluarkan zakat, itu bisa menjadi sebab terhalangnya turunnya hujan.

Dari Ibnu ‘Umar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَمْ يَمْنَعْ قَوْمٌ زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنَ السَّمَاءِ , وَلَوْلا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا.

“Jika suatu kaum enggan mengeluarkan zakat dari harta-harta mereka, maka mereka akan dicegah dari mendapatkan hujan dari langit. Sekiranya bukan karena binatang-binatang ternak, niscaya mereka tidak diberi hujan.”[18]

Dari Buraidah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَا نَقَضَ قَوْمٌ العَهْدَ قَطٌّ إِلاَّ كَانَ القَتْلُ بَيْنَهُمْ وَمَا ظَهَرَتْ فَاحِشَةً فِي قَوْمٍ قَطٌّ إِلاَّ سَلَّطَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهِمْ المَوْتَ وَلاَ مَنَعَ قَوْمٌ الزَّكَاةَ إِلاَّ حَبَسَ اللهُ عَنْهُمْ القَطْرَ

“Tidaklah suatu kaum mengingkari janji mereka melainkan akan ada pembunuhan di tengah-tengah mereka. Tidaklah tampak perbuatan keji di tengah-tengah suatu kaum melainkan Allah akan kuasakan kematian pada mereka. Dan tidaklah suatu kaum enggan mengeluarkan zakat melainkan Allah akan menahan hujan untuk mereka.”[19]

Asy Syaukani menjelaskan faedah hadits yang serupa dengan hadits di atas:

Enggan menunaikan zakat menjadi sebab tidak diturunkannya hujan dari langit.

Jika hujan itu diturunkan padahal maksiat merajalela, maka itu hanya kerana rahmat Allah Ta’ala pada binatang ternak.[20]

Hal ini menunjukkan bahawa dengan seseorang menunaikan zakat, bererti dia telah memakmurkan bumi Allah.

Semoga kita bisa mengimani beberapa bentuk keimanan yang berkaitan dengan hujan ini dengan keimanan yang benar, mantap dan kokoh.

Hanya Allah yang memberi taufik.
Sumber:  http://rumaysho.com/

Diselesaikan di Pangukan-Sleman, 11 Shofar 1431 H, di waktu sahur

--------------------------------------------------------------------------------
[1] Lihat Tafsir Al Jalalain, Jalaluddin Muhammad bin Ahmad Al Muhalla dan Jalaluddin Abdurrahman bin Abi Bakr As Suyuthi, hal. 434, Maktabah Ash Shofaa, cetakan pertama, tahun 1425 H.

[2] Lihat Al Jaami’ Li Ahkamil Qur’an (Tafsir Al Qurtubhi), Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr Al Qurthubi, 17/344, Muassasah Ar Risalah.
[3] HR.Bukhari no. 1039, dari Ibnu ‘Umar.

[4] Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, Ibnu Katsir, 11/86, Muassasah Qurthubah.

[5] Lihat Fathul Bari, Ibnu Hajar Al Asqolani, 6/307, Darul Ma’rifah.

[6] Al Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir, 1/48, Mawqi’ Ya’sub

[7] Al Bidayah wan Nihayah, 1/50.

[8] Lauhul Mahfuzh adalah kitab Allah di mana Allah mencatat setiap takdir makhluk. Lauhul Mahfuzh dalam Al Qur’an biasa disebut Al Kitab, Al Kitabul Mubiin, Al Imamul Mubin, Ummul Kitab, dan Al Kitab Al Masthur.

[9] HR. Muslim no. 2653, dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash.

[10] HR. Abu Daud (4700), dari ‘Ubadah bin Ash Shoomit. Juga diriwayatkan oleh Tirmidzi (2156) dalam Al Qodr dan (3316) dalam at tafsir dan selainnya. Ini adalah hadits shohih. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Sunan Abi Daud no. 4700 dan Sunan wa Dho’if Sunan At Tirmidzi no. 2155.

[11] Lihat Fathul Qodir, Asy Syaukani, 6/422, Mawqi’ At Tafasir.

[12] Fathul Qodir, 6/425.

[13] Riwayat ini disebutkan oleh Al Hafidz Ibnu Hajar di Fathul Bari, 11/98, Darul Ma’rifah.

