Elias Hj Idris
1) Al Wahhabiyyah ialah satu kumpulan yang mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab yang terbit dari Najd, Hijaz ini telah membuktikan isyarat Nabi SAW dengan keluarnya tanduk syaitan dalam riwayat Imam Al Bukhari.

2) Muhammad bin Abdul Wahhab tidak mengakui seorang pun sebagai Islam di atas muka bumi selain daripada jemaahnya dan semua yang menyalahinya dikirim orang untuk membunuh ketika tidur kerana dia mengkafirkan orang Islam dan halal darah mereka. Lihat kitab dan selain keduanya.
(4/262ج ) المحتار رد حاشية و 276 ص) الوابله السحب

3) Ulama sezamannya telah memberi peringatan untuk menjauhinya bahkan bapanya sendiri As-Syeikh Abdul Wahhab dan abangnya As-Syeikh Sulaiman. Abangnya mengarang dua kitab untuk menolak Muhammad B Abdul Wahhab.
Pertama
فصل الخطاب فبي الرد على محمد بن عبد الوهاب
Kedua
الصواعق الإلهية في الرد على الوهابية
begitu juga gurunya memberi amaran seperti Muhammad b Sulaiman Al-Kurdi di dalam kitabnya Al Fatawa.

4) Golongan Wahhabi berkata sesungguhnya Allah duduk di atas ‘arash dan Allah duduk bersama Muhammad pada hari kiamat. Semoga Allah jauhkan kita daripada akidah yang kufur ini. Sila rujuk
(كتاب مجموع الفتاوى (ج4/374) و بدائع الفوائد (ج4/40)

5) Golongan Wahhabi mempertahankan mereka yang mengatakan alam ini ada bersama dengan Allah Ta’ala sejak azali. Moga Allah jauhkan kita daripada akidah yang membawa kekufuran ini. Rujuk kitab-kitab berikut
موافقة صريح المعقول (ج1/75)
ومنهاج السنة (ج1/24) ونقد مراتب الإجماع
168-شرح حديث عمران بن الحصين ص 193-شرح حديث النزول 161- مجلة التمدن محرم 1381ه ص 387

6) Golongan Wahhabi mengatakan Allah Ta'ala ada mulut seperti yang tertulis dalam kitab mereka yang bernama As-Sunnah muka surat 77.

7) Golongan Wahhabi mengatakan : Umat Nabi Muhammad syirik dan syirik mereka itu lebih teruk daripada syirik menyembah berhala. Rujuk kitab
281 و 266 ص التوحيد مجموعة.

8) Wahhabi mengkafirkan ahli Syam, Maghrib, Yaman, Iraq dan Mesir. Rujuk kitab
217 ص المجيد فتح

9) Wahhabi mempertahankan mereka yang berkata neraka itu hancur tidak kekal seorang pun dan menganggap mempertahankan akidah ini mendapat pahala. rujuk kitab mereka
التعليق و 260 ص الأرواح حادي على رفع الستار ص 32

10) Wahhabi mengatakan Siti Hawa
رضي الله عنها
adalah seorang musyrik seperti yang tersebut di dalam kitab Ad-Din Al-Khalish Juzuk 1 muka surat 160.

11) Wahhabi mencela sahabat Nabi yang mulia iaitu Bilal b Al-Haarith Al-Mazani Radhiallahu ‘Anhu dengan kufur dan melakukan syirik. Ini terdapat di dalam ta’liq mereka kepada kitab Fathul Baari cetakan Dar Ar Rayyan lilturath juzuk 2 muka surat 575.

12) Wahhabi mengatakan, Abu Jahal dan Abu Lahab lebih kuat tauhid dan tulus imannya daripada sekalian muslim yang menyebut kalimah
لا اله إلا الله محمد رسول الله
Rujuk kitab yang bernama
كيف نفهم التوحيد ص16 .

13) Wahhabi mengkafirkan mereka yang berpegang dan bertaqlid kepada satu mazhab daripada mazhab yang empat seperti yang tercatat dalam kitab yang bernama
الأربعة المذاهب من معين مذهب باتباع ملزم المسلم هل
dan mengatakan sesungguhnya taqlid itu raja kepada syirik seperti yang terdapat di dalam kaset salah seorang ulama mereka.

