Elias Hj Idris
Tindakan terancang syiah dalam penghapusan etnik sunnah: menyamai tindakan jahat oleh zionis Israel

Sunni adalah fahaman kedua paling popular di Iran melibatkan lebih 30 peratus dari populasi Iran. Kebanyakan Sunni Iran tinggal di Kurdistan, Balushstan, di bandar-bandar sempadan Khorasan, Turkamen Sahara dan sepanjang pinggiran wilayah. Bermula dari era Safawi tahun 906 sehingga ke hari ini, sunni Iran terpaksa melalui kepayahan akibat diskriminasi dan ketidakadilan kerajaan yang dikuasai golongan syiah.

Selepas apa yang dipanggil 'revolusi-Islam' kerajaan syiah Iran telah mengambil langkah-langkah secara drastik dan berterusan sama ada memaksa puak sunni memeluk syiah atau dihalau mereka keluar dari Iran melalui pelbagai cara.

Berikut ini adalah beberapa contoh jelas taktik kotor yang digunakan kerajaan bagi memastikan golongan minoriti sunni terus ditindas;

i)  Menghalang mereka daripada memegang jawatan penting dalam kerajaan. Sebagai contoh hanya terdapat 15 wakil sunni (yang kebanyakannya dianggap boneka syiah) daripada keseluruhan 270 ahli parlimen Iran. Dalam pejabat pentadbiran atau institusi penting, memang tiada langsung di kalangan sunni yang berjawatan menteri, duta atau gabenor sekalipun di wilayah-wilayah yang dikuasai oleh sunni sendiri pun. Peliknya, kerajaan Iran pula bersikap tegas apabila meminta kerajaan Afghanistan memperuntukkan 1/4 kerusi mewakili syiah di sana, pada hal populasi penganut syiah hanya sekitar 10% dari jumlah seluruh penduduk Afghanistan.

Pada masa kini amat payah untuk melihat seorang pengurus sebuah institusi yang mempunyai latar belakang sunni di Iran Dalam institusi yang lebih sensitif seperti pengawal revolusi, kementerian luar, kementerian pertahanan atau dalam bidang perniagaan, keadaan menjadi lebih teruk lagi.

ii) Penindasan turut berlaku dalam perindustrian dan ekonomi. Pada masa sekarang, semua sektor industri dan ekonomi di kawasan ramai penduduk sunni dimonopoli oleh minoriti puak syiah. Sebaliknya, golongan sunni terpaksa bergelut dengan kepayahan sekalipun untuk mewujudkan perniagaan secara kecil-kecilan. Memang terbukti yang pihak regim bermatlamat menindas golongan minoriti sunni dalam pelbagai aspek kehidupan supaya dapat memaksa mereka memeluk syiah atau menghalau keluar dari tempat asal mereka.

Kerajaan malah turut menafikan hak sunni untuk membuka kilang kecil, atau jika mereka memiliki sebuah kilang maka undang-undang hanya membenarkan ia dimiliki oleh puak syiah. Di sepanjang sempadan teluk, situasi ini menjadi lebih teruk dari yang disangkakan. Di kebanyakan kawasan, penduduk setempat sunni dinafikan hak mendapatkan lesen bagi menangkap ikan. Bagi membolehkan industri perikanan ini dikuasai oleh peneroka-peneroka baru syiah (yang digalakkan oleh kerajaan berhijrah ke situ). Seperti yang dinyatakan sebelum ini, matlamat utama pihak kerajaan berbuat demikian adalah untuk mengubah populasi penduduk supaya golongan akan menjadi minoriti dalam wilayah mereka sendiri

iii) Polisi mengubah persamaan sosial dan memaksa penduduk tempatan berpindah. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi mewujudkan vakum dalam kawasan-kawasan majoriti sunni, terutama di bandar Abbas, Gheshm, dan bandar sempadan wilayah Balushistan yang berhampiran dengan negara-negara majoriti sunni seperti Pakistan, Afghanistan dan negara-negara teluk. Apabila matlamat ini dicapai, pihak kerajaan akan akan mempunyai kawalan penuh terhadap kawasan majoriti sunni dan pada masa yang sama dapat memutuskan hubungan yang terjalin sekian lama antara masyarakat sunni dengan saudara-saudara di sempadan mereka. Oleh sebab itulah, pihak regim Iran telah menggalakkan sekumpulan besar masyarakat syiah berhijrah ke Khorasan, Hormozgan, Balushistan dan Kurdistan.

Apabila muslim sunni menjadi minoriti, sudah tentu mereka tidak mempunyai undi yang mencukupi untuk menghantar wakil dalam parlimen regim. Akibatnya, muslim sunni tidak akan mempunyai suara dalam membuat polisi di Iran. Jika didapati satu-satu kawasan itu masih bermajoriti sunni, kerajaan akan menggunakan taktik menyuruh sebahagian penduduknya berpindah ke kawasan majoriti syiah, dan dengan cara itu muslim sunni tidak akan berpeluang menghantar wakil mereka ke parlimen. Di beberapa kawasan dalam Balushstan, Kurdistan, Khorasan dan bandar sempadan dengan Afghanistan, keseluruhan penduduk kampung dipaksa meninggalkan tanah mereka untuk berhijrah ke kawasan lain di Iran. Sebaliknya pula, puak-puak syiah ditempatkan di kawasan-kawasan yang ditinggalkan tadi. Antara contoh kawasan majoriti Muslim Sunni yang tempatkan dengan penduduk syiah adalah seperti di Sarbaz, Bahokalat dan Rask di Balushstan.

iv)  Meminoritikan muslim sunni melalui kawalan tentang kadar kelahiran. Kebanyakan muslim sunni tinggal di luar bandar dengan kadar pertumbuhan populasi sekitar 13% berbanding 3% di bandar. Dengan mengenakan kawalan kelahiran ketat secara jelas akan membawa kepada kesan yang buruk kepada struktur sosial dalam satu-satu kawasan. Beberapa siri kempen pemandulan lelaki dan wanita dilancarkan oleh agensi-agensi kerajaan bagi membendung populasi muslim sunni.

v)  Penguasaan puak syiah dalam angkatan tentera memang jelas. Ketakutan mereka kepada muslim sunni tidak pernah pudar sekalipun ramai di kalangan golongan muda muslim sunni telah dikenakan hukuman penjara, siksaan dan hukuman mati atas pelbagai dakwaan yang samar-samar. Sekalipun terpaksa merekrut muslim sunni sebagi tentera, mereka hanya akan ditempatkan di pejabat tanpa perlu membawa senjata. Dalam organisasi yang lebih penting seperti pengawal revolusi, tentera sunni tidak dibenarkan langsung mengambil bahagian. Dalam kementerian penerangan pula, keadaan menjadi lebih teruk lagi kerana tiada seorang pun penjawat jawatan di kalangan muslim sunni. Perlu diingatkan bahawa ketua organisasi ini adalah Ali Fallahian yang sangat dikehendaki oleh Interpol. Beliaulah di belakang pembunuhan ketua-ketua pembangkang di luar negara.

Regim syiah di Iran sedar yang ia akan menerima nasib yang sama seperti Soviet Union, iaitu negara yang multinasional dengan populasi dari latarbelakang agama berbeza. Oleh yang demikian, mereka perlu menyiapkan diri menghadapi sebarang bentuk perpecahan di masa depan. Sekalipun berdepan dengan pelbagai bentuk diskriminasi, penyiksaan, dan hukuman bunuh terutamanya di Baluchistan dan Kurdistan, pihak Syiah percaya golongan Muslim Sunni mampu bangkit untuk menentang kerana mereka memang terkenal sebagai pahlawan gagah berani lebih-lebih lagi kawasan yang diduduki mereka amat sesuai untuk gerakan memerangi diktator syiah di Iran. Pelbagai usaha dibuat bagi mengekang kebangkitan muslim sunni termasuk melarang para pemimpin agama sunni daripada menyuarakan pandangan mereka dan menghalang mereka menyebarkan sebarang bentuk risalah.

Di awal revolusi Iran, pihak kerajaan telahpun memulakan usaha memerangi muslim sunni seperti yang dilakukan tentera Kristian dalam perang salib. Mereka menyebarkan propaganda dan kemudian memaksa rakyat meninggalkan sunni dan memeluk syiah.

Pada waktu itulah pihak regim melakukan kerja-kerja ‘brain wash’ terhadap remaja-remaja sunni. Antara kempen yang dilakukan oleh pihak regim adalah memperkenalkan perkahwinan sementara, iaitu 'seigheh' yang turut disokong oleh bekas presiden Iran, Ali Akbar Hashemi Raftsenjani. Perkahwinan sementara atau 'seigheh' ini bertentangan dengan fahaman muslim sunni. Inilah salah satu cara untuk memerangkap golongan remaja supaya memeluk syiah.

Taktik lain yang digunakan pihak regim di wilayah tersebut ialah penginayaan dan penahanan tokoh-tokoh berpengaruh atas dakwaan yang meragukan. Telah berlaku banyak kes di mana ketua-ketua puak dijatuhi hukuman bunuh, tetapi boleh dibebaskan dengan syarat ia mengahwinkan anak perempuannya dengan ulama syiah. Dengan cara inilah, ulama syiah tadi dapat masuk ke dalam populasi sunni dan seterusnya mengembangkan fahaman mereka di situ.

Dalam bidang pendidikan pula, tekanan yang dikenakan oleh regim ke atas muslim sunni melalui bidang pengajian sejarah dan agama. Dalam pendidikan sejarah dan agama, semua angka dan fakta sejarah telah diubah. Keperibadian tokoh-tokoh terulung dalam sejarah Islam telah diaibkan supaya pemuda-pemudi muslim sunni hilang minat terhadap tokoh-tokoh tersebut, terutamanya apabila ia berkaitan tentang pewaris Nabi Muhammad (SAW). Sebaliknya, tokoh-tokoh agama syiah diagungkan seolah-olah mereka itu datangnya dari syurga. Dengan cara ini, apabila tamat pengajian, pelajar-pelajar tadi akan lebih cenderung memahami keperibadian syiah dan kitab-kitab mereka, berbanding fahaman sunni itu sendiri. Inilah satu contoh jelas bagaimana ‘brain wash’ dilakukan.