[14] Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim Ibnu Katsir, 14/140, Muassasah Qurthubah.

[15] Lihat penjelasan para ulama selanjutnya. Mengenai makna istilah ar ro’du dan ash showa’iq, silakan lihat Rosysyul Barod Syarh Al Adab Al Mufrod, Dr. Muhammad Luqman As Salafi, hal. 381, Dar Ad Da’i, cetakan pertama, Jumadil Ula, 1426 H.

[16] HR. Tirmidzi no. 3117. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih.

[17] Lihat Majmu’ Al Fatawa, 24/263-264.

[18] HR. Thobroni dalam Al Mu’jam Al Kabir (13619). Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Lihat Shahih Al Jami no. 5204.

[19] Lihat Ash Shahihah no. 107. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih.

[20] Nailul Author, Asy Syaukani, 4/26.
Elias Hj Idris
Oleh: Udamada595 (TKO)

Definisi Wahhabi

WAHABI itu ialah "manusia yang memiliki banyak sekali kriteria berikut (yang kurang daripada itu disebut CENDERUNG, yang kurang lagi disebut TIDAK DAPAT DIPASTIKAN dan setakat satu dua kriteria yang KURANG PENTING - sebagai BUKAN WAHABI)":

Biasanya (*bukan semestinya) ‘bidaah’ bagi mereka membawa hukum berdosa, tidak ada bidaah hasanah (bidaah yang baik), dan ‘bidaah’ adalah satu hukum lain selain daripada hukum-hukum yang telah sedia ada, iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram!

Biasanya mereka melabelkan 'bidaah' (yang membawa kepada hukum berdosa) ke atas sambutan maulidrurasul, kenduri tahlil arwah, bacaan Yaasin pada malam Jumaat, berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat fardhu dan lain-lain.

Biasanya mereka bersandar kepada tokoh-tokoh seperti Syeikh al-Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee’ dan lain-lain. Di negara ini biasanya mereka bersandar kepada Dr. Asri, Rasul Dahri, Maszlee Malik, Hafiz Firdaus, Maulana Asri, Azwira dan lain-lain.

Di negara ini mereka gemar mengambil ilmu buat mengembangkan fahaman Wahabi daripada laman-laman web seperti al-Ahkam.net, Darul Kautsar, Institut al-Qayyim, INTIS, al-Nidaa, al-Fikrah.net dan lain-lain.

Biasanya mereka menentang keras kaum sufi, dunia tasauf dan sekelian jemaah tariqat.

Biasanya mereka sangat tidak suka melakukan ‘qunut’ ketika solat fardhu Subuh.

Biasanya mereka sangat tidak suka berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat jemaah.

Biasanya mereka sangat terpengaruh dengan apa yang lemah, yang samar dan yang salah daripada Syeikh Ibnu Taimiyah (yang benar daripadanya, kita pun sokong).

Biasanya mereka tidak suka dengan keturunan Ahlul Bait.

Biasanya mereka sangat menyanjungi perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya termasuklah bahagian yang salah dan lemah.

Mereka akan tetap menolak jemaah-jemaah Islam seperti Tabligh, Ikhwanul Muslimin, parti-parti Islam dan lain-lain. Jemaah-jemaah ini kononnya pelengkap kepada 72 golongan yang salah daripada 73 golongan umat Islam. Dan 1 golongan yang terselamat itu ialah mereka - Wahabi!

Mereka sering cuba mengaitkan tokoh-tokoh bukan berfahaman Salafi Wahabi dengan diri mereka denga menggunakan pelbagai helah seperti Imam Abu Hassan al-Asyaari, Syeikh Abdul Qadir Jilani, Imam al-Ghazali, Tok Kenali dan lain-lain. Macamlah umat Islam tidak kenal siapa tokoh-tokoh tersebut dan apa pegangan mereka.

Biasanya mereka menghukum kafir dan sesat kepada seluruh penganut fahaman Syiah sama ada yang ekstrem ataupun tidak.