14) Firman Allah Ta’ala: “Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan sesiapa yang melakukan syirik dengan-Nya”
Wahhabi berkata, “Sesungguhnya Allah mengampunkan setengah daripada syirik seperti yang terdapat di dalam kitab
الألباني فتاوى351 ص

15) Imam Bukhari mentakwilkan di dalam kitab sahihnya firman Allah, “Setiap sesuatu akan binasa kecuali wajah Allah" - Al-Qasas ayat : 88 dengan berkata kecuali kekuasaa-Nya namun Wahhabi mengatakan sesiapa yang mentakwil dengan takwilan ini maka dia bukan muslim seperti tercatat di dalam kitab
فتاوىالألباني ص 523

16) Wahhabi mengatakan sesungguhnya sesiapa yang solat serta berpuasa dan berkata dengan lidahnya “...sahaja aku solat atau sahaja aku berpuasa” diazab di dalam neraka. Ini tercatat di dalam akhbar yang benama Australia Islamic Review 26 Mac dan 9 April 1996 muka surat 10.

17) Wahhabi menghalalkan darah sesiapa yang berselawat ke atas Nabi SAW secara kuat selepas azan dan menganggap ia lebih teruk daripada zina. Lihat akhir kitab Tarikh Al Sultonah Al-Uthmaniyyah dan kitab Ad-Dalil Al-Kaafi.

18) Wahhabi mengharamkan sambutan maulid- ur Rasul seperti yang terdapat di dalam kitab mereka
مهمة فتاوى45 ص
dan hampir mengkafirkan mereka yang menyambut maulid seperti yang terdapat di dalam kitab
الإنسان صيانة 233 ص
tetapi mereka mengharuskan bagi mereka untuk berkumpul untuk ceramah sirah Muhammad b Abdul Wahhab sempena tahun kelahiran dan wafatnya. Lihat kitab
والدي هذا 123 ص

19) Wahhabi mengatakan bacaan Al-Quran kepada orang muslim yang mati termasuk dalam kesesatan seperti di dalam kitab
مهمة فتاوى 32 ص

20) Wahhabi mengharamkan ziarah orang hidup kepada orang hidup pada dua hari raya. Lihat kitab
فتاوىالألباني ص 63

21) Imam Ali Radhiallahu ‘Anhu mengatakan “Keluar pada dua hari raya kepada kubur termasuk daripada sunnah". Riwayat Al-Baihaqi. Tetapi Wahhabi mengatakan haram ziarah kubur pada dua hari raya seperti tercatat di dalam kitab Fatawa Al-Albani.

22) Wahhabi bercita-cita untuk menghancurkan kubah hijau Rasulullah SAW dan menggalakkan kepada yang demikian. Lihat kitab
الساجد تحذير 68 ص

23) Sabda Nabi SAW :
شفاعت له جبت و قبري زار من
“Sesiapa yang mengziarahi kubur aku dan diwajibkan baginya syafaat aku” Hadith disahihkan oleh Al-Hafiz As-Subki dan selainnya tetapi Wahhabi mengharamkan ziarah kubur Nabi SAW seperti di dalam kitab mereka
الكبرى الفتاوى 142 ص

24) Sabda Nabi SAW
إذا كانت ليلة النصف من شعبان فقوموا ليلها و صوموا نهارها
Apabila malam nisfu Sya’ban maka "...dirikan malam dan berpuasalah pada siang hari” Riwayat Ibnu Majah tetapi Wahhabi mengharamkan mendirikan malam nisfu sya’ban di dalam kitab mereka
مهمة فتاوى 57 ص

25) Firman Allah SWT
فالذين ءامنوا به و عزروه و نصروه و اتبعوا النور الذي انزل معه أولئك هم المفلحون
"Maka orang-orang yang beriman kepadanya dan memuliakannya juga menolongnya serta mengikut cahaya yang diturunkankepadaya (Al-Quran) mereka itulah orang-orang yang berjaya”  - Al-‘A’raaf :157 tetapi Wahhabi menghalalkan darah mereka yang membesarkan dan memuliakan Rasulullah SAW seperti tercatat di dalam kitab mereka
مجموعة التوحيد ص 139

26) Nabi SAW bersabda: “Demi diri aku di dalam kekuasaa-Nya, membunuh orang mukmin itu lebih besar di sisi Allah daripada seluruh isi dunia” Riwayat An-Nasaie tetapi Wahhabi menghalalkan darah orang islam sehingga ke timur Jordan di mana disembelih orang wanita dan kanak-kanak sehingga bilangannya mencecah 2,750 - lihat akhbar As-Sofa April 1924.