Mesjid Diroboh

Selepas didesak beberapa kali oleh Molavi Abdel Aziz, seorang pemimpin agama sunni di Baluchistan, sekeping tanah telah diperuntukkan untuk komuniti sunni membina mesjid namun kebenaran untuk membinanya masih belum diterima hingga ke hari ini. Perlu juga dinyatakan di sini, iaitu sewaktu permulaan revolusi di mana regim Iran belum lagi mempunyai kekuasaan penuh terhadap negara, pihak muslim sunni telah berjaya membina banyak mesjid di kawasan-kawasan majoriti mereka. Malangnya pembinaan mesjid baru telah menyebabkan pemimpin-pemimpin agama sunni dianiaya dengan dikenakan hukuman kerana kononnya bersekutu dengan 'wahabism'. Kes-kes begini telah menyebabkan mesjid-mesjid diruntuhkan atau disita oleh pihak regim. Yang peliknya dalam ibukota Teheran sendiri, di mana terdapat berpuluh gereja, kuil Hindu, dan tempat ibadat agama lain, tidak terdapat walaupun satu masjid untuk muslim sunni. Inilah bukti bahawa regim syiah amat takut kepada muslim sunni, seperti apa yang dikatakan oleh Molavi Abdul Aziz bahawa 'Mereka malah tidak membenarkan kita membuka kedai kerana takut nanti mereka akan menjadi bankrup, sementara pembinaan mesjid dan sekolah agama pula akan menganggu mereka'.

Selepas itu, banyak mesjid yang dimusnahkan satu demi satu. Sememangnya regim Islam Iran adalah satu-satunya kerajaan yang berbangga kerana meruntuhkan mesjid di negara sendiri. Berikut adalah beberapa buah mesjid yang telah dimusnahkan oleh regim syiah Iran.

a)  Masjid Sunni di Ahwaz adalah easjid pertama diruntuhkan dan di atas tapaknya dibina pusat penerangan sebelum perang Iran-Iraq.

b)  Masjid Torbate - Jam disita pada 1982 dan kemudian dijadikan berek tentera.

c)  mesjid Negor dan sekolah agama di Balushistan (chahbahr) – dirobohkan dengan bulldozer. Pihak regim menuduh pemimpinnya bersekutu dengan 'wahabism'.

d)  Masjid Saleh Abad dan sekolah agama disita.

e)  Sekolah agama di Tawalesh – pemimpinnya ditahan- disiksa dan dipenjarakan.

f)  Masjid Hassanian di Shiraz – masjid ini pimpin oleh Dr. Mozafarian seorang pakar fizik. Mesjid telah disita dan dijadikan panggung wayang.

g)  Masjid Shaikh Faiz Mosque di Mashed - berusia 200 tahun. Arahan dikeluarkan sendiri oleh pemimpin kerohanian syiah Iran, Khomeini. Selepas itu, berpuluh-puluh lagi mesjid di Zahedan dan Kurdistan dimusnahkan.

Bunuh Pemimpin Sunni

Selagi mana pihak regim gagal ‘mensyiahkan’ bangsa Baluchis, Kurdis, Turk dan lain-lain Mmuslim sunni, selagi itulah taktik-taktik kotor digunakan samada melalui penginayaan, hukuman penjara atau hukuman bunuh ke atas pemimpin-pemimpin sunni.

Program pembersihan seperti ini adalah bertujuan untuk mewujudkan vakum di kawasan majoriti sunni supaya mereka hidup tanpa pemimpin. Apabila ini tercapai, mudah bagi kerajaan mengembangkan kekuasaannya melalui radio, tv dan sumber-sumber lain. Perlu diingatkan di sini bahawa Khomeini berulang kali mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, 'kita musnahkan mesjid-mesjid sunni, tetapi tiada reaksi apa-apa dari mereka, kita bunuh pemimpin mereka, juga tiada reaksi apa-apa dari mereka. Oleh itu kita perlu merogol wanita mereka kerana bagi mereka isu ini sangat sensitif, dan apabila mereka mula memprotes, barulah kita boleh hapuskan mereka'. Dalam perkara berkaitan, seorang ulama muda syiah mengaku telah merogol 60 wanita sunni, dan kemudian telah ditahan dan dibunuh oleh kumpulan sunni di bawah pimpinan Hameed Narooei (yang kemudiannya diracun oleh agen regim).

Berikut adalah beberapa tokoh penting Muslim yang ditahan dan dibunuh:

20 September 2010 - Sunnionline

KURDISTAN: Beberapa hari lepas, pihak berkuasa Iran menahan ulama sunni, Shaikh Mullah Muhsen Husaini, imam dan khatib masyarakat sunni di bandar Kamyaran dalam wilayah Kurdistan.

Menurut HRANA, sebuah pertubuhan aktif hak asasi manusia di Iran, beberapa hari lalu pihak berkuasa rahsia Iran di Kamyaran menahan ulama sunni yang juga seorang hakim Mahkamah Keluarga Kamyaran, dan ditempatkan di penjara yang tidak diketahui. Dua minggu sebelum itu, Shaikh Husaini menyebut dalam khutbah Jumaat mengaitkan kerajaan dalam mensabotaj usaha-usaha ke arah perpaduan antara penganut sunni dan syiah. Ulama berkenaan telah beberapa kali ditahan sebelum ini kerana menyuarakan diskriminasi dan kemiskinan dalam kawasan masyarakat Kurdis.

TEHERAN: Abdolmalek Rigi yang digelar Umar Mukhtar kedua, ketua pemberontak kumpulan sunni, Jundullah yang melancarkan penentangan di wilayah Sistan-Baluchestan, digantung pada pagi Ahad lalu, lapor IRNA. 'Selepas diputuskan dalam tribunal revolusi Tehran, Abdolmalek Rigi digantung pagi Ahad di penjara Ein Evin', kata IRNA.

Bahman Shakuri dari Tawalesh, sebuah bandar di bahagian barat Irana, dituduh kerana tidak mempercayai Imam 12 Syiah adalah nabi, dan dihukum bunuh pada 1988.

Shaikh Abdel Wahab Khafi dari Khorasan, dituduh bekerjasama dengan 'wahabism', akibatnya disiksa hingga mati pada 1990.

Dr. Ali Mozafarian seorang pemimpin agama muslim sunni dan seorang pakar bedah terkenal, telah disiksa dengan teruk dan akhirnya dihukum mati pada 1992 kerana tuduhan mempunyai hubungan dengan pergerakan 'wahabism'.

Ayatollah Allameh Abu AlFazl Borqaie pemimpin agama syiah terkenal sebelum revolusi, kemudiannya memeluk sunni. Percubaan kali pertama untuk membunuhnya gagal. Kemudian ditahan dan dibuang daerah. Akhirnya meninggal pada 1992.

Puak-puak sunni yang digantung

Allameh Ahmad Mofti Zadeh, pemimpin agama Muslim sunni Kurdis, menderita disiksa di penjara selama beberapa tahun sehingga membawa kematiannya pada 1993. Telah dibebaskan sebelum itu, tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan luar negeri.

Molavi Abdel Malek Mullazadeh, pemimpin agama Sunni Muslim Baluchi. Moalvi Abdel Malek adalah anak sulung kepada pemimpin agama terulung di Baluchistan, terbunuh dalam serangan di Karachi oleh kumpulan pengganas Aid Mohamed Bamari yang didalangi regim Iran pada 1996. Kumpulan yang sama juga dipercayai terlibat dalam usaha menghapuskan pemimpin pembangkang Iran di Britain.

Molavi Abdel Naser Jamshid Zahi, dari Baluchista, Iran – seorang pensyarah di salah sebuah sekolah Islam Karachi terbunuh syahid bersama Movlavi Abdel Malek pada 1996 di Karachi.

Farouq Farsad dibunuh pada 1996 selepas dibuang daerah.

Molavi Qlandar Zahi dibunuh pada 1997.

Molla Mohammed Rabiei pemimpin agama muslim sunni di Kermanshah dibunuh oleh pihak perisikan Iran pada 1996. Beliau adalah penulis terkenal yang telah menghasilkan 40 buah buku dan artikel-artikel penting.

Dr. Ahmad Mirin salah seorang ulama terulung di Baluchstan dibunuh oleh pihak regim pada 1996 selepas ditahan di lapangan terbang Bandar Abbas.

— with Abdul Halim.
Elias Hj Idris
Oleh: tokpepijat

Kesan daripada pemberian IC secara berleluasa

Sabah diceroboh dan apabila melihat kepada isu Lahad Datu, nampak ia semakin jauh dan jauh daripada keadaa sebenar.Cuba kita tanya diri sendiri atau tanya sama batu @ pokok @ ayam, tetapi jangan ditanya kepada menteri Umno atau IGP nanti anda dituduh pengkhianat atau musuh negara!

Satu
Setelah lebih 100 pengganas menceroboh negara, menteri KDN bilang ini semua bukan pengganas. Mereka adalah tentera Sulu - tidak berbahaya. Keadaan keselamatan terkawal di mana PDRM mampu mengaawalnya, jadi kita mampu selesaikan secara diplomasi.

Kemusykilan: Mengapa bukan ATM yang tangani kes ini pada awalnya? Dan mengapa pula dengan begitu mudah musuh menceroboh perairan negara ini?

Dua
Apabila pengganas Sulu tembak mati anggota polis VAT69, secara automatik terus sahaja menteri KDN dan segala menteri UMNO melabelkan penceroboh tersebut sebagai pengganas. Sama macam kes Kumpulan Mujahidin Malaysia(KMM); yang pada mulanya digelar 'mujahidin' kemudian sudah menjadi 'militan' pula. Jelas Malaysia ini 'kaya' dengan istilah yang direka-reka.

Ketiga
Baru sekarang kita tahu betapa keadaan tahap keselamatan negara kita. Itu baru di Sabah. Sudahlah Sabah terpinggir oleh kerajaan BN dari segi pembangunan, sebaliknya dari segi keselamatan juga menteri Umno ambil mudah dan pandang 'sebelah mata'. Kita lihat baru sekarang inilah kerajaan Umno baru nak tambah balai polis, anggota keselamatan dan peralatan baru. Apabila Sabah kena serang, barulah masing-masing nak tersedar.

Keempat
Peristiwa Lahad Datu ini terjadi hampir dengan tarikh LIMA di Langkawi berlangsung. Wow! ber'hopping' sakanlah menteri pertahanan membeli segala jenis senjata atas alasan kes pencerobohan di Lahad Datu! Tiada rasa bersalah dan pertanggungjawaban sedikit pun atas apa yang berlaku di sana. Sepatutnya menteri wajib meletak jawatan jika masih ada harga diri!

Kelima
Kes Lahad Datu ini telah menjadi medan kempen bagi Umno untuk mengutuk pembangkang. Kononnya hanya Umno dan BN sahaja yang ada semangat patriotik. Pembangkang dianggap bagaikan pengkhianat. Samalah seperti perayaan kemerdekaan - hanya Umno/BN sahaja yang layak untuk merayakannya.