Biasanya mereka mengaitkan ajaran-ajaran sufi dengan Syiah dan Ahbash.
Biasanya mereka akan mengumpan orang-orang baru dengan menunjukkan bahawa mereka adalah pejuang paling aktif dalam menentang pengaruh Syiah dan menambah-nambah cerita untuk menunjukkan betapa bahayanya fahaman Syiah di sekitar kita. Mereka tunjukkan betapa pentingnya agar kita bersatu dalam gerakan dakwah mereka. Kemudian barulah diterapkan sedikit demi sedikit fahaman Salafi Wahabi itu.

Biasanya mereka bersikap lunak dengan para sekularis, lebih-lebih lagi jika pihak tersebut mempunyai ‘kuasa’ di kalangan pemerintah seperti apa yang berlaku di Arab Saudi.

Mereka menyebarkan pembohongan kononnya Salaf tidak takwil, sementara Khalaf takwil.
Biasanya menolak ilmu tauhid Sifat 20, Imam Asyaari dan mazhab Asya’irah.

Biasanya bergantung kepada Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat.

Mereka biasanya bergaul rapat dengan golongan Salafi Wahabi, menolak pilihanraya, parti-parti Islam dan demokrasi.

Mereka bisa mengaitkan apa sahaja yang buruk dalam agama Islam dengan Syiah walaupun kadang-kadang memang tiada sebarang kaitan langsung.

Mereka membenci dakwah tajdid Sebenar (tajdid segar).

Paling jahat apabila mereka menjisimkan Allah, ataupun ‘samar-samar’- antara menjisimkan dengan tidak.

Biasanya mereka percaya bahawa Allah terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah. Padahal Allah berlawanan dengan segala sifat makhluk. Apa sahaja yang terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah ialah makhluk. Awas, jangan kita tersembah makhluk, ataupun tersembahkan Allah yang bercampur dengan makhluk. Sembahlah Allah sahaja.

(*insyaallah akan ditambah dan diperbaiki dari semasa ke semasa).

Kesudahannya;
Selepas ini janganlah ada lagi ‘madah berhelah’ puak-puak ini seperti:

“Saya bukan Wahabi, Wahabi cuma di Arab Saudi.”

“Saya bukan Wahabi. Wahabi ialah para pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab.”

“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak bermazhab. Padahal saya bermazhab, malah saya mengajar kitab fiqh Imam Syafie!”

“Saya bukan Wahabi. Wahabi menolak Ikhwanul Muslimin termasuklah Qardhawi. Saya penyokong fiqh Qardhawi. Mana boleh saya dicop Wahabi.”

“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak berjemaah padahal saya berada dalam Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan PAS.”

Kayu ukur kami bukannya belajar di Saudi, bukannya pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab, mengajar kitab mazhab Syafie, menyokong Qardhawi, ada jemaah ataupun lain-lain. Kayu ukur kami ialah senarai ciri-ciri yang ada pada golongan Wahabi sebagaimana yang tertera di atas. Jika seseorang itu didapati memiliki kebanyakan daripada ciri-ciri tersebut, maka itulah dia Wahabi yang dimaksudkan, bukan yang lain.

Inilah definisi Wahabi.
Link:
http://tajdidsebenar.blogspot.com/search/label/SALAFI%20WAHABI


Penjelasan oleh: rafie1357


pejuangganjil menulis:

Pada pendapat akulah jika Udamada595 juga yakin dengan apa yang Udamada595 ikuti  sila teruskan.
Siapa benar dan siapa yang salah elok kita tunggu keputusannya di akhirat kelak. Kuasa menghukum bukan di tangan kita. Sesungguhnya Allah itu maha adil.

Jawapannya:

Siapa benar dan siapakah salah? Sungguh ganjil dengan orang yang bernama pejuangganjil. Sudah pasti Ahlus Sunnah wal-Jamaah itu yang benar sebab ia adalah janji Nabi. Hanya Ahlus Sunnah wal-Jamaah yang selamat. Ahlus Sunnah yang selamat ini adalah yang sentiasa berada di dalam bimbingan Allah, rasulNya. Mereka sangat yaqin dengan ainul yaqqiin, haqqul yaqiin dan nurul yaqiin. Tiada sedikitpun keraguan di dalamnya.