27) Wahhabi menghalalkan darah jemaah tabligh dan mengkafirkan ketua-ketua mereka As-Sheikh Khalid An-Naqsyabandi dan As-Sheikh Muhammad Ilyas dan As-Syeikh Muhammad Zakariyya, As-Sheikh Muhammad In’aam Al-Hasan Rahimahumullahu. Lihat kitab mereka
التبليغ جماعة من التحذير في البليغ القول

28) Telah ittifaq ulama’ dan orang awam daripada orang Islam bahawa ayat
البصير السميع هو و شئ كمثله ليس
“Adalah Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatupun dan Dia maha mendengar lagi maha melihat” - As-Syura:11 di mana ayat ini menunjukkan Maha suci Allah daripada menyerupai makhluk adapun Wahhabi berkata, ayat ini tidak sunyi daripada tasybih bagi Allah dengan makhluk seperti yang tertulis dalam kitab mereka
بغية المرتاد ص178

29) Sahabat Nabi Abdullah bin ‘Amr adalah beliau menggantungkan di atas tengkuk anaknya azimat daripada ayat-ayat Al-Quran dan daripada zikir. Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan Al-Bukhari di dalam kitab mereka
العباد أفعال خلق
dan selain keduanya. Adapun Wahhabi mengharamkan dan menjadikannya jalan-jalan
kepada syirik di dalam kitab mereka iaitu
مهمة فتاوى111 ص

30) Rasulullah SAW membenarkan wanita memakai emas seperti mana riwayat Ibnu Majah dan selainnya, tetapi Al-Albani mengharamkan memakai gelang, rantai dan cincin dan seumpamanya daripada emas kepada wanita. Rujuk kitab
الزفاف آداب 132 ص

31) Wahhabi mengatakan orang yang berpuas jika bercium atau menyentuh atau bermesra-mesra atau berpelukan tanpa setubuh dan keluar mani atau mazi tidak membatalkan puasa. Ini dinaqalkan oleh penulis kitab
الإنصاف عن زعيمهم ج 3 ص 301 و 315

32) Wahhabi mengatakan onani, iaitu mengeluarkan mani sama ada sebab mencium isteri atau dengan tangan tidak membatalkan puasa seperti yang tersebut di dalam kitab
المنه تمام418 ص

33) Wahhabi mengharamkan ke atas umat Islam berkumpul untuk membaca Al-Quran atau mengajar agama sebelum solat Jumaat seperti yang terdapat dalam majalah mereka
آب السادس العدد ذكرى 26 و 25 ص 1991

34) Wahhabi mengharamkan menyebut “Sodaqallahul 'Adzim” selepas membaca Al-Quran seperti yang tersebut di dalam majalah mereka
العلمية البحوث

35) Wahhabi mengharamkan ke atas orang Islam kekal di bumi Palestin dan menyuruh mereka keluar dan meninggalkan kepada Yahudi seperti terdapat di dalam kitab mereka
في الأردنية اللواء جريدة و 18 ص الألباني فتاوى7/8/1992

35) Wahhabi mengatakan As-Syeikh Hassan Al-Banna Rahimahullah sebagai musyrik kerana mengajak kepada syirik dan kesesatan seperti tertulis dalam majalah mereka
اني كانون 830ى العدد الم1996

36) Rasulullah SAW mengajar seorang lelaki buta agar berdoa
اللهم إني أسألك و أتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي في حاجتي لتقضى لي صححه
Hadith disahihkan oleh At Thobrani dan selainnya tetapi Wahhabi mengkafirkan mereka yang bertawassul dan beristighasas dengan Rasulullah SAW seperti yang terdapat dalam kitab mereka
التوحيد مجموعة 139 ص

Semoga Allah memelihara kita dan anak cucu kita daripada fahaman takfir, tasyrik dan tabdi' yang menghalalkan darah umat Islam ini. Semoga apa yang saya catatkan ini kerana Allah tidak kerana yang lain selain-Nya. Ayuh kita kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadith seperti mana yang difahami oleh salafunassoleh daripada imam-imam mazahib dan para ulama yang tulus berantaian daripada Nabi Muhammad SAW sehingga kepada kita pada hari ini.
Allahul Musta'aan..

Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
BA (Hons)Usuluddin Akidah dan Falsafah
Universiti Al-Azhar Mesir.
Elias Hj Idris

1. Sejak Mahathir menjadi PM 1982-2004 (22 tahun) ekuiti bumiputera hanya meningkat 4% kepada 19.5% tahun 2004. 4 % sahaja sejak 22 tahun jadi pemimpin drakonian. Syarikat milik UMNO - UEM, Hatibudi,NST, TV3, Cold Storage, Commerce Merchant, BOC, AMI dan berpuluh syarikat Pernas - MMC, Hilton, Tradewinds dijadikan milik kroni Mahathir, Tun Daim dan Anwar Ibrahim. Ratusan bilion dibelanja untuk industri berat Hicom, Perwaja, Proton, Dayabumi, KLCC dan Putrajaya yang hanya menguntungkan bukan Melayu dan ahli keluarga mereka.

2. Sesiapa yang melawan akan dihumban ke dalam ke dalam lubang penjara Mahathir. Masa depan mereka gelap. ISA digunakan untuk menutup mulut kawan dan lawan. Itulah Mahathir. Siapa tidak kenal. Maha Firaun!

3. Ada satu persamaan yang kita dapat kesan dari semua skandal Mahathir ketika dia berkuasa sebagai PM. Beliau menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan diri. Paling penting ialah "mengkambing-hitamkan" sesiapa sahaja dia mahu daripada kawan, orang politik dan pegawai kerajaan /GLC yang pernah bekerja dengannya. Yang penting dia selamat. Ada banyak isu namun kita pilih beberapa sebagai membuka mata rakyat yang berkata sucinya Mahathir sehingga dianggap Tuhan Baru mereka kini.

Skandal BMF: Ahli Lembaga Pengarah Didakwa; Jalil Ibrahim Dibunuh

Abang ipar Mahathir Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1962-1980) sebagai Gabenor Bank Negara ketika Mahathir sebagai TPM dan Menteri MITI. Tun Ismail Haji Mohamed Ali juga adalah Pengerusi PNB (1978 - 1996). Perbadanan Nasional Berhad (PNB) adalah Pemegang saham terbesar BBMB / BMFL. Apakah Mahathir juga mahu menutup penglibatan Tun Ismail selaku Gabenor atau Pengerusi PNB?

4. Carrian Holding diberi pinjaman seawal 1979. Sebelum Julai 1981 Mahathir Mohamad merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri MITI. Gabenor Bank Negara Malaysia sehingga tahun 1980 adalah abang ipar Mahathir iaitu Tun Ismail Haji Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980). BMFL adalah anak syarikat BBMB, Perbadanan Nasional Berhad (PNB) adalah Pemegang saham terbesar BBMB. Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1978 - 1996) adalah Pengerusi PNB malah sehingga Mahathir menjadi PM selepas tahun 1981 abang iparnya tetap berkuasa terhadap PNB dan BBMB.

5. Jadi tidaklah menghairankan sehingga 1982, BBMB dan BMF di Hong Kong di bawah kuasa penuh Mahathir selaku Perdana Menteri terus melakukan transaksi pinjaman yang melangkaui had yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia. BMFL seolah-olah bergantung kepada Carrian Holdings dan membuat pinjaman dengan pelbagai nama serta syarikat. Tengku Razaleigh Hamzah adalah Menteri Kewangan yang menjadi kambing hitam!

6. Lakonan Mahathir ialah pada 16 November 1982 hanya berpura-pura mendengar taklimat dari Bank Negara sedangkan beliau telah mengarahkan sepasukan pemeriksa ke Hong Kong pada 12 Julai 1982. 12 November 1982 BBMB menghantar pasukan juru audit untuk membuat penyiasatan. Hanya 22 November 1982 Allahyarham Jalil Ibrahim Pegawai Jabatan Audit Dalaman sebagai Penolong Pengurus Besar BMFL dihantar di Hongkong. Apa tindakan Tun Ismail selalu Pengerusi PNB yang juga pemegang terbesar saham BBMB bekas Gabenor Bank Negara yang tentu terlibat dengan pinjaman Carrian Holdings itu? Misteri!. Akhirnya Jalil Ibrahim dibunuh dan kematian misterinya tidak berjawapan sehingga ke hari ini!. Alfatihah buat Jalil.

