Langkah pertama bagi seseorang yang ingin menuju ke jalan Allah swt ialah dengan bertaubat; sebenar-benar taubat dari segala dosa. Jika ada hak orang lain yang telah pernah dizaliminya, maka hak itu hendaklah dikembalikan. Jika sudah tiada lagi maka ia hendaklah digantikan dengan yang lain. Atau dengan meminta halal daripada tuannya. Jika tidak, seseorang itu tidak mungkin akan sampai ke jalan Allah Taala.
Syarat taubat ialah dengan menyesali diri atas segala dosa dengan sesalan yang bersungguh-sungguh. Kemudian mesti berazam untuk tidak mengulanginya lagi selagi hayat dikandung badan. Jika masih melakukan dosa tersebut atau masih berangan-angan untuknya maka ia bukan dikira taubat!
Setiap orang yang ingin kembali ke jalan Allah mesti sentiasa menginsafi yang dirinya sentiasa cuai dan lalai dalam melaksanakan hak-hak Allah yang wajib ke atas dirinya. Dengan cara itu baru hatinya lebur dan sesal yang tidak sudah-sudah di atas kecuaian dan kesilapan yang pernah dilakukan. Maka pada waktu itu baru Allah swt akan bersama dengannya.
"Aku akan sentiasa bersama orang yang berpatah hatinya kerana Aku." - hadis Qudsi.
Seseorang itu mesti memelihara dirinya daripada dosa-dosa kecil, apatah pula yang besar! Dia harus menjauhinya seakan-akan menjauhi musibah yang cukup menyakitkan. Sebab, dosa dan maksiat itu akan membuatkan hati itu mati. Sedangkan hati, pada seseorang mukmin terlalu mulia dan amat berharga daripada tubuh badannya sendiri.
Lantaran modal utama bagi seseorang adalah memelihara hati, sedangkan badannya pada bila-bila masa sahaja boleh binasa oleh bencana dan apabila direnggut oleh maut. Pemergiannya itu pula sekadar meninggalkan segala pancaroba dan malapetaka kehidupan.
Sedangkan hatinya, jika binasa maka akan turut sama binasalah kehidupan akhiratnya. Hasilnya, seseorang itu tidak akan terselamat lagi daripada kemurkaan Allah swt. Dan jangan pula lupa yang siksaan-Nya bakal menyusul.
Hanya mereka yang menuju Allah dengan hati yang bersih dan suci sahaja yang akan memperoleh keredhaan Ilahi dan mendapat balasan daripada-Nya.

Bahagian dalam Ka'abah
alhamdu lillahi robbil 'aalameen...
hilang skit dahaga.... apa puncanya umat islam skrg tak berpegang dgn ajaran islam sebenar? apakah umat islam skrg ketandusan iman...
Untuk jd pakar komputer, kita kn belajar. Sama dgn engineer, pun kn habiskan bertahun2 belajar. Agama pun gitu. Ia tk ble dikutip di tepi jln atau di merata kedai kopi. Kena belajar dgn guru - itu pun setahun-dua tak cukup.
Perlu diingat, agama adalah utk keselamatan bukn dunia saja, tp yg penting utk akhirat.
Selagi manusia itu bernama Anak Adam, selagi itulah manusia sedikit sebanyak mewarisi citarasanya afaalnya dan kesalahannya Tok Adam. Namun kalau tidak kerana bersabab musababkan turunnya Tok Adam kebumi, masakan manusia telah memenuhi mengisikan alam. Setelah Tok Adam bertobat dari kesalahan silam, maka bermulalah Tok Adam diajarkan Tuhan menjalani jalan2 tareqat kesufian, bermula diajarkan Nama2-nya Tuhan. Maka Tok Adam itulah Sufi Allah Pertama, maka Tok Adam itulah Khalifah Allah Pertama diAlam Buana ini...
Maka setelah tercempak terpisah sekian lama, akhirnya Allah jodohkan Tok Adam dgn pasangannya Opah Siti Hawa. Bermula mereka dikurniakan 22 pasangan Anak2 Adam. Hinggalah beranak pinak .berbagai rumpun bangsa anak cucu cicit Tok Adam memenuhi alam. Maka anak cucu cicit Tok Adam juga difitrahkan bersamaan tempuhi ujian2 godaan2 pancaroba2 menjalani liku2 penghidupan seperti yg dilalui oleh Tok Adam dan isterinya Opah Hawa..
Setelah kitab2 rakaman Anak2 Adam dipenuhi bintit2 hitam maka sewajibnya Anak2 Adam segera bertobat, sebenar2nya tobat, bukannya taubuat... Bermula kejadian Anak Adam itu diciptakan dgn 17 Anggota Adam. Maka sebab itu Anak2 Adam yg Islam diwajibkan mendirikan solat wajib sebanyak 17 rakaat sehari semalam. Insya'Allah mudah2an dgn harapan 17 Anggota Adam itu bisa suci berseh sediakala semula seperti kejadian asalnya.... Allahu'alam.....
Ya,Black Ops... 40thn Adam a.s berjalan mencari Siti Hawa sebaik diturunkan ke dunia nan fana sambil mengucapkan "Rabbana zolamna anfusana wa'illam taghfirlana wa tarhamna la naku nan na minal-khosirin" - ucapan taubat Baginda dek kesalahan makan buah kholdi sehingga terbuka aurat Baginda (krn mabuk!).
Itu bru 1 kesalahan Baginda.