Kes Lahad Datu ini bakal berlalu (seperti kata Ketua Polis Sabah di mana kini cuma ada kurang daripada 10 pengganas lagi). Sebaik berlalunya kes ini dengan meninggalkan beberapa persoalan;

i) Menteri KDN dan menteri pertahanan berlepas diri daripada kes ini. Sebaliknya sasaran telah ditujukan kepada pembangkang. Mereka berlepas diri - yang bermakna tiada rasa bertanggungjawab atas pencerobohan yang telah mengorbankan nyawa 10 anggota keselamatan. Mengapa begitu liat untuk mereka melepaskan jawatan sebagai tanda tanggungjawab.

ii) Sebaliknya, menteri UMNO telah menwar-warkan betapa seriusnya kerajaan Umno menjaga keselamatan negara terutama di Sabah. Adakah setelah berlaku pencerobohan dan kematian anggota keselamatan baru nampak kehebatan Umno dalam menjaga keselamatan negara?

iii) Setelah berlaku kematian ke atas anggota keselamatan, barulah Perdana Menteri Najib mewar-warkan kenaikan gaji anggota ATM dan PDRM. Adakah ia tanda rasa bersalah atau memang kempen menjelang pru?

iv) Pada masa yang sama Umno cuba 'spin' biar rakyat nampak seolah-olah pembangkang begitu hina apabila merendah-rendahkan dan memlekeh anggota PDRM dan ATM dalam operasi tersebut. Pada hal, Umnolah yang meng'guna'kan PDRM dan ATM untuk kepentingan politik mereka. Lihatlah gangguan ceramah. PDRM membisu kerana ada arahan daripada orang politik.

Sebenarnya rakyat dan pembangkang kecewa dengan cara Umno menangani isu ini. Seolah-olah ada agenda tersembunyi di sebalik cara UMNO menangani isu tersebut. Ia dilihat sebagai lebih mengaitkan 'projek IC' ciptaan Mahathir. Sebab itulah di akhir-akhir ini Mahathir banyak keluarkan kenyataan tentang peristiwa di Lahad Datu dan akhirnya sanggup menjejakkan kaki ke sana untuk menunjukkan kononnya dia tiada bersalah apa-apa terhadap kejadian di Sabah!

Sebenarnya, rakyat tidak pernah persoalkancara askar dan polis menggempur pengganas. Mereka itu lebih tahu dengan ilmu peperangan dan senjata. Namun setiap apa jua tindakan dan gerakan PDRM dan ATM adalah daripada arahan menteri Umno.

Jika di Jepun atau Korea, sudah lama menterinya melakukan 'harakiri' jika tidak pun meletak jawatan.
Di Malaysia, menteri Umno masih sibuk siang dan malam cari 'kambing hitam' untuk disembelih. Dan bila pun Anwar lagi tetap yang kena.
Elias Hj Idris

Dunia tahu dan mengagumi betapa konon hebatnya sang penipu dan pembohong kaki kelentong anak Kutty dari Kerala, iaitu mantan Menteri Perdana Malaysia selama lebih dua dekad.

Batu api yang elok dijadikan batu ladung!

Kehebatan dan kelicikkannya memperdaya umum terutama segelintir umat Melayu dengan 'kepetahan' dan 'temberang'nya secara profesional amat mempersona bagi yang tidak mahu selidik dan fikir; dari kalangan 'lembu' belaka!

Amat merugikan kaum Melayu yang malas menganalisis biji butir mamak ini sebaliknya percaya bulat-bulat apa saja yang keluar daripada mulut licik, jahat dan busuk mamak pemfitnah tersohor abad ini!

Mereka lupa akan segala penyelewengan, kelentongan dan penyalahgunaan kuasa oleh pengkhianat ini yang lebih lama dari semua mantan menteri perdana yang lain. Selama itulah dia menjadi 'diktator' terakus dan zalim di negara Malaysia tercinta ini, tanpa disedari rakyat terutama orang-orang Melayu!

Soros: Penyangak Matawang - sahabatnya!


Mamak pengkhianat ini disanjung, dipuja dan diarak jemput serata pelosok kampung dan kota untuk diperdengarkan 'pembohongan' profesionalnya tanpa menyedari mereka sedang di'lembu'kan. Tidak cukup diperbodohkan, dicerca secara halus akan bangsa Melayu dengan slogan basi yang popular 'Melayu mudah lupa'! Lupa betul kerana selama pemerintahan diktator tua ini dia telah mengkayakan sanak saudara, kroni dan diri sendiri hingga termasuk senarai orang-orang terkaya di Malaysia malah di dunia juga.

Melayu memang mudah lupa kerana mamak inilah yang menyebabkan berbilion wang negara tiris dan punah daripada skandal Perwaja (RM10bilion), PKFZ (RM13bilion), Petronas (RM400bilion), pengkhianatan royalti minyak Kelantan malah juga Terengganu serta banyak lagi penyelewengan yang di'lupai' oleh 'lembu' Melayu, namun bukan kesemua Melayu itu yang mudah lupa. Masih ada yang ingat sampai mati!

Mamak spesis dari Kerala ini mudah menyeleweng bila kuasa sudah ada di tangan tambahan lagi sekian lama, diputar dan di'badut'kan segala badan dan agensi kerajaan - daripada badan kehakimannya, badan keselamatan dalam negeri hinggalah pada raja-raja Melayu sendiri. Dikhianatinya, sesuka hati dicaturnya sampai pada satu masa hakim yang telus dan berwibawa pun dikuaknya, digantikan dengan sekelian syaitan dan pengampu pak angguk sebaik kehendaknya dibantah. Jangan lupa juga sekutu seketurunan rapatnya barua yang popular dengan 'correct... correct... correct' itu!

Di sebalik segala kebejatannya dan kezaliman beliau termasuk akta ISA, konspirasi liwat bersiri, juga lain-lain penyalahgunaan kuasa mamak pengkhianat ini tetap disanjung gila oleh para pecacai dunggu 'lembu' kondo orang Melayu yang mudah untuk dipawahkan. Bayangkan, satu contoh mudah lagi, di mana hakim-hakim pun boleh diatur-caturkannya!

Tidak cukup kelentongan akal mamak ini, sang pecacai dan pengampu membina yayasan minda kelentong mamak ini pula, teramat geliga otaknya, konon bagi para pembodek padahal kelentongan saja yang gah. Mungkin pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik felda boleh terima sang pembohong dari Kerala ini, tetapi tidak semudah itu oleh para pemikir yang celik akan kelicikkan anak Kutty ini!

Dari pengakuan dan soal-selidik rambang sekitar bandar Alor Setar dan beberapa kampung di Kedah yang amat mengenali suku-sakat keturunan mamak dari Kerala ini boleh disimpulkan bahawa mamak Madey Kutty ini secara diam dan halus amat-amat membenci orang Melayu. Di hati khianat busuknya memang dia amat tidak boleh pandang bangsa Melayu bak kata orang walau sebelah mata!

Tapi mamak jahat ini amat bijak mengunakan kepercayaan bangsa Melayu, diperdaya dan diperalatkan Melayu secara halus dan sewenang-wenangnya dari berkahwin sampai mempermainkan segala bidang kemelayuan untuk kepentingan diri.

Sampai ada yang mengatakan bahawa dia amat benci, meluat kepada bangsa Melayu dari pandangan mereka yang mengenalinya dari dekat akan hati budinya!

Lihat saja 'jasa-jasa' lepasnya yang negatif dan khianat dari melingkupkan institusi raja-raja, institusi kehakiman dan terkini pendedahan projek IC di Sabah dan Sarawak. Walaupun pada mulanya mahu dialih kesalahannya kepada Allahyarham Tunku Abdul Rahman, konon. Namun terbongkar sudah bahawa tindakan Tunku berbeza daripada projek IC oleh berliau yang amat merugikan negara.

Kini projeknya memakan diri, malah mengorbankan anggota keselamatan negara pula! Hanya alasan dungu yang diberikan oleh mamak ini, walhal projek IC itu semata-mata untuk selamatkan parti karat biru daripada berkubur di Sabah!

Kini semakin terburai kesan pengkhianatan mamak dajjal perosak ini di Sabah, angkara sang Madey anak lelaki Kutty dari Kerala ini.

Di era kini, info di hujung jari tapi hairan masih ramai yang boleh diper'lembu'kan mamak khianat ini. Butakah mereka akan segala kebejatan yang dilakukan? Allahyarham Tuan Haji Ustz Fadzil Nor tidak silap dalam meramalkan mamak ini akan panjang umur untuk melihat hasil pengkhianatannya terhadap negara dan rakyat, juga khazanah negara yang diseleweng dan disalahgunakan.

Terkini dengan megah dan angkuh pula mamak ini menyarankan supaya buku biografi suami Hj Najib si Rosmah 'puaka' itu diedar sebanyak mungkin ke serata pelusuk tanah air! Apakah jasa-jasa dan kebaikan sang pemboros dan rakus itu sehingga dia perlu dijadikan idola kepada pelajar-pelajar di sekolah?

Hanya yang berakal dan mahu berfikir sahaja yang tahu kesannya. Menjelang PRU-13 ini moga rakyat bangkit dan ubah kebejatan selama lebih lima puluh tahun ke arah negara yang lebih telus dan cemerlang di bumi Allah ini ins sya Allah.

Oleh: jingoza
Elias Hj Idris
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Persoalan yang sering jadi sasaran; adakah toriqat ahli sufi itu daripada Nabi صلى الله عليه وسلم , yakni wahyu Allah Ta'ala kepada Baginda?


Adakah ia amalan ulama-ulama ahlus-sunnah?
Apakah kaitan ahli sufi dengan ahlus-sunnah wal jamaah?
Siapakah ahli sufi yang sebenar?
Bagaimana cara membezakan ulama sufi sebenar dengan sufi palsu?
Apakah peranan ahli sufi ?
Apakah kitab-kitab rujukan tariqat, tasawwuf dan ahli Sufi?

Semua persoalan ini saya telah menjawab di dalam beberapa posting yang lalu.

Sama ada sebagai individu atau sebagai satu 'toiffah', saya sudah jelaskan berpuluh-puluh kali bahkan mungkin beratus kali, tetapi ada beberapa orang teman yang  termasuk di kalangan orang-orang yang tersangat engkar akan hal-ehwal ahli sufi.

Untuk kesekian kalinya saya menulis, sebahagian besar hal ehwal sufi sudah saya bicarakan di dalam TKO ini. Sebagai ulangan sila rujuk di bawah.