Amat berbeza dengan golongan Wahabi dan golongan sesat yang lain apabila sentiasa berada dalam keraguan, dengan rasa was-was yang membelenggu rantai leher mereka. Mereka sentiasa diwas-waskan oleh iblis La'natullah. Mereka menjadi tunggangan Iblis!

Nak tahu siapa benar siapa salah sudah ada tanda-tandanya. Jalan selamat dan jalan kecelakaan juga telah ada tanda-tandanya. Allah Ta'ala telah membentangkan kebenaranNya. Nabi telah meletakkan batu petunjuk jalan kebenaran ini. Hanya hati yang suci dan ikhlas sahaja yang mampu melihatnya. Hati yang gelap kesumat akan menolak seluruh kebenaran sebab Iblis dan nafsu telah bersarang di dalamnya.

Sebagaimana Abu Jahal dan Abu Lahab menolak kebenaran Nabi walaupun mereka itu bapa saudara Nabi dan berbangsa Arab. Mereka tahu Nabi itu benar, namun mereka lebih rela ikut bisikan Iblis, maka jadilah mereka itu isi neraka! Bangsa Arab mereka dan keturunan bangsawan mereka tidak dapat selamatkan mereka daripada azab Allah!

Fir'aun juga tahu Nabi Musa itu benar. Fir'aun tahu jalan Nabi Musa itu adalah jalan Tuhan semesta alam. Buktinya ketika air laut sudah sampai paras hidung untuk menenggelamkan dia, barulah dia berteriak "Aku beriman kepada Tuhan Musa". Tetaapi sayang, semuanya telah terlambat kerana nyawa sudah sampai halkum dan kerongkongan. Maka binasalah Fir'aun dalam kekafiran dan kesombongan yang dia ciptakan!

Masih belum nampakkah lagi jalan kebenaran?

Jika pejuangganjil bukan dari golongan 'Wahabi'... dia masih mempunyai peluang untuk bertaubat. Kembalilah!



bijigetah pun menulis:


IMAM NAWAWI & IBNU HAJAR PUN KAFIR!

Islam dan ulamanya tidak harus dikafirkan seperti yang dilakukan oleh Wahabi - habis dikafirkan semua.

Mungkin sekiranya Nabi Muhammad masih hidup di muka bumi ini pun baginda tidak akan terlepas daripada  dikafirkan oleh golongan Wahhabiyah ini. Mungkin tidak mustahil pada suatu hari nanti Allah pun Wahhabi kafirkan... wal iyazubillah.

Wahhabi bukan sahaja mengkafirkan Sultan Solahuddin Al-Ayyubi, tetapi mereke turut mengkafirkan Imam Nawawi dan Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany.

Saudara seislam sekalian, apa sudah jadi dengan puak Wahhabi ni?

Kenapakah Wahhabi benci sangat dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah dan ulamanya? Lihat di bawah ini seorang lagi ulama Wahhabi yang menjadi rujukan utama oleh Wahhabi dan kitab-kitabnya diberi secara percuma ketika kita semua pergi menunaikan umrah dan haji. Wahhabi ini yg bernama Muhammad Soleh Uthaimien menyatakan bahawa;

"Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany (Pengarang Fathul Bari Syarah Soheh Bukhary) dan juga Imam Nawawi (Pengarang Syarah Soheh Muslim) adalah pembuat kesesatan dan Nawawi serta Ibnu Hajar beraqidah sesat dan mereka berdua adalah kafir."

Habis kesemua ulama Islam dibid'ahkan dek puak Wahhabi sehinggakan aqidah ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah seperti Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dan Imam Nawawi pun habis dihukum sesat. Jadi, mana lagi ulama Islam yang belum dihukum sesat oleh puak ini?
Elias Hj Idris
Oleh: rafie1357 (TKO)

Seperti yang di duga terlebih dahulu, masih ramai ahli forum yang tidak faham maksud artikel ini, tetapi tidak mengapa sebab yang penting maksudnya tercapai. Namun apa yang terlihat kebanyakan ahli forum masih belum jelas. Masih keliru dan masih terperangkap dalam kehendak hamba dengan kehendak Allah! Masih keliru tentang ilmu, kudrat dan iradat Allah dalam menetapkan dan menjadikan sesuatu.