6. Tun Daim sebagai Menteri Kewangan, diarah Mahathir mengistiharkan kes BMF rugi sebanyak RM 2.0 billion ditutup. Pada 17 September 1984, pinjaman bermasalah BMF ditanggung oleh BBMB sejak 31 Disember 1983 telah di 'bailed out' oleh Petronas. Hebat tak Mahathir tutup semua skandalnya? Tidak hairanlah ia tidak berakhir dengan BBMB tetapi terus melingkupkan Perwaja Steel selepas itu.

7. Melengkapkan lakonan Mahathir, maka dalam Laporan Kertas Putih Laporan Akhir Jawatankuasa Penyiasat Bumiputra Malaysia Finance Limited (Hong Kong) pada tahun 1986, Mahathir membuat surat perakuan kononnya beliau tidak terlibat. Itulah cara Mahathir mencuci tangannya!

SKANDAL PERWAJA STEEL- ERIC CHIA MENYELEWENG
Lihat sekali lagi Bank Bumiputra dipergunakan oleh Mahathir. Yang kaya merompak ialah Eric Chia.

Kenyang Proksi Mahathir Menipu

8. Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd (PERWAJA) atau Perwaja Trengganu Sdn Bhd ditubuhkan pada 1982 untuk merintis ‘Projek Besi Keluli Kebangsaan’. Syarikat ini menanggung beban hutang berjumlah RM10 bilion membabitkan RM926 juta dalam liabiliti semasa, RM6 bilion dalam liabiliti jangka panjang dan kerugian terkumpul sebanyak hampir RM3 bilion. Pada tahun 1989 Mahathir melantik Eric Chia rakan baiknya sebagai Pengarah Urusan Perwaja kononnya untuk memulihkan Perwaja tetapi hakikatnya Eric merompak lebih banyak wang dari Perwaja.

9. Perwaja melingkup, Eric Chia meletak jawatan pada tahun 1995. Pada tahun 1998 Mahathir berkata akan mendakwa Eric Chia jika bukti mencukupi tetapi dia tidak berbuat demikan sehingga habis pemerintahannya. Tan Sri Eric Chia Eng Hock ditahan berhubung kes penyelewengan dalam Perwaja melibatkan kerugian RM2.9 bilion pun hanya pada tahun 2004 (tuduhan pecah amanah RM76.4juta!) ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah menjadi Perdana Menteri. Namun dibebaskan pada tahun 2007 selepas pendakwa didapati gagal membuktikan kes terhadapnya.

10. Mahathir si pemberi wang kerajaan selamat, Eric Chia dibicarakan dan dibebaskan sehinggalah kesnya ditutup selepas kematiannya tahun 2008. Itulah Mahathir dia tak mungkin bersalah. Sekalipun alasan dan surat-surat Mahathir digunakan untuk menyelamatkan Eric Chia.

Skandal PKFZ: Liong Sik yang Kena!

11. Kes yang tidak kurang menariknya ialah kes Skandal Port Klang Trade Zone (PKFZ). Pendakwaan kes ini dibuat tahun 2011 melibatkan begitu ramai individu termasuk tokoh-tokoh politik kerana peningkatan kos PKFZ sehingga 4 kali ganda, daripada RM1.1 bilion hingga RM4.6 bilion. Ramai yang terlibat terdiri dari pegawai dan tokoh pemimpin dipanggil termasuk Tun Mahathir.

12. Apakah pertuduhannya? Untuk menyelamatkan sesiapa yang terlibat ialah Dr Ling Liong Sik selaku bekas Menteri Pengangkutan dituduh dimahkamah menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp (sekaki persegi) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah. Termasuk dua pertuduhan pilihan lain.

13. Sekali lagi tugas Mahathir di mahkamah hanya berkata, "Saya minta maaf. Saya berkata jujur. Saya hanya kata saya mungkin menggunakan istilah itu secara tidak tepat sebab saya tak biasa. Budak sekolah memang faham perkataan tunai tetapi dia tak faham apa itu harga tunai, harga kontrak, harga pembelian atau harga istimewa. Saya seperti budak sekolah pada ketika itu."

14. Apa jadi pada skandal ini? Ling Liong Sik dibebaskan daripada tuduhan pada tahun 2013. Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang pula bebas dari pertuduhan pecah amanah melibatkan RM254.85 PKFZ selepas tujuh tahun bicara. Mahathir dan Ling Liong Sik senyum.