'Toriqat Ahli Sufi Jalan Terbaik' (http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=26684)

Toriqat Sufi yang bersumberkan Nabi saw (http://sejuta-muslim.blogspot.com/2011/01/toriqat-sufiyyah-adalah-amalan.html)

Soal Jawab toriqat dan tasawwuf  (http://sejuta-muslim.blogspot.com/search/label/A2%20-%20SOAL%20JAWAB%20TASAWWUF)

Ulama pewaris Nabi sebenarhttp://sejuta-muslim.blogspot.com/2011/01/siapakah-ulama-pewaris-nabi-shaikh.html)

Kewajipan amalkan tasawwuf (http://sejuta-muslim.blogspot.com/2010/10/kewajipan-amalkan-tasawwuf-dan-bahaya.html)

Golongan tersesat dari jalan keruhanian (http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=29552&postdays=0&postorder=asc&start=0)

Mengenal wali Allah (http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=37935&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight=)

Ini di antara topik-topik yang membicarakan toriqat dan tasawwuf. Berdasarkan sejarah TKO, tuan abuadil adalah di antara orang2 yang mengengkari jalan suci ini. Walau pun diberikan ta'rif, hujjah ulama termasuk nama-nama rujukan kitab, dia tidak pernah berpuas hati. Sebaliknya dia terus menerus sibuk menanyakan dalil dan bukti!

Saya tidak pasti sejauh manakah keikhlasan tuan abuadil dalam bertanyakan berbagai soalan secara berulangkali?

Apa yang terlihat adalah: dia dan teman-temannya adalah manusia yang hampir muflis. Jika dia tidak berubah seperti halnya Imam Ghazali atau seperti halnya Imam Izzuddin Abdus Salam, Atau Ibn Atho' Illah atau Ibn Tamiyyah sayogia diingatkan bahawa dia di dalam bahaya. Apa yang dibimbangkan ialah dia akan terus menerus memusuhi shaiikh sufi yang akhirnya membawa kerosakan kepada iman dan Islam dalam dirinya!

Semoga Allah berikan petunjukNya.
Elias Hj Idris
oleh:  sesepuh (TKO)
Untuk keyakinan kita akan Wujud Zat Allah yang disembah. Aku percaya dan i'tiqad yang tidak berubah sama sekali bahawa Allah Taala itu Zat yang Wajibalwujud bersifat dengan segala sifat yang sempurna.

Wajibalwujud ini kerana ada 5 sifat 'salbiah', iaitu:

1- Qidam - Sedia
2- Baqa'- Kekal
3- Mukhalafatuhu Taala Lilhawadits- Bersalahan bagi segala mumkin
4- Qiammuhu Binafsih- Berdiri dengan sendiri
5- Wahdaniah - Esa

Dan yang 'sempurna' itu kerana ada 7 sifat ma'ani;

1- Hayat
2 - Ilmu
3 - Iradah
4 - Qudrat
5 - Sama'
6 - Basar
7 - Qalam

Sesungguhnya sifat Allah itu tidak terhingga banyaknya, hanya Allah jua yang tahu dan tidak berbilang-bilang.

Sifat 'nafsiah' telah dihuraikan sebelum ini iaitu 'Wujud'. InsyaAllah ada kelapangan akan hamba faqir yang hina ini akan cuba dihuraikan dengan ilmu yang tidak seberapa ini untuk menyatakan keyakinan kita akan Allah.

Allah itu nama tuhan dan tuhan itu nama bagi Zat yang bersifat dengan segala sifat 'uluhiyah' (ketuhanan) yang 13 sifat dan yang tinggal lagi.

Elias Hj Idris
Sesetengah orang ambil sedikit saja kata kata ulama mujtahid (seperti Imam As-Syafie). Bukan untuk mencari kebenaran. Dia sendiri bukan pengikut Al-Imam! Kita cukup pelik! Seperti cerdik pandai orientalis; mengkaji Al-Quran, bukan untuk mencari kebenaran, tetapi dia menyerang Islam melalui Al-Quran.

Pintu setan dalam diri

Kalau nak ikut, ikutlah semuanya. Kalau nak menghujjah kata-kata Imam As-Syafie, sepatutnya bersemukalah dengan ahli dalam bidang berkenaan - nanti salah yang melibatkan fitnah kepada mukmin; takutlah ancaman Allah.

Berikut ini adalah ciri-ciri orang munafik menurut Islam;

Dusta
Khianat
Melampau sempadan/skop dalam pertikaian
Engkar pada janji
Malas beribadah
Riya'
Sedikit berzikir
Mempercepatkan solat
Mencela orang-orang yang taat dan soleh
Mengolok-olok al-Quran, as-Sunnah, dan Rasulullah s.a.w.
Bersumpah palsu
Enggan berinfak
Tidak menghiraukan nasib sesama kaum muslimin
Suka menyebarkan khabar dusta, senang memperbesar peristiwa atau kejadian
Mengingkari takdir, selalu membantah dan tidak redha akan takdir Allah s.w.t.
Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh
Sering meninggalkan solat berjamaah
Membuat kerosakan di muka bumi dengan dalih mengadakan perbaikan
Tidak sesuai antara zahir dengan batin secara zahir
Takut terhadap kejadian apa saja
Beruzur dengan dalih dusta
Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan
Bakhil dalam masalah kebajikan
Lupa kepada Allah s.w.t.
Mendustakan janji Allah s.w.t. dan Rasul-Nya
Lebih memperhatikan zahir, mengabaikan batin
Sombong dalam berbicara
Tidak memahami masalah-masalah agama
Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan perbuatan dosa
Senang melihat orang lain susah, susah bila melihat orang lain senang


AL-GHAZALI DAN ILMU TASAWWUF

Apabila melibatkan diri menjadi sebahagian daripada ahli sufi, beliau sekali lagi membersihkan tasawwuf daripada perkara-perkara khurafat dan daripada perkara yang terkeluar daripada pengamalan agama Islam yang sebenar. Dalam bidang tasawwuf Al-Ghazali mempunyai guru antara yang termashur ialah Al-Junaid dan Al-Muhasibin. Apabila Al-Ghazali mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang tasawwuf beliau segera melemparkan kritikan yang membina bertujuan untuk membetulkan kesalahan dan menghalang daripada penyelewengan yang berlaku sehingga mencemarkan kemurnian Islam. (Ghazali, 2002:30)

Antara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang tasawwuf ialah kitab Ihya’ Ulumuddin. Kitab ini telah membincangkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama dan merupakan kitab yang terkenal hasil karangan beliau hingga ke hari ini. Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Parsi, Urdu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Selain itu, kitab ini menjadi sumber rujukan para ulama’ di rantau alam Melayu. Antara pendorong Al-Ghazali menulis kitab ini ialah kerana kesedarannya yang amat tinggi terhadap penyelewgan teori dan konsep fiqh serta tasawwuf ialah dengan merujuk kepada sumber primer iaitu al-Quran dan Sunnah. Kemudian para sahabat dan tabi’in. Setelah merujuk kepada sumber primer dan sekunder barulah Al-Ghazali mengutarakan pemikirannya terhadap konsep yang ditulisnya. (Ibrahim, 1985:55)

Kehadiran kitab Ihya’ Ulumuddin member implikasi besar dalam pengajian tasawwuf. Sumbangan ini adalah cukup besar dalam bidang tasawwuf kerana Al-Ghazali telah memurnikan semula ilmu tasawwuf daripada kesesatan dan bid’ah.
Elias Hj Idris
Kisah yang diceritakan ini memaparkan kisah sebenar pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.

1. Saya tahu agensi perisikan Singapura, Indonesia, Filipina dan Amerika Syarikat (AS) telah menarik nafas panjang apabila melihat kejayaan Malaysia khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengerakkan operasi bersama (Joint operation) sehingga berjaya melumpuhkan pengganas-pengganas Sulu yang telah menceroboh kedaulatan negara.

2. Malaysia sudah memberikan peluang yang sebaiknya kepada pengganas ini yang jumlahnya lebih kurang 150 ke 200 orang selama tiga minggu dan dunia telah menyaksikan pengganas-pengganas ini menganiaya anggota pasukan keselamatan kita.

3. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Syahid) terbunuh apabila pengganas Sulu melakukan sikap keji apabila berpura-pura mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mahu menyerah diri.

4. Zulkifli yang merupakan ketua pasukan, menyangka musuh berniat baik lantas bangun dari posisi bertahan dan serentak itu, peluru dari penembak tepat dilepaskan dan menembusi kepala Allahyarham.

5. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid) yang bangun membantu turut terkena peluru dari penempak tepat, maka gugurlah kedua perwira bangsa.

6. Rupanya pasukan peninjau polis yang menjalankan tugas recce dalam ladang kelapa sawit disitu telah dikepung oleh ratusan pengganas Sulu.

7. Tanpa ketiadaan ketua pasukan, anggota lain terus membalas tembakan dan bertahan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tiba pasukan bantuan dan hasil dari kecekalan mereka yang terkepung ini, lebih kurang 12 pengganas Sulu ditembak mati.

8. Pengganas juga menganianya wira-wira polis kita yang gugur di Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna.

9. Wira-wira polis ini yang berpakaian biasa merupakan unit Cawangan Khas (SB) bergerak ke kampung tersebut untuk melakukan tinjauan risik tetapi kedatangan mereka seperti sudah dapat dihidu.

10.Pengganas yang bersenjatakan raifel automatik M16 menghamburkan peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga bangsa, darah pekat mengalir dari celah-celah jeti kampung tersebut.

11.Yang tinggal hidup, hanya nyawa-nyawa ikan.

12.Ketika ini, musuh menerpa dan mengerat-gerat serta memotong kepala ketua pasukan polis ini, ada jenazah polis yang dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang dipotong kepala di ditetak berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua tangannya.

13.Yang sialnya, akhbar Filipina yang menyokong pengganas ini meletakkan mereka yang mati dikalangan penyokong Kiram sebagai imam-iman tempatan dari kaum Sulu yang syahid.

14.Senarainya kecederaan dan penganiayaan pada mereka yang mati ini saya ada tetapi demi menjaga maruah mereka yang gugur, tidak perlulah saya siarkan, saya jamin, kalau anda membaca…anda akan berdendam.

15.Saya sendiri tidak tahu, tonik apa yang mereka makan atau jin mana yang mereka damping sebelum pergi berperang sehingga memaksa mereka itu bertindak diluar batas kemanusiaan.

16.Yang anehnya, ada juga penyokong pengganas-pengganas ini dari negara jiran dan komen mereka terpaksa saya buang untuk mengelakkan nama negara mereka yang besar itu tercemar dan kotor di atas komentar rakyat mereka ini.