Persoalannya sekarang bukan boleh atau tidak berubahnya taqdir azali kerana Dia Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu..Dia Maha Berkehendak. Dia boleh menetapkan dan Dia boleh menghapuskan! Dia Maha berkehendak menghapuskan apa-apa menurut kehendakNya - bukan disebabkan kehendak dan doa manusia, tetapi itu kehendakNya yang azali.

Semua penghapusan dan penetapan semula itupun tetap berada dalam genggaman Allah dan ketentuanNya yang azali. Bukan perubahan, penghapusan dan penetapan semula itu perkara baru yang dirancang, sebaliknya ia menurut ketetapan azali jua.

Fahamilah baik-baik, bukan masalah doa, usaha ikhtiar tetapi masalah pokok di sini dalah i'tikad kita ketika berdoa, berusaha dan berikhtiar. Dan juga sesudah kita mendapat hasil daripada usaha kita. Ke mana sandaran kita? Adakah kita beri'tiqad doa kita itu berjaya mengubah taqdir Allah? Adakah usaha kita berjaya mengubah ketentuan Allah yang azali? Adakah dengan sebab kebajikan yang kita lakukan, maka Allah terpaksa memanjangkan usia kita?

Atau kesemua itu - waktu kamu miskin atau waktu kamu kaya, waktu kamu sakit waktu kamu sihat, waktu kamu bahgia atau waktu kamu celaka, sememangnya berada dalam taqdir Allah Ta'ala yang azali?

Berhati-hatilah dengan i'tiqad Ahlus Sunnah dengan i'tiqad-i'tiqad lain yang hanya dipisahkan oleh satu garisan halus yang penuh syubhah.

C4KEBOM pula menulis;
Ada takdir yang boleh diubah dan takdir yang tidak boleh diubah, kalau tidak takde la ayat quran:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”  -  Ar-Ra’d:11

Lebih baik Allah swt terus sahaja turunkan ayat yang mengatakan nasib manusia itu tidak akan berubah langsung walau dia buat apa jua usaha dan ikthiar. Ini menjadikan manusia selepas itu akan hidup lara je...tak nak bekerja, tak nak cari makan utk anak bini dan keluarga, tak mau beribadat dan apabila ditanya mereka akan jawab, "... dah itu nasib aku, buat apa apa pun takkan berubah".

Takdir yang tidak bleh diubah pula macam mati, jodoh, pertemuan, zuriat yang memang telah ditetapkan. Sila baca kat bawah ni.

Firman Allah SWT dalam Surah ar-Ra’d: 39 yang maksudnya;

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya, dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu Segala suratan”.

Takdir bermaksud ketetapan Allah SWT dan ia terbahagi kepada dua iaitu:-

1) Takdir yang tidak akan berubah dikenali dengan mubram.

2) Takdir yang boleh berubah dikenali dengan mu’allaq.

Berkata Said bin Jubir dan Qatadah (rahimahullah)

Allah SWT menghapus sesuatu hukum dan ditukar dengan hukum yang lain selepas itu Allah SWT memantapkannya (mubram).

Perubahan tersebut berlaku kepada hukum Syarak dan Fardhu, kemudian Allah SWT mantapkan (mubram). Setelah itu ia tidak akan berubah-ubah lagi.

Berkata Abdullah bin Abbas (radiallahu ‘anh);

i)  Apa-apa yang telah diubah dan dimantapkan itu ada tertulis di Luh Mahfuz yang dikenali dengan takdir mubram.

ii)  Apa-apa hukum yang dimaktubkan di situ, yang akan berubah dikenali dengan mu’allaq atau ia belum dimantapkan, masih tersembunyi dalam ilmu Allah saw. Perkara-perkara yang tidak berubah pula ialah a)  rezeki, b) umur, c) kebahagiaan dan d) kecelakaan. Pada pendapat beliau (Ibn Abbas) hanya 4 perkara tersebut yang tidak akan berubah.

iii)  Telah dikeluarkan oleh at-Tabrani dengan sanad dari Abdullah bin Umar r.a katanya, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW berkaitan dengan Surah ar-Ra’d: 39; “Perubahan-perubahan yang dikehendakiNya (ia akan berubah) kecuali kecelakaan, kebahagiaan, hidup dan mati.”