15. Pada Ogos 2016, seorang lagi "kambing hitam" Dr Mahathir iaitu Datuk Ismail Zakaria bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Bank didapati bersalah atas empat pertuduhan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989 dan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM600,000.

16. Pada 12 September 2011, Ismail dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada empat pertuduhan bertindak di luar bidang kuasanya meluluskan pinjaman berjumlah RM175 juta kepada syarikat Everise Capital Sdn Bhd anak syarikat Repco Capital milik proksi Mahathir, Low Thiam Hock antara 20 September 1997, dan 21 Oktober 1997. ( Pinjaman berperingkat RM59 juta, RM50 juta, RM40 juta dan RM26 juta).

17. Ismail Zakaria meletakkan jawatannya selepas Sime Bank yang merupakan antara empat bank terkemuka negara pada ketika itu mencatatkan kerugian RM1.81 bilion sebelum cukai bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 1997. Kerugian itu disebabkan pemberian beberapa pinjaman saham bernilai ratusan juta ringgit dan ekoran itu memerlukan suntikan modal lebih RM1.2 bilion untuk membolehkannya terus beroperasi. Kerugian bank tersebut dilaporkan selepas satu tahun diambil-alih oleh Sime Darby Bhd. Bank berkenaan sebelum ini dikenali sebagai United Malayan Banking Corporation (UMBC).

18. Itulah kuasa magik Mahathir. Wahyu Mahathir yang berkuasa ketika itu. Siapa berani tidak meluluskan arahan Mahathir untuk memberi pinjaman kepada syarikat taikun atau proksi Mahathir? Beranikah Datuk Ismail Zakaria tidak meluluskan pinjaman kepada Pengerusi Eksekutif Repco Holdings Bhd. (Repco), Low Thiam Hock.

19. Repco Low juga didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada Januari 2016 atas pertuduhan mewujudkan kekeliruan terhadap harga saham syarikat itu di Bursa Malaysia tahun 1997. Repco Low didakwa atas pertuduhan mengarahkan seorang wakil Sime Securities Sdn. Bhd. membeli saham Repco Holdings dengan menyerap apa-apa harga tawaran saham itu yang ditawarkan oleh penjual saham di Bursa Saham Kuala Lumpur. Perbuatan itu dikira boleh menimbulkan kekeliruan berhubung harga saham Repco di pasaran.

20. Bayangkan ini – Bayangkan saham Repco diniagakan pada harga RM5 sesaham pada tahun 1996, kemudiannya dimanipulasi sehingga mencecah RM140 sesaham setahun kemudian dan pada tahun 1998, ia menjunam kepada RM2.98 sesaham. Kaunternya kemudian digantung pada tahun 2000 dan dinyahsenarai 3 tahun kemudian – yang menyebabkan beribu orang kehilangan wang mereka.

Sekali lagi Surat Mahathir: PM tidak tahu membeli
saham sendiri (Insider trading) adalah satu kesalahan?

21. Apakah cara Mahathir melepaskan diri?
Sekali lagi Mahathir membuat surat perakuan ketika menjadi PM dengan membuat surat bertarikh 18 Oktober 2000 kepada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti berhubung penglibatannya dengan Repco Low berhubung memanipulasi pasaran saham. Ia subahat yang licik. Akhirnya Repco Low juga ke dalam.

22. Bagaimana dengan Mahathir? Dia masih menikmati saat indah melihat anaknya, Mokhzani tersenarai sebagai orang ke-28 terkaya di Malaysia. Mukhriz Mahathir pemilik Opcom Holding Berhad yang dapat projek kabel fiber optik zaman Mahathir menerima projek Rundingan Terus Bernilai RM214.2 juta sejak tahun 2003. Malah pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan aset di bawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative, Bursa Saham mengumumkan Dato' Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd penambahan 29%. Mahathir dan anak-anak jugalah yang kaya.

23. Apapun Mahathir belum senang duduk kerana kes Forex Bank Negara rugi AS10 bilion bakal dihadapinya. Sama-sama menantikan dramanya selepas CIA mendedahkan penglibatan Mahathir dalam Skandal BMFL.

Setakat ini sebagai PM kali ke-2 semakin kuat kokoknya.