OPERASI DAULAT

17.Saya memohon maaf kerana tidak dapat update setiap butiran operasi.

18 Ingin saya melahirkan rasa kesal kepada sebahagian besar pembaca saya yang tidak sabar dan terlalu banyak mempertikaikan operasi ATM dan PDRM ini seolah-olah mereka ini lebih tahu.

19. Mereka beranggapan perang seperti yang mereka lihat dari kaca TV atau permainan video game.

20.Saya pula memilih jalan selamat untuk menantikan satu tindakan konkrit yang saya tahu pasti akan berlaku sedangkan setiap hari maklumat dari medan tempur masuk ke dalam talian saya setiap jam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para kontek saya dan juga kepada Anak Sabah yang menjadi mata dan telinga saya di negeri itu.

21.Maklumat-maklumat ini pula tidak dapat saya siarkan kecuali kerana tidak ada siapa yang boleh mengesahkan data yang saya terima, dan saya pula tidak mahu menganggu operasi yang sedang dijalankan termasuk menyebarkan khabar yang tidak benar.

MALAYSIA BUKTIKAN KEUPAYAAN MELAKSANAKAN JOINT OPERATION

22.Operasi Daulat dimulakan dengan serangan jet-jet F/A 18 Hornet dan Hawk Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ke atas Ground Zero pada jam 0700

23.Ia diikuti dengan tembakan dari mortar 81mm, mesingan berat dan kemaraan 4 buah APC yang diikuti dengan PGA, VAT69, Para 10, serta unit khas lain.

24.Bagi saya, serangan jet-jet ini lebih kepada “Power Projection” oleh Malaysia kepada negara jiran padah apabila kita hilang sabar dan menunjukkan kemampuan bajet operasi ketenteraan negara apabila berlaku situasi kecemasan.

25.Ia juga adalah bukti kemampuan negara untuk melaksanakan Joint atau Combined Force Operation yang menggabungkan tentera laut, udara, komando, tentera darat, polis serta agensi kerajaan lain.

28.Negara-negara jiran lain secara teorinya mungkin ada kemampuan untuk membuat “Combined Force Operation” ini tetapi belum pernah dibuktikan secara nyata kecuali dalam latihan.

52 PENGGANAS SULU TERBUNUH SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS PADA 8 MAC

29.Apabila kita hilang sabar, inilah akibatnya, 52 pengganas Sulu terbunuh sejak dari kali pertama pertempuran bermula.

30.Pengganas ini menyangka mereka sedang berperang dengan askar-askar Filipina, mereka lupa, mereka sedang berhadapan dengan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA dan POLIS DI RAJA.

31.Saya sendiri menyaksikan gambar-gambar kematian pengganas ini (gambar baru dan bukan gambar dalam lubang), tetapi saya gagal memperolehi kebenaran untuk menyiarkan gambar ini, ia akan disiarkan dalam sebuah blog lain.

SERANGAN PENGGANAS TIDAK ADA KOORDINASI

32.Maklumat tidak rasmi yang saya terima, pengganas-pengganas ini mempunyai kekuatan seramai 1,000 orang di mana sekitar 200 dari mereka berada di Lahad Datu.

33.Bakinya dipecahkan ke enam daerah yang lain termasuk Semporna.

34.Ramai yang mempertikaikan keberkesanan sistem jammer atau kenderaan Electronik Warfare yang kita ada iaitu CommJam Fuch 6×6 hanya kerana ketua pengganas berjaya membuat panggilan telefon ke Manila.

35.Bagaimana kejayaan sistem ini terbukti kerana rancangan awal pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk menimbulkan huru hara di tempat-tempat seperti di Kunak, Tungki, Tingku, Kinabatangan, Sandakan dan Semporna lain gagal kerana masalah komunikasi.

36.Sejak awal rakyat dibawa menumpukan perhatian ke Lahad Datu sedangkan pada masa yang sama pasukan tentera di atur gerak ke tempat lain.

37.Kegagalan rakyat dan pembaca memahami bagaimana operasi tentera dijalankan memang saya sudah jangka kerana rata-rata, banyak forum pertahanan hanya suka membicarakan kecanggihan sesuatu aset tetapi kurang menyentuh dari sudut operasi ketenteraan.

PENGGANAS MERAYU MINTA GENCATAN SENJATA

38.Kelmarin media-media di Filipina dan Indonesia meletakkan harapan yang tinggi kepada pengganas Sulu ini untuk mendatangkan kerosakan yang besar kepada pasukan keselamatan negara kita.

39.Tajuk-tajuk seperti “Experience versus Fire Power” disiarkan, dan mengangkat pengganas Sulu ini seperti pahlawan yang tidak terkalah.

40.Bongkaknya elemen dengki dan cemburu di negara-negara dunia ketiga ini dihancurkan dengan rayuan ketua pengganas sendiri yang memohon ehsan dan belas dari pasukan keselamatan Malaysia.

41.Kalau kelmarin mereka bongkak, hari ini ketua pengganas iaitu Sultan Kiram merayu meminta gencatan senjata dari Malaysia.

42.Perdana Menteri Datuk Seri Najib semalam menegaskan, serah senjata tanpa syarat. Anda (pengganas) sedang berhadapan dengan negara berdaulat.  

Sumber: shahpaskal (Military of Malaysia)
Elias Hj Idris
By: Mariam Mokhtar (March 15, 2013) - Free Malaysia Today


A prime minister who resorts to silencing the rakyat with lies and obfuscation, does not deserve our vote.

No wonder Prime Minister Najib Tun Razak is jittery about his handling of the invasion of Lahad Datu. Part of the reason for Najib’s woeful delay in responding to the Suluk threat was because the Prime Minister’s Department (PMD) was responsible for monitoring the waters off Sabah’s east coast.

Did the PMD underestimate the severity of the Suluk threat? Did Najib hope the problem would go away, if he ignored it? We wrongly believed that the navy and the Ministry of Defence (MOD) were responsible for maritime surveillance and law enforcement.

Yesterday (March 14), Bernama reported that the Defence Minister Ahmad Zahid Hamidi said that the monitoring of Sabah’s 1,400km coastline, previously under the PMD, had been transferred to his ministry and the Malaysian Royal Navy.

Zahid said, “I received this command last Friday in a letter given to me from Deputy Prime Minister [Tan Sri] Muhyiddin Yassin as the minister responsible for the Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA).

“MMEA’s command in Sabah has been handed over to me [Defence Ministry], it is no longer under the PMD.”

Najib’s lack of leadership was compounded by a failure of the relevant minsters to act. Home Minister Hishammuddin Hussein’s assertion that the Suluks were not terrorists was baffling. Both men deserve to be sacked. Then, Musa Aman, Sabah’s Chief Minister freely referred to the Suluks as terrorists. Our leaders can’t even agree on terminology and responded too late to an armed threat.

To make matters worse, Najib imposed a news blackout, thus fuelling rumours. Instead of using the media to support our troops, to boost their morale and to reassure the nation, Najib’s news blackout appears to be selfishly motivated. He wanted to prevent criticism of his actions.

Najib and his ministers grappled with the issue, and transferred the problem from one to another, like passing an unwanted newborn baby that has suddenly been left at the doorstep.


Tactical advantage

While he and his inner circle prevaricated, the tactical advantage of containing the threat, while it was still small, was lost. Lives could have been saved if our leaders had acted with more conviction and with urgency.

Sabahans are deeply resentful of former prime minister Dr Mahathir Mohamad’s “Project M”, which allowed illegal immigrants to penetrate their community. The Sabahans were robbed of an identity because Mahathir worshipped power. Our government was lax and the foreigners became emboldened. The Suluk invasion was inevitable.

The Suluks appeared in news bulletins around Chinese New Year. Was the PMD caught off guard because of the extended weekend holiday? Najib was trying to manipulate Psy, into becoming a psychological weapon against the opposition, thus neglecting the insidious Suluk threat.

Why was the PMD, and not the MOD, in charge of Sabah’s extensive coastline?

Why are our borders porous despite the various agencies patrolling our waters – the Marine Police, the Marine Department, the Fisheries Department, the Ports and Harbours authorities, the MMEA?

When was the MMEA assigned to the PMD? Was it during Mahathir’s era?

Was the PMD in charge of these waters to facilitate the easy entry of illegal immigrants under Mahathir’s “Project M”? If human trafficking went unchallenged, were arms, drugs and other contraband, peddled along these entry and exit routes, too?

No border enforcement can ever be 100% watertight, but what caused the failure of our intelligence gathering services?


Silencing the rakyat

It was alleged that various Filipinos in Sabah got wind of the Suluk invasion days in advance of the invasion. When the armed forces were eventually deployed, there seemed to be an absence of tactical intelligence. Under Najib’s command, the military objective seems to be subordinate to the political objective.

Perhaps, Najib’s bloated PMD is too big to manage and there is little communication between the various sections under its purview.

Nazri Aziz, a Minister in the PMD, told Parliament that the PMD employed a mind-boggling 43,544 people in 2010 and that its “operating budget” was RM3.9 billion per year.

According to the Malaysia Insider, Liew Chin Tong, the MP for Bukit Bendera claimed that Nazri omitted to include RM8.2 billion which had been allocated for the PMD, under a separate category for “development”. So, in 2010, Najib’s PMD received RM12 billion.

Liew alleges that there has been a steep rise in the staffing levels of the PMD. During Mahathir’s tenure, the PMD grew from 4,414 people in 1981 to 9,673 in 2001. There was a meteoric rise to 21, 045 employees in 2003, which ballooned to 25,332 in 2009.

Najib seems to be trying to hide the failure of the PMD to identify the threat to national security posed by the Suluk invasion. He is also trying to distract us from the failure of his transformation programmes, and is playing on the emotions of select audiences who are made to watch the May-13 film, Tanda Putera.

When he appeared on TV3, Najib said, “That [attack on Lahad Datu and Semporna] is an external threat and we must deal with it. So, when we decide to spend on defence and security, people should not question it.”

The rakyat has every right to question our leaders for spending billions of ringgit on armaments, which appear to be overpriced and ineffective.
We certainly must question our leaders when it appears that the purchase price includes a heavy commission. A sum of RM1 billion was allegedly paid to the Defence Minister who purchased the Scorpene submarines.

We have a right to criticise our leaders for neglecting the Suluk threat and waiting 23 days before taking action. We condemn our leaders for depriving us of news when family and friends live and work in the area. We condemn Najib’s tactic of locking up opposition politicians who ask questions on our behalf.