iv) Telah dikeluarkan oleh Ibn Mardawiah dari Jabir bin Abdullah r.a. dari Nabi SAW beginda bersabda, “Allah swt mengubah rezeki dan menambahnya, mengubah ajal dan menambahnya.”

v) Telah dikeluarkan oleh Ibnu Mardawiah dari Abdullah bin Abbas r.a. kata beliau Rasullullah SAW telah ditanya berhubung dengan ayat 39 di atas, lalu dijawab baginda yang mulia, “(Perubahan itu) berlaku pada malam Lailatul Qadar seperti mengangkat, merendah, memberi rezeki kecuali hidup, mati, kecelakaan, kebahagiaan” dan sabdanya lagi, “Sesungguhnya perkara itu tidak akan berubah.” (Dipetik dari tafsir Mazhari Jilid 5, halaman 35).

Setiap bahagian syariat, hakikat, iktikad, tharikat dan makrifat itu semuanya berlainan tafsir dan pendapat mengikut taraf masing-masing. Contohnya, Al Hallaj yang terbunuh kerana mengaku "ana al haq" itu - "akulah maha benar".

Khalifah mengutuskan banyak kali surat watikah hukuman untuk ditandatangani Al-Junaid (pada ketika itu ulamak paling masyhur atau bertindak sebagai ketua ulamak) untuk ditandatangani agar hukuman bunuh Al Hallaj dapat di laksanakan.

Akhirnya Al-Junaid membuka jubah ulamak sufinya dan menukar jubah kepada jubah ulamak syariat... dan barulah ditandatanganinya warkah hukuman sambil berkata: "Mengikut syariat (undang undang asas Islam feqah, tauhid dan sebagainya) Al Hallaj telah nyata terkeluar dari akidah dengan pengakuan pengakuan "Ana Al Haq" itu, tetapi mengikut tasawuf sufi (tharikat, makrifat) ia bukannya satu kesalahan".

Maka jatuhlah hukuman mati ke atas Al Hallaj.

Jadi jika ingin dinyatakan defininasi takdir itu maka setiap bahagian dan huraian kelima-lima peringkat adalah berlainan; paling asas adalah syariat - takdir itu qada' dan qadar, kemudian hakikat. Apa itu takdir yang boleh diubah dan yang tidak boleh diubah? Kemudiannya iktikad (niat tekad dalam hati kamu) - Jika kita tidak tahu hakikat sesuatu perkara itu bagaimana kamu boleh beriktikadkan dengannya? Emak suruh kita buang sampah... iktikad kita nak buang sampah sebab emak suruh, tetapi pada hakikatnya kita tidak tahu bakul sampah itu apa? Silap-silap haribulan mungkin kita terbuangkan mesin basuh atau peti ais pula nanti..

Definasi takdir itu juga dibezakan. Kita tahu syariat takdir, hakikat dan iktikad takdir, tetapi jangan kita  terkejut apabila sampai di tharikat dan makrifat semuanya berbeza daripada sebelumnya. Ini disebabkan sebelum itu apabila berbicara pasal takdir, kita akan bicaran pasal qada dan qadar - tentang bagaimana mungkin takdir dan sebagainya..

Namun apabila sampai ke tharikat dan makrifat ia telah bertukar nyata; apa itu qalam Allah? Apakah yang dimaksudkan tertulis di loh mahfuz? Bagaimana takdir itu tertulis berqalam di loh mahfuz - di dinding loh mahfuzkah? Ia hanya terawang-awangkah tulisannya?Ia berada dalam sebuah kitabkah? Jika tertulis berapa banyak dan panjang? (jika di dinding loh mahfuz atau terawang-awang di loh mahfuz) atau berapa tebal (jika ia sebuah kitab) sebab akal manusia yang logik ada batasannya kerana takdir yang tertulis bukan sahaja takdir manusia, tetapi seluruh makhluk malah apa yang berlaku dari awal hingga akhir sehinggakan apa yang kering dan basah tidak kira sebutir debu yang berterbangan di dunia ini semuanya tertulis di loh mahfuz pergerakan mereka termasuklah dari Nabi Allah Adam a.s dicipta, kemudian hawa, anak-anak Adam hinggalah keturunan penghabisan baginda.