When we criticise the failure of our leaders to handle the Suluk threat, we are not questioning the bravery of the security forces. A prime minister who resorts to silencing the rakyat with lies and obfuscation, does not deserve our vote.


**Mariam Mokhtar is a FMT columnist.



Elias Hj Idris
Mati atas tuduhan yang tidak
berlandaskan hukum ketentuan Islam! Bagaimana?

Jenis-jenis Syahid:

Pembagian ini menentukan aplikasi hukum dunia terhadap orang yang meninggal, iaitu memperlakukan hukum secara zahir terhadap orang yang dikategorikan syahid atau tidak.

Dalam Sahih Bukhari disebutkan:

“Menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf, menceritakan kepada kami Malik dari Sumyyin dari Abu Shalih dari Abu Hurairah r.a : bahwa Rasulullah s.a.w bersabda:  (Al-Bukhari, Kitab As-Sayru Wal-Maghazi: 2617) "Syuhada itu ada lima,yaitu Orang yang mati terkena cacar, orang yang mati kerana cirit-birit, orang yang mati tenggelam, orang yang mati tertimpa runtuhan, dan orang yang syahid di jalan Allah.”
Sedangkan dalam Sahih Muslim disebutkan pula:

“Dari Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Apa yang kalian ketahui tentang syahid?” Sahabat r.a menjawab: "Barangsiapa yang terbunuh di jalan Allah maka dia syahid.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Kalau begitu syahid di kalangan ummatku sedikit”, Sahabat r.a berkata lagi, kalau begitu siapakah mereka ya Rasulullah? Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang terbunuh di jalan Allah maka dia syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah, maka dia syahid, barangsiapa yang mati kerana cacar maka dia syahid, siapa yang mati terkena cirit-birit dia syahid.” (Sahih Muslim, Kitaabul Imaarah: 3539)

Dua hadis diatas menerangkan syahid secara umum dan secara khusus. Imam Nawawi dalam syarah hadis Muslim diatas menyebutkan:

Para ulama berkata: “Yang dimaksudkan syahid di atas adalah selain syahid fi-sabilillah (terbunuh ketika berperang di jalan Allah), mereka itu di akhirat memperoleh pahala para syuhada. Adapun di dunia, mereka dimandikan dan dishalatkan." Dalam kitab Al-Iman telah dijelaskan masalah ini. Adapun syuhada, terbagi kedalam Tiga jenis: Syahid dunia dan akhirat, yaitu yang terbunuh ketika berperang melawan kafir, dan syahid akhirat, hukum dunia terhadapnya tidak diperlakukan sebagaimana layaknya orang yang terbunuh di jalan Alah, mereka inilah yang dimaksudkan syahid (secara umum) dalam hadis ini, dan syahid dunia, iaitu orang yang berperang kerana mencari ghanimah dan berpaling dari peperangan.

1. Syahid Dunia Akhirat

Yang dimaksud syahid dunia akhirat adalah orang yang terbunuh ketika berperang di jalan Allah dengan niat yang ikhlas, tidak ada unsur riya, tidak juga berbuat ghulul (mencuri harta rampasan perang). Jenis inilah yang merupakan syahid yang sempurna dan syahid yang paling utama, baginya pahala dari sisi Allah Yang Maha Agung. Soal niat ikhlas atau tidaknya, hanya dia yang bersangkutan dan Allah yang tahu. Manusia hanya menghukumi secara zahir bahwa dia mati terbunuh di jalan Allah. Sehingga dia layak disebut sebagai syahid. Kerananya jenazahnya tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafankan, tidak perlu disolatkan, ia hanya dikuburkan dengan pakaian lengkap tatkala dia terbunuh syahid.

2. Syahid Dunia

Itulah orang yang terbunuh ketika dia berperang, tetapi dia tidak ikhlas kerana Allah, bukan demi menegakkan kalimat Allah (Islam). Soal niatnya, manusia selain dirinya tidak ada yang tahu. Akan tetapi ketika jasadnya ditemukan terbunuh ketika berperang melawan kafir, maka dia dihukumi sebagai syahid. Untuk syahid jenis pertama dan kedua ini, terdapat beberapa pendapat. Menurut pendapat Al-Ahnaf (Hanafiyah), mereka tidak dimandikan, tidak dikafani tetapi disolatkan. Menurut Hanabilah (pengikut mazhab Hanbali) mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak disolatkan. Menurut Malikiyah: Mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan, tidak juga disolatkan. Dan, menurut Syafi’iyah, bahawa mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak pula disolatkan.”

3. Syahid akhirat saja

Iaitu orang-orang yang mati kerana tenggelam atau terbakar dan sepertinya, sebagaimana terdapat dalam hadis-hadis Nabi. Orang yang termasuk kategori ini dimandikan, dikafani juga disolatkan.

Penyebutan nama Syahid


Ahmad Hurairah Ismail:
Mati ditembak akibat pencerobohan gerila Sulu di Lahad Datu!

Mengatakan “si fulan syahid” bukan bererti menghukumi bahawa dia masuk syurga, akan tetapi dimaksudkan untuk menentukan proses pengurusan jenazah, bagaimana jenazah itu diperlakukan. Jika ternyata memang syahid maka berlakulah ketentuan seperti disebutkan terdahulu.

Kerana itu diperbolehkan menyebut si fulan syahid, dan hal ini telah menjadi sesuatu yang biasa (dan diterima) di kalangan Ahlus Sayru Wal-Maghazi (para pelaku jihad sejak zaman awal) begitu pula ini berlaku di kalangan para penulis kitab dan ilmu rijal (salah satu cabang dalam ilmu hadits), mereka menghukumi bahawa orang-orang saat kematiannya memenuhi sebab-sebab kesyahidan, maka dia disebut sebagai syahid.


Rujukan:

# Ensiklopedia Sembilan kitab Hadits (Kutubut Tis’ah).
# Tahdzib Masyaari’ul Asywaaq Ilaa Mashaa-ri’il UsySyaaq Fi Fadhaa-ilil Jihaad, Syaikh Asy-Syahid Ibnu Nuhas Asy-Syafi’I.
# Aljihaadu Sabiiluna, Syaikh Abdul Baqi Ramdhun
# Ats-Tsamratul Jiyaad Fii Masaa-ili Fiqhil Jihaad, Abu Ibrahim Al-Mishri.
Elias Hj Idris
Enam perkara yang Allah swt sembunyikan



Ka'abah yang dilihat dari angkasa

Allah swt selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang; sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud, 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud,

'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail a.s berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud, 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah swt untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah swt maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang; setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih serta lemah dan akhirnya ia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebatang pohon dan dia sujud kepada Allah swt lalu ia berkata dalam sujudnya;

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.'

Oleh itu marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah swt telah menyembunyikan enam perkara iaitu;

* Allah swt telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat;
* Allah swt telah menyembunyikan murka-Nya dalam maksiat;
* Allah swt telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung dalam Al-Quran;
* Allah swt telah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan;
* Allah swt telah menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat (yang lima waktu);
* Allah swt telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat dalam semua hari.
Elias Hj Idris
Tentera dengan rifel Steyr

Sedari awal lagi tujuan kita bukan untuk merendah-rendahkan kewibawaan pasukan keselamatan kita. Namun, selepas lebih 24 jam 'Ops Daulat', nampaknya situasi di Lahad Datu masih jauh daripada menjawab segala persoalan; jauh daripada selesai sebenarnya.

Bayangkan, setakat ini hanya 13 mayat (itu pun belum tepat sepenuhnya walaupun disebut oleh Menteri Pertahanan) yang ditemui. Pada hari ini sahaja sudah 4 kali tembak-menembak antara pengganas dengan pasukan keselamatan yang dilaporkan.

'Mopping Out' atau pembersihan saki-baki pengganas sudah berlangsung lebih 24 jam dalam kawasan yang sepatutnya hanya seluas 4 kilometer persegi pada awalnya. Takkan tak habis lagi?

Kononnya, ada 2,000 komando tentera dan polis bergerak masuk ke kawasan pengeboman semalam untuk tujuan 'mopping out'. Jika komando bergerak satu baris dan bergerak sejauh 200 meter setiap kali sebelum berhenti untuk tujuan 'mopping out', takkan belum dapat lepas kawasan seluas 4 kilometer persegi lagi?

Kini, 'mopping out' diperluaskan kepada 10 kilometer persegi pula; menjadikan persoalan seterusnya ialah macam mana mereka boleh terlepas daripada kepungan 4 kilometer persegi sebelum ini?

Apa yang hendak ditekankan di sini 13 mayat yang ditemui hari ini bukan di lokasi pengeboman semalam. Ia adalah mayat-mayat penganas yang dibawa lari rakan mereka yang masih hidup. Bukan sekadar bawa lari, tetapi masih sempat untuk ditanam lagi.

Jika 13 mayat yang dibawa lari bermakna ada berapa ramai mereka yang sebenarnya masih hidup? Setiap satu mayat bukannya ringan; kalau dua orang mengangkut satu mayat pun, paling kurang ada 36 orang yang masih hidup dalam kumpulan itu sahaja. Belum mengambil kira kumpulan yang lain.

Daripada hampir 180 pengganas yang masuk ke negara ini, baru dalam 30 lebih mayat sahaja yang ditemui (termasuk pertempuran awal) minggu lalu - selepas pengeboman yang begitu menyeluruh termasuk oleh jet pejuang dilakukan pagi semalam.

Persoalannya di manakah baki 100 lebih pengganas itu sekarang? Adakah mereka masih hidup? Sudah berkecai... atau sudah menyamar menjadi orang awam? Jika pun mereka menyamar…alangkah hebatnya penyamaran mereka sehingga boleh terlepas daripada 'moping-out' pasukan keselamatan kita. Dan begitu ramai boleh terselamat daripada serangan jet pejuang dan bom semalam.

Jadi hakikatnya ialah kita sebenarnya sedang berdepan dengan satu kumpulan pengganas yang berada dalam kelas mereka yang tersendiri. Mereka adalah dari suku Tausug - suku yang paling garang di antara suku-suku yang ada dalam masyarakat Moro. Tentera Filipina juga takut untuk berhadapan dengan mereka itu.

Berperang adalah gaya hidup bagi mereka. Mereka umpama hantu yang boleh bergerak di celah-celah medan perang. Nur Misuari yang mengetuai MNLF sendiri pernah pergi bertemu dengan kumpulan berkenaan untuk meminta bantuan dan sokongan.

Agak menarik sebelum operasi semalam, salah seorang pemimpin pengganas di Lahad Datu ada memberitahu bahawa mereka tidak takut dengan kematian dan tidak takut berperang kerana sudah berpuluh tahun mereka berperang dalam hutan di negara mereka sendiri.