Banyak tu..(ia di kira banyak kerana akal yg logik menyatakan ianya banyak dan jika ia tertulis amatlah luas,panjang dan tebal jika di kitabkan)..kan nyata akal itu terbatas..seperti perkara yg ghaib juga di bataskan oleh akal juga..jadi kebanyakan perkara perkara rahsia Allah seperti makrifatullah sukar untuk di ceritakan secara nyata kerana akal sendiri akan membataskannya dan akan kedengaran seperti cerita lucu dan jenaka jika bercerita tentang perkara perkara yg begitu.

Sebelum iktikat kita kena faham hakikat dahulu dan sebelum hakikat kena faham syariat dahulu selepas ketiga perkara itu difahami anda telah pun berada dalam tharikat - satu jalan yang di hujungnya adalah makrifat.

Maka dijawab pula oleh rafie1357;

Persoalan dalam kelima-lima bahagian; syariaat, hakikat, iktikat, tharikat dan makrifat; anda berada di bahagian yang mana sekarang?

Susunan perjalanan menuju Allah sepatutnya bermula dengan;

Syariat (zahir) - mematuhi segala hukum-hakam zahir syari'at dan serentak dengan itu amalkan thariqat (batin) - amalan keruhanian meliputi zikrullah, muraqabah dan mushahadah yang akan menghasilkan haqiqat (kebenaran) dan ma'rifat (hikmah kebijaksanaan) - sila rujuk Sirrul Asrar.

Seluruh perjalanan ini pula wajib berlaku di bawah bimbingan seorang Shaikh yang kamil/mursyid yang mewarsi Ilmu Nabi zahir dan batin yang telah mencapai alam mutlaq (sila rujuk Sirrul Asrar dan Ihya Ulumuddin)
Kita mesti merasai dengan 'zauq' (perasaan hati) dan 'wijdan" (pemerasaan anggota tubuh sekaliannya) haqiqat segala sesuatu...sehingga dapat merasai manisnya madu, terbeza dengan manisnya gula, kita pasti dapat merasainya sehingga terbeza di antara 'isi' dan 'kuku' dan terbeza diantara 'api' dengan 'besi'....!

Kita perlu renangi lautan ahadiyyah sehingga ternyata pada pandangan hati Af'al, Asma' dan SifatNya yang kamalat.

Untuk menjelaskan perkara ini pun akan makan masa bertahun-tahun apa lagi mengamalkannya - apa lagi untuk merasai akan kemanisan ma'rifahnya.

Bagaimana nak dilukiskan di mana tahap dan maqam kita. Namun di sini bukanlah tempatnya!

Lebih-lebih-lebih lagi haqiqat dan ma'rifat bukan bahan perbualan di kedai kopi.
I'tiqad adalah pegangan hati berhubung dengan wujudnya Allah dan segala yang ghaib. Kekuatan i'tiqad ini akan bertambah dengan bertambah hampirnya kita dengan Allah, iaitu dengan bertambahnya ma'rifat.

Setiap orang Islam walaupun pada peringkat asas sekalipun wajib mempunyai i'tiqad yang jelas tentang Allah, bagaimana keyakinannya, bagaimana pandangannya, bagaimana pegangan hatinya semua inilah yang menjadikan seseorang beriman dengan sebenarnya atau berlaku kesyirikan di dalam i'tiqadnya.


Untuk dijadikan bahan renungan;

Dari Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 'Bahawa setiap sesuatu telah ditulis dengan Qadar (takdir) sehingga kebodohan dan kelemahan atau kecerdikan dan kepandaian seseorang'. (HR Muslim)

Dari Anas r.a meriwayatkan; 'Aku mulai berkhidmat kepada Rasulullah SAW ketika umurku 8 tahun. Selama 10 tahun berkhidmat dia tidak pernah menyalahkan aku apabila berlaku kerugian (kesalahan) yang berlaku dengan sebab tanganku. Dan jikalau seseorang daripada keluarganya menyalahkan aku, Baginda akan bersabda: Biarkan dia, kerana sesungguhnya jikalau sesuatu telah ditakdirkan, pasti akan terjadi!' (Masabi hus Sunnah)

Muntakhab hadith; Syeikh Muhammad Yusof khandahlawi rah.alaih