Dan agak malang sebahagian besar anggota pasukan keselamatan kita mungkin baru ini kali pertama hendak menembak orang!

Pengalaman adalah sesuatu yang sangat besar beza jurangnya di sini. Soviet Union pernah tewas di Afghanistan dan Amerika pernah tewas di Vietnam. Pengalaman dan semangat adalah sesuatu yang amat penting. Peralatan ketenteraan sahaja belum tentu cukup.

Pun kita tidak berhajat untuk mengangkat penceroboh, tetapi kita harus sedar yang kita sedang berdepan dengan siapa di ketika ini? Jika kita berasakan bahawa peralatan kita sudah cukup, hanya masa sahaja yang akan menentukan segalanya.

Jika sehingga esok kita masih tidak melihat 100 lebih pengganas itu sama ada masih bernyawa atau tinggal jasad memang sah kita sedang berperang dengan hantu di Lahad Datu.
Elias Hj Idris
Dr Mahathir dan Ayahnya

Dalam kitab Ihya' Ulum al-Din, setelah Imam al-Ghazali membicarakan secara panjang lebar berkenaan larangan dan sebab-sebab manusia mengumpat. Dinyatakan juga enam keuzuran (situasi) yang mengharuskan mengumpat iaitu:

-  Mengadu kezaliman dan pengkhianatan yang berlaku;

-  Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran yang berlaku, maka didedahkan kemungkaran tersebut. (Bahkan ada kalanya pendedahan ini menjadi wajib apabila kemungkaran yang berlaku melibatkan ancaman kepada aqidah dan masa depan generasi akan datang);

-  Meminta fatwa daripada mufti seperti isteri menceritakan perbuatan jahat suami atau sebaliknya, berdasarkan aduan isteri Abu Sufyan kepada Rasullullah saw tentang suaminya yang kedekut;

-  Menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang seperti mendedahkan kejahatan seorang hamba yang bakal dibeli (dalam konteks situasi semasa ialah pekerja) dan seseorang yang ingin diserahkan amanah kepadanya. Demikian juga seseorang yang ditanya tentang perempuan atau lelaki yang bakal dikahwini, maka harus mendedahkan keburukan sekiranya ada. Terdapat 3 golongan manusia seandainya diceritakan keburukan mereka maka ia tidak dikira mengumpat, iaitu pemimpin yang zalim, ahli bida'ah dan seorang yang terang-terangan melakukan kefasiqan;

-  Memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu. Atau hanya dikenali apabila disebut sifat cacatnya seperti tempang, buta dan sebagainya;

-  Seseorang yang terang-terangan melalukan kefasiqan seperti lelaki atau perempuan yang mengubah jantinanya, peminum arak, penzina atau mereka yang dengan sendirinya membuka pekung diri sendiri atau keburukan diri sendiri dan sebagainya. Tetapi jika melakukannya secara bersembunyi maka tidak harus menyebu tentang mereka;

Walaubagaimanapun, enam situasi ini mestilah dikawal dengan kaedah "al-dararu tuqaddaru bi qadariha" yang bermaksud, setiap perkara darurat yang hanya mengharuskan sesuatu yang dilarang sekadar yang diperlukan untuk mengatasi darurat itu sahaja. Ini bermakna sekiranya tidak disebut nama seseorang, maka itu lebih baik. Tetapi, sekiranya tidak disebut secara khususnya menyebabkan situasi tersebut tidak dapat diatasi atau diselesaikan, maka bolehlah disebut nama. Perbuatan itu masih dikira mengumpat, tetapi hukumnya harus.



Oleh : Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang
www.uniklbloggers.com
Elias Hj Idris

BRIM: Rakyat dijadikan bak haiwan kelaparan

Allah swt berfirman;
“Dan mereka merancang (tipu-daya), Allah juga merancang (membalas tipu-daya), dan Allah sebaik-baik perancang (membalas tipu-daya."  -  Ali Imran: 54

Allah SWT berfirman;

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai kaumku (yang masih tidak beriman/kafir), buatlah sedaya-upaya kamu (untuk menentang Islam), sesungguhnya aku tetap juga beramal (berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Islam. Kemudian kamu akan ketahui siapakah yang akan beroleh kebaikan dan kejayaan di dunia ini."

"Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya." -  Al-Anaam: 135

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu".  -  Al-Baqarah: 208

Allah SWT berfirman;

“Jangan kamu cenderung kepada mereka yang zalim, maka kamu disambar oleh neraka.” -  Hud :113

Jaabir Ibnu ‘Abdillah berkata bahwa Rasulullah saw bersabda, kepada Ka’ab Ibnu Ujrah;

“Wahai Ka’ab Ibnu Ujrah, aku mencari lindungan Allah untukmu daripada kepimpinan orang bodoh. Akan ada penguasa, siapa saja yang datang kepada mereka kemudian membantu mereka dalam kezaliman dan membenarkan pembohongan mereka, maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya, dan tidak membantu mereka dalam kezaliman mereka, tidak juga membenarkan kebohongan mereka, maka dia dari golonganku dan aku dari golongannya, dia akan diizinkan menuju ke Haud (Telaga Rasulullah saw.di surga).”

(Dikoleksi oleh Ahmad, Al-Bazzar, Ibnu Hibban; Al-AlBany dalam “Shahih At-Targhib wat Tarhib”, Hadits No 2243)

Abdullah Ibnu ‘Abbas berkata bahwa Rasulullah SAW. bersabda;

“Akan ada penguasa yang kamu kenal daripada mereka yang baik dan jahat. Sesiapa saja yang menentangnya akan selamat. Sesiapa yang berlepas dirinya akan selamat. Dan sesiapa yang bersama dengan mereka akan binasa."
(Dikoleksi oleh Ibnu Abi Syaibah dan At-Tabarani; Al-AlBany dalam “Shahih Al-Jaami’”, Hadits No. 3661)

Tidak hairanlah Nabi pernah mengingatkan kepada kita mengenai kebejatan 'umat bisu' sebagaimana sabda-Nya yang bermaksud;
"Jika kamu melihat umatku bacul, takut untuk menyatakan kepada si penzalim: Wahai penzalim!Maka mereka sebenarnya telah ditinggalkan (Allah)."  - Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Hanbal bin di dalam Musnad-nya melalui Abdullah bin Amru.

Nabi s.a.w juga memberi amaran kepada sesiapa yang mengampuatau mengiyakan kezaliman  pemerintah dengan sabda baginda: "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan.

Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga).

"Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga).

[Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi].

ABU!
Elias Hj Idris

Isu Pencerobohan Lahad Datu (Sabah)

Hari ni gua nak cerita situasi sebenar bermulanya Krisis Pencerobohan Lahad Datu. Yang patut Rakyat Malaysia tahu, ini bukan sekadar pencerobohan Lahad Datu, ia adalah pada skala besar... Lebih tepat lagi kalau disebut 'pencerobohan Sabah'.

Fakta: Sabah adalah sebuah 'negeri pajakan'. Maklumat mengatakan bahawa Sabah adalah sebuah negeri yang dipajakkan kepada Malaysia oleh Kesultanan Sulu dan perjanjian pajakan akan berakhir pada pertengahan bulan Mac ini.

Selepas bepas berakhir tempoh pajakan, Filipina akan membawa kes 'Tuntutan Sabah' sebagai hak milik Negara Filipina ke Mahkamah Dunia (ICJ).
Pembuktian hak perlu dibuat di Mahkamah bagi membuat untutan tersebut. Antara bukti yang perlu diketengahkan (antaranya) ialah kehadiran rakyat Filipina di Sabah sebagai penduduk tetap di sana.

Hari ini lebih dari setengah juta rakyat Filipina berketurunan Sulu sudah berada di Sabah. Bukan saja mereka diiktiraf sebagai penduduk tetap malahan diberikan hak kerakyatan melalui 'Projek Pemberian IC' tajaan Barisan Nasional dalam kempen pilihanraya umum di zaman Mahathir Mohamad.

Kerajaan Malaysia tahu akan perkara ini, maka diwujudkan 'Suruhanjaya Siasatan Diraja' untuk siasat pendatang asing Sabah 2012 atau lebih dikenali dengan RCI.

Filipina melihat isu RCI sebagai ancaman ke atas tuntutan yang bakal dibuat oleh Filipina ke atas Sabah di Mahkamah Dunia di mana kemungkinan besar, Rakyat Filipina berketurunan Sulu yang berada di Sabah kebanyakannya penerima IC Projek akan dibatalkan Kerakyatan Negara Malaysia dan mereka dihantar pulang ke Filipina.

Jika ini berlaku, Filipina akan gagal dalam pembuktian utama dalam tuntutan yang bakal dibuat di Mahkamah Dunia.

Persefahaman dimeterai antara Kerajaan Filipina dengan pejuang Sulu dengan 'Perjanjian Pengiktirafan Sabah' (sekiranya berjaya dituntut) akan diberi kepada Kesultanan Sulu dan menjadi salah satu daripada negeri dalam Negara Filipina.

Persetujuan yang dicapai ialah tentera Kesultanan Sulu menyusup masuk ke Malaysia dan membuat tuntutan mereka sedangkan agenda utama pakatan tersebut ialah bagi menggagalkan usaha Malaysia dalam ops RCI.

Kegagalan ops RCI bermakna kemungkinan besar Filipina akan berjaya dalam tuntutan hak ke atas Sabah di Mahkamah Dunia terbuka luas. Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi: petrolium, balak dan hasil laut.

Isu paling besar sekarang ialah "Ke mana arah pemikiran pucuk pimpinan negara, terutama Barisan Nasional"?

Situasi Politik di Sabah sekarang akan mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat oleh pimpinan Barisan Nasional. Angin perubahan yang bertiup kencang sedang berlaku di Sabah. Laungan "Ini kalilah" bergema di mana-mana termasuk di kalangan masyarakat Sulu yang berstatus warganegara Malaysia di Sabah.

Tindakan keras ke atas tentera Sulu (yang di belakangnya kerajaan Filipina) akan mengakibatkan kehilangan undi dalam pilihanraya akan datang akibat sentimen "Ini kalilah" ditambah pula dengan kesan "kemarahan" atas tindakan ke atas saudara-saudara mereka para tentera Sulu.
Jika dibiarkan mereka (tentera Sulu) bermaharajalela kesannya ialah kemungkinan untuk Malaysia kehilangan sebuah negeri yang kaya sangat besar sekiranya tuntutan Filipina di Mahkamah Dunia kelak berjaya.

Masuk bab Politik.

Kesilapan besar Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional ialah "Gila Kuasa". Kerana penyakit "Gila Kuasa", kerakyatan secara besar-besaran diberi kepada pendatang asing semata-mata untuk meraih undi dalam pilihanraya.

Kesannya dapat kita lihat sekarang

Isu "pajakan Sabah" tidak cuba diselesaikan sedari awal; sama ada ia terlepas pandang atau tiada kalangan pimpinan yang "mampu berfikir" itu kita tak tahu.

Pepatah terbaik pada masa ini: "Nasi Sudah Menjadi Bubur".

Sumber: Topeng Perak Unmasked
Elias Hj Idris
Pengkhianat Negara No 1!

Kemelut tuntutan 'Sultan Sulu' semakin meruncing ekoran tindakan serangan terbaru di Semporna malam semalam yang melibatkan lima orang anggota polis terbunuh, seorang inspektor wanita dan seorang Datuk ditawan dalam rumah.

Ketua Polis Negara, Ismail Omar mengesahkan bahawa lima pegawai polis terbunuh dan dua cedera akibat serangan hendap puak militan walaupun dipercayai bukan kumpulan yang sama.

Bagaimanapun, Pasukan Perisik Sabahkini.net di Semporna mendapat maklumat bahawa puak militan yang mengaku sebagai Tentera Sultan Sulu berada di tiga lokasi yang berbeza di Semporna dan sebentar tadi telah menawan Ketua Daerah Sulabayan, Malali Haji Mali dirumahnya di Kampung Tagasan, Semporna.

Sehingga ke saat ini PDRM belum mengesahkan berita mengenai nasib Inspektor Azra yang kononnya berjaya ditawan kumpulan militan semalam.

Dalam pada itu tiga orang militan berjaya ditahan di Simpang Jalan Haji Jalan di Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu; manakala lima lagi dapat meloloskan diri dari kepungan ketat polis berdekatan Tg Labian apabila pasukan keselamatan berjaya mengesan mereka setelah operasi memburu saki baki militan @ tentera Mat Bom dilancarkan.

Menurut penduduk kampung, akibatnya mereka berada dalam kebuluruan kerana terputus bekalan makanan dan setakat ini belum ada sebarang bantuan yang diberikan kepada penduduk di 13 kampung tradisi berkenaan yang terperangkap dan mengalami risiko ditawan puak Militan.

Siasatan Pasukan Perisik Sabahkini.net mendapati bahawa bukan sahaja Suluk, malah Bajau Sibutu, Bajau Simunul dan Iyakan juga turut menjadi 'Tentera Berani Mati' Sultan Sulu yang membentuk sembilan kumpulan.

Setakat ini hanya dua kumpulan sahaja yang memunculkan diri di Kampung Tanduo, Tungku dan Sri Jaya, Simunul, Semporna; manakala enam lagi dipercayai akan menyusul pada bila-bila masa.

Kumpulan militan yang dianggarkan seramai 2,000 orang telah berada di Sabah sejak lima bulan lalu; kebanyakannya adalah warga Penyu yang memiliki IC Projek merancang untuk menyerang dan menawan Tanduo, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan yang sebelum ini adalah Wilayah Sultan Sulu.

Menurut maklumat tidak rasmi Militan Filipina, seramai 2,000 lagi sedang memasuki Sabah melalui Jolo bagi menjalankan Operasi 'Magsabil' (Jihad dan Shahid) untuk menawan Sabah yang sebelum ini didakwa sebagai Tanah Jajahan Sultan Sulu.

Dalam kejadian semalam, satu keluarga yang menjadi Tebusan di Semporna telah dapat diselamatkan oleh Pasukan Keselamatan namun agak malang kerana dua anggota keselamatan terkorban dalam kejadian serang hendap; manakala dua penjenayah berjaya ditembak mati.

Bagaimanapun tiga anggota polis yang terkepung dalam sebuah rumah lain tidak dapat menyelamatkan diri dan tewas di tangan militan menjadikan kesemuanya 5 orang polis terkorban setakat ini.

Identiti mereka belum didedahkan setakat ini.

PDRM juga masih membisu berhubung laporan penculikan Inspektor Azra, sekalipun keluarganya tidak menafikan kemungkinan beliau diculik adalah positif kerana tidak dapat mengesan beliau sejak semalam.

Pasukan Perisik Sabahkini.net turut menerima maklumat bahawa Kunak Kudat, Lahad Datu dan Sandakan akan diserang pada bila-bila masa dan pihak berkuasa telah mengambil berjaga-jaga sejak malam tadi.

Sebentar tadi, (2.45 petang) sekumpulan militan dilaporkan telah mendarat di Kampung Desa Bajau dan pasukan keselamatan sedang bergegas ke lokasi yang dilaporkan penduduk kampung untuk mencegah sebarang kemungkinan; bagi mengelak nasib malang yang menimpa penduduk Simunul semalam berulang. Begitu juga di Kinabatangan telah dilaporkan berlaku tembak menembak di kawasan pasar dan belakang hospital, namun belum dikenalpasti jumlah dan puak yang terlibat.

Nampaknya Sabah akan menghadapi Gelombang Tsunami Reverse Take Over yang mengejutkan jika pihak berkuasa masih 'berhidung tinggi' dan enggan mendapatkan kerjasama penduduk kampung mengesan anggota Militan yang tinggal di kampung berkenaan; sebagaimana kejayaan pasukan keselamatan menahan salah seorang yang disyaki anggota kumpulan militan di Semporna, Haji Tampakan Pehakan.

Setakat ini PDRM belum mengesahkan tangkapan berkenaan sekalipun Pasukan Keselamatan di Tanduo dan sekitarnya masih menunggu arahan 'Tembak' daripada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara setelah berjaya mengesan saki baki militan berkenaan.

Persoalan yang bermain di benak anggota keselamatan ialah bagaimana mereka dapat mengenalpasti kumpulan militan kerana wajah, bahasa dan budaya mereka hampir sama dengan penduduk kampung; terutama yang mendapat IC Projek; umpama musuh dalam selimut yang menghalakan peluru kepada kita dan menjadi 'Si Kitul' membenarkan militan masuk demi cita-cita 'kosong' Sultan yang kehilangan negara; Sultan Pasir Berdengung!

p/s: [Gambar] Salah seorang militan yang berjaya ditembak mati di Semporna, manakala kawalan ketat di Semporna bagi memburu saki baki kumpulan militan yang menyerang hendap pasukan polis semalam.



- Jalan Pulang

Elias Hj Idris

"Jangan tidak percaya, seorang ahli perniagaan yang pernah menjadi tajuk utama berita kerana ditahan di Pusat Tahanan Simpang Renggam yang dituduh atas keterlibatannya dalam kegiatan pelacuran, kongsi gelap, perjudian, kelab malam dan 'ah long' kini bergelar Dato' Sri."

"Dia juga dikenali sebagai "The Four Heavenly Kings" oleh pihak media."

Koo Tee Yam @ Ah Lek @ Pai Kah Lek

Dia sebelum ini ditahan di sebuah restoran di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 26 Mac 2004 sebelum ditahan di Pusat Tahanan Simpang Renggam, Kluang, Johor dua bulan kemudiannya di bawah Ordinan Darurat 1969 selama lebih kurang 17 bulan.

Koo Tee Yam atau lebih dikenali sebagai Ah Lek atau Pai Kah Lek pernah melalui lima proses perbicaraan dan mengemukakan rayuan melalui Muhammad Shafee di Mahkamah Tinggi Muar pada 24 Mei sehingga 7 Julai lalu. Dalam rayuan bagi permohonan habeas corpus di Mahkamah Persekutuan, Tee Yam diwakili barisan peguam diketuai Muhammad Shafee, Kaushalya Rajathurai, Frida Krishnan dan Lilian Lee.

Pihak responden diwakili oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Yusof Zainal Abiden, Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Kamaluddin Mohd. Said, Mohd. Najib Zakaria, Fazillah Begum Abd. Ghani dan Tengku Amri Zaki Tengku Abdul Rahman.

Muhammad Shafee dalam hujahnya antara lain mengemukakan alasan mala fide (niat jahat) dari mula Tee Yam ditahan oleh polis sehingga 60 hari tempoh penahanan yang dibenarkan, dan tidak mengikut peraturan seperti dinyatakan oleh Lembaga Penasihat.

Keputusan pembebasan Tee Yam dibuat oleh panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Pajan Singh Gill, Datuk Richard Malanjum dan Datuk S. Augustine Paul.

Kisah ini menjadi gempar apabila sebaik saja Tee Yam mahu meninggalkan perkarangan Mahkamah, beliau telah ditahan semula oleh pihak polis sehingga mencetus ugutan oleh peguambela Shafee Abdullah, mahu mengambil tindakan undang-undang "menghina mahkamah" terhadap Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Bakri Omar.
Dua hari kemudian pihak PDRM membuat keputusan untuk membebaskan Tee Yam atas nasihat Peguam Negara serta alasan-alasan yang beliau tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan dan keselamatan awam dan negara.

Tee Yam dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan haram seperti pelacuran, kongsi gelap, perjudian, kelab malam dan Ah Long. Malah beliau juga dikatakan mempunyai sebuah kelab malam ala Las Vegas.

Sultan Pahang bertindak tegas dan bijaksana apabila pada tahun tersebut telah mencabut balik darjah DIMP yang membawa gelaran "Dato" atas alasan ia mencemarkan kemulian dan nama baik gelaran dan darjah tersebut.

Semalam di salah sebuah akhbar utama berbahasa Cina telah memaparkan ucapan tahniah oleh rakan-rakannya dari Barisan Nasional di atas penganugerahan "Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Dimuliakan Peringkat Pertama (SSAP) yang membawa gelaran Dato' Sri."

Nota:  Ada 4: seorang daripadanya telah ditembak mati di sebuah restoran seafood Jalan Imbi, KL oleh sebab yang tidak diketahui. Penahanan beliau ini kononnya bagi menyelamatkan nyawa beliau daripada ancaman kemungkinan akan ditembak juga.

Sumber: RAMM (Revolusi Anak Muda Malaysia)
Elias Hj Idris
Nur Misuari (MNLF) ada kaitankah dengan
Ahmad Malandi@Mat Bom?

SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.

Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pihak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Mereka yang terkorban

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

Korban buta...


Insp. Zulkifli Mamat yang terkorban

Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.

Dan... ini adalah menteri n PM yang 'STUPIDO'

(NOTA: Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)

Sumber: Sabahkini.net

- See more at: http://www.erapasca.com/2013/03/dalang-pencerobohan-lahad-datu-dibongkar.html#sthash.2gFAb70V.dpuf